Jun 29, 2010

Time for Movies

Asalnya aku janji dengan Haikal mo bawa dia tengok Toy Story 3. So, last2 minit aku ajak Hubby aku minta cuti semata-mata untuk tengok movie. Lama juga aku tidak tengok movie. Paling last aku tengok movie Guardian lakonan Ashton Kutcher dan Kevin Costner dalam tahun 2006.

Bukan sebab aku tidak minat tengok movie, tapi bila suda ada anak kecik ni kadang2 agak mengganggu untuk tengok movie dengan tenang. Kira untunglah kalau ada anak yang masuk panggung terus tidur. Kalau ada anak yang masuk panggung sudah takut sebab gelap tambah lagi sound effect yang melampau.. baik lupakan saja niat tu..

Dijadikan cerita, aku dengan Hubby keluar awal skit dalam jam 10.30am. Kunun mo beli tiket jam 12.40pm. Haikal abis sekolah dalam jam 12.00pm, so kira ngam2 juga la timing dia memandangkan sekolah Haikal dengan panggung agak dekat. On the way mo pegi kaunter tiket, aku ternampak sesuatu!!!!

The A Team Movie


The A Team!! Drama series dalam tahun 1980an. Seangkatan dengan zaman Macgyver. Aku buat perbincangan ringkas dengan Hubby, akhirnya kami membuat keputusan, jam 11.50am tengok The A Team dulu, jam 2.30pm baru tengok Toy Story. 2 movies in a row..

Aku sangat2 minat dengan The A Team. Terutama sekali Murdock.. Masa aku mula2 tengok The A team dulu, aku tidak pernah tau macamna Hannibal, Face, BA dan Murdock ni dikumpulkan. Tau2 saja diorang sudah jadi pelarian dan terima upah untuk pelanggan tertentu. Ironiknya, pelanggan mereka selalunya orang miskin atau pelarian macam diorang juga. Susah pula diorg mendapatkan client yang kaya...

The A Team Series


Dalam movie ni akhirnya aku tau kenapa BA tidak suka naik kapal terbang dan Murdock is definitely the least person he likes. Kalau cerita pasal sinopsis The A Team, rasanya melambak dekat internet. Cukuplah aku cerita dari my point of view saja. Dari segi jalan cerita, The A Team movie memang happening berbanding series. Orang kata A team kali ni lebih canggih dari biasa. Tidak juga melampau. Just nice. Kalau korang peminat A Team.. Rugi kalau korang tidak tngok. Scene kegemaran aku scene di mana diorg jumpa Murdock, the last member to joined the team dan scene di mana Hannibal, Face dan BA menaiki helikopter yang dikemudi oleh Murdock for the first time.

Barisan pelakon pula, ada yang aku berkenan dan ada yang aku kurang berkenan. Yang berlakon sebagai Hannibal kira boleh tahan juga la.. Liam Neeson bah tu!! Cuma Hannibal baru ni macam kurang relaks sikit. Stress sja nampak.. Mungkin direktor mo kasi nampak realistik sikit.. Aku pun tidak pasti. Kalau Hannibal lama, baru la cool!! Relaks saja riak muka dia. Macam orang yang sudah biasa nampak benda yang luar biasa.

Col. John 'Hannibal' Smith

Face dalam cerita ni pun macam ok juga la. Mungkin sebab aku sudah biasa tengok Face yang tiada muscle, so ada kejutan karektor juga la. Tapi lakonan dia nampak memberangsangkan daripada
Hannibal.

Lt. Templeton 'Faceman' Peck

BA ni kira macam ikon A Team. Dengan gaya rambut mohawk + muka ganas + emas. Tapi BA baru ni nampak mcm lemah lembut pula. Gaya rambut mohawk - muka ganas - emas. BA lama kalau tengok muka pun kita takut. Tapi gaya lawan tu juga la paling happening. Cuma lakonan dia macam kurang memberangsangkan sangat.

