Showing posts with label Lesson of Life. Show all posts
Showing posts with label Lesson of Life. Show all posts

Oct 10, 2014

Mangsa Banjir

Assalamualaikum,

Agaknya mungkin sebab rasa penat dan 'sedikit' stress, aku merancang untuk ambil cuti panjang sikit sempena Hari Raya Haji. Plan untuk balik kampung memang sudah lama dilupakan memandangkan si suami sudah jadi jawatankuasa korban 'tetap dan berpencen' untuk jabatan dia.

Apapun, melepak di rumah bersama anak-anak pun bukanlah aktiviti yang membosankan. Macam juga bersenam secara fizikal dan mental.

Memandangkan Hakim ada temujanji klinik pada 7/10/2014, aku pun plan la cuti. Ini termasuklah aktiviti bertemujanji bersama si suami. Plan aku sangat la simple. Lepas hantar si abang dan si kakak ke sekolah, terus pergi klinik. Balik dari klinik, hantar si kecil ke nursery dan teruskan program jalan-jalan cari makan. Kali ni memang tidak ada plan mau tengok wayang. 

Seperti biasa, walaupun temujanjinya pukul 8.00 pagi, proses pemeriksaan oleh pelatih jururawat (yang kebanyakannya lelaki dan masih menggigil bila menulis :)) selesai pada pukul 10.30 pagi. Tiba-tiba ada nurse yang buat liputan langsung. "Macamana la kita mau pulang ni? Banjir sudah". Eh? Tadi macam masih ok, tiba-tiba banjir?

Keluar dari klinik, aku nampak ramai betul mangsa banjir lepak di luar (kebetulan klinik ni atas bukit). Aku tinjau la sikit kalau-kalau banjir ni seburuk yang dilaporkan.

Paras air sampai dada. Ok, ini memang teruk. Nasib baik si suami sudah tapau sarapan pagi. Jadi tidaklah kebulur sangat. Tapi sayangnya air hanya surut ke paras paha jam 4.30 petang. Masih belum membolehkan kereta-kereta kecil dan pendek untuk berenang-renang ke kuala. 

Satu perkara yang menjadi kerisauan, dengan jumlah mangsa banjir yang menumpang kasih di klinik ni, rasanya bekalan makanan memang tidak akan mencukupi. Sedangkan makan tengah hari pun berebut-rebut (agaknya semua orang pun takut kebulur di musim banjir ni), inikan pula makan malam. Kami cuma sempat beli sepinggan mee goreng kosong. Itupun sebab anak kelaparan. Rasanya di saat-saat macam ini, keutamaan perlu diberikan pada kanak-kanak, ibu-ibu mengandung dan warga emas. Yang pastinya ia meliputi 80% mangsa banjir di klinik. Nama pun klinik kan? Jadi mana-mana yang tidak dinyatakan di atas, agak-agaklah kan?

Tepat jam 4.30 petang, sekumpulan sukarelawan 4x4 Penampang safari sedia untuk mengangkut mangsa banjir ke kawasan yang lebih selamat. Di klinik pun selamat juga, tapi kalau mati kebulur pun tidak guna juga. Si suami bercadang, tinggalkan kereta dan tumpang sukarelawan berkenaan. 

Agaknya, beginilah rasa mangsa banjir ketika kena rescue. Aku pun tidak tahu macamana mau describe. Aku pun kesian dengan diri aku, apatah lagi dengan mangsa lain macam warga emas dan kanak-kanak.

So, kami ditempatkan di blok-blok kedai berhampiran. Yang penting senang cari makan. Baiklah, kita pun faham para sukarelawan kena beri bantuan kepada yang lain. Takkan la minta hantar sampai depan rumah pula kan?

Dari blok kedai, kena cari pengangkutan untuk balik rumah. Cari teksi tidak jumpa. Akhirnya kena juga naik bas beramai-ramai. 

Rasa macam menyesal pula aku bercuti di masa-masa begini. Agaknya, di masa-masa akan datang kalau bercuti pun kena buat kajian cuaca. Manalah tau kan?


Inilah suasana sebenar di hari berkenaan



Di saat-saat nurse yang terlebih panik dari pesakit/pengunjung


Manakala pengunjung hanya termenung panjang memikirkan..
Berenang ka atau naik bot?


 Ketibaan bantuan para sukarelawan..
I've said it before and I'll say it again:

THANK YOU!




