Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Nov 20, 2014

Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Sepatutnya pada saat dan ketika ini, aku sibuk mengetik-ngetik papan kekunci. Motif? DOKUMENTASI.

Masuk minggu ni, 3 minggu sudah aku berbengkel. Termaktub sudah dalam sejarah hidup aku bengkel paling lama aku pernah attend sampai 3 minggu. Kalau lah dalam bucket list aku ada kursus 3 minggu, boleh sudah aku eleminate. Tapi malangnya tiada. 

Kursus apa juga sampai 3 minggu? Minggu pertama, lead auditor untuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Siap ada exam lagi. Sama ada lulus atau tidak.. wallahua'lam. Minggu kedua, buat risk analisis. Patutnya tidak perlu ikut pun sebab mengikut senarai jabatan aku tiada dalam skop. Tapi sebab aku rasa aku perlu belajar untuk keperluan masa akan datang, maka aku dengan sukacitanya datang lah juga. Minggu ke 3, aku kira aku malas mau masuk sebab kali ni pembangunan dokumen. 

Tup tup tiba-tiba aku rasa mau datang tengok apa-apa yang patut. Alih-alih, setelah ditilik-tilik oleh perunding, rupanya jabatan aku masuk dalam skop. Punah harapan, hancur berkecai dan berderai-derai harapan aku mau beristirehat selepas berkursus 2 minggu.

Entah kenapa, semenjak 2 menjak ni aku asyik pegi kursus audit ja. Terus macam expert sudah aku bab mengaudit ni. Penangan kursus 3 minggu..




Apr 5, 2013

Busy


I've been busy.

Who doesn't?


Disamping sibuk mengejar dateline
Dikejar orang-orang tertentu pasal updates
Kursus sana sini
Last sekali.. my boss in on maternity leave. 

Yeay me!!! 



T_______T



Mar 12, 2013

Kursus First Aid



Ya ampun... punyalah merepek busy aku kebelakangan ni... :(

Anyway..

Assalamualaikum :)

Aku rasa sudah berkurun aku cuba ikut kursus first aid. Malangnya, selalu pula aku ada komitmen lain. Sama ada server aku buat hal atau aku kena hantar kursus di mana-mana.

So, kali ni aku berjaya menghadirkan diri. Sangat teruja ok.. :)

Bagi aku, penting bagi orang ramai ikuti kursus ni. Tidak rugi pun. Dalam kes kami. FREE.. 

Punca aku beria-ia sangat ikut kursus ni? Aku ada 2 pengalaman yg menguji ketahanan jantung aku. Pertama, ketika Dyana berumur 8-10 bulan. Umur yg sedang-sedang elok jadi tukang kutip sampah lepas tu dispose di mulut. Pernah sekali Dyana tercekik kulit tarap. I know nothing, and I can't think of anything. Aku tau panik saja. Akhirnya, Dyana termuntah kulit tarap tersebut. 

Kedua, last year masa Haikal 10 tahun. Dia excited buat milo panas, akhirnya air panas tertumpah dan terkena tangan. Of course aku pun tidak tau mau buat apa melainkan telefon bapa dan adik aku minta bawa ke wad emergency. 

That is the thing. Kita tau bawa ke emergency, tapi tidak terfikir pun apa-apa tindakan yg perlu dilakukan untuk mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku. 




 Program


 Untuk kes patah tangan menggunakan botol mineral
(Ehem.. hamba lah yg balut..)


Satu lagi maangsa keadaan yg dipaksa berlakon.
Kali ni menggunakan surat khabar lama..
(Ehem.. aku juga yg balut.. Kekekeke)


 Menggunakan stretcher buatan sendiri. 
Mangsa diminta baring untuk menguji kekuatan stretcher berkenaan.
Sesungguhnya, mangsa ini sangat tidak yakin.. hahaha



 Part ni aku paling suka. Terlalu banyak teknikal. 
Kena letak alat sokongan leher dan sebagainya. 
Lepas tu, kena angkat lagi atas meja. (Kononnya ambulance la..)
Kesian abang Aaron Aziz kami.. malu-malu mioowwww..



 Ini cara balutan. Kami kena suruh buat untuk 3 jenis luka. 
Aku buat pakej. 3 in 1..
Nampak benda yg terpacak elok di pinggang itu?
Itulah keris taming sari.. Hahaha



 Teknik buat CPR. 
Tidaklah complicated sangat. 
Lainlah kalau sudah panik.. :D



 Yang ini pun kami buat. 
Bukan pun kami excited mo buat dekat orang lain..
Just in case ianya satu keperluan.



Ini pula, bagi kes-kes tercekik. 
Pun tidak sepayah mana melainkan panik.


