Jun 6, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

Semenjak dua menjak ni, macam kerap betul kami bersuka ria di hujung minggu. Hasilnya, banyak projek2 kerja rumah yang terbengkalai. Ini termasuklah projek melipat kain serta projek meng'iron' baju. Kerja2 lain sudah dimasukkan ke dalam Program 'latih tubi' harian aku. Nampaknya aku kena atur balik jadual kerja2 rumah kalau mo jadikan Projek Aktiviti Berjalan di Hujung Minggu ni satu kemestian.

Kelmarin, laki aku ajak tengok wayang Kung Fu Panda. Aku tau aku cakap cerita ni best, tapi kalau mo tengok 2 kali.. mengarut la tu. Tapi sebab laki aku betul2 mo tengok, so I follow lah. Sampai Suria, tengok skrin. Wah!! Selling fast I tell you. Barisan tidak la panjang sangat, tapi kalau tiap2 minggu pun selling fast mungkin ramalanku yang cerita ini best benar belaka. Memandangkan tayangan 1.40pm sudah terlepas, aku cadangkan supaya aktiviti menonton ditunda pada jam 2.30pm. Setelah dipersetujui oleh penyimpan mohor2 diraja, kami pun jalan2 buang masa di tingkat 3 Suria KK.

Turun2 saja si anak dara sudah sibuk tunjuk2 satu kawasan permainan berbayar, terpaksalah kami turuti. Lagipun kurang la sikit penat jalan2. Jam 2.10pm, kami angkut si anak dara untuk tengok wayang. Dengan raungan dan teriakan yang menusuk ke qalbu dan of course sangat2 memalukan, of we go to the next agenda. Sampai kaunter, tiket Kung Fu Panda yg available cuma 3D. Did I mention before I will never watch 3D movie again? Ok, if it's for the first time and cerita dia betul2 best and the movie is in 3 hours, I will definitely consider it. Lain la kalau ada org belanja or someone is actually pointing a gun at my head paksa tengok wayang 3D, then I am in no position to say NO. BUT if this is actually the second time I watched it, it's definitely a NO NO. So, kami tidak jadi tengok movie. Demi memujuk suami tercinta, aku cakap la.. "Alaaa.. dalam 2-3 bulan lagi keluar la movie ni dalam Disney Channel." :).

So, aku ajak laki aku pegi tengok Sabah Mega Karnival 4-11 Jun 2011 di Kompleks Sukan Likas. Oleh sebab kepanasan yg teramat sangat plus sakit kepala akibat kepanasan, kami skip beberapa baris gerai makanan dan tengok beberapa gerai lain. My hubby interested pegi gerai telefon. Aku pula cuma fikir mo pegi gerai minuman saja. Sebab rasa tidak selesa, aku ajak laki aku pulang. Masuk kereta, hujan rahmat pun turun..

Inilah Playland yg si Dyana sibuk tunjuk2. Memandangkan hujung minggu, kena la bayar RM5.


Bayar RM5, dapat contractor palsu 1 org. Minus the kasut ah..


Sebelum masuk, mesti kena cop dulu. Dyana meraung tidak mau kena cop. Dia ingat mo kena jarum kali. Ikut perangai sapa la ni.. hehehe


Cuma mainan yg bertangga sahaja menjadi pilihan. Mungkin sebab dia rasa senang mo naik.


Time ni, sibuk2 dia teriak "Mama!! Peace". Maka terpaksa la aku ambil gambar.


Wah!! Tegak betul anak aku main gelongsor..


Penat main gelongsor, naik ikan pula. Dia main sekejap saja. Mungkin sebab banyak budak mo main.


Lepas tu dia kacau 'rumah' orang. Aku rasa dia tidak tau di mana pintu jadi terpaksalah dia jadi ahli mesyuarat tingkap. Masa ni, me and hubby duduk2 saja di luar. Ajar dia main sendiri dgn budak lain. Tengok kalau2 dia jenis penakut atau pembuli. Turn out.. she's a survivor!


