Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Sep 4, 2012

Coffee Bean


Assalamualaikum :)

Aku kalau bab kopi ni, tetap jugalah kopi tenom yg paling menang. Namun demikian ini bukan cerita pasal kopi tenom. Ini cerita Coffee Bean.

Suatu masa dulu, bagi aku Coffee Bean ni kira satu-satunya tempat yg aku mmg tidak mo pergi setakat utk borak-borak kosong. Kalau kena belanja, lain cerita la kan?

Bagi aku satu pembaziran bayar mahal-mahal setakat minum secawan kopi. Entah sedap entah tidak aku tidak berani mo cakap la. Anyway, somehow one day si hubby berjaya mendapat discount coupons sempena hari kemerdekaan. 4 kupon semuanya.

Since ianya kupon discount for 55% (banyak tu..) maka aku berkira-kira mo try la minum kopi yg ada di coffee bean.

Seperti biasa, laki aku yg pemalu itu sanggup menjaga anak yg pelbagai ragam di dalam kereta dan meminta aku tapau ja apa-apa yg patut. 

Sampai di kaunter, aku main order suka hati ja. Sebab ada 4 kupon, aku pun order 4 jenis.

Coffee Latte
Double Chocolate
Mocha Chocolate (entah betul ka tidak nama ni..)
Americano *something (to many names on the menu, baca pun aku mabuk sudah)

Sekali bayar, RM24 plus aku bagi semua kupon. Sekali si cashier cakap 1 kupon ja pakai. Lagi 3 boleh ambil balik. Paling best kupon tu hanya sah digunakan pada 31 Ogos 2012. Masa aku 'melawat' coffee bean tu sudah pukul 7.00 mlm. Mau tidak mau, terpaksa call org-org yg tinggal di kawasan berhampiran kalau diorang mau tu kupon. Diorang pakai ka tidak, wallahu'alam..

Lepas tasting process, bolehlah disimpulkan..

Apa-apa yg ada chocolate terasa sangat sedap. Manakala, yg lain-lain tu terasa sangat pahit dan tawar (atau aku lupa ambil gula?). Tapi aku letak gula di rumah, masih juga tawar dan pahit. Kenapakah? Tidak lut kali pakai gula murah kan? Hahaha

 
Ewah.. glamor sekejap nama aku sana.. kih kih kih..


Apr 16, 2012

Happy 34th Birthday Hubs!

Assalamualaikum :)

Lagi entry tertangguh. Last week celebrate birthday hubby. Kononnya, bersemangat mo buat santapan 'istimewa'. Tapi apa boleh buat, kebetulan pula hari bekerja. Maka, terpaksa lupakan niat untuk murni aku.

Entah kenapa, disebabkan Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agung 11 hb April 2012 diisytiharkan cuti umum. Daripada buat kilang taik mata di rumah, maka aku plan bawa hubby makan luar. Kununnya, sempena birthdaynya yg berlangsung keesokkan hari. Plan asal mo bawa makan Kenny Rogers tapi amatlah kurang rasional bila memikirkan aku yg sebenarnya mo makan Kenny Rogers dan bukannya orang yg dirai. Last2, aku minta pendapat Haikal. Selamba ja, dia cakap mo bawa makan di Kedai Mamak Salim. Apa kelas ko nak, sambut birthday di sana? Hampir tiap minggu makan sana.. Hahahaha

Finally, hubby pilih makan di Pizza sebab dia malas keluar jauh2 plus mo mkn tempat sejuk2 saja. Well, bolehlah daripada Kedai Mamak Salim kan?

The next day, awal pagi aku sudah wish Happy Birthday. Kembang semangkuk si kawan. Kekeke.. Malam, aku puaskan hati Haikal dgn makan di kedai kesayangannya di Salim. Balik dari Salim terus ajak laki beli kek. Rasa macam tidak best pula sambut birthday tanpa kek. Pasang lilin, nyanyian koir dari Haikal dan Dyana dan akhirnya lilin ditiup dan kek dipotong oleh Dyana. Si bapa tukang tepuk tangan... hooraaaayyyy!

Happy Birthday Babah!


