Showing posts with label Ulat Buku. Show all posts
Showing posts with label Ulat Buku. Show all posts

Nov 4, 2013

Backwards


Assalamualaikum :)

Kemarin bawa anak-anak keluar ambil pak cik diorang dekat Promenade Apartment. Memandangkan si pak cik ni siap kursus jam 6 petang, hubby ajak keluar awal untuk cuci kereta.

Masa tunggu kereta siap di cuci, nampak surat khabar Metro atas kerusi. Punyalah kusyuk aku membaca. Macam lama sudah aku kasi tinggal buku.. Ehem!

Tiba-tiba Haikal tegur..

"Kenapa mama baca dari belakang?"

"Eh!" Sambil ketawa-ketawa kering..

Hakikatnya, dari dulu lagi aku suka baca surat khabar dari belakang..

Kenapakah?

Sebab aku suka seksyen sukan daripada seksyen lain.. Hohoho

Sampai sekarang, kalau pun aku sudah tidak mengikuti sukan.. tetap juga page belakang yg aku tatap duluan. Lepas tu baru beransur ke depan..

Ihik ihik ihik

Baca novel melayu pun macam tu. Aku baca page paling last dulu. Kalau happy ending baru aku start page depan. Kalau tidak..

TA ALIF MIM ALIF TA.. la jawabnya..

:)



Jan 7, 2013

Movie & Books : Jack Reacher


Assalamualaikum :)

This is the FIRST!

Last week, I bought another 2 books. Bengongkan? Ini bermakna I have 14 books to read plus another 2 yg aku pinjam since forever daripada some of my colleagues and another 3 yg aku cekup dari almari buku adik aku. Umumnya, aku memang bercita-cita tinggi. Hahahaha..

So, aku beli buku Jack Reacher : One Shot sebab POPULAR kata it's worth reading. And to tell you the truth, it was. The best book ever. This is the story about a hero who doesn't even think he is cool. Cara dia bercakap, bertindak dan berfikir di luar jangkaan pembaca.

Jack Reacher merupakan polis tentera (more like NCIS perhaps) yang sukar dikesan. Tiada alamat, kereta, rumah malah tiada luggage pun. Satu kejadian tembak menembak telah berlaku di sebuah plaza menyebabkan 5 kematian. Dalam tempoh 6 jam, penembak (sniper) telah diberkas. Sepanjang tempoh soal siasat, suspek tidak langsung berkata apa-apa melainkan "Get me Jack Reacher".

Walaupun Reacher sukar untuk dikesan, tiba-tiba out of no where Reacher muncul di pejabat DA. Paling pelik, Reacher tidak bermaksud pun untuk membantu James Barr (suspek) seorang veteran tentera sebaliknya cuba memastikan hukuman dijalankan.
 
Turn out, semasa berkhidmat dalam tentera, Barr pernah melakukan kesalahan yg sama mengakibatkan 4 kematian. Reacher merupakan penyiasat yg berjaya menangkap Barr. Setelah ditangkap, Barr mengaku bersalah dan berjanji dengan Reacher tidak akan melakukan kesalahan yg sama atau Reacher akan datang semula untuk memastikan hukuman dijalankan.  

Dari semasa ke semasa, Reacher mendapati bukti yg ada terhadap Barr terlalu 'perfect'. Terlalu banyak bukti yg ditinggalkan sedangkan suatu ketika dulu Barr hampir terlepas kerana tiada bukti. 

Atas bantuan Helen Rodin (peguambela) dan Rosemary Barr (adik suspek), Reacher cuba mencari pembunuh sebenar bagi membebaskan Barr.

Umumnya, buku ni is definitely by far the best book I've ever read. Ada banyak buku Siri Jack Reacher lagi, but luckily mengikut review ini yg terbaik dari Lee Child.




Ok, since I've read the book.. tiba-tiba a friend of mine bagitau the movie is actually showing in the cinema. Apakah ini takdir?

Of course I'm excited. It's like reading notes before going to lecture! Belum pun lecturer habis tanya soalan, I'm already on my feet raising my both hands just to make a point 'I know the answer!'. 