Feb 27, 2014

Technology Update

Tidak lama dulu bila server aku bengong2, aku terpaksa berangkut anak 3 serangkai aku ke ofis. Tidak kira malam mahu pun hujung minggu. 

Not that I'm not being considerate to the kids, rather than resting at home or enjoying their selves at playground or shopping mall, they ended up 'melepak' di ofis aku yang suam-suam kuku di luar office hour. Kalau bawa masuk bilik server (sungguhpun sejuk yg teramat), aku ada sedikit keraguan yang anak2 aku ni tidak gatal tangan tekan2 server orang. 

My husband is lacking in 'taking care of the children' department. Most of the time, walaupun bapa diorang ampai2 di sana, some how I ended up as their go-to person. So, it's hard. Really hard.

So, at that time.. a colleague tanya anak2 aku. "Bila sudah besar mo jadi apa?"

Belum sempat anak aku jawab, dia sambung. "Jangan jadi orang IT. Susah."

Terus aku terfikir. Kalau artis tidak berkenan anak diorang jadi artis, aku pun macam kurang berkenan anak aku jadi orang IT. Nanti kalau anak2 aku tanya, ini jawapan jujur aku.

Bagi aku jadi orang IT ni perlu ada kesabaran dan kesungguhan. Teknologi IT sentiasa berubah. Setiap masa. Kalau tidak update, kita pula tertinggal. Tapi mau mengupdate perlu masa dan tenaga. Which means I have to be ready 24 hours. It's ok if you're single or a married man (since the wife will take care of everything). But in my case.. I really don't know where to start. *sigh* 

Dalam umur aku sekarang ni, aku tidak dapat membayangkan di kala aku berumur 68 tahun masih sibuk tengok coding atau merayau-rayau di bilik server. Ke mana-mana pun bawa laptop. Apalah yg cucu aku fikir kan? Coolnya nenek aku.. atau Nerdnya nenek aku.. 

Mungkin bukan semua orang IT macam tu. Bergantung pada bidang masing2. Kalau kena yang kritikal, well.. Good luck? Kalau kena yg tidak kritikal.. good for you! *clap clap*

Whatever it is.. to the IT people around the world. I salute you!




Nov 4, 2013

Petua Dikejar Anjing


Assalamualaikum :)

Seperti biasa, gambar yang kononnya aku mo upload (pasal sukaneka Miss impossible) tidak juga terupload. Ehem... sabar-sabarlah ya! ;)


Selalunya bila laki aku tiba-tiba malas mo bawa kereta manualnya, dia akan minta aku tumpang siapa-siapa yg berkenaan di ofis untuk kasi turun aku dekat kawasan perumahan nursery anak. Lepas tu dia akan kutip aku dgn anak-anak di nursery.

Beberapa bulan lalu, seperti biasa aku tumpang kawan. Dari tempat penurunan (adakah ayat macam ni?) ke nursery, aku perlu berjalan lebih kurang 100 meter.

Aku tidak ada masalah untuk berjalan jauh. Bukan pun menakutkan sangat. Nama pun kawasan perumahan.. itulah yg selalu aku fikir...

Sehinggalah..

Selepas berjalan lebih kurang 30 meter, tiba-tiba aku dikerumuni sekumpulan anjing!

I'm not talking about 2 inches tall terrier. I'm talking about almost-waist tall K-9!

I wont lie saying.. Hak eleh Apa kelas!! 

Mungkin luaran aku nampak 'cool' sambil main-main games dalam smart phone, langkah pun masih steady.. teratur dan tetap. Tidak laju dan tidak lambat.

tapi

Dalam hati ada tsunami. Tangan dan kaki macam pokok kena gempa bumi. Walaupun aku main games, hakikatnya lama sudah GAME OVER! Aku pura-pura ja tenang..

The thing is.. Anjing-anjing itu melompat-lompat sambil menyalak dgn kuat berdekatan dgn telinga hamba yg tidak berdosa ini.

50 meter di hadapan, aku tengok ada seorang bapa sedang ambil anak (nursery yg sama). Lepas masukkan anak dalam kereta, lama dia terpacak dekat pintu kereta dia sambil tengok aku.

Agaknyalah kan..

Mungkin dia berniat mau tolong aku. Jadi dia standby la di sana.

ATAU

Mungkin dia kagum dengan aku sebab aku buat bodoh ja sambil main-main game.

Bila aku sudah dekat 10 meter mo sampai, baru la si bapa tu masuk kereta. Anjing tu pun tiba-tiba malas mo ikut aku.