Aku tau.. sepatutnya kena letak gambar orang yg dirai.
Entah kenapa gambar anaknya saja yg aku ada. Tengah semangat lagi tu.. :)



Mar 5, 2012

Dari jauh



Assalamualaikum :)

Last week, kira minggu bersejarah. Ditinggalkan oleh geng-geng bas sekolah yang sibuk berkursus di KL, aku akhirnya join geng-geng lain. I called it geng Express. Kenapa namanya geng Express? Sebab 3 hari berturut-turut aku menemankan mereka bershopping tudung ekspress. Apa yang aku dapat? Tiada sehelai tudung pun. Hahaha mungkin bukan musim beli tudung bagi aku. Aku punya musim bila mau dekat raya nanti.

Sepanjang seminggu tu, aku asyik terfikir-fikir mo kirim apa dengan geng-geng yang dalam mode dendang perantau ni. Barang yang dikirim harus tahan lama, murah dan mudah untuk dibawa pulang. Last-last aku terfikir mau kirim coklat Dove. Itupun lepas sepupu aku post dalam blog dia.

Memandangkan coklat ni tidak wujud di Sabah nan indah buat masa ni, maka aku rasa kira pilihan yang tepat la apa yg aku kirim ni. Aku pun tidak tau sedap atau tidak. Tapi sebab nampak begitu fofular, plus lagi tidak pernah cuba.. terus ja aku kirim.

Memandangkan aku sedang berpantang, saiz coklat yang dibeli harus lebih kecil dan comel. Dengan harapan setiap kali aku terfikir mau kasi habis, aku kena fikir juga lepas ni susah sudah mau cari.




Didatangkan khas dari KL.. macam bangga pun ada. :)
Rasanya cukup ka untuk stok sampai bersalin? *Itupun kalau tidak kena kebas si Dyana*


Jan 16, 2012

It's all about YOYO!


Assalamualaikum :)

Sekarang ni, jadi kerja laki aku pula menemankan aku setiap hujung minggu ke Tamu Putatan untuk membeli buah cempedak di luar pagar serta rakan sebuahnya si tarap dan si rambutan. Ish ish ish...

Tapi dalam 2 minggu ni, destinasi bertambah lagi. Kali ni, mesti mau pegi YOYO. Ayoyo!! pantang nampak org pegang yoyo terus rasa mo minum.

Bagi yg tidak mengenali yoyo (bkn yoyo permainan), memang rugilah. Mau explain pun aku inda pandai.. hehehe. Aku tunjuk gambar ja lah..



Dulu yg introduce benda alah ni sama aku, orang semenanjung. Bukan org Sabah tapi semenanjung. Macam juga, org yg naik Gunung Kinabalu sampai 2-3 kali, org semenanjung. Aku? Well, takkan lari gunung dikejar kan? Tapi kalau tidak naik sama juga tidak sampai.. Last2 aku naik jugalah. Jangan kempunan.

Apa cerita yoyo sama gunung kinabalu? Tiada kaitan. Paling2 pun kedua2nya aku cuma jumpa di Sabah ja. Walaupun sudah setimbunan minuman jenis mcm ni aku jumpa, still aku rasa YOYO adalah yg terbaik! Macam juga Gunung Kinabalu. Aii!!?? Patriotik nampak.. hahahaha.



Fishing Trip


Assalamualaikum :)

Jangan risau, tiada maknanya aku mau pegi memancing dalam keadaan sekarang ni. Bila hormon tidak stabil, kesabaran tu agak kureng sikit.

Suatu ketika dulu (ewah!), beberapa org rakan sebaya (kwn masa di asrama dulu) mengajak laki aku pegi memancing. Masa tu, aku buat2 cool saja la. Tidak terfikir pun laki aku berminat mau pegi. Maklumlah, mengikut pantang larang org kedayan (my hubby pure kedayan you know!), bila si isteri mengandung si suami adalah tidak dibenarkan utk pergi memancing kerana dikhuatiri hilang di lautan. Well, not applicable kepada para nelayan (takkan la diorg duduk lepak selama 9 bln makan batu cicah pasir kan?).

