Showing posts with label Luar Biasa. Show all posts
Showing posts with label Luar Biasa. Show all posts

May 25, 2011

Revolusi Bahasa Ringkas

Kalau suatu masa dulu, masa handphone dan teknologi sms mula diperkenalkan.. beginilah yang kita taip. Tapi atas sebab jumlah character per page adalah terhad, maka bahasa tadi telah diringkaskan bagi mengurangkan penggunaan kredit telefon. Biasalah orang muda.. belum ada gaji pun time study dulu.

Bila anak sudah ada handphone, ibubapa pun digesa supaya berhandphone. Barulah senang mo ber'contact' dengan orang2 terchentah! Actually bukan pasal apa pun, supaya senang mo bagi reminder sama ibubapa yg sedang seronok2 berborak dengan kawan lama sampai lupa anak dalam kereta sudah lama menunggu. Kalau tidak pun, supaya senang mo cari parents kalau sudah hilang jejak. At least bagi aku, lebih kurang begitu la alasannya.

Mula2 my mom dapat mesej dari anak2 atau sesiapa saja yg sama baya dgn anak dia, agak lama juga la dia terkebil2 tengok skrin hp dia. Mula2 tengok dkt2.. lepas tu tengok jauh2. Ingatkan tidak nampak, rupanya tidak paham. Last2 terpaksa la panggil consultant tidak bertauliah untuk explain apa yg kena tulis. Lepas tu mula la my mom membebel2.. "Cuba la tulis betul2. Senang sikit mo baca". Logically, ada benarnya juga la.

Ma, x pyh msk mlm ni. kjap lg aku dtg ambil mama.
(Ma, tidak payah masak malam ni. Kejap lagi aku datang ambil mama.)

True! Siapa2 yg tidak biasa tengok akan join group si kebil macam mama aku. Tapi bagi org2 yg ke hulu ke hilir bawa telefon (siap gantung d leher lg klu zaman dulu2), ini la bahasa harian diorg. Tapi, we have our own reason. Ringkas, cepat dan murah. Kalau mo tulis2 betul2 mcm dlm karangan, hausla keypad handphone 3310 tu nnti.

Now, sebab org jrg2 ber'sms', org lebih suka ber'facebook'. Maka, the new breed of bahasa ringkas telah mula muncul. Sekarang turn aku pula join kelab si kebil bila tengok some of my cousins punya status update. Some okey.. bukan semua. Sekarang my mom boleh jadi penaung kelab si kebil, turn aku pula jd pengerusi.

aq tau la. sok aq si ma kaw. lau aq lupa jan lupa si ingat aq.
(aku tau la. esok aku kasi sama kau. Kalau aku lupa jangan lupa kasi ingat aku.)
*ini pun after a while baru aku boleh tangkap.

Aku paham kalau bahasa generasi ke-3 ni digunakan dlm sms. over ringkas, over padat, less character and of course murah.. tapi klu dlm facebook yg suda sedia free, hmmm mcm pelik la pula. Mungkin juga suda terbiasa kali, atau mmg sengaja supaya org2 senior (blum mo mengaku tua) tidak paham diorg cakap apa.

Mari kita buat perbandingan :



Kalau mo fikir mcmna boleh bahasa ni kena mutasi, aku awal2 suda angkat bendera putih. Kita maintain ja la dgn bahasa yg kita paham..


Mar 28, 2011

Lucky Dip

Sepatutnya hari ni aku post entry berkenaan program pecah tanah sayur bendi aku. Kalau kamu rasa macam ter'lost' sekejap, kamu round la dulu pi sini. Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, (2 hari aku temankan laki aku shopping sampai sekarang kaki aku masih bergegar2 lagi) maka aku tunda la program ni mggu depan.

Aku ada mention aku temankan laki aku shopping kan? Yup! you heard it right. Not the other way around. Barang yang dia mo beli bukan banyak pun. 2 item saja. Tapi cerewetnya.. ya ampun!!! Taubat aku. Tempat persinggahan kami untuk beli item ke-2 dan terakhir di satu hypermall around KK. Masuk2 ja kami diserbu sumandak (awek sabah yg pakai baju tradisional sabahan). Sorry, sebab laki aku bawa sidekick berlesen (aku la tu), jadi serbuannya macam serbuan penuh kesopanan dan ketatasusilaan.

"Sudah ada member?" sumandak tanya. Laki aku jawab "Ada". "Belum expired?" Sumandak tanya lagi. "Laki aku jawab "Belum".