Aku cerita dengan laki aku. Dia cakap, kalau dia dalam situasi aku.. lama sudah dia lari.

Jadi kenapa aku tidak lari?

Arwah nenek aku dulu, dia selalu bagi petua. Antara petua yg aku ingat sampai bila-bila, petua kalau dikejar anjing..

1. Sentiasa bertenang. Buat macam biasa. 

2. Baca ayat berikut :





Kononnnya kalau kita lari, automatik ja anjing akan kejar.


Petua lagi satu ni, aku kurang pasti dapat dari mana. Tapi aku rasa aku dapat dari bapa aku. Sebab dia ni praktikal orangnya. 

Pura-pura ambil batu atau kayu di lantai atau jalan (walaupun tiada apa-apa sebenarnya), walhal membongkok pun kira ok. Anjing secara automatik akan lari.

Aku pernah buat ujikaji yg ini. Setakat ni, semua percubaan aku berjaya. Cuma kalau anjing sudah melompat-lompat dekat kita tu aku tidak berani la mau tunduk. Ada pula yg kena NGAP nanti. 

Sesuai di aplikasikan bila anjing sedang dalam proses menghampiri..

Apapun, keputusan mungkin berbeza mengikut psikologi anjing. Aku pun kurang pasti. Tapi setakat ni, Alhamdulillah... 


Jul 22, 2013

Kos Lepas


Assalamualaikum :)

Baru-baru ni aku terlibat dalam satu program. Program tersebut membolehkan aku 'terbang' nun di seberang sana. Bukan seberang jalan, atau seberang laut tapi mungkin seberang-seberang sana. Haih!! tidak habis-habis dengan seberang aku.

Anyway, hakikatnya aku berpeluang untuk ke London-Paris. Tujuan? Lawatan kerja. Best kan?

Tugas aku, AJK Logistik. 2 minggu aku tenung map tube (London) dan metro (Paris). Route Double Decker Bus pun aku sudah faham. Hakikatnya, kalau aku boleh dapat master dengan kajian aku ni.. lama sudah aku naik pangkat. Itupun kalau..

Asalnya trip tu dirancang bulan April 2013. Tidak jadi. So, tunda bulan Ogos 2013. Paling best, raya ke-4 sudah bertolak. 

Disebabkan satu persatu perkara tidak dingini berlaku, aku mula rasa tidak sedap hati. Paling kesian, mau tinggalkan anak-anak di rumah mama aku. Lagi-lagi la Hakim masih menyusu badan. Macam rasa tidak sampai hati la pula.

Last-last minute, aku tarik diri. Aku pujuk hati mungkin lain kali aku boleh pigi dengan laki dan adik perempuan aku yg sama-sama belum pernah jejak kaki ke London.

Mungkin 5 tahun, mungkin 10 tahun... tidak kisahlah... yang penting buat masa sekarang hati aku tenang.



  Insya Allah.. may be next time..


Feb 1, 2013

Iktibar : Penyeluk Saku


Assalamualaikum,

Last few days, aku dilanda musibah. Aku dirampok tanpa aku sedari ketika sedang berjalan-jalan di pasar filipino baru. Dalam ertikata lain, mungkin aku telah diperdaya 'penyeluk saku'.

Mestilah aku panik. Belum pernah lagi aku mengalami situasi macam ni. Dalam otak aku, aku cuma fikir kerja-kerja leceh yg melibatkan laporan ke balai polis, membatalkan segala kad bank dan sudah pasti kerja-kerja membuat semula segala kad pengenalan, lesen memandu, kad nikah dan yang sewaktu dengannya.

Tapi mungkin atas rasa untuk menyedapkan hati, aku cuba untuk melalui semula laluan-laluan yg aku lalui manalah tau aku tercicir atau apa. Setelah puas hati baru aku sibuk cancel segala kad bank yang ada.

Sampai rumah, aku sibuk cari surat beranak. Kononnya keesokan hari mau pergi ke balai polis dan terus ke pejabat pendaftaran. Dalam hati runsing, tapi bila fikir-fikir semula.. aku redho sajalah. Agaknya bukan rezeki aku.

Tiba-tiba aku dapat call dari seorang wanita (aku ada beli barang online dengan dia dulu). Dia memaklumkan ada seorang lelaki call dia (mungkin dari business card dia yg aku simpan dalam wallet), tanya kalau wanita ni ada no telefon aku. Tidak lama lepas tu lelaki tu telefon aku pula. Lelaki berkenaan telah menemui sebuah dompet di tepi jalan. Dia siap offer untuk datang rumah pulangkan dompet berkenaan. 

