Assalamualaikum :)
Baru-baru ni aku terlibat dalam satu program. Program tersebut membolehkan aku 'terbang' nun di seberang sana. Bukan seberang jalan, atau seberang laut tapi mungkin seberang-seberang sana. Haih!! tidak habis-habis dengan seberang aku.
Anyway, hakikatnya aku berpeluang untuk ke London-Paris. Tujuan? Lawatan kerja. Best kan?
Tugas aku, AJK Logistik. 2 minggu aku tenung map tube (London) dan metro (Paris). Route Double Decker Bus pun aku sudah faham. Hakikatnya, kalau aku boleh dapat master dengan kajian aku ni.. lama sudah aku naik pangkat. Itupun kalau..
Asalnya trip tu dirancang bulan April 2013. Tidak jadi. So, tunda bulan Ogos 2013. Paling best, raya ke-4 sudah bertolak.
Disebabkan satu persatu perkara tidak dingini berlaku, aku mula rasa tidak sedap hati. Paling kesian, mau tinggalkan anak-anak di rumah mama aku. Lagi-lagi la Hakim masih menyusu badan. Macam rasa tidak sampai hati la pula.
Last-last minute, aku tarik diri. Aku pujuk hati mungkin lain kali aku boleh pigi dengan laki dan adik perempuan aku yg sama-sama belum pernah jejak kaki ke London.
Mungkin 5 tahun, mungkin 10 tahun... tidak kisahlah... yang penting buat masa sekarang hati aku tenang.
Insya Allah.. may be next time..
No comments:
Post a Comment