Mungkin disebabkan rasa bersalah atau mungkin juga aku semakin sedar yang anak-anak aku kurang enjoy bila hujung minggu.
Kalau tidak angkut diorang sekali pergi ofis sebab si mama kena OT, paling-paling pun bawa diorang makan di luar, lepas tu terus balik.
Tsk tsk tsk.. sungguh kesian...
Memandangkan aku selalu sangat OT bermula awal tahun lepas, aku mula rasa macam bersalah. Mula la bawa anak-anak pegi shopping mall pegi hiburkan hati. Tapi mainan tidak boleh beli. Jadi apalah hiburannya kunun?
Sehinggalah awal Mac lalu, Haikal ada school trip ke Muzium Negeri Sabah. Balik dari trip punyalah excited mamat tu. Kalau boleh setiap hari mau melawat muzium kunun.
Jadi aku bincang dengan si bapa. Sekurang-kurangnya sekali dalam hujung minggu, kena buat aktiviti untuk kanak-kanak. Selama ni semua aktiviti pun macam tiada hiburan untuk diorang.
Dijadikan cerita, langkah pertama.. aku promised mau bawa diorang pegi Perdana Park. Pada pendapat aku la.. Perdana Park ni kira taman paling happening di KK. Ada taman permainan untuk kanak-kanak.. ada taman rekreasi untuk orang dewasa. Lepas tu ada sedikit persembahan tarian air di waktu malam.
Aku dengan penuh confident cakap dengan laki, sementara aku jaga budak-budak di playground, laki aku boleh la jogging beberapa round. BAD IDEA. Melihat betapa ramainya kanak-kanak pada malam tu, aku tidak dapat memantau ketiga-tiganya. Hilang seorang (Dyana). Tarpaksa main teriak-teriak ja panggil nama anak. Lepas tu baru perasan di satu sudut, minah ni menangis teresak-esak.
Kebetulan laki baru balik dari jogging, terus dia tanya kenapa tidak pergi taman permainan lagi satu. Di situ kurang sibuk kunun.. Aishhhh... selepas aku bertungkus lumus jadi supervisor tanpa gaji baru dia kasitau aku?
Lokasi taman permainan yang impossible untuk memantau 3 budak hitam
Lokasi ke-2 taman permainan yang aman dan damai
Look how excited my kids are :)
The next week, aku kena OT lagi. So, tiada sebarang aktiviti sangat. Tapi last week aku bawa pegi PetroSains, KK.
Ramai la pula rombongan cik kiah.. hehehe
Dyana paling excited buat aktiviti ni. Semua pun dia mau color.
Hampir tiada peluang kanak-kanak lain.
Entah kenapa, bila masuk Petrosains ni.. aku pun terlebih excited. Bukan aku saja, cikgu-cikgi pun excited. Ada banyak aktiviti menguji minda di sini. Which of course student bawah 12 tahun tidak berminat sangat. Jadi kami yang senior ni la paling minta puji..
Just for info:
PetroSains ni dibuka setiap hari.
Hujung minggu (Sabtu & Ahad) dari jam 9 pagi - 2 ptg.
Masuk adalah percuma.