Assalamualaikum :)
Akan tiba suatu masa, seseorang perlu melepaskan sesuatu. It's a fact! Bagi seorang ibu melepaskan anak2 utk membina kehidupan sendiri dan si ibu sama ada akan menyokong dari belakang sambil memberi galakan ataupun... mungkin berdiri di depan sambil mengatur kehidupan anak mengikut guideline seorang ibu.
Malangnya bagi aku, anak aku baru berusia 8 thn, 4 thn dan 2 bulan utk aku sibuk2 jadi polis rumahtangga. Just go with the flow sajalah kan?
So, apa la yg aku letting go ni? Mostly stuff. Due to my long 'leave', aku sibuk mengemaskini keadaan rumah. Macam juga 5s, perkara pertama yg perlu dibuat adalah SISIH. So, kerja aku menyisih pakaian. Pertama sekali menyisih pakaian anak2. Sebahagian besar lebih kurang 80% telah dimasukkan ke plastik utk didermakan. 20% aku masih lagi mo simpan kunun2 utk kenangan.
Menyisih pakaian suami, bagi aku tersangatlah mudah. Main2 campak saja. Mungkin sebab aku tau, 80% daripada pakaian yg ada dalam almari tidak berpakai almost 8 years. Bukan sebab tidak muat, tapi sebab terlalu banyak. Pakai 2 bulan pun belum tentu habis di pakai. Lagipun sure, raya ni stok baru akan sampai.
Bila masuk pakaian sendiri, bab baju kerja aku mula diserang penyakit di persimpangan dilema. Stok baju kurung sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Stok baru biasanya sampai hampir2 raya. Bukan pun bermaksud aku berbelanja sakan utk beli baju raya. Tapi lebih kepada berusaha sedaya upaya menghabiskan stok kain pemberian mama. Baru aku perasan, stok baju kurung aku terlalu banyak (bagi aku) boleh pakai lebih sebulan berlainan patern.
So, aku keluarkan baju2 aku yg tidak muat (aku ingatkan aku akan kurus lagi suatu masa nanti.. pooraaahh!!) tapi masih aku rasa banyak. Lepas tu, baru aku perasan ada sesetengah baju sudah berusia almost 8 years. Fuiyyooo!! boleh jadi arkib baju2 aku ni. Hehehe
So, since stok baru akan sampai tidak lama lagi, aku kena let go baju2 klasik aku. Bukan tidak mau buang, tapi sayang sebab masih dalam keadaan elok. Kalau ikut mama aku, baju itu perlu diSINGKIRkan sudah. Tiba2 aku teringat karangan masa sekolah rendah pasal 'aku tuala buruk' yg kesian (lebih kurangla).
Mungkin sesekali dalam hidup, kita perlu belajar melepaskan dgn tujuan utk beri laluan sesuatu yg baru dalam hidup.
Terkini. Selepas melakukan beberapa proses penyingkiran.. huhuhu
No comments:
Post a Comment