Sep 21, 2012

Udang punya pasal


Assalamualaikum :)

Kesian blog aku ni. Makin hari semakin sunyi. Si tuan busy yg teramat. Sana sini kena kejar.. huhuhu. Lain kali kita cerita.

Semalam, aku berusaha untuk menghabiskan stok udang dalam esbok (peti ais). Jangan main-main, udang pun ada stok extra. Gara-gara borong tidak beringat di pasar SAFMA. Haaa!! Bab itu pun nanti kita cerita. 

Sedang aku membersihkan udang, Dyana tanya.

Dyana : Mama apa buat?
Aku : Mama mau masak *sambil muncung tunjuk udang*
Dyana : Apa itu? Lipas?
Aku : Ekk??? Bukan.. 

Belum pun aku sempat habiskan ayat..

Dyana : Ohh... Itu ikan paus.. *sambil jalan tidak toleh belakang*
Aku : Oh tidak!! *dlm hati ja la*



 Udangku : Kalau macam lipas aku terima lagi.. tapi IKAN PAUS?


 Ini pun Dyana cakap ikan paus. No thanks to my lil' brother and sister.. diorang yg ajar ni.
Kategori betul tapi saiz? 
(picture from google)


Sebelum tu, Dyana ingat inilah ikan paus. Hmmm.. saiz betul tapi kategori?
(picture from google)


Kesimpulannya, Dyana dalam fasa kekeliruan. Apa-apa yg berkaitan dgn laut - yg timbul, yg datang dan sebagainya adalah ikan paus. Jangan esok lusa dia cakap nelayan pun ikan paus sudah.


Sep 13, 2012

Majlis Rumah Terbuka 2012


Assalamualaikum :)

Burp!! Alhamdulillah.. :)

Baru balik dari sambutan hari raya universiti. Ini kira last event aku terlibat dalam minggu ni dan hopefully di masa-masa akan datang.. Aminnn. Untuk rekod, sudah 2 minggu aku tidak duduk di cubicle aku lebih dari 1 jam. Maka kasihanlah orang-orang yg bertempiaran mencari aku atas urusan pejabat. Lepas ni, I'm available.. hehehe.

Last year, aku jadi Eric Leong Wannabe ja. Tahun ni, semua pun aku sapu. Dari tukang buat kuih, sampai la ke tukang bagi duit. *Pergh!! Bagi duit kunun... banyak duit kau!*


 Tajuk Utama


 Ours.. Jangan ditanya apakah tema kami.. sampai berbuih-buih mulut org explain, masih lagi aku tidak paham. Toink toink juga rupanya aku ni.. uhuk uhuk uhuk


Meh kita tengok saingan pertandingan gerai terbaik. 
 

Yang pelik..


Yang berkarektor..
 

Yang formal..


 Yang rambo..


 Yang Padang pasir..


Yang comel.. :)


Yang janggal.. :|  tapi unik.. *penyedap ayat*


 dan yang kelakar.. hahaha


Hasil tangkapan. Actually aku ada ambil nasi beriyani. Tidak sempat gambar, terus ngap.



Sep 12, 2012

Mari Belajar Kedayan


Assalamualaikum :)

Suatu ketika dulu, setiap kali tanya Haikal apa bangsa dia, dia dengan selamba ja cakap bangsa Islam. Haikal memang macam tu. Kalau menjawab memang confident. 

Lepas tu, nenek dia ajar la sikit-sikit. Haikal orang Labuan sebab lahir di Labuan. Dyana orang KK sebab lahir di KK. Kembang sebelanga anak aku dengar dia orang Labuan. Lepas tu nenek dia cakap Haikal bangsa Kedayan.

Setakat ni, bahasa kedayan yang Haikal boleh tangkap setakat 'berlusir = berlari'. Itu pun atas khidmat nasihat mama aku yg rajin 'betetuan = bertutur' dalam bahasa Kedayan.

Anyway, atas rasa sayangkan bangsa (kunun) si Haikal kebelakangan ni rajin tanya beberapa words bahasa Melayu ke bahasa Kedayan. 

Haikal : Mama, kalau lampu dalam bahasa kedayan apa?
Aku : Lampung.

Haikal : Kalau air?
Aku : Aing.

Haikal : Kalau kereta?
Aku : Kuwita..

Lepas tu berabis dia ketawa.. huh! bertuah punya anak.. kunun belajar bahasa kedayan, dia pi ketawa pula..

Haikal : Kalau sekolah?
Aku : Iskul.
Haikal : Aii?!! Kedayan pun ada English kah?
Aku : Memanglah!! Orang putih pun belajar english dari kedayan.. *dasar penembirang ni si mama*

Haikal : Belajar?
Aku : Stadi. *actually belajaa*

Haikal : Harimau bintang?
Aku : Leopard. *actually hayimau bintang*

Last-last Haikal jeling aku sambil berkerut kening..

Haikal : Mama ni betul kah tidak ooo?!! *slang orang kk*

Hahahaha...

Sep 11, 2012

Mari Mengira - Dyana Style


Assalamualaikum :)

Fuh lega!. Itupun sekejap saja. Busy yg teramat sangat. Lepas ni berderet lagi kerja serta event yg menunggu utk diselesaikan. Kalau tengok meja kerja aku, nampak macam bukan meja nampak macam timbunan kertas saja ni. Dahsyat sungguh aku sekarang.. mengalah menteri!