Seperti mana fasilitator kami cakap, macam mana hebat pun training tapi kalau panik tiada guna juga. Apa yang penting, sebelum beri bantuan kena tenangkan diri sendiri dulu baru bantu orang lain.


Dec 28, 2012

Secret Santa


Assalamualaikum,

Tahun ni, kami diberi peluang untuk buat exchange gift di ofis sempena hari krismas. Lepas cabut undi masing-masing bawa haluan untuk beli apa.

Aku asalnya mau beli gift secara solo. Tapi takut pula syok sendiri. Maka harus dapat 2nd opinion. Bila jumpa kawan yg sure bukan kita punya secret santa, maka pencarian pun bermula. Bajet dalam RM10 ke atas dan bukan makanan.

Lepas selesai, semua hadiah perlu diletakkan di bawah pokok krismas dengan menulis nama penerima. 

Turn up, aku dapat hadiah paling besar. Wohohoho.. thanx to my secret santa dan aku sedar, dia mungkin tidak pernah baca pun blog aku. Hahahaha..


 The Christmas tree.. 
Paling aku suka, gift yg ada gambar YB tu.. hahaha


 My gift :)


 I got 2 of them! 
Love it so much! Thank you..



Dec 17, 2012

Bengkel, bengkel dan bengkel


Assalamualaikum :)

Last week, kami sibuk berbengkel. Selasa, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Minus Isnin dan Rabu, tinggal 1 hari ja masa untuk beristirehat. Masuk kerja hari ni, aku asyik berkhayal sampai ke langit. Musykil!

Anyway, salah satu daripada bengkel tu ada ice-breaking. Ada satu game yg aku tidak pernah main. Something to do dengan bus la kunun. Selepas game tu I realized something. I am a control freak. Aku suka merancang. Benda kecil-kecil pun aku rancang. Apa aku mau buat hari ni, apa aku mau masak hari ni, berapa aku mau belanja hari ni dan sebagainya. 



 4 hari bengkel = 3 hotel berlainan
ish ish ish.. boleh tahan


 Makan pun cantik tersusun kan?


Ini cara aku lipat kain. Terima kasih SBPL (sekolah aku dulu), sekarang aku boleh kerja lipat kain iklan sabun cuci.
*Apa kaitan?*



Nov 1, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha


Assalamualaikum :)

Beberapa minggu sebelum raya, adik aku ada tanya kalau aku balik kampung atau tidak. Aku cakap, seperti tahun lepas dan lepas lepas.. tidak. Sebab laki aku sukarela jadi ajk kurban ofis dia. 

Masuk tahun ni, kira 3 tahun aku tidak balik kampung. Orang kampung yg beraya tempat aku.. hahaha

Walaupun aku sudah minta cuti sehari sebelum raya (konon tahun ni mau balik kampung), tup tup laki aku semangat pula jadi ajk korban.. mungkin dia lupa dia ada kampung halaman kut.. :)

Al-malangnya, sehari sebelum raya.. server aku pula minta puji. Toink toink kong la pula. Maka, berkorbanlah aku...

Nasib adik aku datang KK. Kasi tinggal 2 orang anak dengan adik aku, sorang lagi aku angkut. Laki aku join sekali untuk pegang si baby. 

Lelaki kalau jaga anak.. memang begini la rupanya. 

It took me almost 3 days! At the end of the day, I noticed something.. It's official! My server hates me! Dia tidak suka aku cuti dan berehat.. huhuhu

Anyway, it's never too late to wish all of you
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Oct 3, 2012

Back to basic


Assalamualaikum :)






Suatu ketika dulu, aku kononnya kena bagi external hard disk 1 TB. Semata-mata untuk buat backup sistem.

Baru satu kali pakai untuk buat backup... terus kong!

Aparah!! Nama ja 1 Tera.. tapi tidak tera (terer) pun..



Anxiety



Assalamualaikum :)

Disebabkan kesibukan yg melanda diri ini, makin terpinggir la pula si blog. Tapi disebabkan topik nan satu ini, akhirnya aku gagahkan (gagah kunun) jua utk iktibar kita semua. *Kenapa aku ni?*

Ceritanya bermula selepas aku pulang dari bercuti 3 bulan (cuti bersalin). Entah kenapa, sejak dari cuti bersalin hari tu pelbagai rintangan terpaksa aku tempuh. *Serius!! Kenapa aku ni?*

Bermula dari masalah event yg berderet, plus server aku yang toink-toink, plus lagi kereta aku yang minta puji, plus musim puncak kerjaya aku *What??!! Kerjaya?* (aku dilanda kesibukan melampau bila student masuk kuliah), tolak tambah semua sekali memang bulan yg mencabar. Situasi ini dijangka akan berlanjutan sampai hujung tahun ni. Sob sob sob..