Sabah Mega Carnival : Mula2 aku masuk ini la yg aku nampak.


Macam dryland and wetland juga la. Cuma mungkin lebih selamat. Aku tidak sempat tengok harga permainan ni lagi. Tunggu la sampai Haikal pulang dari Labuan. Sekadar untuk ingatan, jangan lupa bawa baju persalinan budak. Perasan keadaan langit masa ni? Time berjalan di gerai2 banyak juga la payung2 yg bergelimpangan ditiup angin.


Wow!! Punyalah tidak 'berseri' muka aku dalam ni.. kekeke. Apapun Dyana dapat beli kawan baru, the walking Kitty. Hahaha saja beli yg ada kaki supaya si Kitty tidak boleh terbang. Sampai rumah, selalu tersilap pandang si Dyana sama si Kitty. Sama tingi lagi tu! Citt!! Bikin seram betul la..


Jun 4, 2011

Movie : X-Men First Class


My 3rd movie in 8 days!! Adakah aku berbangga? Of course!! Al-kisahnya, hubby ada training bowling lagi. So, dia tanya sama ada aku interested mo tengok dia training. Well, not that i'm not being supportive but come on la.. klu laki aku sibuk training, aku pun sibuk jadi coach anak aku yg tidak pandai duduk diam dan buat stunt sana sini. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk duduk rumah saja.

Suddenly, my younger brother pula sibuk bawa tengok wayang X-Men. Memandangkan Haikal masih lagi sabatical leave, aku akun juga pegi dgn mengangkut anak aku. Apa dia akan buat sepanjang 2 jam 15 minit, wallahua'lam.

Training hubby jam 8.30pm, movie kami jam 8.50pm. Sebelum masuk, segala persediaan haruslah cukup. Pop corn dan air sebagai 'ubat penenang' anak.

Apa penting, anak aku tidaklah sekeypoh budak2 remaja belakang aku. Macam mo tarik telinga sorang2 pun ada. Kalau tidak paham diam2 ja la. Siapa suruh beli tiket. Ini asyik membebel dari awal sehingga hujung cerita.

Sinopsis :
Movie ni menjelaskan lagi bagaimana hubungan Prof. X dan Magneto bermula. Perjalanan cerita bermula apabila Magneto cuba mengesan Shaw yang bertanggungjawab atas kematian ibunya. Dalam cerita ni, Shaw mempunyai matlamat untuk mencetuskan perang dunia ke-3 di antara Rusia dan Amerika dengan melancarkan serangan nuklear. Melihat kebolehan mutan2 ni, CIA akhirnya terpaksa meminta bantuan yg pakar. Dalam kes ni, cuma ada seorg saja dan dia baru saja grad. Namanya Charles (Prof. X). Charles kemudiannya bekerjasama dgn CIA dan akhirnya berjaya menemui beberapa mutan lain.

Ok, i'm not going to start on how absurd the story is. I mean, look at the title. It's X-Men!! What do you expect? Cerita kedai kopi? Aside power2 yg sedia ada pada setiap mutan tu, jalan cerita dia kira boleh ditelan juga la. Awal cerita agak boring, tapi boleh diterima. Pertengahan cerita baru rasa ada kick sikit. Mgkn sebab semua mutan sudah pandai guna power masing2 dgn 'betul'. Sepanjang movie ni, banyak juga pelakon yg aku tidak kenal. Selain Kevin Bacon, James McAvoy dan Hugh Jackman (yg muncul tidak sampai 10 saat pun), kebanyakan pelakon tidak begitu dikenali. Yang peliknya, kebanyakan pelakon yg aku kenal pula jadi pelakon2 tambahan. Bila aku cakap tambahan, betul2 tambahan. Jadi ejen CIA yg mati, jadi tukang angkat telefon, jadi kapten kapal, jadi tukang angkat tangan masa buat keputusan dan sebagainya. Ish ish ish.. Hollywood buat promosi pelakon baru ka?


