Showing posts with label Adat Kedayan. Show all posts
Showing posts with label Adat Kedayan. Show all posts

Nov 6, 2012

Langkah Sungai


Assalamualaikum :)

Seingat aku dulu masa sepupu 2 kali aku bertunang dengan orang seberang, mama aku adalah pilihan utama jadi tekong majlis (tekong?). 

Orang-orang moden macam kita ni (ehem..) biasanya akan terfikir.. "Ohhhh.. bertunang macam biasa saja bah.. macam orang lain."

Bila aku ikut menyibuk dalam perbualan orang tua-tua, rupanya banyak benda yang aku tidak tau.

Bila si gadis (berbangsa kedayan) ingin disunting, si teruna perlu hantar wakil untuk merisik. Sebaik-baiknya kaum keluarga. Rombongan merisik ini perlu membawa sebentuk cincin (yg biasa-biasa saja). Cincin ni kononnya sebagai tanda si gadis telah dirisik. FYI masa aku kena risik dulu, cincin aku punyalah longgar. Mertua aku main tibai ja cincin yg ada di kedai atau dia terlalu bijak untuk mengetahui bahawa menantu yg satu ini akan semakin membulat di masa depan. ;) 

Setelah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, tarikh pertunangan akan diumumkan/maklumkan. Dalam adat pertunangan, ada 2 jenis hantaran perlu disediakan. Kedua-duanya boleh dilakukan serentak, atau kalau tidak mampu dibuat secara berasingan. 2 hantaran tersebut adalah barang hantaran dan belanja hangus.

Selalunya orang buat satu kali. Tapi yg tidak mampu, mereka beri barang hantaran serta cincin menandakan si gadis dan si teruna telah bertunang. Belanja hangus harus dihantar sebelum hari pernikahan diadakan. Sekiranya dianjurkan sekali, wakil pihak perempuan (biasanya bapa saudara) akan mengira wang hantaran tersebut. Masa aku bertunang dulu, pakcik aku kira sampai 3 kali sebab dia lost count. Nasib baik sikit. Kalau hantaran sampai 30-40 ribu? Menangis air mata darah orang tukang kira.

Di majlis pertunangan, seharusnya majlis pernikahan telah ditetapkan. Zaman sekarang pelik sikit. Boleh postpone nikah sampai 2-3 tahun. Hehehe

Wang belanja hangus (sekiranya dihantar berasingan) perlu dibuat majlis kecil-kecilan. Kita pun tidak mau segala macam perompak stand by dekat pintu tadah tangan tolong kirakan duit kan? Jadi seadanya. Setakat wakil si gadis dan rombongan si teruna.

Berbalik pada cerita sepupu aku tadi.. Sepupu mama aku (bapa si gadis) datang ke rumah untuk tanya kalau-kalau ada bayaran tambahan yg perlu dibawa oleh rombongan si teruna masa majlis bertunang selain barang hantaran, cincin dan belanja hangus?

Mula-mula mama aku cakap tiada. Tiba-tiba masa pakcik aku mau pulang, mama aku tanya si teruna bangsa apa? Bila pakcik aku cakap bangsa bajau, terus mama aku cakap kena minta belanja langkah sungai.

Bila pakcik aku balik, aku tanya balik mama aku. Langkah sungai tu untuk apa?

Dia cakap langkah sungai tu macam denda. Biasanya kalau si gadis bangsa kedayan, si teruna yg berlainan bangsa kena bayar denda untuk berkahwin.

Aku tanya berapa banyak?

Mama aku cakap terserah. Selalunya RM50.

Hahaha.. aku ingatkan beribu-ribu... 

Apapun mama aku cakap, zaman dulu adat tu memang dititikberatkan. Tapi zaman sekarang macam tiada sudah. Kalau mama aku jadi tekong, dia akan mention pasal adat ni kalau si teruna berlainan bangsa. Tapi terserah pada keluarga si gadis la kalau mau buat. Tapi bagi aku, apa sangatlah RM50 daripada anak-anak kedayan (macam anak-anak aku) tidak tau pasal adat ni. Lagilah aku ada anak perempuan pure kedayan. Hahahaha..

Kalau adat yang lebih detail lagi.. aku kena tanya mama aku nanti. :D



Sep 12, 2012

Mari Belajar Kedayan


Assalamualaikum :)

Suatu ketika dulu, setiap kali tanya Haikal apa bangsa dia, dia dengan selamba ja cakap bangsa Islam. Haikal memang macam tu. Kalau menjawab memang confident. 

Lepas tu, nenek dia ajar la sikit-sikit. Haikal orang Labuan sebab lahir di Labuan. Dyana orang KK sebab lahir di KK. Kembang sebelanga anak aku dengar dia orang Labuan. Lepas tu nenek dia cakap Haikal bangsa Kedayan.