Sungguhpun laki aku bkn nelayan atau yg sewaktu dgnnya (sejak dia keluar memancing 8 thn lalu, aku blum pernah rasa ikan hasil tangkapan dia), memandangkan dia jarang memancing di laut dalam agak pelik la pula kalau dia hilang di lautan kan? Hilang di tebingan tu mungkin la.. :)

Sehinggalah dia dapat panggilan dari geng asrama hari sabtu yg lalu utk keluar memancing pukul 7.00 mlm. Dalam tempoh 24 jam, jam 7.00 pm juga la diorang pilih. Agaknya ikan2 ni ada waktu makan kali kan? Pergilah laki aku memancing sambil meninggalkan pesan.. "Kejap ja ni. Klu teda ikan, silap2 jam 10 atau 11 pm balik suda kami".

Asalnya, aku akun juga la. Apa mau takut, jiran2 aku semua org2 kecemasan. Doktor ada, ahli bomba ada, nurse ada.. cuma pemandu ambulans ja belum ada. All and all, kira boleh diharap la juga. Bila aku terbangun jam 3.00 am tapi laki aku belum pulang dari trip memancing.. aku sudah mula rasa risau. Rupanya2 dia ada sms bagitau diorg tukar port memancing dari Tuaran ke Papar. Apa?!!!! Diorang tiada kerja ka apa?!!

Malas mau peduli, aku sambung tidur. Bangun pagi sampai tengah hari si suami belum timbul2. Aku mula sudah berkira2 mau kosongkan peti ais. Manalah tau, klu hasil tangkapan mencapai 30 kilo manalah muat kan? Selepas hampir 18 jam menunggu (beginilah rupanya perasaan bini nelayan kan? Risau keselamatan, risau ada rezeki ka tiada.. dalam kes aku, bab rezeki tu aku sudah berhenti berharap long time ago), akhirnya pulang juga laki aku.

Bila aku tanya berapa kilo ikan dapat? Dia hanya tersengih2. 9 tahun aku kawin dgn dia, itu bermaksud "Tiada rezeki". Mengikut ceritanya, dia cakap dia dapat 2 ekor ikan. Tapi terlepas.. Dulu pun dia cakap macam tu juga. Walaupun tiada bukti, kita percaya sajalah.. Hehehe. Dalam hati kita, hanya tuhan yg tau.

Bagi menebus segala kerisauan aku, laki aku ajak keluar cari makan. Konon dia belanja. Aku terus pilih Pizza. Ada satu menu menarik perhatian aku. Aku pun kurang pasti berapa lama suda menu tu bertapa di sana, tapi kali ni baru aku terperasan. Cheesy Char Grilled Chicken Baked Rice.. Punya la sedap!! Si Haikal yg mulanya jual mahal, licin juga la mangkuk..


Next time aku berkunjung ke sini, definitely aku akan order yg ini.. :D

Dec 21, 2011

Majlis BBQ


Assalamualaikum :)

Kalau ada orang tanya apa kebaikan sekolah asrama, aku mmg excited mo jawab. Selain daripada makanan (makan saja aku tau!), sudah semestinyalah kawan2. Mgkn sebab aku termasuk dalam kelompok org yg bertuah, kawan2 aku masa asrama dulu sampai beranak pinak ni masih suka lepak ramai2. Bezanya, dulu suka menyemakkan pemandangan di kedai mamak atau kedai minum yg buka 24 jam. Oleh sebab aku ada perintah berkurung, mesti balik sebelum jam 8.00 mlm, maka aku antara calon terawal yg disingkirkan. Sekarang, mentang2lah sudah ada rumah sendiri, siapa yg rumah besar sikit sure akan jadi korban utk jadi 'tuan rumah majlis'.

Bab berkumpul sambil melepak ni memang seronok. Tambah lagi laki aku termasuk dlm kelompok geng lepak (beruntung betul kawin dgn kawan sekolah kan? :D). Maka, isu segan memang tidak timbul langsung. Tapi.... Yep! Ada tapinya. Agak kurang seronok kalau aku satu2 perempuan tunggal dlm kelompok tersebut. Kalau cerita budak lelaki vs budak perempuan, naik ampus (semput) juga aku mau mempertahankan kawan2 perempuan aku. Dalam erti kata lain, aku rasa tidak seronok sebab aku selalu kalah.