Sgt. Bosco Albert 'BA' Baracus

Murdock, my favorite character in the other hand is PERFECT!! Lucu macam biasa, gila macam biasa, menyakitkan hati macam biasa.. hehehe

Capt. HM 'Howling Mad' Murdock

Mungkin juga bukan salah pelakon tapi sebab aku sudah biasa tengok A Team yang lama so, mau juga tengok pelakon asal. Impossible!!



Part aku tengok Toy Story 3 tu, kira aku skip saja la. Nothing much. Biasalah typical Disney Movies. Hehehe


Jun 25, 2010

Less Human

Kemarin dalam jam 4.30am, aku perasan ada kucing keluar dari salah satu bilik di rumah aku. Aku pun kelam kabut masuk bilik tu balik, mana la tau ada cenderahati kena kasi tinggal. Tiba-tiba aku dengar bunyi anak kucing. Oh no!!!! aku keluar bilik terus kasi bangun laki aku. Tolong tengok mana la tau betul-betul ada anak kucing.. Laki aku bangun, terus check di mana koordinat anak kucing. Keluar saja dari bilik, dia cakap "tiada pun!! mungkin perasaanmu ja kali..". Aku double check balik, memang tiada sudah kedengaran bunyi anak kucing. Puas hati punya pasal, aku tutup pintu bilik tu.. mana la tau kucing tu check-in semula nanti.

Balik dari kerja kemarin, laki aku masuk balik ke dalam bilik tu, kunun mo cari pemadam pensil untuk Haikal. Lepas tu, dia pula macam kena panic attack!! "Ada bunyi anak kucing lah!!". Nah kan, sudah aku cakap.. Tapi kalau aku la yang dia harap mau kasi keluar tu anak kucing.. kirim salam saja la.. last-last terpaksa jua dia mengalah.. cari anak kucing dan kasi keluar dari bilik. Laki aku tanya aku mo letak mana? Kalau ikut aku, letak saja luar rumah. Tapi fikir-fikir balik, kawasan rumah kami banyak anjing, so letak saja di balkoni. Harap-harap saja mama kucing tu pandai cari anak sendiri.

Tadi pagi, aku bangun awal, buka pintu balkoni.. ambil kain-kain kering, baru perasan anak kucing tu sudah tiada. Mungkin mama kucing sudah ambil. Masuk bilik, tiba-tiba dengar bunyi anak kucing (bilik yg sama kemarin). Adeehhh!! tidak kenal putus asa ni mama kucing.. atau mungkin ada anak kucing yang tertinggal semalam?? Hmmm.. tidak mustahil...

Malam ni, laki aku mau buat OPS KUCING.. keluarkan anak-anak kucing ke balkoni.. dan perintah berkurung untuk tuan rumah dan keluarga, untuk memastikan tidak ada operasi keluar masuk kucing-kucingan ke dalam rumah.

Mungkin ada yang berpendapat aku patut pelihara saja tu anak kucing.. tambah pahala. Tapi minta mahap saja sama peminat kucing atau yang sewaktu dengannya, buat masa ni my ideal pet is a ROCK!! Cukup la aku jaga 2 orang anugerah tuhan tu.. Pokok bunga pun aku surrender mau jaga, ini kan pula yang bergerak-gerak. Di rumah aku, benda yang hidup cuma orang saja. Bunga?? jangankan hidup yang plastik pun aku malas mo jaga. Jadi tempat persembunyian habuk durjana saja.. hehehe

Tapi aku memang ada masalah dengan kucing. Tidak boleh salahkan cara kami adik beradik dibesarkan (my mom pun bukan peminat kucing yang setia), sebab abang dengan adik lelaki aku memang suka kucing. Aku dengan adik perempuan aku saja yang tidak normal ni. Kalau ikutkan, bukan pun aku takut kucing, cuma bulu dan bau kucing ni buat aku loya dan pening walaupun aku tidak mengandung.

Tidak pelihara kucing tidak bermaksud I'm less human right?? At least, semua anak-anak aku jaga (tidak dibuang merata-rata macam sesetengah orang).. Mungkin cuma kurang perasaan kasih kepada binatang.. At least I care enough not to throw the kitten out side my house untuk jadi makanan anjing.. jauh-jauh palis!! or some people says minta dijauhkan.. Akhirnya aku membuat kesimpulan sendiri in my own terms I'm human. I don't eat people, I didn't throw away my kids, I love my family and I threat people with respect. I may not like animals the way I should.. but I'm still human not even less..




