Showing posts with label Lepas Geram. Show all posts
Showing posts with label Lepas Geram. Show all posts

Aug 2, 2012

Patutkah kesesakan lalu lintas dijadikan alasan?


Assalamualaikum :)

Pagi ni dengan tekad dan semangat yg kuat utk masuk kerja on time, seawal jam 6.30 pagi aku sudah bertolak dari rumah. 3 kali aku berulang alik dari rumah ke kereta mengangkat anak2 dan barang2 (hohoho banyak tuuu..).

Anyway, perjalanan nampak lancar dan aku dijangka tiba ke ofis (mengikut perkiraan aku laa) lebih kurang 7.20 pagi. Lepas hantar anak2 ke nursery, aku meneruskan perjalanan utk ke pejabat.

Sepatutnya, perjalanan ke ofis tidaklah melalui kesesakan lalu lintas yg teruk. Maklumlah org lain sibuk ke pusat bandar, kami pula pegi ke luar bandar. Orang kata, kalau orang kaki rempit tu, memang clear lah. 

Apa yg berlaku, nun di sudut sana.. dgn pakaian putih, spek mata hitam ala2 terminator serta boot hitam paras lutut tiba2 menahan perjalanan kami (bkn aku sorang ja) bagi memberi laluan kepada jalan yg lebih sesak atau bergerak perlahan terutamanya ke pusat bandar. Bukan seminit dua.. 5 minit!! Sempat lagi melepas hajat kecil kalau ada tandas dkt tepi2 jalan tu. 

Lepas melalui situasi yg tidak menyenangkan itu, aku tiba di satu roundabout lain dan kejadian yg sama berlaku. Hasilnya kelewatan selama 10 minit secara total! Bukanlah aku mo pentingkan diri sendiri (atau mungkin mmg aku pentingkan diri sendiri tapi on denial kunun) tapi macam tidak adil la pula bg pengguna2 jalan raya yg sepatutnya tidak mengalami kesesakan lalu lintas macam kami ni. 

So, kalau masuk office lambat, kena key in dalam sistem sebab musabab kelambatan itu berlaku. Apa yg selalu menjadi pilihan adalah kesesakan lalu lintas. Pada aku, mungkin lain kali kena tambah sebab lain. "Pak Polisinya bertabiat!" bg yg memang bertabiat la..

Anyway, hari ni aku sempat sampai on time. Sungguhpun dugaan kesabaran melanda pagi2 buta lagi. Sabar ja lah..


Nov 8, 2011

Perancangan Cuti

Assalamualaikum :)

Sejak Mei yg lepas, aku dgn adik aku sibuk buat perancangan cuti2 Malaysia sempena cuti sekolah. Perancangan ni dibuat setelah bertahun2 tertangguh (mostly disebabkan aku).

Perjalanan dirancang dengan teliti, termasuk aktiviti, tempat tinggal dan of course tanggungjawab siapa pegang siapa (khasnya anak2) sepanjang trip tu nanti. Percutian yg umumnya tidak sampai 2 minggu lagi ni, nampak begitu berjaya di dalam kertas. Sehinggalah laki aku call beberapa hari lepas menyatakan dia mungkin tidak dapat join sebab dia kena audit.

Peliknya, kali ni laki aku terselamat dari tempias bebelan aku. Paling teruk pun aku cuma marah SIRIM sebab buat audit masa cuti sekolah dan aku paling marah dengan majikan laki aku sebab tidak boleh cari penyelesaian/pengganti laki aku sepanjang audit.

Perancangan cuti yg dibuat dari awal ni nampaknya membawa perubahan drastik. Apa bestnya bercuti kalau tidak lengkap 1 keluarga? Kalau kami postponed, majikan laki aku mau bayarkah segala extra denda yg dikenakan?

In less than 2 weeks..


Jul 11, 2011

Bersih 2.0


Assalamualaikum :)

Mula-mula aku dengar pasal Bersih 2.0, mati-mati aku ingat pasal kebersihan bandar. Rupanya pasal benda lain pula. Anyway, ramailah di antara kawan-kawan yang berminat untuk menjadi penonton VIP untuk acara yang ditunggu-tunggu ni. Aku pula, lebih berminat duduk di rumah sambil bergolek-golek depan tv.

Dijadikan cerita, my parents datang ke KK untuk membuat lawatan rasmi ke tamu-tamu yang ada sekitar KK. Oleh yang demikian, terbatallah aktiviti bergolek depan tv aku. Sebelum keluar rumah, awal-awal aku sudah ingatkan semua ahli rombongan supaya JANGAN pakai baju kuning. Tidak pasal-pasal pula nanti kena masuk penjara.

