Mar 21, 2011

Eksperimen : Week 3

Ini kali terakhir kamu tengok ini pokok di kotak subsidi kerajaan. Minggu depan (harap2 aku tidak OT lagi huhuhu) aku mo lepaskan ini pokok di hutan simpan dekat rumah kami dengan harapan agar ia membesar bagai johan dan mampu memberikan hasil tuaian yang memuaskan hati (kalau tidak kena ambil atau mati kena pijak orang lain).

Perasan ka pokok yang aku tanam? Macam kurang kasih sayang ja kan?

Sadly, 4 yang lain tidak menunjukkan perkembangan positif. Masih lagi dalam status koma. Minggu depan kalau tidak tumbuh2 juga.. sayonara la jawabnya..

Tinggi : 7 cm

Genius

Seminggu cuti sekolah, seperti mana kebanyakan sekolah2 yang lain homework adalah satu keperluan. Disebabkan kesibukan si ibu dan bapa yang terpaksa bekerja di hujung minggu (nasib kau lah labuu..) maka, baru semalam aku sibuk2 mengerah si Haikal menyiapkan homework berkenaan. Aku ambil sekyen Bahasa Malaysia, laki aku ambil seksyen Matematik. Ikut kepakaran masing2 la konon. Tapi sebenarnya sebab laki aku tidak tahan mo ajar si Haikal membaca. Ada slow sikit berbanding mengira. Alahh... lebih kurang macam budak2 lelaki yang lain juga la.

Baru setengah siap, aku terpaksa jadi cook pula. Kalau tidak bertambah meragam la org yang buat homework tu. Sebab aku sibuk di dapur, maka terpaksalah si bapa mengambil alih memantau si Haikal membaca.

M.E. me
L.I. li
H.A.T hat

MENENGOK!!

Oh tidak!! Apakah anak aku seorang genius? Daripada membaca perkataan yang terpapar dalam kertas tersebut, dia bagi maksud lain bagi melihat. Adakah aku perlu gembira atau aku perlu risau kerana dia ditempatkan di kelas yang salah? hahahaha

Ok la, aku ku tau kadang2 kita kena bagi masa anak2 berkembang dengan sendirinya. Tapi aku rasa aku kena buat sesuatu dengan level kemalasan si Haikal dalam membaca. Aku kena ubah pendekatan teknik membaca Haikal dalam tempoh masa terdekat ni.. Kalau berjaya, nanti aku bagi tau methodology yang aku pakai untuk bakal genius aku ni. kekekeke

Amacam? Ada gaya genius kan? Hahaha


Ini la rupanya homework Bahasa Malaysia si Haikal

Mar 15, 2011

Kisah telur

Anak aku si Haikal ni, memang suka sangat makan telur. Bagi sesetengah orang kira bagus la tu. Tapi yang kesiannya, si tukang masak la.

Haikal : Mama, malam ni Haikal mo makan telur bulat sama nasi.
Aku : Telur memang bulat juga. Telur yang macamna?
Haikal : Telur yang bulat tu lah.. Apa la mama ni. Itu pun tidak tau.

Bila time memasak, demi untuk memuaskan hati anak tercinta.. maka aku mula pasang la kekuda untuk mengenalpasti akar umbi 'telur bulat'. Memandangkan Haikal menggunakan istilah telur pecah untuk telur separuh masak, maka aku mulakan operasi dengan memasak telur rebus.


Cubaan 1 : Telur Rebus

Haikal cakap :
"Bukan yang ini. Haikal tidak mo yang ini. Haikal mo yang telur bulat saja!"



Cubaan 2 : Telur Mata Lembu

Haikal cakap :
"Mama ni... ini bukan telur bulat. Mama ni salah saja.. Haikal tidak mau!"



Cubaan 3 : Poached Egg

Haikal cakap :
"Ish mama ni.. memang tidak sayang Haikal. Ini bukan telur bulat. Haikal tidak mau makan lah!"


Cubaan 4 : Telur Dadar

Haikal cakap :
"Haaa... inilah baru betul. Tengok tu.. bulat juga tu.."


Setelah terkorbannya 7 biji telur di medan memasak.. akhirnya aku kenal juga apa itu TELUR BULAT. Bagi memastikan 6 biji telur yang terkorban di medan masak tidak disia2kan, aku letak dalam satu pinggan suruh adik dia yang makan. Tapi malangnya disebabkan misi kali ini mengambil masa yang agak lama, akhirnya orang yang diharap dapat menghabiskan telur tersebut tumbang di ruang tamu. zzzzzzz ish ish ish kesiannnnn...

Aku cuba juga bertahan untuk makan telur2an tersebut, tapi nampaknya imej2 telur2 yang tidak bulat itu tidak berjaya mempengaruhi aku. Akhirnya terbuang jua pagi ini si 6 biji telur. ish ish ish kesiannnn...

Keranamu anakku, biarpun 30 biji telur kau cakap tidak bulat.. akan ku gagahi jua agar kau MAKAN.