Jun 23, 2010

Kisah Si Penjual Burger yang Konfius

Akibat bekalan air ditutup untuk sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan, akhirnya aku mengambil kesempatan untuk makan di luar. Hajat hati nak makan simple saja misalnya burger (ala.. burger Ramly tuh la..). Sang suami pun dah order apa yang patut untuk dia dengan budak-budak, maka aku pun mula mengatur langkah ke gerai burger. Sampai ke gerai, aku tengok-tengoklah menu. Manalah tau, ada style lain yang boleh dicuba jayakan..

Penjual Burger : Burger kak?

Aku : Kasi Daging Double Cheese Burger (disebut berdasarkan menu) satu, Ayam Special satu.

Penjual Burger : Ok. Double Cheese Burger tu apa yang mau di double, daging ka atau cheese?

Aku : ????

Penjual Burger : Daging la tu kan?

Aku : Iya la tu kali..

Penjual Burger : Ok. Kejap lagi saya hantar.

Aku pun duduk la balik. Tapi disebabkan aku masih konfius, aku tanya laki aku balik. Double Cheese Burger memang ada option mo double apa ka? Sedang laki aku konfius menjawab soalan aku, Penjual Burger tu datang balik..

Penjual Burger : Kak, yang daging Double Cheese Burger tu daging ka?

Aku : ???? Iya. Daging lah..

Penjual Burger : Jadi yang ayam Special tu ayam la?

Aku : ???? Iya. Ayam.

Penjual Burger : Ok. Kakak mo letak apa, sos ka cili?

Aku : ???? Sos lah. Eh!! cili. Eh!! Sos cili lah..

Maka si Penjual Burger pun berlalu pergi. Aku kesian dengan Si Penjual Burger ni konfius memanjang. Aku kesian juga dengan diri aku kerana melibatkan diri dalam dilema Si Penjual Burger yang Konfius. Tapi aku paling kesian dengan laki aku, terjebak dengan ke'konfius'an yang dia sendiri tak tau hujung pangkalnya.. ish ish ish..

Jun 22, 2010

World Cup Fever

Seperti biasa,awal2 lagi hubby suda booking tv. "klu mo berabis tngok tu tv tngok la skrg.. bulan jun segala kartun dan movie, kena block suda!!". Nasiblah selama ni, hubby selalu mengalah dengan wife n anak2. Ada sport channel pun, macam tiada.. almaklumlah, tv pun satu ja. Lagipun bukan selalu, 4 tahun sekali.

Bila bermulanya World Cup, semua orang kat rumah pun ada fever. Mari kita lihat satu persatu:

Daddy's fever : Simptom bangun lambat
Normally, game ada 3 sesi. 7.30pm, 9.30pm and 2.30am. Hubby selalunya bersemangat nak tengok semua. 7.30pm - segar dan bersemangat sja. 9.30pm - mula menunjukkan simptom2 stress sebab, mummy dah masuk tdo. So, budak2 la peneman setia ayah diorg. Buat kepoh sana sini. 2.30am - sudahnya tv tengok hubby.. hehehe tv juga la yang kena overtime sampai siang.

Mummy's fever : Simptom tido awal
Bila tv dah kena booking, mummy tak ada benda nak buat. Daripada tengok bola berjam2, gol setakat 2 3 biji ja (itu kalau ada gol, kalau takde??!!) baik aku tido. Sudahnya, hampir setiap hari tido awal. Bagus untuk kejelitaan gitu.. hahaha

Haikal's fever : Simptom sembunyi remote
Since tv dah kena blocked oleh abah, dia suka sangat sembunyikan remote control tv. Lepas tu buat2 tak tau remote di mana. Boleh?? Pantang abah dia pegi tandas, atau pegi minum, automatik ja tindakan refleks dia menukar channel sambil sembunyikan remote.