Kami jumpa di pagar sajalah. Siap bawa laki kunun (just in case kan..). Semua kad pengenalan, lesen memandu, kad nikah dan kad-kad bank masih terletak cantik dalam dompet. Syukur Alhamdulillah...

Of course aku kehilangan sedikit tunai dan paling penting gelang emas pemberian ibu mertuaku! Whooaaaa.. macamna gelang masuk dalam wallet? Kan kami baru habis bersukan. Bola jaring dan bola tampar tidak dibenarkan pakai sebarang perhiasan. Lepas tu, aku lupa pakai balik. Ayoyoyo..

Let's not talk about it anymore. Mari kita buat check list tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan sekiranya perkara ini berlaku kepada anda.

1. Once kita sedar dompet kita hilang. Segera batalkan kad anda terlebih dahulu. Kita tidak mau berputih mata. Kalau pun tercicir, sekurang-kurangnya kad bank kita boleh buat semula.

2. Cuba lalui semula laluan anda. Mungkin ada orang akan ingat (sekiranya tercicir) anda dan sudi memulangkannya semula.

3. Kalau boleh tengok akaun bank anda secara online, sila berbuat demikian. Untuk pastikan tidak ada sebarang pengeluaran atau penggunaan kredit sepanjang tempoh kad anda hilang. Sekiranya ada, pastikan anda telefon hotline bank dan pastikan details transaksi-transaksi berkenaan untuk tujuan laporan polis.

4. Setelah pasti wallet anda hilang, terus laporkan ke balai polis berdekatan. Kalau tiada kaunter yg buka, kita buat besok pagi saja. Details barang-barang yg hilang sebaik-baiknya disenaraikan terlebih dahulu sebelum buat report. Details kejadian harus diingat khususnya masa dan tempat.

4. Lepas tu baru ke bank semula untuk dapatkan kad baru menggunakan laporan polis yg anda buat tadi. Sekiranya ada transaksi yg melibatkan kredit, anda boleh mendapatkan borang dispute on credit card bagi membolehkan bank menjalankan siasatan.

5. Akhir sekali, sentiasa berlapang dada. Kalau sudah rezeki anda, in sha allah ia akan kembali. Kalau bukan, apa boleh buatlah kan?

Tau apa yg menarik? Dalam tempoh 2-3 hari ni aku dapat berita yg menggembirakan walaupun baru dilanda musibah. Yang pertama, sudah pasti la wallet aku ditemui semula. Adik yg memulangkan tu pun nampak sangat jujur dan genuinely concerned. Lepas tu, aku dapat berita yg lebih menarik. Which aku akan bagitau bila sudah confirm nanti. :) 

For now kita cerita benda yg sudah berlaku sajalah kan?


Mar 13, 2012

Kenangan Lalu






Assalamualaikum :)

Aku jumpa benda ni dalam facebook. Kurang pasti siapa yang share. Mau cari balik, penyakit mandarilas aku pula datang menjelma. Tapi aku macam tidak boleh ignore. Maka aku share balik di sini.

Bagi aku kenyataan di atas memang ada benarnya. Bagi aku benar-benar belaka gitu.


1) Last generation that learnt to play in the street. We are the first who've played video games, see cartoons in color and went to amusement parks.

Dulu masa aku kecik-kecik, aku, adik perempuan aku plus sepupu2 rapat aku (ketika itu) Mirol, Juan dan Didi suka main tepi jalan. Maklumlah jalan kan clear. Belum ramai yg berkemampuan beli kereta time tu. Seingat aku, time tu kami ada kereta van yg telah diubahsuai ala-ala The-A-Team oleh bapa aku. Kami bukan suka-suka main tepi jalan buat khemah ka apa, tapi kami suka main longkang tepi jalan tangkap ikan sapat, karuk dan sebagainya. Bukan utk dimakan tapi utk masuk aquarium. Kelas kau, aktiviti zaman dulu. Main tangkap ikan secara actual. Bukan main ala-ala maya macam sekarang ni. Lepas tu, kami semua suka merayau-rayau ke rumah-rumah saudara yg sudi menerima kami seadanya. Entah apa la mama aku buat dulu sampai dia kasi biar kami jadi kutu rayau. Kalau anak-anak aku, keluar pintu rumah pun aku sudah teriak. Takut kena culik.