Perhimpunan agung kami selalunya dibuat bersempena Hari Raya atau Tahun Baru. Sambil buat2 BBQ, borak2 cerita klasik kena denda atau pun escape masa asrama dulu di samping merancang percutian secara konvoi yg selalunya jarang menjadi (kalau jadi pun tidak cukup korum). Tapi... Yep! Ada tapi lagi. Baru2 ni, kami mendapat jemputan utk buat BBQ. Angin tiada ribut tiada, alih2 ada BBQ. Rupanya ada geng lama datang dari KL.


Kalau tanya aku, mmg sangat excited! Last aku jumpa diorang (laki dia kawan laki aku, bini dia classmate aku) masa diorang kawin dulu. Yeay!! Last2 ada jugalah geng perempuan..


Menu kami. Tapi itu sotong langsung aku tidak merasa. Abis sebelum sampai ke meja..



Inilah dia Masterchef pertaruhan kami. Kalau setakat bakar ayam, siap senyum senget si kawan.



Kerja gotong-royong yg membawa berkat. Aku dgn laki aku dtg lambat.. takut kena suruh overtime..



Acara bermula sebaik saja kami sampai. Aku pun pelik kenapa tiada paluan kompang yg mengiringi ketibaan kami.. tidak cukup bajet kali mo jemput pasukan kompang.



Perasan sesuatu? Sungguhpun aku cakap ada geng perempuan (Lily), tetap juga aku berseorangan. Maklumlah orang baru dpt baby baru.. perlu privasi sikit. Tapi ada aku kisah? Kalah pun tidak apa, yg penting perut aku menang!



Walaupun korum semakin berkurang, aku tetap maintain berjuang utk makan..



.. dan minum. Tengok! Aku termasuk dalam top 3!



Last sekali, aktiviti riadah kami.. menonton Money Drop sambil angan2 kalau kami ikut, sure dapat pulang dgn duit (kalaupun tidak semua, seketul pun jadilah!).


Oct 24, 2011

Ultimate Cheesy 7

Assalamualaikum :)

Lepas saja aku nampak iklan ni, terus aku sound adik lelaki aku. Seperti biasa, beria2lah adik aku mau mencuba menu Ultimate Cheesy 7. Oleh itu, aku mengambil kesempatan ini untuk minta dibelanja :D.


Mengikut cerita/fakta, terdapat 7 jenis keju digunakan. Malangnya, hanya untuk 3 menu. Ayam, Ayam Hawaii (budget melayu kunun) dan Pepperoni. The bulat2 thingy is definitely not ice cream (seperti yg Haikal sangkakan) or chicken ball seperti yang aku jangkakan. Ia dinamakan cream cheese. Bila makan Ultimate Cheesy ni, aku minus itu bulat2.


Keseluruhannya, aku rasa Ultimate Cheesy ni rasa macam pelik sikit. Mungkin sebab timbunan keju tu membuatkan rasanya macam terlampau padat dan pelik. Hakikatnya, aku bukan peminat tegar keju. Tapi kalau topping pizza tu, kira bolehlah. Persoalannya, Can You Handle It? Jawapan aku mudah saja. NO..


Food Cravings


Assalamualaikum :)

Sejak kebelakangan ni, jadual tidur-bangun aku sangat luar biasa. Tidur dalam jam 8.00pm, bangun dalam 4.00am. Paling menarik, aku langsung tidak payah set alarm untuk bangun jam berapa. Tepat jam 4.00am, sure aku sudah terduduk dan tidak boleh tidur.

Normally, aku tidur dalam jam 9.00pm dan bangun jam 5.00am. Entah macamna, bila tiba hujung minggu, masa bangun tu pandai ter'extend' dengan sendirinya. Tapi tidak kali ini. Aku terbangun jam 4.00am dan seawal 4.00am aku sudah start buat orkestra di dapur. Bukan pun sebab aku rajin, tapi sebab aku lapar.