Hari tu, bos aku hantar pergi forum Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Disebabkan aku dikategorikan wakil tetap jabatan utk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (kira macam doktor lah kunun), atas rasa tanggungjawab aku pun pergi jugalah walaupun keadaan meja aku sangat mendukacitakan.

Mula-mula sampai tu, sesat. Lepas tu, bila jumpa terawal sampai la pula. Bila awal sampai, terkial-kial cari tempat. Sudahnya aku ikut van katerer saja lah.. Bijakkan aku? :) Kebetulan ada ceramah pasal keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebelum forum. Tajuk yg disentuh pasal stress.

Kononnya stress mengikut graf si penceramah, ada beberapa peringkat. Peringkat yang dikategorikan dalam kadar 'harus pergi kaunseling' adalah anxiety. Anxiety ni kira satu tangga la mo pegi kurang waras. 

Tiba-tiba penceramah tanya, "Siapa diantara kamu, bila naik kapal terbang saja time-time tu juga kamu rasa kapal tu akan jatuh?" 

Tangan ada gatal juga mo angkat, tapi sebab tiada orang angkat maka aku pun follow ja la.

"Itu tanda-tanda anxiety.."

Anxiety tu tanda-tanda stress. Kalau dulu, bila aku stress, aku marah tidak tentu pasal. Benda kecil pun mo marah. Kadang-kadang nangis tidak pasal-pasal. 

Sekarang, aku langsung tiada rasa mo marah. Pelik.. kenapa ah?

Tapi.. ada satu perkara yg membuatkan aku risau. Anxiety..


Insiden 1:
Disebabkan permasalahan kereta yg semakin kuat merajuk tu, laki aku penuh tekad mau menukar kereta. Lagipun family makin besar.. sudah tiba masanya utk upgrade kereta '3 kerusi'. Oleh itu, kelisa harus di let-go terlebih dahulu. Bila ada dealer datang utk tengok kereta, (aku bawa kelisa pegi ofis) apa yg aku gambarkan adalah:

Rupa dealer haruslah berambut panjang dan diikat, berbadan sasa dan bertatu, bersinglet putih berkaca mata hitam. Orang tersebut sudah pasti akan bersandar di kereta aku dengan santai sekali. 

Situasi sebenar : Orangnya kecil molek, berpakaian kemas, berambut pendek dan duduk mencangkung dekat kereta aku.

Pengajaran : Bukan semua dealer rupa macam Mail Lambung! Apa yg aku fikir? Nasib baik aku tidak angkut org ofis kasi teman.


Insiden 2 :
Bila kereta sudah kerap bermasalah, jadi pantang aku dengar bunyi yg pelik-pelik. Terasa time-time tu juga kereta akan buat hal. Walaupun mekanik sudah bagi jaminan. Sudah semestinya, bila dengar sebarang bunyian, aku akan ambil lane paling kiri. Konon standby.. just in case emergency. Adalah kurang menarik utk seorang wanita menolak kereta secara solo dgn berbaju kurung ditemani 3 orang anak di dalam kereta. 

Situasi sebenar : Bunyi-bunyian itu kebanyakannya datang dari radio yg aku pasang atau bunyi lori atau kereta yg berada di depan, belakang atau disebelah.

Pengajaran : Sila jangan pasang radio kuat-kuat dan pastikan semua tingkap tertutup rapat.


Insiden 3 :
Hakim untuk sekian kalinya, kurang tidur dan asyik menangis sepanjang hari. Lagipun kepalanya ada terasa seperti suam-suam (mau panas lah tu). Maka, si mama pun mengajak si bapa bawa Hakim ke klinik.

Situasi sebenar : Panas badan Hakim adalah normal dan doktor tidak dapat pastikan kalau ada masalah lain sebab Hakim tidak menunjukkan sebarang ketidak-selesaan.

Pengajaran : Aku sendiri tidak pasti apa pengajaran kes macam ni. Hehehe


Insiden 4 :
Selalunya bila mau bertolak ke pejabat, si suami akan membantu dalam mengangkut barang kanak-kanak sekali dengan kanak-kanaknya ke kereta dengan sehelai sepinggang. Pesanan yg selalu si suami tinggalkan, 

"Jangan kunci pintu."

Entah kenapa, aku yg bijak pandai ni terfikir pula aku 'terkunci' pintu berkenaan, sedangkan aku sudah bergerak manakala si suami masih belum masuk rumah. Penat aku call, of course la aku fikir kalau dia tidak angkat ertinya di terkunci dari luar. Akhirnya, aku pusing semula ke rumah meredah kesesakan lalu lintas utk memastikan keadaan sebenar.