Lepas beli kasut segala, bayar dekat cashier, diorg tanya kalau aku mo renew membership card. Aku cakap kalau tidak lama, boleh la. Sepatutnya expired bulan 6, tapi manalah tau teda masa.. jadi aku renew ja la.

Mgkn aku punya maksud 'tidak lama' tu lain sikit daripada dictionary diorg, last2 aku tertunggu juga la dalam 30 minit. Diorg bagi resit suruh redeem Lucky Dip.

Aku yang tidak mo rugi pi la buat Lucky Dip. Manalah tau dapat kereta ka, washing machine ka, esbok ka.. sekali aku tengok kelompok hadiah.. kurrrrrr semangat.. bukan pun washing machine, sabun cuci kain dia offer. Anyway, aku tunjuk resit diorg bagi la kotak. Aku korek.. korek.. dan korek.. (itu tidak termasuk bacaan lg tu), akhirnya aku dapat 1 tin sardin!!

Hahaha sungguh tidak bertuah sekali. Maka si mamat yang bertugas pun bagi la aku 1 tin sardin. Harapan yg punah akhirnya berbunga semula. Sardin XL dia bagi aku. Jenama Ayam lagi tu. Sardin pun sardin la kan?


Sekali aku pegang.. aik!! kenapa ringan? Tin sardin ja dia bagi aku!! Mau ja aku cakap, Kalau tin begini di rumah pun banyak.. tapi benda suda free diam2 ja lah!

Sekali aku belek.. aisehmen.. bukan sebarang tin kosong. Tabung rupanya. Aku gegar2 sikit, mana tau ada duit kertas RM100.. hehehe. Tapi tiada.. huhuhu



Mar 14, 2011

Tsunami alert

Balik dari kerja, adik lelaki aku telefon.. "Hati2. Dijangka malam ni ada tsunami melanda Sabah disebabkan gempa bumi yang melanda Jepun". Aku pun jawab la "Bah, iyalah." Agaknya kenapa la aku tidak panic attack kan? Bah baiklah.. mari aku cerita.

Tahun 2004, Disember 26

Masih kah kau ingat? Apabila Tsunami melanda Aceh, Indonesia dan turut melanda Malaysia (Penang)? Rasanya kita pun tau apa kesannya kepada setiap rakyat Malaysia. Setiap kali ada gempa bumi di asia, setiap kali tu la orang Malaysia kena panic attack.

Tahun 2005, Febuari 7

Apabila gempa bumi melanda Filipina, sebahagian rakyat Sabah mula menunjukkan simptom2 panic attack. Aku? Tidak terkecuali. Disebabkan kami menyewa dekat kawasan pantai, sure la aku pun ada rasa tidak senang duduk. Masa tu anak aku baru 6 bulan. Sambil2 tengok berita, sambil2 tu la aku packing beberapa barang penting. Nama pun langkah berjaga2, tidak salah kalau bersedia. Barang penting aku, semua
nya kad pengenalan dan surat beranak serta keperluan anak. Laki aku sibuk tukar2 channel berita, aku pula sibuk intai tingkap keluar. Mana la tau. Tiba2, nun di luar sana aku ternampak kelibat 2 orang wanita bertelekung (tuan rumah aku dgn anak dia la tuu) sedang berpelukan sambil menangis.. Ok, kalau tadi aku cakap aku tenang, sekarang sudah mula rasa gusar kunun. Tidak lama selepas itu, tiba2 aku nampak sekumpulan pemuda lengkap dengan beg pakaian melompat naik ke sebuah kereta pacuan 4 roda (Hilux ahh.. klu Land Cruiser kamu mo lombat naik, ada pula yg ter'missed' lompatan nanti). Aku mula la rasa tidak sedap hati. Aku tnya laki aku, "Perlukah kita beredar?". Actually tidak la begitu soalannya, tp mana la aku ingat dialog aku 6 thn lalu. Yang penting maksudnya sama la. Laki aku cakap, "Tunggu dulu. Kita dengar berita." Lebih kurang la.. sambil melihat keluar jendela. Tiba2 lagi kelihatan kelibat seorang pemuda berlarian dengan lintang pukang sambil menjerit "Tsunami! Tsunami!". Lantas aku dan suami segera meninggalkan rumah dan masuk ke kereta. Pause.

