Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Apr 2, 2019

Misi menuju Berat Badan Ideal






Assalamualaikum,

Hujan tiada, ribut tiada.. tiba-tiba ada misi. Humph!

Setelah memikirkan dan melalui beberapa perkara, serta disokong oleh beberapa bukti, akhirnya aku berani mengakui aku OVERWEIGHT.

Dengan ketinggian ala-ala model asia tenggara di zaman kegemilangan rock kapak, 1.55 m (zaman dulu, kira tinggi sudah tu), berat 71.6 kg dan umur mencecah gelaran makcik-makcik anggun 40an, akhirnya aku bersetuju dan menerima hakikat nan satu itu.

Walaupun ada beberapa usaha cuba dirancang dan dilaksanakan, tapi malangnya tidak berterusan. Agaknya tekad tu belum cukup kick. Tambah lagi dengan kekangan masa dan jadual sedia ada (aku kan supir bertauliah), maka pelaksanaannya ada sedikit longgar. Belum masuk bab cabaran lagi tu. 

Maka setelah umur mencecah 42 tahun, kali ni aku bertekad. Sekurang-kurangnya untuk mengurangkan berat badan ke berat badan ideal. Puncanya, tekanan darah aku naik bila aku ke klinik sebab demam. Walaupun nurse cakap normal, tidak normal bagi aku. Dulu demam-demam pun, tekanan darah aku A+. Aiseh! Belum lagi kes naik tangga. Baru 2-3 anak tangga, semput macam lari 1500m.

Segala research dibuat (walaupun hanya melalui google). Jenis senaman, jenis diet, jenis makanan dan mana-mana bahagian yang terlibat. Kesimpulannya syukurlah aku cuma perlu turunkan berat badan 11.6 kg. Kalau beli ikan di pasar, cukup stok untuk sebulan 11 kg tu.

Bermula dengan jogging berselang-seli dengan aktiviti menangga (menaiki tangga). Sambil-sambil tu buat juga workout yang ada dalam youtube. Kalau hujan turun, buat skipping atau workout saja. Hujung minggu dating dengan laki pula, hiking membukit pula. 

Tapi harus diingat para hadirin sekalian, senaman sahaja tanpa mengawal makan bukan misi menuju berat ideal ya. Itu misi membuang masa dan tenaga namanya. Disebabkan aku ni suka makan, aku tidak control apa yang aku makan. Aku cuma control potion makanan yang aku ambil saja. 

Dari segi pemakanan aku:

1) Kurangkan makan sarapan yang terlalu berat. Cukuplah wholemeal bread bertemankan telur/ayam/daging. Kira buat macam sandwich. Paling cincai pun baki lauk kari ayam boleh dibuat cicah dengan wholemeal bread kosong. Sekali sekala kalau mau makan mee goreng tu boleh. Tapi sila kawal jumlah pengambilan ya.

2) Kurangkan pengambilan minuman manis. Most of the time, aku cuma minum air putih. Mengikut sukatan yang sepatutnya aku minum. Boleh download apps untuk kira pengambilan air putih dalam sehari. Aku siap buat reminder lagi. Walaupun kunjungan ke tandas lebih kerap, sekurang-kurangnya rasa lapar tu boleh ditanggung. Satu-satunya minuman berperisa yang aku minum, kopi di awal pagi sebelum kerja.

3) Pengambilan nasi yang sedikit. Orang cakap sukatan satu mangkuk. Tapi orang tidak tau, mangkuk sekarang ada banyak saiz. Paling senang, kira ikut sudu makan. Disebabkan aku bersenam sebelah petang, bagi mengelakkan pengsan tanpa diketahui di tepi jalan masa berjogging, penting untuk aku ambil nasi untuk tenaga. Cukuplah dalam 7-8 suap. Sebab normally malam aku tidak makan. Lauk aku pelbagai ya. Ayam goreng pun aku ngap juga. Paling penting: control potion.

4) Segala jajan-jajan pun dikurangkan. Kalau rasa macam mau mengunyah, sila minum air putih. Tapi seperti biasa, bila tengok anak-anak makan keropok tiba-tiba tangan aku pun join sekali memeriahkan suasana kekeluargaan sambil makan keropok. Tapi hakikatnya, control. Cukup la 2-3 ngap. Lepas tu, serah balik pada pihak yang berkenaan. Asal rasa saja.