Situasi sebenar : Si suami sudah masuk rumah dan tertidur menyebabkan dia tidak dengar bunyi telefon.

Pengajaran : Stress sangatkah aku ni?


Image from google



Sep 13, 2012

Majlis Rumah Terbuka 2012


Assalamualaikum :)

Burp!! Alhamdulillah.. :)

Baru balik dari sambutan hari raya universiti. Ini kira last event aku terlibat dalam minggu ni dan hopefully di masa-masa akan datang.. Aminnn. Untuk rekod, sudah 2 minggu aku tidak duduk di cubicle aku lebih dari 1 jam. Maka kasihanlah orang-orang yg bertempiaran mencari aku atas urusan pejabat. Lepas ni, I'm available.. hehehe.

Last year, aku jadi Eric Leong Wannabe ja. Tahun ni, semua pun aku sapu. Dari tukang buat kuih, sampai la ke tukang bagi duit. *Pergh!! Bagi duit kunun... banyak duit kau!*


 Tajuk Utama


 Ours.. Jangan ditanya apakah tema kami.. sampai berbuih-buih mulut org explain, masih lagi aku tidak paham. Toink toink juga rupanya aku ni.. uhuk uhuk uhuk


Meh kita tengok saingan pertandingan gerai terbaik. 
 

Yang pelik..


Yang berkarektor..
 

Yang formal..


 Yang rambo..


 Yang Padang pasir..


Yang comel.. :)


Yang janggal.. :|  tapi unik.. *penyedap ayat*


 dan yang kelakar.. hahaha


Hasil tangkapan. Actually aku ada ambil nasi beriyani. Tidak sempat gambar, terus ngap.



Mar 27, 2012

Family Day 2012






Assalamualaikum :)

Last sunday (25.03.2012), jabatan kami buat Family Day. Aku bukanlah peminat acara yg berlangsung hari ahad memandangkan itu aku isytiharkan hari rehat sebelum bekerja keesokkan harinya. But who cares kan? Daripada langsung tiada.

Since kali ni, Family Day diselaras oleh jagoan2 baru ofis (yg sudah pasti jadi kambing hitam sebab baru) ada juga di kalangan senior yg menawarkan diri untuk memberi bantuan dan buah fikiran. Hahahaha, buah fikiran kunun. Idea banyak tapi mau buat malas. Dasar *tuut* betul!

Bila tiba hari yang sepatutnya, kami datang membawa keluarga masing2. Sungguhpun aku perasan jadi perasmi sebab datang lambat, still aku rasa tidak bersalah sebab ramai lagi yg lambat datang rupanya. Sudahlah lambat, tiba2 aku ditegur warna kumpulan apa. Hohoho, langsung tidak tau rupanya warna pasukan adalah merah dan semua peserta kena pakai pakaian yg melambangkan pasukan diwakili. Aku pakai biru walaupun kumpulan merah. Paling best, laki aku pun pakai biru. Anak2 langsung tidak tersenarai dalam jadual pasukan. Kuning dan pink. Apa kena la dengan mama kamu ni. Baca email pun boleh terskip part color pasukan. Ish ish ish..

Untuk kali ni, Family Day dibuat di Karambunai Lagoon Park. Tempat ni sangat sesuai untuk buat Family Day. Langsung tidak perlu fikir pasal anak. Bentang tikar dekat playground, biar diorang main sendiri2. Ibubapa cuma perlu ambil makanan (tapi syg budak2 langsung tidak minat mo makan) dan lepaskan mereka pergi. Run Joey run!!

Acara dimulakan dengan sukaneka utk kanak2. Awal2 aku sudah pesan dgn Haikal, ikut saja apa acara yg ada. Kalau kalah pun tidak apa. Tiada hadiah juga kunun. Seperti biasa, Haikal ikut almost semua acara kecuali musical chair. Untuk makluman, langsung tiada sebarang kemenangan. Nasib Haikal pun macam tidak kisah.

Paling bangga dengan Dyana. Walaupun selalunya malu2 dan asyik berkepit dengan si mama, kali ni sibuk juga dia ikut sukaneka. Mungkin dia nampak abang dia bersukaneka, dia pun mau juga join sekali walaupun di luar garisan.