Punya la tidak best buat karangan ni. Oleh sebab kununnya, berdasarkan sejarah kalau time tsunami tempat perlindungan terbaik adalah masjid dan tempat tinggi, kami cuma terfikir mo pi rumah kawan kami yang tidak juga tinggi sangat bukitnya. Tapi
sekurang2nya tidak la di tepi pantai. Kononnya niat hati tu, kalau betul la bencana bakal menimpa sekurang2nya kita bersama orang yang kita kenal. Sepanjang perjalanan kami pegi ke rumah kawan kami ni, kami nampak ada beberapa orang pengunjung tetap persidangan meja bulat (kedai kopi) ternganga2 menengok bilangan kereta yang banyak dan laju meninggalkan rumah masing2. Ish ish ish.. kesian betul diorg. Serba ketidaktahuan!

Sampai rumah kawan kami, dia pun terkial2 la tengok kami macam orang kena cari polis. Bawa IC ja semata2. Cerita punya cerita, penat dan seterusnya bermalam la di rumah si kawan. Esok pagi si kawan cakap "Amacam ni? Tiada pun tsunami!!", sambil tahan2 ketawa. Ces!!

Tahun 2011, Mac 11
Adik aku call gempa bumi melanda Jepun. Amaran tsunam
i turut dikeluarkan. Mungkin sebab aku tidak mau pisang berbuah 2 kali, kali ni aku redha ja. Kalau sudah memang tersurat macam tu, kita terima ja la. Aku duduk rumah (tidak pun tengok berita), anak aku tengok kartun dan buat aktiviti lain, laki aku pula main futsal. Bukan tidak peduli, cuma kalau betul2 terjadi tiada apa juga kita boleh buat. Mungkin lain kali instead of mengheboh2kan amaran tsunami kepada rakan taulan dan keluarga, lebih baik lagi kita minta ampun dengan diorg. Ada juga pekdahnya.

Gambar ni saja ja untuk perhiasan hehehe. Diambil sehari selepas amaran tsunami keluar semasa menunggu mama sama adik aku keluar dari feri ekspress lbn-kk.

Feb 14, 2011

Free Gift

Bila hujung minggu, agak normal la kalau aku dengan keluarga aku buat outing sekali sekala. Daripada non-stop buat aktiviti sit-tidakupup lagi depan tv atau terus tangkap lentok untuk memastikan tv boleh berfungsi 24 jam non-stop, mana2 pun bukan la aktiviti yang dikatakan sihat.

Objektif outing, kononnya mo mencari songkok untuk perarakan maulidur rasul laki aku. Sampai saja wisma muis, wohhhhoooo... semua orang sudah tapau. Jangankan pembeli, penjual pun tutup kedai. Tapi tidak la pula aku salahkan pekedai tutup awal (time tu dalam jam 3.30pm). Memang padan la muka kami, siapa suruh buang tebiat datang lambat.

So, kami tukar plan. Tidak mo pulang dengan tangan kosong, aku bawa laki aku buat tour di CKS (supermarket). Laki aku tiba2 mengidam kuaci putih. Alang2 sudah masuk dalam supermarket, aku beli la 2 kotak susu segar. Bukan untuk budak2, tapi untuk mama budak.

Bila sudah mencapai target, aku keluarkan recycle bag aku masukkan benda2 yang patut.. tiba2 cashier cakap "Ada free gift di luar". Biar betul? Barangan aku harga dalam RM13++ dapat free gift? Atau mungkin...

Sebelum aku masuk ke supermarket ni, aku ada nampak 1 booth promosi air oren.. mustahil la itu free giftnya kan? Sebab aku kebingungan atau mungkin sebab aku rasa cashier tu salah tengok harga, aku yang selalunya muka tidak malu ni tiba2 pula malu mo tanya kaunter customer services. Lepas operasi menolak dan mencucuk laki aku, maka laki aku akun juga la tanya kaunter customer services.

Tiba2 ja adik yang jaga kaunter tu cakap "Kita ada pakai recycle bag ka?". Aku pun dengan semangat la tunjuk recycle bag yang aku bawa. Maka, dapat la aku hadiah gelas..

Kira bagus juga la effort ni. Menggalakkan orang pakai recycle bag. Walaupun hadiahnya setakat gelas, sekurang2nya effort tu ada. Cuma satu ja yang aku pelik, sepatutnya budak yang jaga kaunter tu minta la resit aku. Ini tidak, kasi tunjuk saja recycle bag terus dia bagi gelas. Laki aku siap buat lawak (atau mungkin juga dia serius), lepas ni kita pusing.. tidak payah beli barang pun, tunjuk saja beg.. mesti banyak gelas kita dapat kan?