Jun 3, 2011

Telefon

Hari ni masuk hari ke-3 aku tinggalkan Haikal di perantauan (di Labuan). Sungguhpun dia cakap dia rindu sikit saja, aku rasa dalam sehari mo masuk 10 kali dia telefon. Atau mungkin lebih.

Selalunya dia akan call awal pagi (lepas bangun tidur) untuk bagitau dia baru bangun plus tanya aku kerja ka tidak, waktu breakfast untuk bagitau aku dia breakfast apa, waktu tengah hari untuk bagitau di lunch apa, waktu petang untuk tanya aku balik ofis suda ka belum, waktu malam untuk tanya KK suda malam ka belum plus bagitau aku dia dinner apa.

Once in a while dia cakap dia rindu dan sayang banyak sekali dgn mamanya. Sungguh tersentuh hati ini.. sob sob sob. Selebihnya dia tanya sama ada aku suda beli PSP ka belum. Hamboi2 anak aku, macam saja PSP tu 2-3 ringgit. Jawapan aku simple saja, "Tunggu la dulu, kita kumpul duit". Kalau ikutkan hati malas aku mo belikan. Terlalu membazir utk produk yg digunakan utk main game saja.

Setiap hari dia akan tanya, suda kumpul duit ka belum? Adeh... mcm saja kumpul duit ni mcm rompak bank. 1-2 jam suda ada duit dalam tangan. Bagus klu yg disuruh beli ni murah2. Tapi kesimpulannya, aku mmg berat hati la mo belikan PSP. Mcm kurang berfaedah.

So this morning, aku lambat masuk ofis. Alasan aku, handphone aku tertinggal. Usually, klu aku sudah dlm perjalanan confirm aku tidak pusing balik. Biasalah ibu2, telefon tu sudah kurang kepentingannya bila sudah berumahtangga atau ada anak2 ni. Aku kurang pasti pula dgn org lain. Tapi sebab dlm 3 hari ni aku ada 'stalker' yg tidak berhenti2 menelefon, maka aku pusing la balik. Takut dia kecil hati si mama tidak sambut telefon.

Kadang2 mcm pelik bila kepentingan telefon berbeza untuk sesetengah orang. Ada jenis orang, ke hulu ke hilir bawa telefon (normally org bujang). Ke dapur, jemur kain, silap2 ke tandas pun bawa.

Bila sudah berkahwin dan beranak pinak, telefon abis bateri pun tidak sedar. Kadang2 1 hari langsung tiada sebarang call pun, walaupun dari suami tercinta. Agaknya penat suda berborak di rumah, itu sebab bercakap dalam telefon ni kira macam membazir atau buang masa. Paling2 pun call untuk bagitau anak sakit, in laws mo dtg melawat atau hal2 yg emergency.

Yang paling aku tidak paham jenis org yg suka sangat tukar telefon. Kalau sebab byk features yg menarik dan tidak ada di telefon2 zaman batu, kira boleh ampun la. Tapi kalau tukar telefon sebab cepat boring atau ketinggalan zaman (segala features telefon baru langsung tidak pandai pakai), yang itu aku tidak paham. Bagi aku setakat ini, memadai la telefon aku boleh call, ambil gambar atau surf internet. Kalau ada feature lain, sure aku tidak guna punyalah! Bukan tidak pandai, tapi mungkin sebab tidak tau mo guna bila. Bukan pun aku ni jenis mengadap handphone ja 24 jam :).

Jun 1, 2011

Movie: Pirates of Caribbean : On Stranger Tides [2011]


Nah kau jangan alang2 post entry.. 4 in a row! Ini kira2 aku punya rusuhan la ni. Rusuhan susah mo ambil mood buat kerja. Kekekeke alasan tu bah.. manteps!!

Setelah bersukaria selama 4 hari, akhirnya aku meninggalkan anak tercinta (Haikal) dgn neneknya. Awal2 lagi aku sudah sedih. Siap tanya lagi..