There I was sitting in the cinema with my 3 kids and Mr. Hubby while my mouth keep saying 'shhhh' to my kids (this not a cartoon of course). I bought popcorn but did not manage to finish it because my mouth is to busy and my two hands was fully occupied menidurkan Hakim.

FYI, this is my first time reading the book before the actual movie. Usually, kalau sudah main di movie, aku tidak terfikir pun mau baca bukunya. Just because I already know.

Di awal movie, I was like.. Owh.. I know this one.

The next 10 minutes, I was like.. Ok, they combine 3 characters into one. I can put up with that..

The next 20 minutes, I was like.. What happen? Did I missed 10 chapters?

The rest of the movie I feel exactly like someone who read the wrong book but with the same title. More confused..

Totally different dan sangat kecewa. For one, Jack Reacher is suppose to be 6' 5", blond and not good looking. Now, look at Tom Cruise.. exactly the opposite. Somewhere in the book, Jack Reacher mentioned Vladimir (the crook) is big as a house. Somehow the crook thought Reacher almost has the same size as Vladimir. Which means, Reacher also big as a house. Tom Cruise? Doesn't even look like a house. More like a window or maybe a door? But who cares. He produces the movie. 




All and all, I might having a problem understanding the movie kalau aku tidak baca tu buku. But somehow reading the book doesn't help either. :)


Dec 28, 2012

Good Reads


Assalamualaikum,

Sehingga tahun baru ni (01.01.2013), POPULAR akan mengadakan sales secara besar-besaran sehingga 90%. I've been there 3 times already! Jumlah yg telah selamat dibelanjakan? Almost RM200. For sure the government will be pleased I spent my bonus to buy some books.


 12 books! Setiap bulan satu buku. 


Then, my husband has to ask "Bolehkah habis baca tahun depan?"

Kalau tidak boleh habis tahun depan.. there will always next year! ihik ihik ihik..

Bagi merealisasikan impian aku untuk membaca buku-buku ni, a friend of mine suruh install application Good Reads dalam handphone (FYI.. smart phone saja yah!).

Apps ni membolehkan kan keep track buku apa yg sedang dibaca serta senarai buku lainnya. Tidak perlu taip-taip, nama buku atau penulis.. scan saja dekat barcode. Kita boleh tengok juga review orang lain pasal buku ni. 

I wish aku install ni apps masa beli buku-buku ni hari tu. Baca review dulu baru beli. :(

 

Apr 20, 2012

Library Again..



Assalamualaikum :)

Hajat hati untuk pulangkan 2 buku yg sudah teroverdue lebih seminggu. Aku masuk dengan hati yg kuat, teguh dan yakin sambil memujuk hati kalau aku sudah beranak sure tidak terbaca itu buku klu aku pinjam.

Lepas bayar denda RM3.20 utk 2 buku, tiba2 kaki aku pusing tempat lain. Mo kena ikat kali kaki aku ni kan? Last2 aku terpinjam lagi 2 buku. Dalam hati cuba memujuk, kononnya aku sempat baca sebab aku cuti 3 bulan. Well, we'll see la kan?

Seorang rakan pernah tanya aku, kalau aku sudah ada nama utk si anak dalam perut. Yep!! Aku tau, ada org berpendapat menamakan anak yg belum lahir boleh mendatangkan 'tut' tapi harapnya janganlah kita percaya sangat. Syirik.. ;)

Sebab aku sudah tau jantina, aku mmg sudah pilih nama. Baru aku perasan nama tu ada kaitan dengan minat aku dgn buku. Khususnya time2 aku pregnant ni. Makin menjadi2 aku tengok.



Sebuah lagi buku James Patterson. Nampak ja nama si JP ni, terus aku pegang tidak mo lepas. Yang satu lagi tu, aku tengok tajuknya macam interesting ja. Harapnya sempat la aku abis baca sepanjang cuti 3 bulan aku tu ;).