Hmmmm... good point!!

Jul 15, 2010

5.38kg

bukan.. ini bukan berat yg berjaya aku kurangkan kerana berdiet (i wish, but it's not). baru saja sekejap tadi, aku dapat sms dari kawan sekerja isteri dia selamat melahirkan anak lelaki yang ke-3 pada jam 10.10am. aku balas balik, tahniah! berapa berat anak? bila dia balas, 5.38kg.. aku tanya balik kalau2 dia salah taip.. dia kata tidak sebab doktor pun cakap ini baby paling besar dia pernah deliver. by the way.. even the nurses pun cakap baby dia baby of the year..

seingat aku, new born baby paling besar pernah aku dengar adalah 4kg.. itu pun anak dia juga.. anak ke-2 lahir tahun lepas.. tapi anak dia yg ke-3 ni la paling happening.. macam rekod baru pula. lepas ni sure aku tidak heran suda kalau berat anak setakat 4kg++.. sebab aku sudah jumpa berat anak yang 5kg++.

agaknya aku masih trauma dengan 5.38kg.. sebab sampai sekarang masih terbayang2 macam mana besar anak dia..

Jul 13, 2010

Kisah di Pasar Ikan

dulu2 aku suka betul beli ikan fresh.. kunun2 inspired by Asian Food Channel la tu.. kalau bulih hari2 pun mo beli ikan. tapi bab yang paling tidak best, ndakkan mo beli ikan 2-3 ekor tiap2 hari. tokey jual ikan pun malas mo layan. kasi abis plastik dia saja..

disebabkan aku jarang suda tengok tu channel, maka aku selalu beli ikan ujung minggu. so, miggu ni seperti biasa rutin aku, aku suruh laki aku standby di kereta. aku lipat seluar, aku buka langkah panglima. kalau mo buka langkah permaisuri ka puteri ka.. baik beli ikan di giant supermarket ja. pegang ikan pun tidak payah.. siap ada penyepit lagi..

petua ikan fresh?? kalau aku senang ja.. pilih ikan mcm pilih emas. yang mana paling berkilau bergemerlapan, di sana aku menyemak. aku beli bukan banyak pun.. 2 jenis ikan sekilo setiap satu.. cukup la tu.. bukan aku mo buat kenduri pun..

bila aku pegi pasar ikan, aku mesti mo tawaf tu pasar. tidak kisah la ada ikan ka tiada ikan ka.. yang penting mesti juga mo tngok2.. minggu lepas tidak terkecuali. aku round2 dalam gear 4 camtu.. tiba2 aku nampak sesuatu... aku reverse balik. macam aku kenal tu ikan.. tapi aku tidak tau pula untuk dimakan... lama juga la aku tengok (sekadar untuk memastikan), sampai la tu tokey tnya "ikan kak?". aku senyum ja pastu jalan..

aku confirm betul ikan tu yang slalu aku tengok dlm akuarium. aku google dlm internet.. akhirnya aku jumpa..




belut laut.. itu pun yg aku jumpa dalam internet la.. kalau salah juga, aku pun tidak tau. tidak pernah pula aku ambil subjek marin time muda2 dulu.. tapi kalau kena suruh makan, kalau pun hadiahnya lumayan.. tapi rasanya tidak sanggup la.. aku tidak rasa aku punya perut boleh tolerate dengan ikan yang ganjil ni..

Jun 3, 2010

Banjir

Disebabkan hujan yang sangat lebat kemarin, belum pun jam 5.00pm ramai sudah geng ofis tunggu depan 'mesin perakam waktu'. Kunun tidak mau tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Aku sebagai penanti setia mesin ni, tidak kira hujan atau tidak confirm terpacak sebelum jam 5.00pm.

Lepas punch out ja, terus pecut. Jalan memang clear. Mungkin sebab ramai yang sudah agak akan ada banjir kilat (atau aku ada tertinggal apa2 berita??). Ambil anak, terus ikut jalan Inanam. Punya lah teruk. Tapi alang-alang sudah tersekat di jalan raya, aku teruskan saja la niat murni aku untuk pulang. Banjir merata2. Nasib aku baik sikit sebab sampai rumah sebelum 6.30pm. Tapi kesian laki aku, jam 8.00pm baru sampai rumah. Banyak laluan kena tutup sebab banjir.. ish ish ish..

Inanam


Inanam juga


Jalan alternatif ke rumah