Bila part sukaneka orang dewasa, aku la yg paling semangat. Aku pun kurang pasti kenapa aku perlu sibuk2. Mungkin sebab team kami tidak cukup orang, ditambah lagi ketua dan penolong tidak dapat menghadirkan diri. All and all daripada 5 acara, sempat juga aku ikut 2 acara. Jangan risau, tiada yang melibatkan lari pecut atau lompat2. Setakat lari sikit2 dan baling2 saja pun. Walaupun ada ketikanya aku terlompat (bukan melompat suka2, tapi terlompat kesukaan) kalau team kami menang, tapi yang penting si ibu dan si anak berada dalam keadaan baik :).

Paling bangga tengok pasangan rakan sekerja yg nampak begitu sporting bila minta diorang terlibat (sebab tidak cukup orang). Kesian diorang, mesti tidak expect pun diorg mo kena buat 'persembahan'.. kekekeke.

Apapun, keputusannya Team Merah dapat tempat ke-2. Sungguhpun kami dilanda masalah kehilangan peserta, at least kami bukan paling last. Kira ok apa!!

Aku sedang tunggu gambar2 diupload dlm facebook. Tapi nampaknya semua jurugambar bertugas pun sibuk minggu ni. Nanti2lah aku update. Untuk makluman aku malas ambil gambar pakai handphone aku sebab aku sibuk jadi tukang sorak berkaliber.



PICTURE UPDATE


Picture taken by officemate Linda
Kelihatan Haikal dan Dyana di sebelah kanan gambar sambil Dyana disorong2 oleh AJK sebab terlalu lidut. kekeke


Picture taken by officemate Jun.
Kelihatan Dyana sedang tekun berbaris utk ambil goodies atau mungkin dia mo ambil acara bola pula. :)


Picture taken by officemate Nura's Camera.
Macam pelik bila tengok aku pakai baju biru, tapi main utk pasukan merah. Ish ish ish, mo kena buang kumpulan kali aku ni..


Picture taken by officemate Jun.
I'm not kiddin' when I said kami mempunyai semangat kesukanan yg tinggi..


Picture taken by officemate Nura's camera.
Acara kemuncak. Tarik tali dgn penuh perasaan.. :)



Feb 13, 2012

Penat

Assalamualaikum :)

Masuk kerja hari ni macam kurang semangat. 2 hari lepas sibuk aku ber'OT' mcm orang bujang. Hujung2 minggu orang rehat santai, aku bekerja gigih kunun. Apa la yg aku buat? Cuba menyiapkan kerja2 sepantas kilat.

Maklumlah, due beranak dijangka awal Mei. Lepas tu cuti 3 bulan. 3 bulan tu klu datang kerja, macam2 aku boleh buat. Habis, takkan la aku mo tulis dalam SKT projek tahun ni beranak kan? At least ada la beberapa projek yg dpt diselesaikan dlm tempoh setengah tahun.

Kira ok juga la kerja hujung minggu ni. Kurang gangguan2 antarabangsa. Fokus semacam sja. Yang kurang bestnya, keadaan rumah jadi tunggang langgang. Haish...


Feb 7, 2012

Rearrange




Assalamualaikum :)

After a while *about a month after new year*, my work station look like this!





Apakah yg telah berlaku??

Aku perlu susun atur semula jadual dan work station aku.

Clearly, it's not helping dalam meningkatkan produktiviti kerja.
Not helping AT ALL.

And it's FEBRUARY.
Definitely NOT a good sign.


Dec 30, 2011

SBPA



Assalamualaikum :)

Kalau ikutkan, macam mau termuntah sudah aku dengar isu SBPA ni. Tapi jangan risau, aku tidak cerita detail pasal pekeliling ka apa. Setakat berkongsi pandangan sajalah.

Beberapa hari yg lalu, sungguhpun aku beria2 mau tunggu 30hb Disember baru mau sain borang penerimaan opsyen, akhirnya mengalah juga aku sain awal beberapa hari. Ini pun selepas aku terlepas pandang, rupa2nya bos aku pun kena sain ni borang. Ces!! Kalau aku bos bolehlah sain 30hb. Kalau setakat kuli, nda payah la angan2.. hehehe..

Sebab borang tu pakej sekali dengan pemilihan umur bersara, aku dengan riak dan takaburnya terus tick 55 thn. Mau pencen awal sebab takut otak aku tidak boleh terima sudah sebarang pembaharuan teknologi terkini. Little that I know, rupanya umur bersara wajib bagi lantikan 2008 adalah 58 tahun. Nah!! Hambik mu!! Tu la natijahnya tidak baca agreement dgn teliti. Main sain seja. Kau ingat itu borang apa? Borang pindah harta? Lepas tu, salahkan borang lagi kunun tidak letak ayat kenyataan tu di atas2 sikit. Kalau sudah malas tu kan.. malas la bah juga namanya.. hehehe

Sekarang sedang sibuk buat SKT. Mulalah terkial2 mau cari apa yg perlu dimasukkan dalam SKT. Aku rasa disebabkan SBPA ni, kena harus lebih proaktif la kan? Silap haribulan baru setengah tahun sudah tercapai. Siap pergi bilik bos lagi mo pinta projek. Mo kasi penuh SKT kunun.