Apr 19, 2012

Books : Worst Case


Assalamualaikum :)

Masihkah kau ingat dalam entri aku kebelakangan ni aku diuji dgn aktiviti tunggu menunggu di ruang menunggu? Minggu lepas di Hospital Likas, minggu ni di Klinik Penampang? Ahaaaaa!! Disebabkan itu, maka bermulalah pembacaan buku ke-2.

Buku ni aku pinjam bukan sebab aku kenal penulis. Tapi lebih kepada perkataan BESTSELLER yang terpapar di cover buku.

Buku ni walaupun ada 102 chapter, setiap chapter cuma ada 2-3 muka surat ja. Aku memang suka baca buku2 mcm ni. Senang mo berhenti bila perlu. Apa yang menarik, jalan cerita buku ni. Sesuai dengan citarasa aku la.

Mengisahkan tentang siri pembunuhan anak-anak orang kenamaan dan kaya di New York. Pembunuh akan memilih mangsa dari kalangan orang kaya dan berpengaruh di samping mereka mestilah anak tunggal. Tiada sebarang tebusan diminta (pelik kan?), tapi nyawa anak2 orang kaya ini hanya bergantung pada satu ujian sahaja. Ujian tersebut perlu dijawab oleh mangsa. Kalau gagal, jawapannya.. mati lah.

Sampai dihujung cerita aku masih lagi berteka-teki mcmna pembunuh pilih mangsanya. Last2 baru aku tau.. Hahahaha.


Books : The Confession





Assalamualaikum :)

Agak lama juga aku sudah aim mo cari ini buku. Selalu nampak di kedai buku saja. Tidak pernah di library. Entah apa nasib aku kali ni, ternampaklah aku buku idaman qalbu.

Kalau tengok cover, bikin hilang selera. Macam cerita politik la pula. Tapi disebabkan penulisnya si John Grisham, adalah harus untuk dibaca dulu baru judge apa2 yang patut.

Apa yg best pasal buku ni, aku boleh baca berhenti2. Meaning kalau ada 43 chapter, aku terstop baca sampai chapter 5 pun aku tidak rasa ingin tau. Maka, aku baca buku ni agak lama sikit. Bukan mo cakap ceritanya boring. Sangatlah tidak boring. Siap ada adegan 'neng yatimah' lagi aku hahahaha... baca buku pun mo nangis. Kalaulah buku ni difilemkan, banjir kali panggung wayang. Bikin malu!

Ringkasnya, buku ni mengisahkan tentang kes pembunuhan seorang pelajar perempuan sekolah tinggi (high school la tu.. :D) Nicole Yarber. Dengan saksi yg tidak boleh pakai, akhirnya seorang pelajar kulit hitam Donte Drumm dipersalahkan dan dihukum mati. 9 tahun kemudian, seorang lelaki 40-an, Travis Boyette telah membuat confession pada seorang minister dengan mengatakan bahawa Donte Drumm tidak bersalah dan pembunuh sebenar adalah dirinya sendiri. Confession dibuat memandangkan dia sedang tenat dan akan mati disebabkan kanser. Bermulalah perjalanan si minister bersama Travis Boyette untuk menyelamatkan si Donte Drumm. Tapi malangnya disebabkan sistem keadilan yg korup, misi tersebut tidak dipedulikan.

All and all, buku ni memang best (atau actually si John Grisham ni mmg pandai tulis buku?). Sepanjang pembacaan aku, puas la aku cakap "Padan muka kau!". Emo betul aku time baca buku. Next time, klu jumpa buku John Grisham lagi, sure aku borrow punya la.


Feb 19, 2012

Books : Ombak Rindu




Assalamualaikum :)

Fuh! Tarik napas kejap.. baru hari ni aku rasa aku free. Masuk kemarin, 15 hari berturut2 aku dtg opis termasuk hujung minggu. Mo cakap rajin tidaklah sangat. Cuma kebetulan jadual tu berturut2.

