Jul 26, 2013

Baju Raya


Finally it's here!!

Assalamualaikum..

Aku hantar kain baju raya aku untuk dijahit dalam bulan Mac 2013. Dengan harapan awal ramadhan sudah boleh siap.

Tunggu punya tunggu, telefon tidak diangkat, mesej pun tidak dibalas. I was worried ok.

Disebabkan aku risau, aku hantar a few kain lagi di tempat lain. That was my plan B. Not confident in my plan B, aku hantar kain di kedai lain lagi.. and that my friend is my plan C.

This is the fact. 

Plan A ~ 4 (mine) + 2 (Dyana) = Total 6 baju raya.
Plan B ~ 6 (all mine)
Plan C ~ 1 (mine) + 1 (Dyana) = Total 2 baju raya 

Wow! I put so much effort for this coming raya kan? Not knowing that our trip to London is on the 4th raya. Jadi persoalannya ialah.. Bilakah masanya aku mau pakai kesebelasan baju raya aku? In London? TET!!! Tidak sesuai.

Luckily, aku tidak jadi ke London. :)

Plan A aku macam ada sedikit kesukaran. Syukurlah plan B aku berjalan lancar. Manakala plan C aku, baru siap kemarin.

Nampak aku banyak berbelanja tahun ni kan? Not really. I'll explain later.

Dijadikan cerita, tadi aku terjah plan A aku. Agaknya memang nasib aku, atau tukang jahit tu betul-betul malas mau tengok muka aku yg setebal tembok besar cina, plan A siap juga.


 Baju Dyana. Kain ni aku beli beberapa tahun dulu. Baru tahun ni berjaya jadi baju.


 Kes yg sama. Baju Dyana yg baru jadi baju. Kalau tidak silap aku beli RM15, 4 meter tapi pakai 2 meter saja. 


 Mine. My mom yg kasi. Lupa dia beli di mana. 


 Ngauuuummmmm!! Hahaha... mine. My sis yg belikan. Did not remember where. 


Mine again. My super generous mom yg kasi. Don't really care dia beli di mana.  


 Of course mine. My mom belikan on her trip to Vietnam.  Nice Eh?


(Pandangan belakang) 
Erkkkk!!! Apakah?? Is this a new trend?
As if I'm making a statement 'not to forget your behind need some flowers too!' 
Aiyyyaaaaa!!!
Alasan tukang jahit, tidak cukup kain...  T______T


Jul 24, 2013

Demam Korea

Assalamualaikum :)

Amboi.. balas dendam nampak.. hahaha..

Aku "streessssssss" bak kata Gary sshi.. 

Sejak akhir-akhir ni, aku diserang demam korea. Ini semua disebabkan RUNNING MAN.


Let see..

Minat
Dulu, setiap kali orang cerita pasal drama korea, aku senyum saja. Tidak berminat dan tidak mau tau. Paling-paling pun aku tengok cerita Winter Sonata. Itu pun sebab ada geng beli CD original. Sekarang, pantang running man buat showcase pasal drama itu ini, semua pun aku bantai tengok. Ish ish ish..

Makanan
Dulu, abang aku makan kimchi aku langsung tidak minat mau rasa. Thanks to running man, aku bersungguh-sungguh betul cari kimchi di pasaraya semata-mata mau tau rasanya macam mana.

Fesyen
Dulu, anak-anak aku pakaian bukan main sempoi lagi. Sekarang, beli seluar anak pun mau bright color. Siap pilih skinny jeans ala-ala Jae Suk sshi lagi. Malangnya Haikal tidak berkenan dengan color yg terang belaka ni. Nasib saja anak dara aku tu ok.

Gelaran
Dulu, setiap kali aku geram dengan Hakim mesti aku teriak HAKIM! Sekarang, aku teriak Kim Jong Kook. Apa kes?

Holiday
Dulu, kalau sebut luar negara memang aku tidak minat mau pergi. Sekarang, bila sebut pasal holiday semua pun Korea. Adui...


Bright color - Skinny jeans - flower shirt??


Ramadhan 2013

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. 

Tahun ni, berbanding tahun-tahun lepas bajet berbuka agak jauh berkurang berbanding dulu. Aku pun kurang pasti kenapa.

Mungkin sebab aku tiada geng ke bazaar? Atau sebab aku semakin hari semakin rajin memasak untuk berbuka? Atau aku sudah jadi pembeli yg berhemat?

Apapun alasannya, tahun ni macam kurang pembaziran sikit. Laki pun senang hati. Hahahaha..

Haikal tahun ni nekad puasa sebulan. Tahun lepas, Haikal miss 1 hari sebab si mama tidak terbangun masa sahur. Maka tahun ni, si mama pun kena rajin bangunkan sahur. Semoga dipermudahkan.

Baru-baru ni beli baju online untuk Haikal. Kalau tengok saiz memang confirm muat la. Sekali sampai, macam nangka la pula. Hahahaha.. aku lupa anak bujang aku ni semakin sihat.


 Haikal dulu


Haikal sekarang


Ramai juga la merisik, bukan mau buat menantu.. tapi setakat bertanyakan rahsia anak sihat aku yg satu ni. Aku pun tidak pandai mau explain. Sejak masuk tahun satu, dia makin kuat makan. Tidak ambil sebarang supplement dan makan pun kadang-kadang memilih.