Tapi jangan salah paham, minta projek/kerja tidak sama dengan projek mengipas. Bagi aku projek mengipas ni, macam melakukan kerja2 di luar bidang kerja untuk mengambil hati bos. Bos sampai saja, terus angkat baldi, gayung dan span. Mo cuci kereta bos kunun. Time lunch hour siap tepuk2 kerusi lagi (mo kasi empuk) utk di offer sama bos. Bos call saja, sudah terpacak depan bos sambil tabik sedia berkhidmat. Bagi aku, itu projek mengipas yg sebenar.

Apapun, kita redha ja lah. Eh! Silap.. pasrah ja lah (refer movie Ombak Rindu). Yang mana baik tu kita ikutkan saja. Tak gitu?


Dec 28, 2011

Projek Ofis

Assalamualaikum :)

Ini kira entri terbengkalai aku yg terakhir (harap2 lah). Memandangkan kita sudah sampai ke penghujung tahun, maka sudah menjadi adat istiadat sebarang peruntukan yg ada haruslah dihabiskan secepat mungkin. Maka, bermulalah kerja2 menghias ofis. Sejak kebelakangan ni, bos aku sibuk betul suruh kami hias ofis. Aku pun tidak tau kenapa.

Walaupun sibuk, dikala buntu (tiada idea) aku pun cuba la menggubah bunga yg telah di'nyah'kan dari ofis bos atas sebab sudah hilang seri. Lepas saja siap, semua org yg datang ke cubicle aku sibuk pula tanya kalau2 aku keluar bajet sendiri utk hias cubicle aku yg macam kedai bunga ni. Mintak mahap lah yer!! Aku tukang gubah saja. Susun aturnya, orang lain yg buat.

Sebab makin ghairah pula orang bertanya dari sehari ke sehari, akhirnya aku mengalah juga. Habis semua orang aku call minta tulung angkat sofa dan meja. Terima kasihlah kepada adik2 yg prihatin sekalian. Jasamu akan ku kenang! :)

Lepas susun atur, baru aku letak bunga2an. Rasanya, cukuplah dulu utk projek menghias ofis tahun 2011. Tahun depan klu ada peruntukan, baru start balik. Ini pun ada beberapa perhiasan dinding yg belum dinaikkan. Takut mau drill lubang geng! Nda pasal2 kena suruh tampal balik kalau salah drill.


Kesian ni bunga.. sanggup aku pegi beli bunga kuning semata2 mo kasi naik seri bunga yg memang tidak 'ramai' ni..


Ini pun kesian. Aku tambah la bunga putih pink tu sekali sama daunnya. Still aku rasa bunga ni masih 'sakit'. Mo beli pasu baru kali kan? Hehehe


Itu dia! Aku curi ambil gambar dari bilik bos. Matching la pula dgn dinding. Sungguh tidak disangka.


Susun atur lobi bawah. Siap ada air terjun mini lagi kau!!


Lobi atas. Macam masih kurang seri lagi. Mungkin bunga tidak cukup.. Next time lah!



Dec 21, 2011

Gubahan Bunga

Assalamualaikum :)

Beberapa bulan yg lalu, aku diseru oleh si bos (big bos). Sampai bilik bos, perkara pertama yg ditimbulkan adalah isu perhiasan dalam bilik dia.

Bos : Rina, bilik saya ni macam mati segan hidup tidak mau sudah. Bunga pun sudah berapa tahun tidak ditukar. Nampak buruk sudah..

Ok. 2 tahun lalu, aku dipertanggungjawabkan utk membuat perhiasan bilik bos. Memanglah nampak sedih. Bajet yg ada pun sedih. Bunga tu siap mengadap dinding lagi. Malu kali (atau bos aku tidak pandai letak?).

So, kali ni bajet besar sikit. Bos tengah semangat mau hias bangunan kami yg macam bangunan tinggal ni. Langkah pertama, beli bunga2an dan perhiasan dinding. Esok, mo kena susun atur sofa pula.

Ingatkan mau beli bunga yg siap digubah. Iyalah kan, kurang keyakinan. Rupanya, kedai tu tiada buat gubahan. Maka, memandailah kami membeli apa2 yg patut. Last2 aku juga yg kena suruh pilih bunga.