Actually, ada kawan baik hati meminjamkan buku ni. Lepas 2 hari, terus aku kasi pulang. Kenapakah? Tidak seronok? Kekeke.. sebab aku sudah siap baca. Ewah, bukan main lagi aku membaca bersungguh2. Selalu aku tidur jam 9 malam, bila baca buku tu jam 11 malam baru aku masuk tidur.

Selalunya, bila sudah tengok movie, sure aku tidak berminat mo baca buku. Kunun2 paham suda la tu. Tapi disebabkan banyak ura2 mengatakan cerita dalam buku mmg berlainan dari movie, maka aku pun mengutarakan hasrat mo baca. Nasib ja si kawan ada beli buku.

All and all, mmg lain. Baru baca 2-3 lembar sudah aku rasa macam lain. Bila baca sampai habis, lagilah lain. Mo cakap cerita tu ada persamaan, paling2 pun dlm 15%. Aku rasa la. Selebihnya mmg lain. Apapun, tidak la aku kisah sangat. Namapun wayang, mesti ditayangkan 2 jam. Buku mo kasi abis baca pun 2 hari. So, agak2 la kan?

Pagi ni, laki aku tengok movie Ombak Rindu di rumah. Maklumlah hari tu jual mahal tidak mo kasi teman. Tau2, lepas abis cerita 'hujan' la pula dalam rumah aku ni (tapi bukan aku). Kalau la aku bawa dia tengok Ombak Rindu hari tu mesti aku malu kan? Melebih2 lagi banjir laki aku dari aku.. kekekeke.


Feb 13, 2012

Books : Final Hour


Assalamualaikum :)

Siapa sangka kan? Aku pun tidak sangka! Akhirnya aku berjaya juga menghabiskan masa membaca buku cerita yg sudah berapa kali di renew ni. Terima kasihlah, klinik kesihatan. Kalau bukan sebab aku rasa bosan main tunggu2 di klinik ni, sure aku tidak terbaca punya.

Apa pendapat aku tentang cerita ni? Quite ok la. Not too bad. Tapi ok la. Banyak misteri sikit. My kind of story. Most of the time, bila kita rasa mcm kita boleh agak jalan cerita ni.. TET!! Back to zero. Cuma aku macam mudah lost bila terlalu banyak nama yg involved. Confuse la kunun.

Nah, aku bagi sinopsis.. *aku ambil sinopsis ni dari cover belakang buku *

FBI Special Agent Jennifer Bennet is an African-American success story. On the biggest case of her young career, she's teamed up with Sean Alexander, a volatile agent who put himself on the extended leave of absence after he couldn't stop a terrorist from blowing up a school. Now, his demons of self-doubt could send both of their careers up in smoke...

The kidnapping of a politician's son has forced Sean back into action. The act is chillingly personal, with a ransom note meant to be understood only by him. Though Jennifer has no wish to see her career derailed by the mistakes of a burnt-out agent, she soon discovers that Sean is not the man she thinks he is. Brilliant and handsome, he earns more than her respect. And Jennifer finds herself by his side when they confront a killer who will come close to destroying him - from the inside out...



1) Dark Harbour - by Stuart Woods
2) Final Hour - by Tracey Tillis
3) Broken - by Karin Slaughther
4) The Scent of Rain dan Lightning - by Nancy Pickard
5) Death Gets A Time-Out - by Ayelet Waldman


Feb 3, 2012

Books : Dark Harbour



Assalamualaikum :)

Siapa sangkakan? Buku ni mmg aku sudah baca niat mo kasi pulang pegi library Isnin lalu. Sibuk punya pasal, perjalanan ke library pun rasa mcm berliku2 walaupun hanya sekangkang kera *mgkn byk kera la mo pakai*.

Disebabkan masa aku banyak dihabiskan menunggu giliran di klinik, akhirnya buku ni la jadi peneman aku di kala boring.

Mula2 asal baca ja, last2 abis juga aku baca semalam. Kira rekod la tu, habis baca dalam 3 hari. Al-maksood? Buku ini sangat best!