Mar 14, 2011

Tsunami alert

Balik dari kerja, adik lelaki aku telefon.. "Hati2. Dijangka malam ni ada tsunami melanda Sabah disebabkan gempa bumi yang melanda Jepun". Aku pun jawab la "Bah, iyalah." Agaknya kenapa la aku tidak panic attack kan? Bah baiklah.. mari aku cerita.

Tahun 2004, Disember 26

Masih kah kau ingat? Apabila Tsunami melanda Aceh, Indonesia dan turut melanda Malaysia (Penang)? Rasanya kita pun tau apa kesannya kepada setiap rakyat Malaysia. Setiap kali ada gempa bumi di asia, setiap kali tu la orang Malaysia kena panic attack.

Tahun 2005, Febuari 7

Apabila gempa bumi melanda Filipina, sebahagian rakyat Sabah mula menunjukkan simptom2 panic attack. Aku? Tidak terkecuali. Disebabkan kami menyewa dekat kawasan pantai, sure la aku pun ada rasa tidak senang duduk. Masa tu anak aku baru 6 bulan. Sambil2 tengok berita, sambil2 tu la aku packing beberapa barang penting. Nama pun langkah berjaga2, tidak salah kalau bersedia. Barang penting aku, semua
nya kad pengenalan dan surat beranak serta keperluan anak. Laki aku sibuk tukar2 channel berita, aku pula sibuk intai tingkap keluar. Mana la tau. Tiba2, nun di luar sana aku ternampak kelibat 2 orang wanita bertelekung (tuan rumah aku dgn anak dia la tuu) sedang berpelukan sambil menangis.. Ok, kalau tadi aku cakap aku tenang, sekarang sudah mula rasa gusar kunun. Tidak lama selepas itu, tiba2 aku nampak sekumpulan pemuda lengkap dengan beg pakaian melompat naik ke sebuah kereta pacuan 4 roda (Hilux ahh.. klu Land Cruiser kamu mo lombat naik, ada pula yg ter'missed' lompatan nanti). Aku mula la rasa tidak sedap hati. Aku tnya laki aku, "Perlukah kita beredar?". Actually tidak la begitu soalannya, tp mana la aku ingat dialog aku 6 thn lalu. Yang penting maksudnya sama la. Laki aku cakap, "Tunggu dulu. Kita dengar berita." Lebih kurang la.. sambil melihat keluar jendela. Tiba2 lagi kelihatan kelibat seorang pemuda berlarian dengan lintang pukang sambil menjerit "Tsunami! Tsunami!". Lantas aku dan suami segera meninggalkan rumah dan masuk ke kereta. Pause.

Punya la tidak best buat karangan ni. Oleh sebab kununnya, berdasarkan sejarah kalau time tsunami tempat perlindungan terbaik adalah masjid dan tempat tinggi, kami cuma terfikir mo pi rumah kawan kami yang tidak juga tinggi sangat bukitnya. Tapi
sekurang2nya tidak la di tepi pantai. Kononnya niat hati tu, kalau betul la bencana bakal menimpa sekurang2nya kita bersama orang yang kita kenal. Sepanjang perjalanan kami pegi ke rumah kawan kami ni, kami nampak ada beberapa orang pengunjung tetap persidangan meja bulat (kedai kopi) ternganga2 menengok bilangan kereta yang banyak dan laju meninggalkan rumah masing2. Ish ish ish.. kesian betul diorg. Serba ketidaktahuan!

Sampai rumah kawan kami, dia pun terkial2 la tengok kami macam orang kena cari polis. Bawa IC ja semata2. Cerita punya cerita, penat dan seterusnya bermalam la di rumah si kawan. Esok pagi si kawan cakap "Amacam ni? Tiada pun tsunami!!", sambil tahan2 ketawa. Ces!!

Tahun 2011, Mac 11
Adik aku call gempa bumi melanda Jepun. Amaran tsunam
i turut dikeluarkan. Mungkin sebab aku tidak mau pisang berbuah 2 kali, kali ni aku redha ja. Kalau sudah memang tersurat macam tu, kita terima ja la. Aku duduk rumah (tidak pun tengok berita), anak aku tengok kartun dan buat aktiviti lain, laki aku pula main futsal. Bukan tidak peduli, cuma kalau betul2 terjadi tiada apa juga kita boleh buat. Mungkin lain kali instead of mengheboh2kan amaran tsunami kepada rakan taulan dan keluarga, lebih baik lagi kita minta ampun dengan diorg. Ada juga pekdahnya.

Gambar ni saja ja untuk perhiasan hehehe. Diambil sehari selepas amaran tsunami keluar semasa menunggu mama sama adik aku keluar dari feri ekspress lbn-kk.

PC Fair 2011

Aku ni bukan la peminat PC Fair yang setia. Kecuali la aku rasa ada benda aku mo beli, maka aku pegi la. Tapi selalunya aku tidak ter'hengen' sangat mo bershopping di PC Fair tu. Ini semua pasal keramaian pengunjung2 yang bertandang. Kalau aku sorang saja mungkin ok la.. tapi kalau sudah bawa skuad sekali, payah la sikit.

