Feb 5, 2013

Pekerjaan Ibu Bapa


Assalamualaikum :)

Suatu masa dulu, masa sekolah rendah sure kita akan sibuk isi borang-borang berkenaan sekolah. Bagi dengan bapa untuk diisi dan lepas tu pulangkan semula dengan cikgu. Bila sudah pandai menulis, mulalah si bapa suruh si anak isi sendiri. Si bapa cuma bagi info saja. Kira-kira macam tu la..

Masa isi borang sendiri, barulah sedar apa pekerjaan bapa. Bertuahlah anak-anak polis, cikgu, jururawat, tentera sebab budak-budak boleh agak apa pekerjaan bapa diorang. Mula-mula aku tanya bapa aku, dia cakap pekerjaan dia Juragan Kelas I. Apakah? Juragan tu apa? Kelas I? Ada berapa kelas semuanya? Asalnya bapa aku malas mau layan. Dia suruh tulis saja. Kununnya cikgu tau. Mungkin sebab aku takut cikgu 'tidak tau' maka aku pun pinjam la pekerjaan kawan aku. Polis. Alasan? Sebab bapa aku selalu pakai uniform putih.

Aku rasa, bila aku dalam tahun 5 atau 6 baru aku tau bapa aku ni macam nakhoda atau kapten kapal. Sebelum kamu terbayang-bayang bapa aku bawa kapal persiaran, sila berhenti sekarang. Bapa aku bawa kapal kecil yang mungkin ada krew 5-8 orang saja. Kapal tu ditugaskan untuk memberi bantuan khas yg melibatkan.. well.. of course la laut.

Bila aku sekolah menengah, bila cikgu tanya itulah juga jawapan aku. Juragan Kelas I. Mungkin sudah masuk kelas lain, tapi aku yg tidak update. Hahahaha...

Masa kami tingkatan 5, seorang guru baru minta kami memperkenalkan diri. Seorang demi seorang kawan bangun memperkenalkan diri. Jawapan pekerjaan pun nampaknya semakin bijak. Ada yg bekerja sendiri, pegawai bank dan bla bla bla. Bila masuk giliran aku, aku jawablah Juragan. Cikgu tu asalnya pelik. Tapi bila aku explain apa kerja bapa aku, baru dia faham. Ok, weird sebab aku seorang saja kena explain kerja bapa aku. 

Tiba giliran kawan aku, boleh-boleh dia cakap bapa dia kerja tukang kasi berhenti kapal terbang?! Of course sebagai remaja yg tidak bertimbang rasa, kami ketawa dengan kuatnya. Bila cikgu suruh explain, baru dia bagitau bapa dia kerja di syarikat penerbangan sebagai org yg pegang ala-ala pemukul ping pong arahkan kapal terbang parking di mana. Well, sekurang-kurangnya aku faham. Kalau kamu tidak faham, aku tidak tau mau explain macamna.

Semalam, aku bercerita dengan Haikal pasal pusat sumber. Kununnya aku bercadang bawa Haikal ke perpustakaan tempat kerja aku untuk tengok apa-apa buku yg menarik. 

Haikal : Bolehkah Haikal pinjam buku tempat mama? Cikgu tidak marah?
Aku : Mana-mana Haikal pinjam buku pun tidak apa bah. Yang penting ada baca buku.
Haikal : Haikal tanya cikgu dulu lah. Kalau boleh pinjam buku selain dari Pusat Sumber sekolah.
Aku : Ok. Haikal tau mama kerja di mana?
Haikal : Tau. 
Aku : Kalau cikgu tanya pekerjaan mama, Haikal jawab apa?
Haikal : Kerja mama duduk-duduk saja main komputer. Lepas tu cerita-cerita, main-main telefon. Kadang-kadang makan sambil kerja.

Inilah natijahnya bawa anak ke tempat kerja. Mau explain apa kerja kita buat dgn orang dewasa pun rasa susah, inikan lagi budak-budak. Agaknya kalau aku kerja jaga kaunter pertanyaan, mesti dia cakap mama kerja bercakap saja 24 jam.

Untuk sementara waktu aku cakap dengan Haikal. 

"Lain kali, kalau cikgu tanya mama sama babah kerja apa, Haikal cakap saja orang komputer".

Try explain programmer to kids.. T____T




1 comment:

  1. I know right...! Hahah...i know hw u feel sis.. :)

    ReplyDelete