Since dalam buku ni tidak ada sebarang sinopsis di cover, maka pembacaan kita agak misteri la. Rupanya dalam buku tu ada sinopsis. Aku saja yg buat2 tidak nampak.

Stone Barrington hasn't heard from his cousin Dick Stone in years. Then an otherwise pleasant meal at Elaine's is interrupted by the CIA with news of Dick's death - Apparently by his own hand. It seems that Dick Stone, a quiet family man who doubled as a CIA agent, methodically executed his wife, daughter, and himself - or did he? Appointed executor of Dick's will, Stone must settle the estate and - with the help of his ex-partner Dino and friend Holly Barker - piece together the elusive facts of his cousin's life and death as a CIA operative. At every step, Stone knows he is being watched by Dick's family - and one of them just may be the killer...

Walaupun cerita ni agak best, dalam erti kata lain "A page-turner", tapi ada beberapa part yg aku kurang berkenan. Antaranya,

1) Tidak dinyatakan dengan jelas kenapa si pembunuh perlu membunuh Dick dan seorang lagi bekas ejen Don Brown.

2) Ending cerita ni agak biasa saja. Aku pun sudah boleh agak siapa pembunuh di tengah2 pembacaan. Terlalu obvious. Tapi still bersemangat juga mo baca sampai di abis sebab mau tau motif. Tapi apa yg kau dapat? Hampeh!! Hehe


1) Dark Harbour - by Stuart Woods
2) Broken - by Karin Slaughther
3) The Scent of Rain dan Lightning - by Nancy Pickard
4) Death Gets A Time-Out - by Ayelet Waldman


Jan 29, 2012

I finally gave up..




Assalamualaikum :)


Nothing big. Don't have to worry. Remember dulu betapa gigihnya aku berkunjung ke library utk meminjam buku2 bestseller segala? Well, I've been trying to read 2 buku yg aku pinjam berbulan dulu. Mungkin dalam 3 bln atau lebih. Setiap kali ke library utk renew, selalu ja org kaunter tanya kenapa belum habis baca. Bila aku cakap sibuk, diorang senyum saja. Mesti diorang cakap, klu sibuk nda payahlah pinjam buku. Sekurang2nya aku akan fikir macam tu. Memang padan dgn muka aku.

Aku ada another 3 buku utk dibaca selain yg 2 tu. 1 buku yg aku beli mgkn 2 thn dulu. 2 lagi buku yg dipinjamkan kawan a few months ago. Aku siap susun cantik2 di ofis dgn harapan aku sempat baca walau 2-3 helai ja. Setiap kali cuti atau hujung minggu, mmg aku angkut dlm handbag. Persoalannya.. adakah aku baca? Sadly, nope.

So, utk sementara waktu ni aku berniat mo pulangkan buku2 ni ke library. Kasi can org lain yg mau meminjam (macamla ada). Mungkin lain kali baru aku cari balik buku2 ni. Sekarang ni jadual aku padat. Kurang pasti klu bos aku ni berniat mo jadikan aku calon pekerja cemerlang ni tahun atau dia terlupa aku pregnant :). Paham2 ja la kan.. 12 bln -3 bln = 9 bln utk habiskan segala projek.

Buku2 yg terpaksa dilepaskan dan akan di consider pinjam balik (klu tiada buku yg best) :


Buku ni aku mmg bersemangat mo baca. Ada buat beberapa attempt masa tunggu Haikal balik sekolah.
Tapi sayang.. tidak pernah lepas dari 3 muka surat..


Ini buku.. sungguhpun bestseller, tidak bernafsu aku mo baca.
Maybe next time..


Jul 25, 2011

Books : The Scent of Rain and Lightning




Assalamualaikum :)

Kalau buku ini di'movie'kan, aku sure tidak akan tengok. Sebab cerita ni macam ada sedikit ke'cowboy'an. Cowboy is never my genre. Tapi mungkin sebab gaya penulisan Nancy Pickard, buku ni seronok dibaca. Boleh baca sinopsis di sini.