Dari segi senaman pula :

1) Kebetulan aku balik jam 4.30 ptg dan anak-anak aku balik dari sekolah KAFA dalam jam 5.00 ptg. Disebabkan anak-anak sekolah tidak jauh, saya ada kelapangan 30 minit untuk bersenam. Saya manfaatkan dengan jogging. 2 km pun sudah cukup bagus. Paling penting, keluar juga la peluh.

2) Lepas ambil budak-budak dari kelas KAFA, sampai rumah dalam jam 6.00 ptg. Sambung dulu buat workout dalam 15 minit. Aku refer youtube https://www.youtube.com/watch?v=bleOTMDa3_4 Lepas tu boleh sambung buat kerja-kerja rumah pula.

3) Aku join segala jenis run. Virtual run dan actual run. Supaya kita tiada alasan untuk jadi malas bersenam. Tapi bukan tahap extreme ya. Cukuplah mengikut kemampuan. Setakat ni, aku cuma ambil 5 km actual run. Untuk virtual run, paling confident la aku lari 15km sebulan.

4) Bagi yang baru nak mula bersenam, digalakkan untuk bermula dengan perlahan. Takut badan terkejut. Paling bagus mula dengan naik tangga. Kalau penat jangan paksa. Rehat tapi jangan berhenti terus. Lepas tu boleh jogging selang seli dengan jalan. Yang penting ada pergerakan.

Kesimpulannya, kalau kita disiplin, hasilnya mungkin lebih baik. Setakat ni, selepas sebulan mengikuti jadual di atas, aku sudah kurangkan 3kg. Selalunya bulan puasa saja aku boleh kurangkan berat 3 kg. Harapnya lepas mencapai misi berat badan ideal, aku sudah biasa dengan gaya pemakanan yang ringkas dan lebih sihat. Yang penting kita boleh ubah tabiat yang tidak sihat tu pun jadilah. Supaya kesannya berpanjangan.

Mudah-mudahan...



Jan 28, 2013

It's Finally Over


Assalamualaikum :)

It's officially over. No more sakit kaki, sakit badan, sakit leher atau 'dayang senandong'! Horraaaayyyyyy..

Tiada sebarang pingat dimenangi tahun ni. Agaknya mungkin sebab tahun ni aku tidak begitu competitive seperti tahun-tahun sebelumnya. Less stress... :)

So, mari kita tengok pengalaman game yg aku join tahun ni..

Bola Tampar
Tahun ni, saingan lebih hebat dari tahun-tahun lalu. Dulu kebanyakan kontinjen hantar jaguh kampung saja pergi bertanding. Tahun ni, macam melambak pula star-star player. Servis bola pun macam mau bunuh orang. Hahahaha.. Jadi most of the time, aku lebih prefer jadi pemain reserve harapan. Tapi sayangnya, itu tidak pernah berlaku. Sepanjang masa aku asyik berdebar-debar sambil berusaha sedaya upaya cover muka supaya tidak kena spike. Keputusannya, kami kalah dalam liga kumpulan.

Olahraga
Aku ikut lempar cakera. Tapi mungkin sebab kepenatan (tidak cukup rehat walaupun cuti) atau mungkin sebab aku gerun tengok pemain-pemain bola tampar yg turut turun padang macam ready mo keroyok orang, balingan aku tidaklah di tahap yg membanggakan.

Badminton
Lepas bertegang leher dengan urusetia, akhirnya kami kalah jua di peringkat kumpulan. Buat masa ni, aku tidak terfikir pun mau ikut lagi tahun depan. Terlalu mengambil masa yg lama. Lagipun aku bukan jenis orang yg sabar. Aku rasa orang yg bermain badminton ni haruslah dari kalangan orang-orang yg sabar. Definitely antara sports yg aku mau continue main di masa-masa akan datang tapi bukan untuk pertandingan.

Bola Jaring
Disebabkan badminton ambil masa yang lama untuk selesai, aku terlepas bola jaring tahun ni. Huhuhu..

Kayak
Definitely antara games yg aku akan ikut lagi di masa akan datang. Sangat seronok tapi menakutkan. Sungguhpun aku pandai berenang, tapi bila berkayak jauh dari daratan macam panic pula aku. Walaupun kami kalah saringan, tapi acara ni cepat habis. 

All and all.. tahun ni walaupun tidak menang pingat, aku macam kurang stress. Lebih kepada enjoy-enjoy saja. Except for badminton. Tapi yang penting tahun ni macam lebih seronok. Kurang pasti kenapa.


Ewah!! Macam gaya gimrama pun ada.. This is one of the picture yg aku nampak macam menari walaupun sedang bersukan. The other one masa aku ikut lontar peluru (a few years back). Sukan yg gagah perkasa tu pun aku nampak macam menari. Walhal, hakikatnya aku ni umpama kayu balak. Kamu tolak pun tidak gerak. Hahahaha...






