May 11, 2011

Surprised!

I pay for another visit to the clinic today. Ini semua pasal Haikal. Untuk bulan ni sja, kunjungan aku ke klinik sudah masuk kali ke-4. Thank god la ada buku rawatan.. hehehe

Doktor yg berkenaan pun periksa sepertimana yg sepatutnya. Everything pun as he expected kunun. Lepas tu dia suru masuk bilik rawatan untuk cuci telinga. Macam ada something fishy ja ni... lepas tu baru doktor ckp "Eh! cuci tahi mata". Owh begitu..

Masa cuci mata, balik2 itu nurse cakap.. "Bagus Farhan ni. Good boy Farhan!". Dey.. anak siapakah yg aku bawa ini? Rupa mcm anak aku, tp namanya suda lain. Aku biar ja la nurse tu syok sendiri. Lepas tu..

Nurse : Kak, mcm ada membrane suda ni kak. Kena kasi tanggal ni.
Aku : Tidak sakit ka tu?
Nurse : Sakit juga la. Ada pesakit baru2 ni, sampai berdarah2 kami buka.
Aku : Kalau tidak dibuka apa jadi?
Nurse : Ubat susah mo masuk. Itu sebab dia lambat baik. Nanti kakak buka la. Macam susah pula mo buka.
Aku : ??? Apahal pula aku yg buka. Ini klinik self-service ka? Kalau dia tidak boleh buka, mcmna la pula aku boleh buka? Ingat aku ni ada magik? [Dalam hati ja la..]

Betul org cakap, kadang2 renungan mata kita pun macam bercakap juga. Maka, doktor bagi aku antibiotik. Hehehe

Balik ofis ja, tiba2 aku dpt call.. "Ada barang utk ko?". Heh??!! Seingat aku ada 2 brg ja yg aku tggu. Itupun suda sampai semua. So, aku pun ambil ja la..

Tadaaaaaa....


Wehuu!! Mantaps punya packaging. Mula2 aku ingat aku ada ikut apa2 event.. nope. Lepas tu aku ingat, mesti org ofis yg bagi.. so, aku tengok kad dulu. Jangan tamak sgt mo terus2 tengok hadiah.. kontrol sikit boleh?



Tulisan di envelope pulanya la mcm typewriter. Siap ada Happy Birthday lagi. Paling mahal yang sain itu kad. Sob sob sob.. terharu aku geng.. terasa diri begitu berharga!



Nah.. lepas tu baru buka hadiahnya. Fuiyyooo!! Jam meja. Siap boleh simpan gambar 'org2 tersayang' lagi woo..



Altogether now! Say minta puji..

Tips Memujuk Anak Manja


Laki aku cakap aku ni suka betul manjakan anak. Aku rasa kadang2 mungkin juga, kadang2 tu tidak juga. Ikut monsun khatulistiwa aku la.

Sebelum ni kami sekeluarga meraikan festival sakit mata peringkat negeri. Kenapa aku cakap peringkat negeri, sebab hampir semua kawan2 yg hntar anak di nursery yg sama confirm akan kena the famous 'red eye'. Semua pun diraikan secara berperingkat. Mula2 sekali yg paling kecik. Lepas tu, si abang, lepas tu baru si mama dan si bapa. Tempoh sembuh pula tidak sama. Mula2 yg kecik, lepas tu si mama dan seterusnya si bapa. Si abang? Sampai sekarang masih tidak sihat2 lagi. Anggap sajalah rawatan susu ibu itu betul2 berjaya.

Mangsa keadaan

Bab si Haikal ni aku kurang pasti. Sejak sakit mata ni, perangai mengalahkan budak2. Atas alasan dia sakit mata,

1) Kalau jalan mesti mo pegang tangan sebab dia tidak nampak. Jadi kerja aku pula la mo cakap lompat atau langkah. Macam cerita si apek dalam Ali baba bujang lapok.

2) Sampai rumah tidak boleh buka lampu sebab mata dia sakit. Adik aku balik kerja ingat rumah tiada letrik. Makan pun ala2 'candle light dinner' kunun, tapi ramai2.. aparah.

3) Bangun pagi/mo tidur mesti mo merengek dulu berhabis2an. Tidak boleh bangun la, tidak boleh nampak sinar la (sinar kunun.. cahaya bah tu).

Tapi apa yg aku perasan mata dia kurang merah, shit eyes (mengikut google translate ah.. hahaha) pun sudah kurang, cuma bengkak ja masih ada. Jadi pada firasat aku si Haikal mungkin ada sindrom manja-yg-melampau.

Aku sdg usahakan pelbagai metodologi..

1) Cuba pujuk cara baik --> Akhirnya dia menangis teresak2.. mo manja2 la tu konon.

