Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Jan 14, 2013

Milk Booster II


Assalamualaikum,

Disebabkan aku diserang panik atas sebab produksi susu yang semakin berkurangan, akhirnya aku pun cubalah pelbagai cara yang terdapat dalam internet.

1. Nursing Tea jenama Joy Angel
Sebelum ni ada cuba Nursing Tea jenama Joy Angel. Bagi aku boleh tahan. Peningkatan sebanyak 1-2 oz setiap kali pam. Kira ok la tu. Cuma bagi aku macam tidak cukup. Lagipun rasanya membuatkan aku rasa macam loya-loya la pula..

2. Longan Kering dan Kurma Merah
Seorang kawan bagi tips ni dalam comment hari tu. Maka beria-ialah aku mencari kedua-dua produk ni di kedai cina. Rebus ikut suka (sebab tiada kadar spesifik) dan aku tambah sedikit gula. Bagi aku longan kering dan kurma merah ni sangat berkesan. Mungkin juga sebab rasanya sedap, jadi aku kerap minum. Hasilnya? Dalam satu hari aku pam 2 kali. Lebih kurang ada peningkatan sebanyak 40%. Hehehe kira banyaklah tu.


Kurma Merah

 Longan Kering




3. Minum Sup
Berbalik pada zaman berpantang dulu, minum sup untuk menambah produksi susu. Jadi sekarang ni kerja aku buat sup ja. Sup sayur, sup ikan, sup fish ball. Yang penting sup la kunun. Cuma yg belum aku cuba amalkan semula sup sayur sawi pahit. Mama aku cakap sawi pahit bagus utk banyakkan air susu.

4. Makan Kacang
Apa kaitan? Aku makan kacang tujuan cuma satu saja. Supaya aku banyak minum air. Makan kacang ni selalu buat aku dahaga. Maka, jumlah air yg diteguk pun haruslah banyak. Pada aku, apa-apa milk booster yg kita cuba amalkan, air lah yg paling penting. Kurang minum air, kuranglah pengeluaran. 

5. Minum Milo dan Holicks
Orang cakap minum milo suam bagus untuk perbanyakkan air susu. Kurang pasti apa yang berkesan. Milonya kah, atau suamnya kah.. Anyway, ianya membantu jugalah. Holicks pun bagus untuk proses memperbanyak sebab ada kandungan malt. Tapi sebab aku kurang berminat minum holicks sebab rasanya yang berlemak berkrim tu, maka hanya pada masa-masa terpilih sajalah. Hehehehe

Bagi aku setakat ni, itu sajalah yang aku amalkan buat masa ni. Hasil pun boleh tahan Alhamdulillah... :)


Jan 2, 2013

Jadual simpanan susu



Assalamualaikum,


Dulu aku langsung tidak  confident mau  simpan susu yang diperah. Rasanya itu salah satu punca kenapa effort aku mau fully breastfeed selalu terbantut.

Kali ni aku ada bantuan. Actually aku tau melambak info dalam google, tapi sebab aku malas mo refer balik-balik dalam net (bak kata pengerusiku.. hahaha).

Memperkenalkan, buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak 0-6 tahun. Aku rasa buku ni baru diperkenalkan. 
 


 Sedikit tebal tapi lebih info dalam penjagaan bayi dan kanak-kanak. Sangat suka!


 
Sangat sangat sangat membantu!


 

Dec 28, 2012

Milk Booster


Assalamualaikum,

After 8 months, finally aku rasa production susu semakin berkurangan. Aku ada at least a month stock dalam freezer and I'm started to panic! Setiap hari, aku cuma mampu menghasilkan 7 - 10 oz. Tidak mencukupi untuk Hakim yang sekarang sudah mula minum 20 - 25 oz hanya di nursery.

So, aku mulakan pencarian di kedai kegemaran Happy Mums. Kalau boleh mau cari milk booster terbaik di pasaran (at least yg ada di kedai tu lah). Lagipun aku ada voucher RM20 yg bakal expired on 31.12.12.

   
Si penjual mencadangkan Nursing Tea Joy Angel. Kononnya ini jenama yg paling laku diorang jual setakat ni. Ada juga kawan-kawan yg suggest utk guna Shaklee. Tapi harganya ya ampun.. mungkin lain kali la kan..

Apa yg aku perasan, Nursing Tea ni baunya macam rempah sup. Tapi bila sudah dibancuh, tidak la terasa sangat rempah sup tu. Lepas baca segala ingredients yg ada pada kotak (beli dulu baru baca.. bijak bijak..), baru aku perasan semua pun rempah sup. At least most of it. Agaknya, kalau aku selalu minum sup.. mungkinkah production susu akan bertambah? Ehmmm.. harus dicuba ni.

Anyway, aku beli satu dengan harga RM38.90. Since ada 10% diskaun dan RM20 voucher, aku beli 2 kotak dan tambah RM50 ja. Lepas ni aku mau try minum sup ja. :)

   

Oct 24, 2012

Happy Mums



Assalamualaikum :)

Finally!! Aku secara rasminya sudah beralih produk daripada manual kepada letrik. Hoooyeaahhh!!

