Jul 24, 2012

Haikal dan Puasa

Assalamualaikum :)

Sempena menyambut bulan ramadhan kali ni, awal2 lagi aku sudah angkut laki ke pasar. Beli lauk pun macam orang kaya. Main tunjuk2 saja. Mo buat aksi tawar menawar pun malas. Paling mengejutkan, dalam perjalanan menuju ke pasar, berbaris menu2 yg aku cadang mo masak utk bersahur dan berbuka. Bukan selalu aku cuti bulan ramadhan ni. Kali ni seminggu okeh. Jangankan menu utama, desert dan air pun aku sudah plan. Rasa'in lho!! Hehehe

Tahun ni aku nekad mo sambut ramadhan pertama di Labuan. Selalu teringat2 baazar ramadhan Labuan. Selalunya bila aku Labuan, baazar ramadhan pun tinggal jarang2. Semua peniaga pun sibuk mo sambut raya. Kurang meriah la jadinya. So, kali ni termakbul juga permintaan aku.

Apa nih? Tajuk lain tapi cerita lain.. hehehe saja ja, si mama mo inter-frame. Seperti juga misi aku dalam 2 perenggan di atas, misi aku yg selebihnya melatih anak utk berpuasa. Khususnya Haikal. Tahun lepas, puas la aku memendam rasa tengok kwn2 punya anak berpuasa dgn jayanya. Haikal pula puasa setengah hari saja. Dari umur dia 6 tahun, aku latih dia puasa setengah hari. 1st dan 2nd ramadhan saja dia berjaya. Selebihnya dia tidak mampu suda. Bila masuk 7 tahun, prestasi semakin merosot. Puasa setengah hari pada 1st ramadhan saja. Ayoyoyo... 

Aku rasa punca kenapa Haikal tidak tahan utk berpuasa mungkin sebab dia tidak sahur. Dia ni kalau bab makan memang sentiasa semangat. Kalau jam 7 pagi makan, jam 10 pagi minta makan lagi. Portion makanan pun macam orang besar2. So, kali ni aku nekad. Kena paksa Haikal puasa tahun ni. First day puasa, Haikal tidak mau bangun sahur. Tapi aku paksa juga dia puasa. Tengah hari sudah dia cakap dia mo mati. Oklah, anak aku memang suka memperbesar2kan cerita. Petang jam 2, asyik menangis mo minum. Aku pula balik2 guna modal "Orang miskin tidak nangis pun tidak dapat makan..".. yalah alasan lapuk tapi berhasil.  

Dalam 4 jam terakhir memang sangat mencabar. Siap mengerang2 menangis all the time. Mama sama bapa aku cakap aku ni kejam. Tapi sampai bila dia mo belajar kan? 20 minit sebelum berbuka, memang dia nangis teresak2 menyebabkan si adik terbangun dari tidur. Nah.. selamat juga la aku pukul sekali dua. Macam terlampau manja la pula.. salah aku juga la kot. Tapi akhirnya selamat juga dia berpuasa 1 hari. Yeay!! Macam2 pujian kena bagi. Kembang kempis hidung Haikal menahan rasa. Aku siap pesan dengan Haikal, esok kena bangun sahur baru boleh tahan puasa. Syukurlah puasa kali ni hujung minggu. Senang mau monitor. Kalau dulu, aku suruh puasa sehari hantar pergi nursery kena kasi makan la pula. 

Keesokan hari aku ingat Haikal sudah tidak mau puasa. Baru kasi kejut sikit masa sahur, terus buka langkah panglima pegi dapur. Segar bugar lagi tu. Alhamdulillah, 2nd day macam mudah sikit. Jam 5 ptg baru ada sedikit moody dan 'pening'. Modal 'orang miskin' aku pun tidak perlu digunakan lagi.

3rd day bagi aku adalah hari ujian. Memandangkan Haikal sekolah sesi petang, aku awal2 sudah pesan jangan buat aktiviti lasak, lari2 atau berjemur tengah panas. Takut tidak tahan. Bila ambil dari sekolah, macam.... SEGAR ja! Adakah?

Aku tanya kalau dia masih puasa. Dia cakap ya. Sebab si mama tidak percaya, aku guna taktik lain. Waktu rehat Haikal buat apa? Haikal cakap pergi kantin. Aik??!! Haikal makan? Haikal cakap tidak. Aku tanya lagi Haikal minum? Haikal cakap tidak. Siap marah lagi sebab aku tidak percaya. Aku tanya kalau ramai kawan2 dia puasa, dia cakap ramai yg makan di kantin. Tapi Haikal cakap dia tidak makan atau minum. Jangan dia minum air paip sudah.. hehehe

Setakat ni sudah masuk ramadhan ke-4. Haikal masih bertahan.. syukur alhamdulillah..


No comments:

Post a Comment