Dyana's fever : Simptom banyak keja
Dyana ni lain skit. Dia bukan suka sangat tengok tv pun, tapi pantang tengok ada sebarang aktiviti, dia mesti nak menyibukkan diri. Contohnya, memanjat kerusi, melompat atas tilam, jalan2, kemas pinggan mangkuk. Kalau lampu dipadamkan, tv pun ditutup, pandai pula dia cari tilam. Disebabkan abah dia tengok tv sampai pagi, dia pun buat la apa2 aktiviti yang boleh meningkatkan stress abah dia.. ahhaaa camtu la anak mak!! hehehe

Sorrylah, kalau entry kali ni tak se'grand' tajuknya. Bukan aku tak suka tengok bola. Suka juga la walau tak minat sangat pun. Tapi World Cup tahun ni tak semeriah tahun tahun sebelumnya. Time bujang2 dulu boleh la, siap ada pasukan kegemaran lagi. Sungguhpun gaya main tak se'terror' mana, tapi yang penting 'sedap mata memandang'.. (tengok yang hensem ja!!). Kalau World Cup yang lalu pasukan pilihan aku adalah England, sekarang aku sokong Argentina. Bukan aku tak tahu Brazil pun boleh tahan juga, cuma Brazil ni dah kebanjiran penyokong. So, GO ARGENTINA!!






Jun 10, 2010

Weight Issues

An ol friend of mine stated in one of her status :
Seriously need to get myself back in shape... fast! this thing that "menggeleber" is really getting out of hand.. help!!

Hahaha funny as it was, but it's a reality. For a women, it's not just an issue.. it's THE ISSUE.. as for me, let's see..

Before married : 49 kg
After having the first child : 52 kg
After having Miscarriage :
66 kg
After having the second child : 62kg

DEFINITELY major issue!! Owh man.. when did I get so big??!! Really need to cut off a few kilos.

Jun 9, 2010

man vs woman

Aku mendapat jemputan untuk menghadiri satu bengkel ni. Tidak melibatkan bidang keja aku. Tapi disebabkan ianya tanggungjawab, ku gagahkan jua...

Disebabkan bengkel ni diadakan di hotel, seperti biasa aku datang awal. Pendaftaran peserta 8.00am - 8.30am. Jam 8.00am (awal la tu konon) aku tawaf satu 1Borneo cari hotel. Rupanya depan mata ja, cuma pintunya kecik sangat. Apa ingat ini cerita Rina and 1Borneoland ka?

Dijadikan cerita, aku daftar bengkel betul2 jam 8.20am. Mula2 duduk di belakang. Biasalah tu, semua bengkel pun macam tu. Penuhkan belakang dulu.. depan khas untuk orang2 yang lambat. Kasi spotlight skit. Apa salahnya!! tapi disebabkan kehadiran peserta yg kurang membanggakan, akak juga la yg jadi mangsa pegi depan.

Di depan aku duduk 3 jejaka idaman malaya. Kawin atau belum, tak tertanya la pula.. Yang duduk betul2 depan aku, belum 8.30am suda sebotol plain water(500ml) dia minum. Jam 9.00am lagi sebotol. Setiap kali dia pegi belakang dewan, aku mesti jeling (manala tau dia pegi tandas) setiap kali tu juga la aku kecewa. Bukan dia pegi tandas, tapi pegi ambil air lagi 2-3 botol. Aku perati.. perati.. perati.. (tu la sebab tak boleh concentrate time kursus!), dari jam 8.00am - 1.00pm, suda 6 botol air (500ml x 6 = 3 liter) dia minum. Tak sekali pun dia pegi tandas. Fuh!!! Magic..

Disebabkan effort dia yg tak putus2 untuk minum plain water, aku pun dengki juga. Minum la air mineral yg kena letak depan aku. Aku minum jam 11.00am, dalam tempoh 3 jam, aku pegi tandas lebih 6 kali. Gila!! mesti org ingat aku pregnant! Itu pun tak habis 1 botol.