Lepas saja beli, terus pakai. Hohoho...

Ini kira pertama kali berkunjung ke kedai Happy Mums. Kalau dilihat dari luar, rasa macam tidak percaya. Kedainya kecil saja. Silap-silap, produk yg ada cenonet ja.

WRONG! Masuk kedai saja, aku rasa macam kena berbaris. Terlalu banyak barang dan pengunjung. Pekerja? Aku rasa pekerjanya adalah ownernya. Sementara tunggu aku kena layan, mata aku melilau-lilau tengok apa produk yg ada. Tersangatlah banyak. Aku rasa macam kedai ni serba cukup.

Bila turn aku (which tidak sampai pun 5 minit), owner tanya aku cari apa. Bila aku mention breast pump, terus dia tunjuk produk yang ada. Sangat banyak ok. Pelbagai brand. Aku pilih Spectra 3 sebab aku mau cepat. Dia tunjuk macamna mau pasang pam, test ok atau tidak lepas tu siap bagi a few tips pasal breastfeeding. It doesn't matter kalau dia cakap dia tiada anak, aku percaya dengan dia 100% sebab dia nampak sangat yakin dan berpengalaman. 

Aku beli beberapa produk lain sambil-sambil survey milk booster. FYI, produksi susu tidak semeriah dulu. Dulu aku boleh hasilkan 20-25 oz a day masa di ofis. Sekarang, paling-paling pun dalam 10-15 oz a day. Aku kurang pasti adakah ini normal atau tidak, sebab ini kira first time aku cuba simpan stok susu. Dulu, bila mo pakai, baru pam. Terbaekk dari ladang kunun.. hahahaha..

Aku keluar dari Happy Mums.. HAPPY. Bersesuaian dengan nama kedai. Semua yg aku cari ada. Benda yg aku tidak cari pun ada. :)

Aku beli Spectra 3 without the milk booster. Aku mau cuba minum banyak air dan makan kurma (ada orang cakap kurma tu macam milk booster). Sejak aku pakai Spectra 3, produksi susu meningkat sedikit. Nampak sangat la aku malas mengepam pakai manual kan? Hahahaha...

Apa pendapat aku tentang Spectra 3? Lebih baik dari manual (duh!!). Jimat masa, tenaga dan lebih efektif. Berbanding dengan pam jenama lain? I have no say. Sebab aku tidak pernah pakai pam letrik lain. 



 Happy Mums, dekat KK Specialist, Damai KK.
Dengar-dengar sudah buka cawangan di King Fisher, KK



 Kedai comel yg cukup padat. Orang yg di atas tangga atau berhelmet kuning itu tidak termasuk dalam hiasan kedai. :)



 Owner bagi aku Gift Voucher yg aku mo pakai utk beli milk booster (kalau perlu) dan baby lotion.


Macamna dulu aku tidak pernah tau pasal kedai ni. Kedai ni bukan saja jual barang utk breastfeeding, barangan maternity pun dia jual. Including maternity jeans (yg aku cari seluruh pelusuk KK dan akhirnya aku beli di KL). Barangan baby macam cloth diaper pun diorang jual. Aku rasa ada banyak lagi produk. Cuma mau kena rajin pusing. 


Aug 7, 2012

Stok EBM di bulan puasa..


Assalamualaikum :)

Kepada bapak-bapak.. entry ini tiada kaitan dgn bapak ya. Melainkan bapak-bapak rasa bapak-bapak perlu menambah pengetahuan dalam bidang keibuan.. silakan..

Seperti mana entry aku sebelum bersalin hari tu, kali ni aku ada sedikit lebih bersemangat utk bf Hakim. Tidak tau sampai bila, tapi harapannya biarlah lama. Apa2 pun tengoklah rezeki Hakim macam mana.

Dalam tempoh 3 bulan aku cuti bersalin, aku terpaksa beli deep freezer. Tidak cukup muatan utk letak stok EBM Hakim. Ruangan memang tidak cukup. Tup tup bila masuk kerja pula kebetulan minggu kedua ramadhan.

Minggu pertama ramadhan memang tiada masalah. Hasil tenusu adalah seperti biasa. Bila masuk minggu kedua, hasil tenusu ada sedikit merundum. Waduh!! Kenapakah? Since, aku tidak makan sebarang milk booster (mau secara semulajadi kunun, padahal malas mau cari) maka aku kena fikirkan sesuatu.

So, I come up with some solution. Mula2 minum air masak sebanyak mungkin (duh.. mcmlah orang tidak tau). In my case, aku beli mineral water 1 kotak sebab aku minum lebih banyak kalau dalam mineral water (hmm.. I wonder why?). Lepas berbuka, aku minum 1.5 liter air dan 1 liter air semasa sahur. Bagi menambah garam galian (khasiat) dalam produk tenusu, aku minum segelas susu sebelum tidur dan semasa sahur. Kurma, aku cuma sempat makan sebelum berbuka.

Hasilnya? Alhamdulillah. Production berjalan seperti biasa. 


Stok susu dalam freezer. Tiba-tiba aku teringat aku tumpang letak EBM dalam peti ais ofis. Perlu dipindahkan segera. :)