Kesimpulannya, tiada sebarang helah. We go with the flow saja. Yang penting anak sihat dan aktif. 
TITIK.

Salah Faham

Assalamualaikum :)

Di suatu petang, di kala aku menyibukkan diri memfokus pada pemanduanku yg berhemah (kunun), tiba-tiba Dyana berkata sesuatu.

Dyana : Mama, adik mau karipok..
Aku : Karipok?
Dyana : Iya. Karipok.

Dalam hati mula berkira-kira.. dia mau karipap ka, dia mau keropok? Atau dia mau kedua-duanya maka muncul la karipok?

Kebetulan di kawasan rumah ada mini bazaar ramadhan. Aku pun singgah sekejap beli karipap. Masuk kereta terus tanya. 

Aku : Inikah karipok?
Dyana : Bukan. Bukan yg ini. Ini bukan karipok. Cepatlah beli karipok.

Maka aku pun keluar kereta pegi masuk kedai runcit pula. Beli la keropok yg Dyana selalu beli. Sampai kereta..

Dyana : Ini bukan karipok. Mama ni.. ini salah sudah.

Lepas tu aku give up. Aku buat bodoh ja masa dia nangis-nangis minta beli karipok. Sebab aku tidak faham apakah bendanya karipok ini. Dekat seminggu juga la dia menagih karipok.

Sampai la satu ketika, dia nampak plastik bungkusan yg ampai-ampai (terletak) atas jalan masa ambil dia di nursery.

Dyana : Mama! Karipok! Adik mau karipok... (sambil start engine 5 kuda mo nangis)
Aku : Ya ampun!! Ini kah karipok?




Lepas tu aku cakap dengan Dyana.

Aku : Ini bukan karipok. Ini Richeese Rolls.
Dyana : Iya. Bola-bola pok.
Aku : Bukan adik. Richeese.
Dyana : Adik tau. Bolapok..

Ish ish ish.. last-last aku give up lagi.

Aku : Bukan. Ini keju.
Dyana : Apa?! Ini keju? Keju tikus?
Aku : Iya. (kes malas mau panjangkan isu)

Sampai sekarang, tiada lagi istilah karipok. Yang ada hanyalah KEJU TIKUS.


Jul 22, 2013

Kos Lepas


Assalamualaikum :)

Baru-baru ni aku terlibat dalam satu program. Program tersebut membolehkan aku 'terbang' nun di seberang sana. Bukan seberang jalan, atau seberang laut tapi mungkin seberang-seberang sana. Haih!! tidak habis-habis dengan seberang aku.

Anyway, hakikatnya aku berpeluang untuk ke London-Paris. Tujuan? Lawatan kerja. Best kan?

Tugas aku, AJK Logistik. 2 minggu aku tenung map tube (London) dan metro (Paris). Route Double Decker Bus pun aku sudah faham. Hakikatnya, kalau aku boleh dapat master dengan kajian aku ni.. lama sudah aku naik pangkat. Itupun kalau..

Asalnya trip tu dirancang bulan April 2013. Tidak jadi. So, tunda bulan Ogos 2013. Paling best, raya ke-4 sudah bertolak. 

Disebabkan satu persatu perkara tidak dingini berlaku, aku mula rasa tidak sedap hati. Paling kesian, mau tinggalkan anak-anak di rumah mama aku. Lagi-lagi la Hakim masih menyusu badan. Macam rasa tidak sampai hati la pula.

Last-last minute, aku tarik diri. Aku pujuk hati mungkin lain kali aku boleh pigi dengan laki dan adik perempuan aku yg sama-sama belum pernah jejak kaki ke London.

Mungkin 5 tahun, mungkin 10 tahun... tidak kisahlah... yang penting buat masa sekarang hati aku tenang.



  Insya Allah.. may be next time..


Jul 2, 2013

First Post After 3 months


It's been a while...

Masih dalam proses menyudahkan kerja-kerja yang macam tidak pandai siap-siap.. T___T

Tujuan post entry ni pun, semata-mata supaya tidak lupa password. Hahahaha

Memandangkan aku tidak tau mau start dari mana, apa kata kita start dari anak-anak? 



Secara rasminya, this rapper is 1 year old. Mungkin sebab dia masih bf, manjanya ada sedikit lebih berbanding yg lain. Ini la geng baru aku bila memasak. Asyik peluk kaki aku saja. Agaknya sedar tidak sedar, kaki aku pun sudah ada muscle.



Ini anak dara.. sangat complicated sekali. Entah kenapa, berbanding abang dan adik dia.. ini orang, bisa bikin orang normal pun ada darah tinggi. Adakah anak dara orang pun macam ni? Atau anak aku ja yg unik?



Jejaka idaman malaya ni pula, makin lama makin sihat dan sihat. Semua seluar dan baju pun semakin mengecil. Tiada sebarang vitamin diperlukan, hanya skil memasak semata-mata.

Buat masa ni, ni saja la entry yg sempat aku buat. 
Kita sambung lain kali ya.. Daaaaa!!!