2) Aku dgn hubby buat komplot (berbincang dlm max volume) mo hantar Haikal pegi klinik inject mata --> End up dia nangis semakin kuat plus kita pun tidak mo kasi takut budak jumpa doktor kan?

3) Aku puji2 adik dia kuat, itu sebab Dyana cepat sihat --> Aku pula yg sedih tengok Haikal diam2 melayan perasaan manjalara dia tu.

4) Aku cakap mo pegi taman weekends ni. Tapi org sakit mata tidak boleh join sebab nnti tidak boleh nampak playground --> mula menunjukkan reaksi yg positif sebab dia suda mula mo buka mata.

Aku rasa la, Haikal ni mgkn terlalu seronok sebab tidak payah pegi sekolah. Tapi sebagai ibubapa, tidak boleh juga ketepikan kemungkinan dia betul2 sakit. So, kita tunggu dan lihat..

May 10, 2011

Mother's Day


Memandangkan hari ibu aku tidak seperti hari ibu2 yg lain, kerja aku menagih 'simpati' ja la dari si hubby dgn anak2. Selepas berkali2 aku bg hint sama laki aku, akhirnya 2/3 benda yg aku request ditunaikan.

1) Lokan dan kelapa bakar
2) Chicken Chop
3) Choclate Cake

Aku dapat 1&2 ja. Yg ke-3 laki aku malas suda mo layan.. kekeke. Lepas tu aku tagih kad dari Haikal. Awal pagi dia kasi nyayi lagu ibu.

"Ibu.. ibu.. engkaulah..."

Itu ja lah yg aku dapat. Konon sebab dia tidak tau tu lagu. Lepas tu, aku tagih lagi kad dari dia. Mungkin juga sebab bapa dia jenis "I tak kesah", maka anak pun macam tiada effort mo buat kad.

Aku : Haikal tidak mo kasi mama kad ka?
Haikal : Mama mana boleh minta. Itu untuk suprise!
Aku : Apa Haikal mo kasi?
Haikal : Mama tidak boleh minta. Nanti Haikal kasi suprise... Babah! Babah mo hadiah apa?
Aku : Apa pula Babah yg dapat.. kan hari ibu, hadiah untuk mama la..
Haikal : Eh mama ni. Kan ada hari bapa..
Babah : Iya betul tu..
Aku : :(

Aku masih lagi menunggu suprise dari Haikal... huhuhu

May 5, 2011

Mama Muda Dyana

Semalam aku ada buat entry pasal aku minta susu dari cousin aku, Hanaz untuk rawatan sakit mata aku yg baru saja bermula kemarin.

Turn out ramai rupanya org yg tau susu ibu tu bleh merawat sakit mata. Aku saja la yg ketinggalan keretapi. Balik rumah, aku letak susu atas meja makan. Dyana, time2 tu juga mo buka tupperware susu tu. Dia ingat puding kali. Aku tegur ja, terus dia buat2 sibuk buat keja lain.

Sedang sibuk2 memasak, aku perasan dyana suda abis minum susu dalam container tu. Huhuhu siap2 ada bunyi sluurrrppp lg. Tapi disebabkan aku dapat tangkap dia in action, tidak la sempat dia menjilat2 container. So, aku manage untuk dpt beberapa titik dari container tu.

Terus aku panggil pesakit2 aku sekali dgn aku sekali buat rawatan mata A.S.A.P. Pagi ni mata aku tidak sepedih kemarin, dan aku rasa rawatan tu kira berjaya la. Cuma kena minta lagi la susu dgn cousin aku ni. Hehehe

Lepas buat rawatan aku fb cousin aku. Dia mention something yg aku tidak terperasan. Wow!!


Yup!! It's true. Dyana got 2 moms disebabkan insiden minum susu dalam container. So, to my beloved daughter, Dyana.. Mama Hanaz is your ibu susuan and Izz is your adik susuan.

May 4, 2011

Festival Sakit Mata (Part II)

Akhirnya, aku terjebak juga. Huhuhu kesian aku. Time2 sibuk, time2 susah mo cuti, time2 aku tidak teringin mo sick leave ni la aku kena juga sakit mata. Biarpun banyak langkah berjaga2 aku buat, nampaknya masih tidak mencukupi.

Baru aku bercadang2 mo pegi klinik, tiba ada orang ofis aku cakap ubat terbaik untuk sakit mata adalah susu ibu. Balik2 aku tanya, untuk confirmation la kunun. Dia cakap, titikkan susu tersebut di mata dan lap2 kan di kelopak mata.

Memandangkan susu ibu tidak mengandungi bahan kimia, maka aku minta dari sepupu aku (yg kebetulan masih bfkan anak dia), Hanaz. Aku minta lebih sikit, untuk kami anak beranak. Hehehehe..