Last weekends as always, seawal 4.00 pagi aku sudah start membuat nasi goreng cili api. Sebab aku rasa mau makan yg pedas2 ja pagi2 buta. Jam 5.00am, aku sudah duduk2 depan tv sambil makan nasi goreng cili api dengan segelas teh panas sedangkan penduduk lain di rumah aku masih lagi berdengkur/mengigau.

Bila orang ramai sudah bangun, aku makan 2nd round. Kununnya macam orang belum sarapan lagi. Padahal subuh2 lagi aku sudah melantak. Esok paginya aku bangun macam biasa, kali ni aku buat nasi lemak. Ish ish ish.. semangat sungguh aku melayan kelaparan aku ni. Makin macam giant la aku lepas ni.

Hujung minggu, bawa husband jalan2 keliling tamu. Hajat hati mo cari seasonal local fruits kunun. Rambutan, mangga, tarap.. yang peliknya durian macam aku kurang interested. Mungkin melihatkan pada harga durian yang mencecah RM20 satu tapau. Baik2 berselera, terus hilang selera. Hasilnya, aku dapat mangga dengan rambutan ja. Tarap, mgkn mo kena tunggu dalam 2-3 minggu lagi.

Makan tengahari atau malam, balik2 mo makan sup atau ikan goreng. Kalau tidak pun sup ikan dengan sayur tumis. Mungkin sebab aku takut badan membesar dengan jayanya, atau mungkin sebab itu saja masakan yang aku mo makan.

Lihat dari perkembangan berat badan, sangatlah perlu dikontrol bab makan ni. Malangnya, rasa lapar tu macam susah pula mo kontrol.

Picture from Google
Sungguh kurang ahshem oh ini gambar. Bikin berselera ja.. kekeke



Jul 25, 2011

Macaroons Vs Red Velvet Cup Cakes


Assalamualaikum :)

Agaknya sebab sudah menjadi trend masa kini, 2 menu di atas is something I'm looking forward to taste. Macaroons based on the picture, tidak la nampak menyelerakan sangat. Tapi bila tengok harga yang melambung-lambung plus susah untuk dibuat, aku assume mungkin lebih menyelerakan daripada rupanya.

Red Velvet pula, memang aku teringin mau rasa. Selain daripada rupanya yang cantik, rata-rata dari rancangan tv kegemaran aku DC Cupcakes pun suka dengan Red Velvet. So, sure sedap la kan?

Lepas ambil result Haikal, kami bergerak untuk temujanji seterusnya. Jemputan Birthday Party untuk AQ's. Asalnya mau bepergian dengan rakan sekantor, Laurah. Malangnya ngak jadian. Hahaha, si kawan tidak jumpa lokasi. Maka, sampai la kami anak beranak ke rumah yang dituju.

Benda pertama yang aku jumpa, Macaroon. Ambil satu, terus makan. Apa perasaan aku? Aku rasa mau cari air suam, rendam tu Macaroon lama-lama lepas tu minum airnya. Manisnya di luar dugaan. Cakaplah apapun, aku macam orang tua kah apa, tapi taste tu memang tidak sesuai dengan aku.


Gambar hiasan credit to dogsandgoddesses.com


Lepas tu aku nampak Red Velvet Cupcakes. Mungkin juga sebab phobia, aku share 1 cupcakes saiz S dengan seorang lagi rakan sekantor, Kak Lin. Bila makan macam-macam tu aja, rasanya macam ngak enak. Bila diletakin cheese, maka jadi enak sih. Hahaha.. anyway, still not as I expected.


DC Red Velvet Cupcakes credit to funtvshow.com



The birthday cakes. Dyana sedang berkawal untuk memastikan meja tidak bergerak atau kedudukan dia tidak terancam. Haikal pula musykil dengan architecture castle. Aku difahamkan kek dibuat oleh makcik tuan rumah.


Sangatlah kuwang-hajo kalau tidak masukkan gambar Birthday Boy and Girl.
Happy Birthday AQ's!



Jun 28, 2011

Menu Please..



