Assalamualaikum,
Last few days, aku dilanda musibah. Aku dirampok tanpa aku sedari ketika sedang berjalan-jalan di pasar filipino baru. Dalam ertikata lain, mungkin aku telah diperdaya 'penyeluk saku'.
Mestilah aku panik. Belum pernah lagi aku mengalami situasi macam ni. Dalam otak aku, aku cuma fikir kerja-kerja leceh yg melibatkan laporan ke balai polis, membatalkan segala kad bank dan sudah pasti kerja-kerja membuat semula segala kad pengenalan, lesen memandu, kad nikah dan yang sewaktu dengannya.
Tapi mungkin atas rasa untuk menyedapkan hati, aku cuba untuk melalui semula laluan-laluan yg aku lalui manalah tau aku tercicir atau apa. Setelah puas hati baru aku sibuk cancel segala kad bank yang ada.
Sampai rumah, aku sibuk cari surat beranak. Kononnya keesokan hari mau pergi ke balai polis dan terus ke pejabat pendaftaran. Dalam hati runsing, tapi bila fikir-fikir semula.. aku redho sajalah. Agaknya bukan rezeki aku.
Tiba-tiba aku dapat call dari seorang wanita (aku ada beli barang online dengan dia dulu). Dia memaklumkan ada seorang lelaki call dia (mungkin dari business card dia yg aku simpan dalam wallet), tanya kalau wanita ni ada no telefon aku. Tidak lama lepas tu lelaki tu telefon aku pula. Lelaki berkenaan telah menemui sebuah dompet di tepi jalan. Dia siap offer untuk datang rumah pulangkan dompet berkenaan.
Kami jumpa di pagar sajalah. Siap bawa laki kunun (just in case kan..). Semua kad pengenalan, lesen memandu, kad nikah dan kad-kad bank masih terletak cantik dalam dompet. Syukur Alhamdulillah...
Of course aku kehilangan sedikit tunai dan paling penting gelang emas pemberian ibu mertuaku! Whooaaaa.. macamna gelang masuk dalam wallet? Kan kami baru habis bersukan. Bola jaring dan bola tampar tidak dibenarkan pakai sebarang perhiasan. Lepas tu, aku lupa pakai balik. Ayoyoyo..
Let's not talk about it anymore. Mari kita buat check list tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan sekiranya perkara ini berlaku kepada anda.
1. Once kita sedar dompet kita hilang. Segera batalkan kad anda terlebih dahulu. Kita tidak mau berputih mata. Kalau pun tercicir, sekurang-kurangnya kad bank kita boleh buat semula.
2. Cuba lalui semula laluan anda. Mungkin ada orang akan ingat (sekiranya tercicir) anda dan sudi memulangkannya semula.
3. Kalau boleh tengok akaun bank anda secara online, sila berbuat demikian. Untuk pastikan tidak ada sebarang pengeluaran atau penggunaan kredit sepanjang tempoh kad anda hilang. Sekiranya ada, pastikan anda telefon hotline bank dan pastikan details transaksi-transaksi berkenaan untuk tujuan laporan polis.
4. Setelah pasti wallet anda hilang, terus laporkan ke balai polis berdekatan. Kalau tiada kaunter yg buka, kita buat besok pagi saja. Details barang-barang yg hilang sebaik-baiknya disenaraikan terlebih dahulu sebelum buat report. Details kejadian harus diingat khususnya masa dan tempat.
4. Lepas tu baru ke bank semula untuk dapatkan kad baru menggunakan laporan polis yg anda buat tadi. Sekiranya ada transaksi yg melibatkan kredit, anda boleh mendapatkan borang dispute on credit card bagi membolehkan bank menjalankan siasatan.
5. Akhir sekali, sentiasa berlapang dada. Kalau sudah rezeki anda, in sha allah ia akan kembali. Kalau bukan, apa boleh buatlah kan?
Tau apa yg menarik? Dalam tempoh 2-3 hari ni aku dapat berita yg menggembirakan walaupun baru dilanda musibah. Yang pertama, sudah pasti la wallet aku ditemui semula. Adik yg memulangkan tu pun nampak sangat jujur dan genuinely concerned. Lepas tu, aku dapat berita yg lebih menarik. Which aku akan bagitau bila sudah confirm nanti. :)
For now kita cerita benda yg sudah berlaku sajalah kan?
No comments:
Post a Comment