Sebab aku pernah pasang angan2 mau jadi Eric Leong, laju ja aku ambil pasu dan bunga yg sepatutnya. Cantik atau tidak belakang kira.


Inilah hasil tangan aku 2 tahun lalu.
Jangan kau bersedih wahai bunga.. akan ku ceriakan hidupmu dgn rakan2 baru nanti.. kekeke.



Gubahan baru bilik bos.
Simple but elegant.. kunun.


Gubahan kedua untuk lobi.
Asal2 saja..


Gubahan ketiga untuk lobi.
Abis idea suda..



Bagi orang yg tiada sekutum bunga pun di rumah, kira ok lah ni. Yang penting dalam hati ada taman... (macam biasa ku dengar ayat ni. Kekeke)


Oct 25, 2011

Reward



Assalamualaikum :)


Actually ceritanya tidaklah se'gah' tajuknya. Tapi saja mau sharing. Minggu ni aku rasa macam dapat reward. Datang kerja 2 hari, dapat 1 hari cuti. Datang kerja lagi 2 hari, dapat another 2 days cuti. Hohoho maka semangat kerja perlulah lebih kan?

Dalam bidang kerja yang aku ceburi (aiseh ceburi kunun), ada masanya kau akan rasa macam sedang bersantai lap lap yu. Relaks dan sudah tentu tiada tekanan. Dalam tempoh ni, production akan lebih lidut dan sayup2 kelihatan.

Ada masanya, aku rasa 2 tangan pun tidak cukup. Bernafas pun macam buang masa. Ini kan pula pegi tandas. Masa ni stress level memang di tahap yang sangat membimbangkan. Maka, bertempiaran lah orang2 awam mencari perlindungan dari menjadi punching bag (atau lebih tepat jadi bahan kemarahan). Malah, orang bercerita2 kosong pun rasa macam kita mo baling almari.

Bagi aku, time2 macamni hanya timbul 2 kali dalam setahun. Pertengahan tahun (pendaftaran pelajar) dan akhir tahun (konvokesyen + SKT + audit + Laporan). Tahun ni, aku dapat status pencen dari menjaga kaunter pertanyaan konvokesyen. Alasan? Sebab sudah banyak bunga (staf baru) yg sedang berkembang sudi (mungkin juga terpaksa) menggantikan para pemencen2 ini. Kali ni aku cuma kerja belakang tabir (more like sipi sipi tabir ja).

Audit pula, aku sedang menantikan perkabaran gembira awal tahun depan. Belum confirm jadi aku malas mau cerita. Untuk sementara waktu, sabar ja la. Sekarang ni sedang standby untuk di audit.

SKT macam biasa. Hujung tahun la masanya kita akan dikejar oleh pihak2 tertentu demi menagih sistem yg bertaraf "sedang dibangunkan". Tapi bila mau pegang source code, macam laporan pula kena minta. SKT orang tercapai (thanks to our report), SKT sendiri terkapar2 mo kasi siap. Kadang2 aku terfikir, may be (just may be) is it ok to be selfish sometimes?


Sep 29, 2011

Open House Universiti


Assalamualaikum :)

Ewah2.. lama betul aku tidak menghapdate. Kalau telur, boleh jadi anak ayam sudah ni. Bukan tiada idea mo post entry apa, masa tu memang jeles kaw2 betul dengan aku.

Anyway, aku recap dulu beberapa peristiwa 'Hari ini dalam sejarah" sebelum aku masuk topik utama hari ni. Mula2 sekali, bagi menyahut seruan seorang makhluk tuhan yang perasan seksi, kami (geng2 bas sekolah) sebulat hati mo buat open house tahun ni. Kiranya bergilir-gilir la. 8 tahun aku hidup di KK ni, tidak pernah sekalipun aku terniat mau buat open house. Bukan tidak sudi menjemput. Cuma kurang konpiden saja mau masak. Maklumlah hidup di perantauan. Maka dengan itu, aku dengan besar hatinya cuma menjemput geng2 bas sekolah ke open houseku yg tidak berapa mau open tu. Tiba-tiba, ada pula geng-geng sekolah dulu mau datang beraya. Makanya, aku suruh ja diorang datang masa open house. Takut kuciwa pula diorang tiada makanan. Adik aku pun ikut serta jemput beberapa kawan-kawan dia. Bab menu, mula-mula aku niat mo masak mee goreng + ayam goreng + sosej + nuget ja. Tapi nampak terlampau malas la pula. Last2 aku, aku masak coto makasar (my first attempt okay!), nasi, ayam goreng, sayur campur, kari daging dan kuih jala (mo praktis kunun). Harap maaf, tiada sebarang gambar diambil memandangkan aku memasak secara solo di dapurku yg serba kekurangan itu. Mula-mula coto makasar tu, aku niat mau google. Sekalinya semua resepi dalam bahasa indonesia. Walaupun sebahagian bahan tu aku tau, tapi disebabkan kekangan bahasa dan masa, maka terpaksa la aku merefer dengan pelampung aku (my mom). Nasib baik menjadi walaupun sukatannya main suka hati saja. All and all kira ok jugalah. Cuma kari daging tu terlalu pedas la pula. Nota untuk diri sendiri, Alagapas tu pedas rupanya :). Selebihnya kira spot on. Tiada sebarang pembaziran berlaku di sini.