Jan 21, 2013

Sukan Staf 2013


Assalamualaikum,

Sukan Staf 2013 akhirnya bermula. Yeah!!!!

Baru saja bermula ok. Belum pun berakhir. Jadi jangan happy sangat..

Since last year aku bercuti-cuti sukan, tahun ni aku menyambut cabaran utk mencuba nasib di beberapa sukan yg aku tidak pernah main pun. Niat di hati bukan utk terpilih, tapi setakat suka-suka.

Pelik tapi ajaib, baru hantar nama sudah terpilih. Macam mana tu?

Tenis
Seumur hidup aku, aku tidak pernah main tenis. First time aku pegang raket tenis masa aku form 4. Itupun sebab aku menyibuk kacau ustaz Nasir lawan dinding. Dalam hati aku, daripada dia lawan dinding, bagus lagi dia lawan aku. At least pandai juga bergerak ke kiri kanan walaupun tidak pandai pukul. Baru main 5 minit, terus aku lari pegi tempat lain. Aku pun tidak ingat aku mau pegi mana. Jadi tahun ni, aku terpilih walaupun tidak hantar nama. Agaknya, mesti pengurus kami tu berharap aku menang tanpa bertanding. Walkover la kunun. Tapi last-last minit, aku jumpa pula orang yg pandai main tenis (pernah wakil sekolah). Dengan rasa sukacitanya, aku swap nama dengan dia. Maka tidak jadi la aku main tenis. Takut aku menang gaya ja nanti.

Bola Tampar
Tahun-tahun lalu, aku main juga permainan ni. Almost tidak kena pilih sebab memang sudah cukup orang. Tiada pemilihan dibuat. Tapi last-last minit, kena call suruh turun training. Apahal? Mengikut sejarah, aku tidak pernah pun wakil sekolah atau wakil kampung dalam acara bola tampar ni. Aku main bola tampar dalam mimpi ja. Pernah sekali waktu pemilihan bola tampar di sekolah, beria-ia la aku dengan bff aku turun padang. Lebih kurang 50 meter lagi mau sampai tempat pemilihan, terus kami pusing balik. Bukan sebab takut atau apa. Tapi kena HALAU. Alasan? Kasi can org lain lagi jadi wakil sekolah. Balik-balik muka yg sama ja jadi wakil sekolah semua acara. Ciss!!! Kalau tidak, sure jadi pemain digeruni sudah aku masa sukan staf ni. Hahahaha...

Bola Tampar Pantai
Apahal la pula aku mau main bola tampar pantai ni pula? Baru jogging satu round pun sudah macam gajah kena ubat pelali, ini kan pula main bola tampar pantai berdua ja. Alasan? Memang tiada pemain. Aku angkut junior-junior aku 3 orang. Masa pemilihan, terus aku tarik diri. Maka, automatik yg 3 org junior tadi terpilih. Pandaikan aku? Aku yg bawa, lepas tu aku yg offer tidak mau ikut. Mau kena lastik kali aku ni..

Olahraga
Jangan risau.. aku tidak bercita-cita memecahkan rekod 100 meter. Aku ikut acara yg biasa aku ikut. Baling-baling batu. Alasan? Tidak ramai orang mau tengok org main baling-baling. Semua pun excited tengok acara trek.

Badminton
Aku rasa berkurun aku buat pakatan dgn kawan mau ikut acara ni. Tapi sebab tidak berani, tidak pernah la jadi. Tahun ni, kami nekad. Sekali pergi pemilihan, ya ampun ramainya manusia... punah segala harapan. Actually tidak terfikir pun mau terpilih. Last aku main badminton, berpuluh tahun dulu. Wakil diri sendiri main di halaman rumah. Masa tu, aku sibuk pukul nyamuk (istilah orang semangat pukul bola tapi tidak kena). Tup tup terpilih la pula.. Bila cakap dgn laki aku, dia bantai gelak pula. Kununnya seumur hidup dia, dia tidak pernah nampak aku pukul bola. Cetttt!!

Bola Jaring
Actually macam tidak mau ikut. Entah kenapa macam rasa tanggungjawab aku pula mo ikut. Jadi aku ikut sajalah. 