Sebelum bertolak, Dyana pula buat hal. Sibuk bawa bakul-bakulan dia ke sana ke sini. Mama aku suruh aku tangkap gambar dan hantar pada adik aku. Sedang berjalan-jalan di tamu, adik aku call.

"Kau tidak perasan kah anak kau pakai baju kuning?", aku tengok anak aku. Aisehmen.. macam mana aku boleh tidak terperasan. Sekali aku tengok yang seorang lagi, pun sama baju kuning. Hahahaha agaknya sebab aku sudah terbiasa pakaikan anak-anak aku baju terang supaya senang untuk dikenalpasti sekiranya mereka terpisah dari kami.


Macammana aku boleh terlepas pandang?

Sehari suntuk aku berjalan, sehari suntuk juga la aku melalui beberapa roadblock. Tidak satu pun perhimpunan Bersih 2.0 yang aku nampak. Yang aku nampak, bandar KK agak lengang daripada biasa dan ada sebahagian tempat yang nampak macam biasa-biasa aja. Mungkin sebab aku tidak tau di mana perhimpunan Bersih 2.0 ni diadakan memandangkan aku bukan dari kelompok peminat No. 1 politik. Cukuplah aku jalankan tanggungjawab dengan mengundi.

Berbanding dengan KL, aku rasa KK macam tiada kesan langsung. Melainkan roadblock dan keadaan yang lengang di sebahagian tempat, yang lain macam sama saja. Tapi bagi aku kesan Bersih 2.0 ni banyak menyusahkan.

Paling aku kesian, mereka-mereka yang bertugas dalam roadblock. Polis dan RELA yang aku tengok rata-rata adalah orang yang sudah berumur dan berkeluarga. Bekerja sehari sebelum Bersih 2.0 dijangka diadakan sehingga pada hari Bersih 2.0 diadakan. Dari pagi sampai ke malam. Kadang-kadang berpanas, kadang-kadang berhujan. Pernah sekali aku tengok mereka terduduk tersadai di satu kawasan rata-rata dengan muka kepenatan. Orang yang tidak bertimbang rasa akan cakap "Itu memang sudah kerja mereka."

Pada pendapat aku, itu memang kerja diorang. Kalau dalam keadaan darurat, aku pun akan berpendapat macam tu. Tapi kalau keadaan macam sekarang ni, agak-agaknya berbaloikah kepenatan diorang? Bukan pun diserang dari negara luar, tapi diserang dari dalam negara. Bukan pun orang luar, tapi orang tempatan. Haish!! Tidak boleh diterima akal langsung!


Jun 20, 2011

Semangat ada, TAPI..

Assalamualaikum,

Happy monday everibodeh!! Punyalah aku semangat mo pegi kerja hari ni. Awal pagi pun ceria semacam. Kerja terakhir aku siap hari rabu minggu lepas. Tidak lama lepas tu (hari yg sama) kami diminta mengambil langkah berjaga2 menjaga sistem masing2 dari kena hack. Honestly, I don't give a damn. Macam ada sedikit kelucuan pula mo hack sistem orang pun ada jadual. Kalau aku mo hack, rasanya surat-murat amaran tu aku langkau ja.

Jadinya, dalam tempoh 2 hari (khamis dan jumaat), kerja aku buat housekeeping ja. Mo buat lebih2 takut menjadi punca musabab 'kebocoran' pada juruhackers la pula. Kebetulan hari Jumaat yg indah itu, aku kena attack demam pula. Mengikut pemerhatian telus aku ni, bos aku tidak perlu risau pasal sistem. Yg dia perlu risau, semua programmer dia seorang demi seorang kena attack real life virus. Ish ish ish kesian kami..

Sampai ofis (walaupun lambat 10 minit), semangat mo kerja tu mmg tidak berkurang lah. Subuk (jenguk) lady bos, tiada la pulak. Apapun semangat tetap maintain, lagi2 lah lady bos tiada. Sekali mo buat kerja, alahai.. sedihnya.

Internet lambat. Balik2 server not found. Sudahlah kerja aku ni melibatkan pencarian melalui Encik Google yg paling macho. Tapi kalau semua yg dicari tu tidak ditemui, payah la aku mo fokus. Paling2 laju pun tengok FB atau blogger. Takkan la 24 jam mo tengok FB. Orang yg FB addict pun boleh mabuk tengok FB 24jam. Rasa macam mo balik pun ada. Lagi laju internet di rumah aku. Ciss!! Potong chicken betul lah..