Bab main video games tu, memang tidak boleh disangkal lagi. Masa tu, aku agak-agak mungkin aku berumur dalam 12 tahun ke atas. Main games pun masih pakai benda alah yg rupanya macam kaset. Paling popular Mario. Lepas tu baru main Street Fighter. Siap terangkat-angkat badan masa main game. Sepenuh jiwa dan raga kunun.




2) We are the last to record songs of the radio on cassettes and we are the pioneers of walkmans and chatrooms.

Hahaha.. kamu yg muda2 ni pandaikah rekod lagu pakai kaset? Silap-silap rupa kaset pun tidak tau macamna. Bab walkman tu, aku mula-mula beli masa masuk asrama. Kasi hilang mengantuk masa study kunun. Bila mau jimat bateri, mula la rewind secara manual. Hehehe kenangan betul la.. Bab chatrooms tu, kebetulan la pula masa masuk U. Biasalah, zaman remaja.




3) Rode our bicycles down the road without brakes.

Aku pun hairan betapa tidak selamatnya permainan kami dulu. Seingat aku, basikal abang aku satu-satunya basikal yang kami ada. Itupun lepas dia cuba-cuba jadi McGyver kutip badan basikal di sana, tayar di sini. Kesimpulannya semua item diperolehi dari sumber-sumber yang tidak diketahui. Lepas digabung, dapatlah basikal tanpa brake. Kunun-kunun, brake pakai kaki saja (of course dgn selipar lah.. mau mampus brek berkaki ayam?). Tapi sayang tiada sebarang gambar utk membuktikan aksi lasak yang satu ni. Aku pernah ada kecederaan disebabkan naik basikal abang aku. Dasyat juga kecederaan aku dulu.


4) We never had phones but still kept in touch.

There you go! Patutlah suatu masa dulu kami hitam legam, berkudis sana sini, kurus macam lidi.. sebab kami selalu merayau ke rumah geng sepermainan. Apa jenis permainan yang akan dimain, boleh difikirkan kemudian. Yang penting buat perhimpunan pagi dulu. Balik haruslah sebelum maghrib or else puas la kena rotan si mama. Saat paling berharga!


*All pictures - credit to Google


Feb 8, 2012

Lesson of Life : Jual Ikan

Assalamualaikum :)

Masa aku budak2 dulu disebabkan hidup yg agak susah *aku rasa la sebab aku tidak pula rasa susah sangat*, mama aku memang bekerja keras mencari sesuap nasi *nasi zaman dulu mahal woo*. Selain menjahit, mama aku sibuk buat kuih, jeruk atau kerepek pisang. Sampai aku rasa mama aku ni kerja non-stop back-to-back lah!

Bapa aku pula macam selalu out-station *biasalah kelasi kapal*. Tapi bila dia di rumah, bapa aku selalu pasang bubu di laut. Hasil tangkapan ikan akan dibawa pulang dan dipilih2. Lepas audition, ikan akan diikat rapi dan dibahagikan kepada 2 bahagian utk dijual. Bahagian yg paling banyak, diberikan pada abang aku manakala yg sikit diberikan pada aku dan adik aku. Masa tu kami baru 3 beradik.

Memandangkan abang aku ada basikal, aku pun kurang pasti laluan mana yg dia ambil tapi selalunya ikan dia yg cepat habis. Aku dgn adik aku pergi together-gether melenggang kangkung ke kawasan rumah berhampiran sambil bertolak2an sebab tidak tau mau cakap apa sama tuan rumah.Tapi selalunya jualan kami habis jugalah. Mungkin juga atas dasar kesian atau apa.

Kami tidaklah menjual ikan all out mcm Siti Nurhaliza jual kuih. Sambil2 teriak2 "Ikan.. ikan.." *version Siti : kuih.. kuih..* Agak2 kalau kami buat macam tu, lama sudah kami jadi superstar! Hahaha..

Bila difikir2kan balik, klu budak2 sekarang kau suruh jual macam2, belum tentu lagi diorang mau. Malu kunun.. klu mau pun mesti mo kasi elaun. Jadi kenapa kami buat juga walaupun malu dan tiada elaun? Aku pun tidak tau. Bukan pun kita ada benda penting mo buat selain bermain 24 jam kan?

Apa yg aku dapat dari pengalaman jual ikan? Berkenalan dgn jiran tetangga kali.. hehehe. Apa yg penting, kami adik beradik sempat juga berjasa membantu ibu bapa masa hidup susah. Tidak bolehlah mama aku cakap kami adik-beradik tidak pernah hidup susah.. *adik lelaki aku selalu kena ni* hehehe..