Adakah ramalanku benar belaka? Mungkin sebab instinct aku sudah semakin tajam, somehow aku sudah boleh agak pembunuh dia siapa. At least, terkena juga la salah satu option yang aku pilih. Aku budget 3 orang suspek. Tapi sebab aku pilih oleh yang least expected, maka aku dapat la pembunuh sebenar. Sungguhpun pembunuh dia senang untuk dikenalpasti, tapi macamana tragedi tu berlaku memang di luar dugaan.

Kesimpulannya,

1) Broken - by Karin Slaughther
2) The Scent of Rain dan Lightning - by Nancy Pickard
3) Death Gets A Time-Out - by Ayelet Waldman


Jul 21, 2011

Books : Broken



Assalamualaikum :)

Buku ini mengisahkan tentang pembunuhan yang berlaku di Grand County. Atas sebab Sara Linton (bekas medical examiner Grand County) tidak percaya akan keupayaan Lena Adams (polis yang menyiasat kes) dia akhirnya membuat panggilan ke GBI untuk menghantar seorang ejen. Will Trent dipanggil untuk menyiasat kes tersebut. Namun begitu, Will Trent menghadapi masalah untuk mendapat kerjasama dari local police force.

Magically, I manage to finish reading this book in 5 days. Macam bangga pun ada. Anyway, pembacaan aku selama 5 hari ni membuktikan buku ini is worth reading.

Adakah ramalan aku benar belaka? (tentang suspect of course!). Jauh tersasar. Terbabas masuk gaung. Hahaha.. Even motif pembunuhan pun aku baru tau dalam 3 chapter yang terakhir. Bagi aku, this is by far the best book I've ever read. Nama pun The No. 1 Bestseller :).

For now, this is my favorite books rank look like. (Hamboi.. siap ada ranking segala) :

1) Broken - by Karin Slaughther
2) Death Gets A Time-Out - by Ayelet Waldman


Jul 15, 2011

Orang tamak tidak semestinya rugi


Assalamualaikum :)

Hari ni trip pergi library. Konon sebab mau pulangkan buku yang expired. Normally, aku selalu pinjam 2 buku, tapi pulangkan satu saja. Ini semua pasal tidak sempat habis baca.

Memandangkan aku sudah habis baca satu buku *Death Gets A Time-Out*, aku berkira-kira mau pulangkan satu dan renew buku yang satu lagi. Semalam, aku mula baca buku Broken. Hajat hati, kalau tidak best mau pulangkan terus. Tapi nampaknya, setelah 2-3 lembar (actually baru baca prologue) aku membuat keputusan pinjam balik.

Atas sebab sikap aku yang sangat berjimat-cermat bila membaca ni, (most of the time aku baca masa kutip Haikal balik sekolah) aku menanam tekad untuk terus ke kaunter saja hari ni. Pulangkan satu dan renew satu. Berbekalkan duit RM1 sebanyak 3 keping (mana tau kena denda), aku pun masuk library, aim itu kaunter. Halfway through, kaki aku terpele'ot pula menyebabkan aku tersasar ke bahagian bacaan. Sudahnya, aku pinjam lagi satu buku.

Kesimpulannya, aku memang tamak. Tapi sebab buku tu buku pinjam, aku tidak la rasa rugi pun. Yang penting tarikh kasi pulang mo ingat. Kalau tidak ingat, alamatnya rugi jugalah ;).

Buku sebelah kiri, aku sedang baca. Buku sebelah kanan, aku ada angan-angan mau baca.


Buku ini, aku tidak tau bila mau baca. Someone actually lend me this book. Siap pakai baju lagi buku ni :).


Wowweeee.. Sungguhpun pagesnya kuning, kulitnya macam baru owh!!



Jul 12, 2011

Books : Death Gets A Time-Out


Assalamualaikum :)

Akhirnya selamat jugalah aku menghabiskan 1 daripada 2 buku yang aku pinjam di library hari tu. Dekat 2 bulan juga aku menghabiskan buku 320 m/s ni. Apa yang penting aku tersangatlah suka buku ni. Cukup dengan ramuan-ramuan yang aku suka ada pada buku. Ada komedi, ada suspen dan yang paling penting sampai ke akhir-akhir cerita aku asyik main-main teka siapakah pembunuh bertuah itu? Adakah ramalan ku benar belaka? Hohoho sudah semestinya TIDAK!