Aku : Haikal tidak rindu mama kah nanti? (saja mo pujuk supaya dia ikut balik KK)
Haikal : Rindu.. tapi sikit saja.

Hamboi2 anak aku. Sikit?!! At last kami tiba di KK lebih kurang jam 1.30pm. Memandangkan masih awal laki aku ajak tengok wayang. Mula2 dia ckp mo tengok Kung Fu Panda. Disebabkan tiket Kung Fu Panda habis dijual, last2 dia bawa tengok Pirates of Caribbean. Kalau suda namanya 'dibelanja', ikut ja la. Bila turn beli tiket, Pirate of Caribbean 3D saja yg main dlm masa terdekat. Last2 beli saja la..

Belum pun masuk panggung laki aku sudah bising kunun wayang 3D ni, subtitle ja yg 3D. Mustahil la bah. Mahal2 RM16 satu kepala, takkan la subtitle ja yg 3D. Boleh2 laki aku jawab "Ko ingat senang ka mo buat subtitle 3D?". Malas suda aku mo layan. Tapi dalam hati masih juga optimis.

Bila iklan start ja, aku rasa perbezaannya (uiseh!!). Tapi lama kelamaan, mcm tidak perasan sudah wayang tu 3D. Mungkin sebab aku penat ka apa, tapi lain kali tidak la aku berebut2 mo tengok wayang 3D.

Synopsis : Kali ni adventure Captain Jack Sparrow adalah untuk mencari Fountain of Youth bagi membantu Angelica yg kununnya suatu masa dulu pernah ada hubungan dgn Captain Sparrow. Angelica mencari Fountain of Youth dengan tujuan mau membantu bapanya Blackbeard yang dijangka akan mati dalam tempoh terdekat. Terdapat beberapa item yang diperlukan sepanjang perjalanan termasuklah air mata duyung dan 2 cawan Ponce de Leon.

Honestly bagi aku, adventure kali ni tidaklah se'best' adventure yg dulu. Kelakarnya masih ada, cuma mungkin jalan ceritanya agak longgar. Cerita kali ni lebih focus kepada Angelica dan watak Jack Sparrow macam watak sampingan memandangkan dia tidak ada intention pun mo cari Fountain of Youth kalau bukan pasal Angelica. Walaupun highlight cerita kali ni lebih kepada ikan duyung (yang aku akui sangat2 menarik), tapi cerita pasal duyung ni agak tergantung. Tiba2 pula wujud satu missionary yang aku tidak pasti asal usulnya join sekali rombongan cik kiah. Boleh2 lagi dia jatuh cinta dgn si mermaid. Lepas tu, aku pun tidak pasti apakah yg berlaku kepada 2 makhluk tuhan tu. Lepas tu, wujud lagi rombongan cik senah London yg berebut2 mo dapatkan Fountain of Youth diketuai oleh si Barbosa. Bagi menambahkan kemeriahan, datang pula rombongan cik jenab sepanyol yg aku kurang pasti apa motif diorg sebenarnya. Sampai sekarang aku masih kebingungan..


Balik Kampung : Feast

Aku bila balik Labuan, selera makan memang susah mo kontrol. Kalau aku mo diet, Labuan is definitely not the right place. Di samping mama aku yg suka betul memasak bila anak2nya balik, ada beberapa menu wajib yg aku kena mkn bila aku berada di Labuan.

Menu 1 : Cendol
Lokasi : Tg. Aru Corner
Ulasan : Bagi aku the best in Labuan and Sabah. Sebab itu saja yg menepati citarasa aku. Nasib trip balik kampung kali ni aku sempat rasa. Itupun di majlis kawin sepupu.

Gambar Hiasan : Cendol


Menu 2 : Cucur Udang
Lokasi : Kedai Kopi Sopiah
Ulasan : Kalau ikutkan simple ja cucur udangnya. Tapi sosnya, tidak tau la mcmna mo explain. Mo rasa baru tau. Trip kali ni, aku sempat juga mkn sungguhpun jadual makan sedia ada sudah sedia 'padat'.