Tapi sebab laki aku ni pengunjung setia, tiap2 tahun pun pegi. Sungguhpun setia, tidak pernah la pula dia beroleh kejayaan untuk dapat cabutan bertuah. Ish ish ish..

Anyway atas kunjungan adik dan mama aku dari Labuan, tambah lagi la adik aku yg sorang lagi sibuk mo beli notebook, maka aku pun ter'pigi' juga la. Jalan punya jalan, pusing punya pusing, last2 aku balik dengan..

Hahaha exact color lagi.. Kalau ikut bukan pun kami mo beli sangat. Tapi atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, maka kami pun beli ja la. Tidak payah la mahal sangat. Yang penting boleh guna. Dengan ini secara rasminya, salah satu resolution aku tahun ini telah tercapai. Weehuuuu!!!

Eksperimen : Week 2

Sejujur-jujurnya, jujur aku cakap (ini sincerely jujur ni ahh) aku hampir putus asa tengok hasil kajian kami anak beranak. Masuk Day 4, masih belum menunjukkan sebarang kejayaan. Hahaha biasalah orang tidak pernah tanam sayur ni kan.. mana la aku tau berapa hari la tu sayur mo bercambah. Adik aku siap berskype lagi tanya eksperimen kami.. sebelum tu dia sibuk berskype sma anak2 aku sebab rindu kunun.

Masuk Day 5 baru la aku nampak sedikit percambahan. Hehe tidak semua la, tapi boleh la.. ada juga la mo disukat2 si Haikal.

Daripada 6 kotak susu yang kami tanam, 2 daripadanya menunjukkan hasil. Daripada 4 benih bendi kami tanam, 2 mula menampakkan tanda2 kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.. berkat tangan 'sejuk' si mama dan si anak. kekeke.. Daripada 3 benih buah betik kami tanam, semua pun hempeh!! Sama ada aku lupa baca2 jampi atau itu betik bukan spesis yang subur. Atau juga mgkn tukang tanamnya belum abis silibus. Manalah tau betik ni ambil masa lama untuk di tanam. Oleh itu, sila tunggu sekejap. Kasi can aku google dulu.

It's official!! Benih betik aku kebingungan seperti mana si tukang tanam. Kalau mengikut tips pertanian yang betul, banyak term2 dia yg aku kurang paham. Pakai pasir sungai segala. Bagus kalau aku tinggal di tepi sungai. Paling penting, diorg cakap sepatutnya selepas 1 minggu biji betik akan bercambah. Macam tiada apa2 pun aku tengok.. huhu anggap sja la projek yang satu ni gagal. Apa2 pun bagi memperkenalkan sifat tidak berputus asa di kalangan kanak2, kita biar dulu itu eksperimen betik dalam 2-3 minggu. Manalah tau..

Dari 2 kotak susu si mama tanam, 1 sudah mula menunjukkan daun. Dari 4 kotak si anak tanam, 1 mula menunjukkan daun. Keputusannya, kira tangan anak aku ni sejuk juga la.. hehe.

Cukup la aku membebel pasal tanaman kami anak beranak. Kamu tengok la sendiri hasilnya. Chewah!!!

Tadaa... ini lah projek hujung minggu ibu&anak. Highly recommended bagi anak2 yang kurang minat belajar. Ajar dia tanggungjawab untuk menjaga pokok. Tanam dan siram walaupun siram kebanyakan si mama yang buat sebab si anak malas. Huhuhu..

Itu dia pembaris anak aku terpacak di sana untuk mengukur ketinggian pokoknya yang hanya setakat 3cm. FYI, yang biru aku tanam, yang coklat si Haikal.. hehehe.

Mar 11, 2011

My New Pet

Jangan risau.. tajuk tu memang betul. Untuk sementara waktu ni aku ada pet baru. Bukan pun aku mo pelihara sangat, tapi sebab aku teringat petua mama aku.

Ini semua sebab sepupu aku, Anas suruh keluarkan satu serangga ni dari bilik pejabat dia. Setahu aku yang tidak berapa tahu ni, serangga ni bukanlah jenis yang merbahaya. Macamna aku tau? My mom pernah kasi tau kononnya serangga ni boleh dijadikan ubat. Cuma aku tidak berapa ingat ubat untuk apa.

Tiba2 datanglah Dr. Jurin menerangkan khasiat serangga tersebut. TING!!! Barulah aku teringat.. Mengikut Dr. Jurin, serangga ni perlu dibiarkan mati terlebih dahulu untuk jangkamasa tertentu sehinggalah ianya kering. Setelah itu, apabila digosokkan di pusat budak yang selalu kencing malam (hanya bagi budak yang melepasi tahap umur tertentu sahaja), dia akan automatically berhenti.

Memandangkan anak aku masih kencing malam (tidak setiap malam, tapi kalau terus berhenti kan bagus) walaupun sudah Darjah 1, maka aku berniat mo menyahut cabaran untuk melihat keberkesanan rawatan tradisional ini. Sama2lah kita lihat hasilnya nanti..

Oppss lupa. Nah!! ini la serangga yang aku maksudkan..


Kalau dari sudut ini nampak macam nyamuk gergasi la pula..


Ini baru la betul...