Anyway, di awal-awal cerita aku tersangatlah suka unsur-unsur komedinya. Aku baca buku ni macam baca majalah Ujang. Ketawa sorang-sorang sambil menimbulkan persoalan yang tidak terjawab di kalangan orang yang melihat aku. Salah satu paragraph yang aku suka..

"Are you sick?" he asked.

"No. I'm just cleaning out the toilet. With my face."


"Right. What do you need me to do?"


I waved in the general direction of Ruby and Isaac.


Half an hour later, when I'd finally managed to splash some cool water onto my face and stagger out of the bathroom, I found the children sitting in front of the TV, eating hotdogs. They were wearing shorts and T-shirts, and their hair stuck out in tufts all over their heads.


"Hotdogs?" I asked my husband.

He shrugged and said, "Dinner-for-breakfast."


"Shorts? In the middle of winter?"

"Hey, they insisted. When they freeze, they'll get the message that they should listen to their father when he suggests warmer clothes."


"Hair?"


"Ruby said it's 'Bed-Head Day' at school."

"What, did the Congress make Bed-Head Day a national holiday while I was in the bathroom? They go to different schools. How can they both possibly have Bed-Head Day?"

Buku ni actually is one of A Mommy-Track Mystery. Aku sedang mencuba sedaya upaya untuk mencari buku-buku lain yang ditulis oleh penulis ni (Ayelet Waldman). Buku ni actually diterbitkan tahun 2003. No wonderlah buku ni kuning semacam :D.

Buku ni mengisahkan tentang Juliet, bekas DA yang ditawarkan untuk menjadi PI oleh seorang rakan Al, yang dulu seorang polis. Oleh sebab, suami Juliet seorang screen writer, Juliet mengenali seorang pelakon terkenal bernama Lily Green. Lily meminta bantuan Juliet untuk membantu dalam penyiasatan kes pembunuhan yang mana suspek utamanya adalah adik kepada Lily, Jupiter. Lily percaya Jupiter tidak bersalah lalu meminta Juliet mencari sebarang bukti yang membolehkan Jupiter dilepaskan dari sebarang tuduhan. Siasatan Juliet akhirnya membawa kepada kes pembunuhan yang berlaku lebih 30 tahun lalu di Mexico.

Honestly, buku ni memang banyak kejutan. Bagi aku yang suka suspen ni, buku ni memang setakat ni buku terbaik aku pernah baca.


May 19, 2011

Pinjam Buku

Dalam tengah2 kesibukan kerja, tiba2 aku teringat aku kena return buku2 library yg aku pinjam dulu. Aku bawa sedikit bekalan 'duit' just in case aku terdenda. Bertemankan mamat perasan hensem, Mus yg bercita2 mo mencari buku2 motivasi ala Dr. Fadzilah Kamsah.. of we go to the library.

Nasib la aku tidak didenda. So, aku pinjam 2 buku. Satu buku baru, satu lagi buku klasik. Klasik tu maksudnya agak 'buruk' sedikit rupanya. Tapi sinopsisnya macam menarik.

Niat hati mo pinjam lebih, tapi takut tidak terbaca la pula. Kalau busy ada masa kah membaca? Well, bila kerja kita kerja. Masa balik, itu kerja mesti kasi tinggal. Pamper yourself dgn apa2 aktiviti yang membuatkan kita ni macam manusia. Main dengan anak ka, manja2 dgn laki ka, mema
sak ka, menjahit ka, membaca ka. Anything selain dari kerja.

Habis baca nanti aku review. Itupun kalau abis baca la.. H
opefully!