Next, pegi open house Malai (inilah makhluk tuhan perasan seksi tu). Very like rumah baru dia. Macam tenteram yg teramat. Mungkin sebab jauh dari bandar. Tiada pencemaran bunyi, udara maupun pandangan. Paling best banyak kuih muih. Pulun habis.

Next agenda, agenda yang membuatkan aku rasa kepenatan sampai sekarang. Open house universiti. Setiap jabatan kena buat gerai sendiri. Asalnya aku kena panggil meeting pun sebab aku terkebetulan terkeluar dari tandas masa diorang perbincangan. Bincang punya bincang, tugas aku cuma beli paper plate. Ewah!! Lebar betul senyuman aku masa tu. Kira ok apa beli paper plate. 5 minit kemudian, aku jadi tukang beli pinggan VIP (harus yg kaca) dan tukang beli kain. Sebab sudah beli kain, secara automatik jadi AJK decoration. Nama pun decoration, persembahan makanan pun aku kena sapu. Menu utama kami sate ayam, daging dan mbek-mbek.

Tugasan pertama adalah bershopping. Sesetengah orang, memang suka bershopping. Entah kenapa shopping kali ni sangat tidak menyeronokkan. Kami bertiga (wanita semua) ke hulu ke hilir cari barang. Penatnya ya ampun!! Next year, aku sanggup jadi tukang makan saja. Tidak kisahlah apa orang cakap. The next day kena decorate khemah. Sungguhpun kami sudah plan idea2 yg berkenaan, macam tidak menjadi la pula. Last2, masing2 sumbang idea. Boleh tahan la juga. Tema khemah kami, tema "tidak harap mau menang pun..". Kami menjalankan tugas dengan dedikasi dan semangat sekali. Kami sampai ke khemah dalam jam 3.30 pm. Tapi tapak pun kami tidak tau di mana. Selepas di tendang ke sana ke sini, ehsan dari Leyana yang nampak sudah mula berputus asa, akhirnya dia membuat panggilan khas. Akhirnya, bos turun padang. Maka dapatlah kami tapak muktamat hasil perbincangan bos dengan pegawai yg mula2 malas mau layan kami. Kami bertahan sampai jam 8.40 pm.

The next morning, 30 syawal (28 September 2011) tibalah acara yang dinanti2. Sebab kami penat buat decoration, awal2 lagi aku sudah buat muka official aku. Muka Tapai. Langsung tiada mood. Mungkin sebab batuk dan selsema. Beraya juga ke gerai orang lain, tapi tidak semua. Kami sudah kekenyangan makan sate.


Aiiyaa.. gambar tala talang woo.. Anyway some of our deco team.


Ini dia pujangga2 kesepian di Jabatan kami. Sungguhpun ramai lelaki, entah kenapa sama ada memang tiada atau diorang tidak mengaku diorang ada bakat 'Handy Manny'.


Orang kuat deco.


Lihatlah dunia!! Inilah hasil gerai kami yang tidak harap mo menang.


Jemputan VIP. Pegawai-pegawai utama berserta Datuk NC. Paling best tengok Datuk NC share pinggan dengan wife makan sate :). Perhatikan di belakang VIP. Sangat ramai manusia menunggu hidangan sate dari kami.


Ini la kunun persembahan hidangan ala2 Masterchef kami. Kira abis lawa sudah ni. Lepas VIP sampai terus lesap itu hidangan. Picture taken by Nura.


Sekali tengok persembahan hidangan dari gerai ni.. Punah segala harapan. Hidangan ini dikawal rapi oleh 2 wanita. Cuma boleh ambil gambar saja. Bukan untuk dipetik apatah lagi untuk di makan.



Ini khemah paling unik antara semua. Mungkin sebab aku rasa macam beraya di kawasan perang la pula. Paling best, sebab rupanya macam tu tidak begitu ramai yang menyerbu. Takut kena suruh pumping kali. Hehehe..


Ini dia mandur2 deco. Tau makan saja. Hohoho.. Picture taken by Nura.