Setakat ni, bahasa kedayan yang Haikal boleh tangkap setakat 'berlusir = berlari'. Itu pun atas khidmat nasihat mama aku yg rajin 'betetuan = bertutur' dalam bahasa Kedayan.

Anyway, atas rasa sayangkan bangsa (kunun) si Haikal kebelakangan ni rajin tanya beberapa words bahasa Melayu ke bahasa Kedayan. 

Haikal : Mama, kalau lampu dalam bahasa kedayan apa?
Aku : Lampung.

Haikal : Kalau air?
Aku : Aing.

Haikal : Kalau kereta?
Aku : Kuwita..

Lepas tu berabis dia ketawa.. huh! bertuah punya anak.. kunun belajar bahasa kedayan, dia pi ketawa pula..

Haikal : Kalau sekolah?
Aku : Iskul.
Haikal : Aii?!! Kedayan pun ada English kah?
Aku : Memanglah!! Orang putih pun belajar english dari kedayan.. *dasar penembirang ni si mama*

Haikal : Belajar?
Aku : Stadi. *actually belajaa*

Haikal : Harimau bintang?
Aku : Leopard. *actually hayimau bintang*

Last-last Haikal jeling aku sambil berkerut kening..

Haikal : Mama ni betul kah tidak ooo?!! *slang orang kk*

Hahahaha...

Mar 22, 2012

Adat Kedayan : Jual Anak

Assalamualaikum :)

Pagi-pagi lagi buka facebook nampak la kes orang cuba jual anak. Ish ish ish.. aku pun kurang pasti la keadaan mental si ibu. Tentunya kurang stabil kali kan?

Tiba-tiba aku teringat suatu masa dulu aku pernah borak-borak dengan mama aku. Kes seorang kenalan aku yang tidak bernasib baik untuk mendapat anak. Bolehlah kita anggap belum rezeki dia. 2 kali mengandung, kedua-dua anak meninggal ketika dilahirkan. Paling sedih kandungan pertama adalah kembar. Setelah ditolak tambah, dia kehilangan 3 anak.

Seperti biasa, mama aku yang sangat femes amos dengan pengetahuan adat orang kedayannya (sangat pelik memikirkan mama aku campuran kedayan dan brunei) mengutarakan pendapatnya (on her kedayan side la).

Mengikut mama aku, kalau kejadian ini seringkali berulang adalah perlu bagi si ibu yg mengandung meletakkan niat untuk menjual anak tersebut melalui akad kepada si pembeli. Ececeh.. pakai akad segala macam mau nikah. Hahaha.. Untuk makluman, si pembeli boleh jadi sesiapa. Sebaiknya si nenek atau si ibu punya adik-beradik perempuan. Kita pun tidak mau, pembeli yang terlalu serius.

Akad dia berbunyi.. "Lahirnya anak ini kelak, akan ku serahkan ia kepadamu untuk dipelihara". Actually tidaklah begitu skema. Asal saja ada bunyi dan maksud yg sama. Itu saja ja tu kasi impak ala-ala drama. Kih kih kih..

Seterusnya, sekiranya si anak selamat dilahirkan. Si ibu perlu meletakkan anak di dulang sambil menyorong dulang tersebut ke arah bakal pembeli. Pembeli kemudiannya akan menyorong semula dulang tersebut ke arah ibu sambil berkata, aku serahkan anak ini untuk kau pelihara dengan upah RM1. Hahahaha.. baru lahir sudah main sorong-sorong tu anak. Umpamanya, si pembeli tadi menyerahkan balik anak tersebut kepada si ibu dengan upah untuk menjaga anak tersebut bagi pihak si pembeli.

Sungguhpun berabis aku ketawa, still aku rasa kagum dengan adat yang satu ni. Berapa ramai rasanya bangsa kedayan yang tau pasal adat ni? Tidak ramai.. dan rasanya tidak terlalu terlambat untuk aku mempelajari serba sedikit adat resam kedayan. Bukan untuk diamalkan, tapi untuk pengetahuan (kalau amal boleh jadi syirik ni tau).

Aku rasa pengetahuan mama aku dalam adat resam kedayan ni mungkin dari arwah nenek aku. Seingat aku, arwah nenek aku sangat berpegang teguh dengan adat kedayan. Cuma cucu-cucu saja yang tidak peduli. Mama aku, kadang-kadang ada mention beberapa adat (terutamanya bila mengandung dan berpantang). Masa first time mengandung, kadang-kadang aku ikutkan saja. Bila sudah anak ketiga, semua pun aku langgar. Hahaha, paling-paling pun mama aku jeling saja. Mungkin dia paham 'produk' zaman sekarang.

Oleh itu, aku amat berbesar hati untuk merasmikan label baru 'Adat Kedayan' untuk rujukan anak dara dan teruna aku di masa akan datang. :)