Jadi apa aku mo buat hari ni? Mo sapu opis takut kena jeling cik2 cleaner. Mo bergossip, takut bos jeling. Mo tidur takut org ofis jeling. Haiyaa.. macammana mo jadi produktif ooo..


Jun 10, 2011

Sesi Lepas Geram 18 PG/SX

Aku mo bereksperimen. Ramai yg cakap blogging ni kira macam terapi. Memandangkan aku betul2 marah, maka aku mo gunakan semua effort marah aku tu untuk bereksperimen. Kita tengok ramai2 berhasil kah tidak.

Aku yg tengah berusaha bersungguh2 utk membuat persediaan aktiviti minggu depan, tiba2 mendapat satu panggilan. Sila wakilkan dia meeting. Aku rasa aku pernah meroyan sekali pasal bab wakil2 meeting ni. Tapi memandangkan yg diwakilkan ni bos, plus meeting yg kena suruh pegi ni kira related dengan aku.. takkan la aku mo cakap tidak. Ada juga yg kena bagi surat amaran tatatertib ni karang.

Seperti biasa, namanya wakil meeting confirm la pergi meeting dgn minda yg telah diformat Maklumlah, mana sempat mo sediakan apa2 maklumat (itupun klu aku tau apa maklumat yg diorg mau). Tapi sebab bosku dengan confidentnya cakap, "You catat je apa2 yg diorg minta". Kepala hota* you lah! Aku tanya lagi, siapa2 ahli? Bosku cakap, "Alah.. org2 biasa2 je."

Maka pergilah aku mcm org sesat. Masuk bilik mesyuarat, perkara pertama yg aku nampak, barisan2 VVIP. Aku siap keluar balik takut salah tempat. Lagipun kan bosku cakap "Alah.. org2 biasa2 je". Macam mo minta kena hindik saja bosku ni. Lepas duduk, ahli2 mensyuarat ada yg terpaku. Agaknya amaze dgn kehadiran aku yg nampak garang dan seksi dalam satu masa. Yalah tu, padahal diorg cuma bingung memikirkan sama ada aku ni salah masuk meeting atau bini kepada mana2 ahli mesyuarat yg lain.

Urusetia bagi aku 1 fail. Aku baca ja, sumpah aku tidak paham apa bendanya yg diorg tulis ni. So, aku buat2 paham ja lah. Apabila mesyuarat bermula, lepas go through minit lepas, siapa org pertama kena tanya? AKU JUGAKLAH yang paling femes. Garang dan Seksi kan.. Soalan pertama kena tanya aku sudah tidak tau jawab. Semua pun sudah start tengok aku. Takkan la aku mo catat soalan pula (sebab bos aku suruh catat). Apa aku buat, buat2 ketawa seksi! Lepas tu buat kepala ala2 minah bollywood. Geleng2 malu. Ishhhhh!! Marah betul aku.. Agaknya mesti ahli2 mesyuarat tu tertanya2, apakeheynya budak ni.. cacat ker? Atau tak paham soalan? Kalau aku sendiri tengok pun mcm aku mo baling ja dgn lesung batu! Padan dengan muka aku.

Lepas tu, dia tanya soalan seterusnya. Actually aku tidak paham pun apa soalan dia. Glossary pun pengerusi ja yg ada. Maka pepatah melayu ada mengatakan "Malu bertanya sesat jalan". Tapi kalau balik2 tanya soalan makin ramai pula yg sesat nanti. Sudahnya aku jawab suka hati aku ja. All and all aku kena tanya 5 soalan. 1 memang aku buat2 minah seksi. 4 aku jawab ala2 garang. Konfiden la kunun, padahal penat sudah jadi org buduh!

Dalam meeting yg berlangsung 2 jam, aku cuma terlibat dalam 2 minit. Apa yg aku catat? Aku pun tidak tau. Semua pun tanda soal ja. Biar la bosku yg suruh catat tu fikirkan sendiri misteri tanda soal aku tu. Lain kali, kalau mo suruh catat pegi sendiri!

Apa perasaan aku lepas sesi lepas geram ni. Relief! Boleh diamalkan selalu.. tapi minta maaf lah kalau bahasanya agak mencarut. Biasalah org baru abis marah. Hehehe