Jul 24, 2013

Ramadhan 2013

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. 

Tahun ni, berbanding tahun-tahun lepas bajet berbuka agak jauh berkurang berbanding dulu. Aku pun kurang pasti kenapa.

Mungkin sebab aku tiada geng ke bazaar? Atau sebab aku semakin hari semakin rajin memasak untuk berbuka? Atau aku sudah jadi pembeli yg berhemat?

Apapun alasannya, tahun ni macam kurang pembaziran sikit. Laki pun senang hati. Hahahaha..

Haikal tahun ni nekad puasa sebulan. Tahun lepas, Haikal miss 1 hari sebab si mama tidak terbangun masa sahur. Maka tahun ni, si mama pun kena rajin bangunkan sahur. Semoga dipermudahkan.

Baru-baru ni beli baju online untuk Haikal. Kalau tengok saiz memang confirm muat la. Sekali sampai, macam nangka la pula. Hahahaha.. aku lupa anak bujang aku ni semakin sihat.


 Haikal dulu


Haikal sekarang


Ramai juga la merisik, bukan mau buat menantu.. tapi setakat bertanyakan rahsia anak sihat aku yg satu ni. Aku pun tidak pandai mau explain. Sejak masuk tahun satu, dia makin kuat makan. Tidak ambil sebarang supplement dan makan pun kadang-kadang memilih.

Kesimpulannya, tiada sebarang helah. We go with the flow saja. Yang penting anak sihat dan aktif. 
TITIK.

2 comments:

  1. Salam rina.. Saya silent reader. Best baca blog ni.. Salam ramadhan..teuskan menulis ya hehe

    ReplyDelete