Apr 1, 2011

Books : Dark Of The Night


Riley O'Brien is the perfect political daughter; she is an invaluable asset to her father Senator Carter O'Brien as he makes his bid for the White House. Desolate after the deaths of her sister and mother, Riley has given her entire life over to her father's political career. Riley is just the kind of woman that investigative reporter Jake Mahoney can't stand -- an ice princess, just like his ex-wife. So he is anything but happy when he's forced to cover a campaign rally where Riley is the featured speaker. When a car bomb goes off, Jake ends up saving Riley's life, and suddenly he's not so sure that Riley is anything like his scheming ex-wife. As he gets to know Riley, he realizes that a murder investigation he's working on may be tied to the Senator's past -- a past that could destroy Riley and her entire family. (credit to http://www.readersread.com)

Boleh tahan juga la buku ni. Carter O'Brien dalam buku ni dikategorikan sbg org yg hensem dan tidak dimamah usia konon. Judging from the line of United States punya presidents, I don't actually blamed the writer untuk berangan2 dalam buku dia.

Si Riley, typical first daughter punya material. Dalam hati ckp tidak mau.. tapi kepala angguk2 juga. Dia kira sidekick bapa dia la. Kerja dia tukang buat kebajikan untuk kebaikan kempen bapa dia.

Jake Mahoney tukang kacau daun dlm buku ni. Itu ja yg aku boleh cakap. hehehe

All and all, awal2 cerita macam boring sikit. Masuk pertengahan buku baru make sense sikit. Tapi ending dia memang yang diluar jangkaan la. No worries.. it's a good ending.

A trip to library

Punya la nerd tajuk. Once upon a time, aku ni mmg suka la baca buku cerita. Bapa aku siap janji kunun kalau aku dpt no. 3 dalam kelas aku dpt buku. No. 2 dpt jam. No. 1 dpt beskal. Setakat yg aku ingat, aku dapat 1 kali no. 1, bbrp kali no. 2 dan byk kali no. 3 (time sekolah rendah la). Setakat yg aku dpt? 1 jam tgn (padahal adik aku yg tiada no. pun dpt ni..). Well, ckp pun tidak guna. Long time ago. Sekarang puas la aku beli jam tgn n beskal sendiri kalau mo. hahahaha..

Disebabkan janji tinggal janji bapa aku, aku suka betul pegi library. Pinjam buku berhabis2an. Kadang2 sanggup lagi duduk sna membaca. Bila sudah masuk U, baru kerap sikit membeli buku. Mungkin sebab aku suka baca buku, buku rujukan pun aku baca mcm buku cerita. Langsung tidak bleh skip topik. Macam mudah lost aku kalau baca main lompat2 ni. Padahal masuk exam 2-3 topik ja, tapi aku berkarih2 (sanggup) baca satu buku.

Sejak beranak pinak ni, aku tiada masa pula mo baca buku. Tapi aku bertekad cemerlang mo memurnikan balik minat lama aku ni. Di samping mengurangkan stress, sekurang2nya jadi contoh yg baik untuk anak2 aku la kunun.

Mesti kamu tertanya2 buku apa la aku suka baca. Mostly pasal misteri la. Aku rasa cerita misteri ni boleh melatih otak kita untuk berfikir sambil membaca. Jadi cerita pilihan aku normally penyiasatan, pembunuhan dan yg sewaktu dgnnya.

Setelah hampir 3 tahun bertugas di tempat aku kerja sekarang, baru sekarang aku terbuka hati berkunjung ke library kami. Akhirnya aku manage utk pinjam 3 buku. Actually kami boleh pinjam 5 dlm sebulan. Tapi kalau mo kasi abis 5 buku, terpaksa la aku cuti 1 bulan. Baca buku ja.


Kesian kan buku Stephen White tu. Tajuk pun tidak nampak. Biasalah library..

Buku2 ni aku pinjam bulan Jan. Bulan Feb aku renew lagi. Last2 bulan Mac aku let go 2 buku. 1 suda habis baca (Dark of The Night), 1 lagi aku tiada upaya mo baca (Urus Masa Terus Jaya). Aku baca buku ni pun sebab aku terover stress. Suda abis stress, jadi la tiada upaya. Kekeke.