Kesimpulannya, dalam tempoh 8am - 1pm (petang, bahan kajian aku dah tak masuk):

man : Agak kurus, middle age, sihat tubuh badan
: 6 bottle of plain water
: 0 washroom

woman : Sederhana besar, middle age, sihat tubuh badan
: 1 bottle of plain water
: lost count!!

Jun 6, 2010

Lawak Minyak Kayu Putih

Hajat hati mo beli minyak kayu putih memandangkan bekalan d rumah tidak mencukupi. Pegi kedai tut (bkn nama sebenar). Berikut adalah perbualan lanjut di antara pembeli (me) dan cashier guy (pun bkn nama sebenar) ..

Me : Dik, ada jual minyak kayu putih kah?

Cashier Guy : Ada. Ni... (sambil tunjuk minyak cap kapak)

Me : Minyak kayu putih bah.. (manala tau dia nda dengar)

Cashier Guy : Inilah.. (Tangan masih lagi menunjuk minyak kapak)

Me : Owh!! Cap kapak pn suda ada minyak kayu putih kah? (manala tau aku punya memori belum kena upgrade..)

Cashier Guy : Ini MINYAK KAYU KAPAK!! (Confident lagi tu..)

Me : Kalau camtu tidak payah la dik.. :)

Jun 5, 2010

Gayang Seafood Restaurant


Awal pg lagi me n my sister buat plan mau pegi mana. 1Borneo, Jackal Silk House, Gayang Seafood Restaurant and finally Centre Point.

1B - semata2 nak pegi Kamdar temankan my sis beli kain tudung
Jakel - sekadar berangan2 nak beli kain apa utk raya + langsir raya
Gayang - My sis nak belanja seafood
CP - on a mission impossible..

Daripada 4 plan, 2 kira success.. yg lain anggap sajalah tidak berjaya. So, dijadikan cerita di Gayang kami order 1 ekor ikan putih (masak 3 rasa), 1 kg softshell crab (goreng pn sodap!!) and 1 kg udang (masak butter basah.. bleh?). 4 1/2 org makan, kira bleh tahan juga la nak perabiskan.. yg 1/2 tu pun bkn bleh percaya.. asyik main chopstick memanjang..
Pemandangan dia bleh tahan. Kira bijak juga la owner ni pilih lokasi.. mantap gitu.. wah!!
Sori la.. hidangan lepas makan ja bleh tunjuk.. kebulur pnya pasal.. tgkp gambar pn nda larat..
Me and my little 1/2 hehehe

Jun 3, 2010

Banjir

Disebabkan hujan yang sangat lebat kemarin, belum pun jam 5.00pm ramai sudah geng ofis tunggu depan 'mesin perakam waktu'. Kunun tidak mau tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Aku sebagai penanti setia mesin ni, tidak kira hujan atau tidak confirm terpacak sebelum jam 5.00pm.

Lepas punch out ja, terus pecut. Jalan memang clear. Mungkin sebab ramai yang sudah agak akan ada banjir kilat (atau aku ada tertinggal apa2 berita??). Ambil anak, terus ikut jalan Inanam. Punya lah teruk. Tapi alang-alang sudah tersekat di jalan raya, aku teruskan saja la niat murni aku untuk pulang. Banjir merata2. Nasib aku baik sikit sebab sampai rumah sebelum 6.30pm. Tapi kesian laki aku, jam 8.00pm baru sampai rumah. Banyak laluan kena tutup sebab banjir.. ish ish ish..

Inanam


Inanam juga


Jalan alternatif ke rumah

Jun 2, 2010

Holiday Part 5 - Manikar Resort 31/05/2010

Awal pagi lagi ajak hubby keluar nak minum cincau dkt warung stesen bas. Dekat 20 thn juga aku tak pegi sana. Last time aku pegi, masa darjah 6. Kalau dulu, sederet kedai (dalam 10 warung), sekarang dah tinggal 4 warung. Aku order Ais cincau. Lepas minum, terus balik rumah.