Well, kita tunggu dan lihat la. Berkesan ka tidak. Secara teorinya aku rasa macam ada harapan.. Nantila aku update perkembangan rawatan ini.


May 3, 2011

Tentang Si Puyul (Part II)

Dulu aku ada cerita pasal si puyul ni. Berita tentang kewujudan si puyul ni bagi aku masih menjadi menjadi tanda tanya. Sehinggalah pada April 29, 2011. Akhirnya aku berjaya juga bertentang mata dengan orang yang aku ingatkan tidak wujud ni.

Tapi sebab aku segan mo ambil gambar dia (karang org ingat aku ni mo menculik anak org la pula), aku pun suruh la sidekick aku si Haikal ambil gambar.


Kecik ja orangnya, sopan santun dan tidak banyak songeh. Sedang si Haikal sibuk ambil gambar Si Puyul The Great ni, aku pun tengok la nama dia.

Aku cuma ingat SEIN....DIEN ja. Aku agaklah mungkin nama dia bunyinya macam Sensodyne. Aku agak ja la. Tapi sekarang aku tau kenapa dia kena panggil puyul. Mungkin cikgu dia pun tidak pandai mo sebut nama dia. Mungkin juga itu nama gelaran di rumah.

Biasalah nama budak sekarang, mo lain daripada yg lain punya pasal.. dapat la gelaran Puyul. Mengingatkan aku pada budak2 junior yg susah betul kami mo ingat namanya, last2 kena bagi gelaran A, B, C. Abis cerita. Daripada kena panggil Oi!, kira ok apa..

Festival Sakit Mata

Mula2 sekali, anak aku yg paling kecik kena dulu. Dia kena di nursery. Well, aku mo marah pun buat apa. Nama pun nursery, mmg la macam tu.

Tidak lama lepas tu, aku rasa macam pedih2 mata. Oh tidak!!! Mungkinkah? Nasib baik false alarm. Rupanya itu wabak terpelanting pula dekat anak lelaki aku. Aisehmen... ini sudah tidak bagus. Dari 1 pesakit bertambah lagi 1 pesakit. Aku tanya kawan2 aku yg lain (yg together2 hantar anak di nursery yg sama), rupanya mereka telah berjaya ditumpaskan. Ibu dan anak2 sama2 sehati sejiwa bersakit2an mata bersama2.

Adik aku pula, sibuk2.. "Jangan tengok mata dia. Nanti berjangkit!". Itu semua mitos belaka. Dulu2 aku percaya juga la, tapi memandangkan Doktor sudah mula mengeluarkan hujah2nya, maka Doktor.. I will follow you lah!!

Mengikut si Doktor, jelingan tajam ala2 Shah Rukh Khan tidak akan membawa kepada menjangkitnya sakit mata. Sebab utama terjangkitnya sakit mata adalah apabila si mangsa (anggap ja la yg sakit mata) menggosok2kan matanya dan kemudian memegang tangan bakal mangsa. Bakal mangsa kemudiannya akan menggosok2kan matanya dan ini menyebabkan virus tersebut merebak ke mata bakal mangsa la pula. Mungkin juga pasal tuala gunasama. Sedang asyik gosok2 mata anak, lepas tu kita pakai tuala yg sama untuk cuci muka... maka bak kata Doktor "What to do? Nasiblah..".

Cara untuk mencegah wabak sakit mata, selalu2lah mencuci tangan anda. terutama sekali setelah melakukan rawatan khas kepada pesakit (dalam kes aku yg 2 org tu la). Lepas ja kasi ubat titik mata, teruskan la mencuci tangan. Selain tu, asingkan tuala atau bantal. Semasa festival sakit mata ni, terma Sharing is Caring is no longer used. Tapi sebab anak aku suka betul testing2 bantal bila mo tido, aku gunakan cara selamat. Mana bantal yg aku mo pakai, aku bungkus pakai kain sarung. Tidur Cermat Mata Selamat.


Kesian anak aku.. nasib baik dia tidak meragam time sakit mata. Paling2 pun meragam masa bangun pagi saja. Itu pun sebab mata dia tidak boleh buka.


Baru mcm mo jadi, aku cepat2 bawa pegi klinik.


Pegi klinik yg sama selang 1 hari ja. Doktor pun mcm konfius. Rupanya pesakit yg berlainan. Paling2 pun Doktor cakap "What to do? Nasiblah..".


Nasib2 pun Haikal kena kasi 3 hari sick leave. Takut terjangkit budak lain di sekolah. Sampai nursery, aku minta anak aku kena quarantine di bilik lain. 1 beg aku kasi bekal mainan.. Harap2 dia tahan la main sorg2..