Gambar Hiasan : Cucur udang Sopiah. Actually rupanya lebih kurang begini la..


Menu 3 : Ambuyat
Lokasi : Rumah sendiri
Ulasan : Kalau ngam dgn cicahnya, sendiri mo ingatla. Since mama aku sangat pakar dalam buat2 cicah ni, anggap sajalah the best ambuyat in town. Sempat juga mama aku buat sebelum kami balik KK.

Gambar Hiasan : Ambuyat


Menu 4 : Kuih Jelurut dan Tapai
Lokasi : Kedai Kuih Lajau
Ulasan : Aku kalau bab kuih ni cuma yg the best of the best saja aku beli. Terutamanya buatan tangan Siti Nama. Kalau sudah tertulis kuih jelurut dan tapai Siti Nama, untunglah kamu klu datang jam 7.00 am belum habis. Jelurut aku sempat juga beli, tapi tapai.. huhuhu siasiapun..

Gambar Hiasan : Jelurut


Gambar Hiasan : Tapai


Tapi trip balik kampung aku kali ni terlalu banyak extra bonus punya menu..

Day 1 : Nothing special sebab my mom sibuk gotong royong keduri. Remember?
Day 2 : Makanan kenduri kawin (selalunya special), plus sate for dinner.
Day 3 : Roti Canai kuah sardin for breakfast. Ambuyat, udang harimau masak kari, ikan belais bakar for lunch. Cucur udang, sate, sayap ayam for minum petang (gila punya minum petang). BBQ ayam/daging, Steamboat and cake for late night dinner. Heran macamna perut aku muat mo mkn benda2 ni semua. Sia2 saja aku pegi swimming.. isk isk isk
Day 4 : Mee goreng tuna dan kuih muih for breakfast. Soto for lunch and nothing for dinner.. Gila! Tidak boleh dibawa2 tabiat kuat makan ni.


Sebahagian ibu2 dan bapak yg hadir utk memeriahkan majlis BBQ.


Ruangan Steamboat yg dikelola oleh anak2 dan mak dara.


Cousin Ija 'n' Niece Ika


Siap ada sambutan hari jadi Pamit. Happy 40th birthday Pamit!


Iklan live active and healthy!

Balik Kampung : Swimming

Lepas majlis kawin sepupu (minta mahap la banyak2 perut terlampau kenyang, tidak menyempat mo ambil gambar), kakak sepupu aku ajak pegi swimming pool sebelah petang. Memandangkan anak2 aku suka sangat dgn swimming pool ni, maka aku pun bersetuju la. Itupun kalau tidak hujan.

Normally kami pegi swimming di Manikar Resort. Adult RM10, Children RM5. Tapi kali ni, my cousin plan mo pegi tempat lain. Di Labuan Golf Club. Adult RM5, Student RM3/RM2. Paling best orang tidak ramai. Itupun aku rasa sebab ramai org Labuan bercuti ke KK, so kuranglah saingan untuk mendapatkan spot yang 'best'.

Kadang2 aku rasa sedikit pelik kenapa org Labuan suka berenang2 di swimming pool. Kalau difikir2kan Labuan tu dikelilingi lautan, berenang sajalah di pantai. Tapi kalau aku, aku prefer swimming pool sebab lebih selamat dan senang mo monitor terutamanya kalau ada anak2.

Disebabkan insiden pelampung hilang dari simpanan, budak2 terpaksalah berendam (belum pun pandai berenang) di swimming pool tanpa sebarang pelampung. Si Haikal sibuk mo minta pegang sepanjang masa sebab takut jatuh jauh ke dalam air. Mungkin sebab dia bosan asyik kena pegang saja, last2 dia minta izin mo pegi swimming pool utk budak2. So, aku pun benarkan la dgn syarat dia tidak buat stunt acrobatic di sana.