Petang dalam jam 4.00pm, adik aku ajak mandi di swimming pool Manikar Resort. Asalnya macam malas nak pegi. Tapi anak2 punya pasal, pegi juga la. RM10 untuk adult, RM5 untuk budak2 per entry. Lama juga tidak pegi berenang. Abis tido muscle2 kaki and tangan. Kuak lentang, bebas, semua style renang aku cuba. Nasib baik skill masih ada, cuma rusty skit. Baru dua tiga depa, semput semacam.. Nampak gaya, nak kena pegi swimming slalu ni..



Holiday Part 4 - Jemputan Kahwin 30/05/2010

Hujung Minggu + Cuti Sekolah = Jemputan Kahwin

Bapa aku dapat 6 jemputan. Terasa macam hari raya pula. Datang majlis, minum air atau cari buah ja. Borak2, lain kali pun tak pa.. Pegi jam 10.30am, balik rumah 12.30pm.. ish ish ish..

Jemputan yang paling last kami pegi, siap ada juara Raja Lawak 2010 lagi. Tapi minta mahap la ya..

Penat + Panas = Tak Larat Nak Layan

Hehehe

Holiday Part 3 - Picnic 29/05/2010

Interesting event. Normally ini la event yang ditunggu2 bila balik Labuan. This time, a few of family member agreed to joined. 14 adults and 3 kids to be exact. Boleh la.. Normally kalau mention about picnic, lebih ramai yang join. Tapi disebabkan last minute punya plan.. ni ja la yang sudi.. ahaks!!

Kami naik perahu, cari tempat yang ada privacy skit.. At last, kami jumpa juga tempat yang sesuai. Hubby joined others pegi memancing, my dad kunun menunda sotong, dan yang lain2 buat unggun api untuk bakar ikan. Sambil2 tunggu ikan masak, kami bermandi manda di pantai.

My dad sampai dengan hasil tangkapan 1 ekor sotong (sederhana besar), my hubby and the crew with 7 ekor ikan. Boleh la..

Selebihnya, let the pictures tell the story.. Enjoy!!





Holiday Part 2 - Kain 28/05/2010

Awal2 pagi lagi, my mom kasi bangun minta teman dia pegi pasar. I woke hubby and the kids so, they can joined us. As usual, we planned to have a breakfast at kedai mamak. We place our orders, and wait for a moment. Tunggu punya tunggu yang di order tak sampai2.. customer yang datang kemudian, tiba2 pula makan dulu. Malas mau cari pasal, we all skip our breakfast and head to fish market.

Balik rumah, masak untuk makan tengah hari. Lepas lunch, my mom surprised me by giving me a few kain for raya. Banyak juga dia bagi. Cukup untuk 3x raya.. hehehe

See for yourselves..




Holiday Part 1 - Balik Labuan 27/05/2010



Memandangkan adalah mustahil utk aku update blog dalam tempoh percutian panjang (takkan la mengadap komputer ja..) so, aku mo buat catat part by part perjalanan cuti aku. Kalau rajin baca.. silakan. Kalau malas, skip sja p topik lain.

Aku sengaja ambil cuti ari ni. Awal tahun lagi sudah rancang konon mo cuti panjang skit. Tak pedulilah cuti di mana pun, pokoknya cuti. So, setelah mengambil kira beberapa faktor penting akhirnya buat kami buat keputusan balik Labuan. Antara sebab adalah :

1. Haikal tak sabar2 mo pulang Labuan. Jumpa geng keras 'Aiman'- happen to be my youngest brother a year older than haikal

2. My mom missed her granddaughter sooo much!! Sampai balik2 call tnya bila mo pulang Labuan.

As usual, kami pulang through Menumbok, 2 hours driving and then naik speed boat which take 30 minutes. Kami bertolak exactly at noon (sebab Haikal sibuk mo join party Hari Guru Sekolah). We arrived at menumbok about 4.00pm and it didn't take long for us to wait for the speed boat. Nothing much happen until we arrived at Labuan. Punyalah ramai manusia yang hendak pulang ke kampung halaman sempena Pesta Menuai (Al-maklum, cuti panjang + cuti sekolah).

That's it for Holiday Part 1.