Feb 15, 2013

Kedai Gunting Wahab


Assalamualaikum :)

Zaman laki aku banyak rambut, dia paling suka pergi salon. Kununnya Kedai Gunting Wahab ni tidak mencapai piawaian fesyen. Macam juga adik lelaki aku. Kalau mau gunting rambut ala-ala K-Pop tu, jangan la angan-angan masuk Kedai Gunting Wahab. Baik-baik dapat gelaran Joe Jambul, keluar-keluar kedai ja terus hilang jambul. 

Kedai Gunting Wahab ni mungkin sesuai untuk budak-budak atau para askar atau polis ja. Sebab gaya gunting diorang ni standard. Tapi aku paling suka hantar Haikal pi kedai Wahab ni. Murah dan yang paling penting kurang maintenance. Lepas 2-3 bulan baru panjang balik. Tapi kalau salon, baru sebulan sudah jadi hutan rimba tempat kutu bertapuk (bersembunyi).

Bila suruh gunting ala-ala komando di salon, hasilnya tidak sebaik di Wahab. Caj? Lebih dari RM10. Kalau di Wahab, hasil memang tip top, caj cuma RM3. Coba bagitau ibu mana yg tidak gumbira?

Sejak umur meningkat dan rambut pun makin berkurangan, laki aku gemar pula pergi Wahab. Haikal pun aku hantar sana. Paling best, di KK pun ada Kedai Gunting Wahab di sekitar Putatan. Aku kurang pastilah kalau kedai tu cawangan yang sama dengan Kedai Gunting Wahab yang popular di Labuan.

Tapi yang aku kurang berkenan (ada ja la yg kurang) Kedai Gunting Wahab yang ada di KK ni tidak mesra budak. Kalau budak meraung, geli atau yang sewaktu dengannya, dia sudah surrender. Macam tidak mau continue gunting lagi walaupun rambut anak sudah separuh siap.

Baru-baru ni aku berniat mau gunting rambut Hakim. Kononnya bila balik Labuan baru aku gunting. Sampai Labuan, mama aku bawa kedai gunting ala-ala Wahab di belakang kedai soto Paijan (Hamboi.. aku cakap macam ja semua tau di mana kedai tu kan?). Mengikut mama aku, tukang gunting di sini semua pandai layan budak-budak. 

Tau apa yg menarik? Bukan saja budak yg kena gunting dia pandai layan. Budak yg duduk-duduk tunggu abang adik diorang kena gunting pun diorang kacau. Kalau budak nangis siap pandai pujuk lagi. Tidak payah si mama sibuk-sibuk jadi badut supaya anak duduk diam-diam. Kasi tinggal di sana saja pun diorang ok.


 Rambut Hakim agak panjang, tapi sebab nipis maka nampak tidak panjang sangat.


 Itu dia petugas berkaliber sedang menjalankan tugas.
Mungkin sebab mengantuk, Hakim langsung tidak menangis atau meragam.


 Haikal pun tidak melepaskan peluang. 


Selepas bergunting. 
(Tidak terang la pula)


No comments:

Post a Comment