Si Dyana pula sibuk mo buat aksi ala2 penerjun papan anjal di kolam renang org dewasa. Macam dia tidak sedar saja dia tu panjang sejengkal. Padahal kolam yg dia sibuk2 mo terjun ni sedalam 1 meter. Maka sibuklah aku dgn laki aku bersiap sedia menyambut dia dari dalam kolam renang.

Oleh sebab aku penat jadi tukang sambut, maka aku berniat mo kasi Dyana pengajaran. Biar dia termasuk dlm air for a few seconds. Bukan pun dia surrender, terlebih excited la pula dia. Bila aku bawa dia pegi swimming pool budak2 dia sibuk juga mo buat aksi terjun papan anjal. Oleh sebab aku rasa lebih bahaya sebab kurang kedalaman, maka aku pindah balik pegi swimming pool org dewasa.


Aku dgn hubby terpaksa take turns. Aku berenang 2-3 depa, lepas tu baru kasi can laki aku. Aku kesian juga dgn laki aku, dari dulu sibuk mo minta ajar berenang. Aku pula bukan la perenang yg hebat. Tidak sampai pun half swimming pool, aku sudah semput semacam. Anggap sajalah klu kapal karam, aku ni bkn kategori yg kamu boleh suruh2 selamatkan org.. Tapi kalau aku kena suruh mengajar org berenang, aku lagi prefer ajar budak daripada org dewasa.


Niat aku, kalau bapa aku ada masa dia boleh ajar anak2 aku berenang. Macam dia ajar kami berenang dulu. Tapi harap2nya tidaklah se'drastik' training kami adik beradik. Aku dgn adik beradik yg lain belajar berenang di lautan terbuka (aiseh!!). Mula2 bapa aku suruh kami turun dari perahu, jadikan kaki kami mcm enjin perahu. Lepas tu, baru dia 'buang' kami dilaut. Bukan pun buang, cuma dia suruh terjun. Lepas tu baru suruh naik balik. Tapi hasilnya bagus juga la. Mungkin sebab kami jarang2 berenang, itu sebab kami selalu pancit.

Anyway, sebab anak2 aku suka betul dgn swimming pool, plus aku mo sampaikan hajat laki aku belajar berenang, aku kira mo jadikan aktiviti berenang ni aktiviti mingguan. Mudah2an..


Kesian signboard diorgkan? Macam bangunan tinggal pun ada.


Port tempat kami kasi tinggal barang.


Lihatlah dunia! Betapa tidak ramainya orang time ni.


Klu kamu angan2 mo ikut olimpik pun boleh bah. Apa yg penting pandai berenang.

Balik Kampung : Troli

Atas sebab cuti umum yg panjang + school holidays + my cousin's wedding, akhirnya aku bersetuju untuk menyahut panggilan pulau Labuan tercinta.

As excited as I was, belum lagi lawan excited anak aku. Haikal terutamanya. Dia awal2 sudah pesan yg dia mo stay di Labuan sepanjang cuti sekolah. Maklumlah kalau di KK, aktiviti harian dia cuma melepak di nursery.

Sampai Labuan, aku rasa mcm ada yg tidak kena dgn pemandangan terminal feri Labuan. Orangnya nampak mcm jarang2.. terlalu banyak space. Lepas difikir2kan semula, baru la sedar kebanyakan org Labuan berduyun2 ke KK sebab cuti panjang + cuti sekolah. Kami ja yg excited mo balik Labuan. Hehehe

Sampai rumah, anak2 aku tidak sempat tukar baju terus menerus mencari aktiviti yg boleh dibuat.


Mangsa Hari Pertama : Troli nenek diorg..


Siap posing lagi tu..


Sharing is always caring

Time ni si nenek tiada. Sibuk bergotong-royong buat persiapan kawin my cousin. Kalau nenek diorg nampak kamu ingat nenek diorg ketawa2? Kirim salam la.. confirm kena teriak punya! Kalau bukan directly sma cucu, sure aku yg kena tempiasnya..