Anyway, di samping kesibukan aku tu, sempat juga la aku bergurau senda dengan Dyana. Of course la kan. Nama pun anak. Awal pagi hari tu, ajar Dyana kira duit (jangan main-main, awal lagi aku trained si bakal akauntan aku tu :b).

Aku : Satu, Dua, Tiga, Empat, Lima, Enam, Tujuh, Lapan, Sembilan, Sepuluh..

Dyana : Atu, Uwa, Iga, Apat, Ima, Nam, Ujuh, Apan, Ilan, Puluh.. Yeay!! Adik pandai!! (Orang syok sendiri memang macam tu).

Aku mengaku sedikit bimbang. Tahun depan mau masuk sekolah, mengira pakai short cut segala. Semua pangkal dia potong. Tinggal hujung. Apapun, demi anak tercinta aku gagahkan jua untuk meneruskan kiraan.

Aku : Sebelas, Dua belas, Tiga belas, Empat belas, Lima belas, Enam belas, Tujuh belas, Lapan belas, Sembilan belas, Dua puluh..

Dyana : Jelas, Jelas, Tidak Jelas (Eh???), Jelas, Jelas, Jelas, Jelas, Jelas, Jelas, Puluh-puluh!! Yeay adik pandai!! Tepuklah angan mama..

Dengan rasa serba salah, si mama pun tepuklah tangan. Tapi taubat tidak mau sambung kira sampai 30. Pilunya menusuk qalbu!! Hahahaha.. Mengira main jelas tidak jelas ja anak aku sorang ni.. Kalau bapa dia yg ajar ni, boleh naik tekanan darah si bapa ni.. kekekeke


Sep 4, 2012

Projek : Eric Leong Wannabe


Assalamualaikum :)

Suka tak suka tak suka tak?? Hahaha.. saja ja mo kasi tag line si Eric Leong. This year, hubby semangat sikit mo upgrade (betul ka upgrade) rumah kami. Bila si hubby semangat, sudah semestinya si isterinya terlebih lagi semangat. 

Some of the reason why..


 This is our living room. Bila tanya Haikal, dia cakap "Mungkin Dyana yg buat."



 This is at master bedroom. Definitely Dyana.


Guestroom. Kalau sudah lukisan kereta, sure Haikal.


Busted!! Tertulis nama Haikal lagi sana. Hahaha


Langsirku yg tidak seimbang for 4 years. Sakit mata aku tengok. Hantar pegi tailor, dia boleh sub contract pula dgn adik dia. Haiiyaaa...



The new wall. Cantik tak cantik tak cantik tak? Hehehe


Actually, aku sudah set mau pilih color hijau lumut. Baru aku tau, terhad rupanya color yg ada di KK ni. Semua pun tunjuk template yg sama. Tiada variasi langsung. Huhuhu..


Coffee Bean


Assalamualaikum :)

Aku kalau bab kopi ni, tetap jugalah kopi tenom yg paling menang. Namun demikian ini bukan cerita pasal kopi tenom. Ini cerita Coffee Bean.

Suatu masa dulu, bagi aku Coffee Bean ni kira satu-satunya tempat yg aku mmg tidak mo pergi setakat utk borak-borak kosong. Kalau kena belanja, lain cerita la kan?

Bagi aku satu pembaziran bayar mahal-mahal setakat minum secawan kopi. Entah sedap entah tidak aku tidak berani mo cakap la. Anyway, somehow one day si hubby berjaya mendapat discount coupons sempena hari kemerdekaan. 4 kupon semuanya.

Since ianya kupon discount for 55% (banyak tu..) maka aku berkira-kira mo try la minum kopi yg ada di coffee bean.

Seperti biasa, laki aku yg pemalu itu sanggup menjaga anak yg pelbagai ragam di dalam kereta dan meminta aku tapau ja apa-apa yg patut. 

Sampai di kaunter, aku main order suka hati ja. Sebab ada 4 kupon, aku pun order 4 jenis.

Coffee Latte
Double Chocolate
Mocha Chocolate (entah betul ka tidak nama ni..)
Americano *something (to many names on the menu, baca pun aku mabuk sudah)

Sekali bayar, RM24 plus aku bagi semua kupon. Sekali si cashier cakap 1 kupon ja pakai. Lagi 3 boleh ambil balik. Paling best kupon tu hanya sah digunakan pada 31 Ogos 2012. Masa aku 'melawat' coffee bean tu sudah pukul 7.00 mlm. Mau tidak mau, terpaksa call org-org yg tinggal di kawasan berhampiran kalau diorang mau tu kupon. Diorang pakai ka tidak, wallahu'alam..

Lepas tasting process, bolehlah disimpulkan..

Apa-apa yg ada chocolate terasa sangat sedap. Manakala, yg lain-lain tu terasa sangat pahit dan tawar (atau aku lupa ambil gula?). Tapi aku letak gula di rumah, masih juga tawar dan pahit. Kenapakah? Tidak lut kali pakai gula murah kan? Hahaha

 
Ewah.. glamor sekejap nama aku sana.. kih kih kih..