The other day, memandangkan musim gaji baru bermula plus my abdominal pain yang menyerang tanpa sebarang notis 24 jam, aku ajak hubby, the kids, my younger brother and my husband's niece dinner di luar. My first choice, is anywhere yang ada nasi briyani.

Sampai kedai BTC Lintas, benda pertama aku nampak. Air kelapa muda. Walaupun aku cakap mo makan Nasi Briyani, aku masih lagi minta puji mo minta menu. Manalah tau ada yang tersangkut barang sepinggan dua. Nampak gayanya, abdominal pain yang aku alami tidak mendatangkan sebarang mudarat kepada selera makan aku :).

Dapat menu yang dihajatkan..


Wow! Nampak sungguh menyelerakan.


What!! Is this a test?!


Last-last, aku teruskan saja niat aku mau makan Nasi Briyani. Naik pusing kepala aku baca menu. Apapun, kari daging dia.. superb!


Jun 1, 2011

Balik Kampung : Feast

Aku bila balik Labuan, selera makan memang susah mo kontrol. Kalau aku mo diet, Labuan is definitely not the right place. Di samping mama aku yg suka betul memasak bila anak2nya balik, ada beberapa menu wajib yg aku kena mkn bila aku berada di Labuan.

Menu 1 : Cendol
Lokasi : Tg. Aru Corner
Ulasan : Bagi aku the best in Labuan and Sabah. Sebab itu saja yg menepati citarasa aku. Nasib trip balik kampung kali ni aku sempat rasa. Itupun di majlis kawin sepupu.

Gambar Hiasan : Cendol


Menu 2 : Cucur Udang
Lokasi : Kedai Kopi Sopiah
Ulasan : Kalau ikutkan simple ja cucur udangnya. Tapi sosnya, tidak tau la mcmna mo explain. Mo rasa baru tau. Trip kali ni, aku sempat juga mkn sungguhpun jadual makan sedia ada sudah sedia 'padat'.

Gambar Hiasan : Cucur udang Sopiah. Actually rupanya lebih kurang begini la..


Menu 3 : Ambuyat
Lokasi : Rumah sendiri
Ulasan : Kalau ngam dgn cicahnya, sendiri mo ingatla. Since mama aku sangat pakar dalam buat2 cicah ni, anggap sajalah the best ambuyat in town. Sempat juga mama aku buat sebelum kami balik KK.

Gambar Hiasan : Ambuyat


Menu 4 : Kuih Jelurut dan Tapai
Lokasi : Kedai Kuih Lajau
Ulasan : Aku kalau bab kuih ni cuma yg the best of the best saja aku beli. Terutamanya buatan tangan Siti Nama. Kalau sudah tertulis kuih jelurut dan tapai Siti Nama, untunglah kamu klu datang jam 7.00 am belum habis. Jelurut aku sempat juga beli, tapi tapai.. huhuhu siasiapun..

Gambar Hiasan : Jelurut


Gambar Hiasan : Tapai


Tapi trip balik kampung aku kali ni terlalu banyak extra bonus punya menu..

Day 1 : Nothing special sebab my mom sibuk gotong royong keduri. Remember?
Day 2 : Makanan kenduri kawin (selalunya special), plus sate for dinner.
Day 3 : Roti Canai kuah sardin for breakfast. Ambuyat, udang harimau masak kari, ikan belais bakar for lunch. Cucur udang, sate, sayap ayam for minum petang (gila punya minum petang). BBQ ayam/daging, Steamboat and cake for late night dinner. Heran macamna perut aku muat mo mkn benda2 ni semua. Sia2 saja aku pegi swimming.. isk isk isk
Day 4 : Mee goreng tuna dan kuih muih for breakfast. Soto for lunch and nothing for dinner.. Gila! Tidak boleh dibawa2 tabiat kuat makan ni.


Sebahagian ibu2 dan bapak yg hadir utk memeriahkan majlis BBQ.


Ruangan Steamboat yg dikelola oleh anak2 dan mak dara.


Cousin Ija 'n' Niece Ika


Siap ada sambutan hari jadi Pamit. Happy 40th birthday Pamit!


Iklan live active and healthy!