Kayak
Paling kelakar la ni kayak. Hajat hati cuma mau try macamna rasanya berkayak ni. Tiada niat langsung mau terpilih. Pengalaman aku, setakat mendayung perahu bapa aku saja pun. Bukan pun laju, asal saja bergerak. Entah kenapa, tiada ramai hantar penyertaan. Maka, terpilihlah kami. What ever will be, will be lah nanti. Hahahaha


 Senarai acara - yg pink tu kunun yg aku ikut..


Logo kontinjen kami yg tersenget. :D


P/S : Paling best bila dapat baju free kuning menyala-nyala setiap kali sukan. Hohohoho


Jan 14, 2013

Cabaran Ke Puncak 2013


Assalamualaikum :)

Setelah bercuti dari sebarang aktiviti sukan tahun lalu, tahun ni aku nampaknya begitu beria-ia untuk ikut apa-apa acara pun. Kalau diorang suruh aku wakil baling batu pun aku akun saja ni. 

Tahun ni kononnya aku mau ikut acara yg aku tidak pernah ikut. Bukan pun berniat mau jadi wakil atau apa, tapi untuk suka-suka. Lain kali aku story pasal acara-acara terpilih ni ok?

Jadi tahun ni aku ikut Cabaran ke puncak. Syukurlah ada geng juga yg mau ikut sekali. Aku ingatkan tahun ni aku join sukan sebagai veteran. Rupanya belum cukup umur. Hahaha...

Bila aku register untuk ikut acara cabaran ke puncak, ingatkan aku boleh beri sumbangan sebagai veteran lah kunun. At least dapat pingat ka.. sekalinya masih lagi dalam kategori wanita senior. Lepas tu melambak la pula staf-staf yg muda belia macam baru abis SPM. Manalah kan dapat dikejar.


 Sebelum berlepas, sebagai aktiviti pemanas badan kami berzumba dulu.
Seriously, aku rasa zumba ni macam best :)


 My number..


 Trek cabaran ke puncak


 Itu getah menunjukkan kau sudah sampai ke puncak. 
Tiap-tiap tahun pun macam tu. 
Kalau dapat KFC, mesti ramai yg bersungguh-sungguhkan?


 

Bersenam



Assalamualaikum,

Dalam usaha aku utk memperbanyakkan aktiviti bersenam, aku telah menetapkan setiap Isnin dan Jumaat aku jogging dekat Stadium Likas. Daripada aku stress menunggu Haikal pulang dari sekolah, bagus aku jogging dulu supaya jantung ini dapat bertahan lebih lama. Bak kata laki aku..

"Yang penting jantung tu MERAH!!!"

Aku pun tidak pasti lah apa poin dia. Mungkinkah lebih sihat sebab banyak pam darah? Entahlah..

Tujuan aku bersenam bukan sebab mau kurus atau apa. Aku rasa fasa mau kurus tu sudah berlalu bila sudah mau mencapai 35 tahun ni. Buat pening ja fikir mau kurus. Yang penting stamina.

Bila aku tengok movie, atau apa-apa cerita orang putih.. aku paling semangatlah kalau nampak orang jogging. Kalau orang putih jogging.. memang mantap. Lari pun kencang ja. 






Jadi aku berkira-kira mo ada stamina macam tu. Kalau dapat lari satu round saja pun tapi lari macam atlit olimpik, syukur Alhamdulillah..

Maka, aku pun belilah MP3 untuk persediaan. Kononnya untuk fokus lari. Dalam tempoh 15 minit, aku cuma sempat lari satu round. Tapi itupun sudah cukup berpeluh. Lagu-lagu yg terpilih haruslah up tempo. Kalau terlampau lemah gemalai pun payah juga. Takut tidak sampai-sampai ke garisan penamat.

Setakat ni, dekat 2 minggu sudah aku bersenam. Stamina? Masih lagi awal. Lari pun masih lagi bising. Dengan bunyi tapak kasut yg melampau, diikuti dengan bunyi nafas naga yg amat menakutkan pengunjung lainnya. Tapi sekurang-kurangnya aku langsung tidak berhenti. Kira ok lah pada perkiraan aku ni.

Berapa lama aku bertahan? Harapnya lama la. Kalau tidak pun effort tu sudah ada. :D

Dec 3, 2012

Nestle Breakfast Hunt



Assalamualaikum :)

Actually tidak plan pun mau ikut. Entah kenapa, bila dioffer tiba-tiba bersemangat pula mau join. Kenapa? Dulu aku selalu jadi tukang buat clue dan tukang tapuk (sembunyi) clue. Jadi sesekali mo juga la rasa anjuran yang grande-grande. Tidak la aku syok sendiri, clue aku la yg paling susah mo decrypt. Hahahaha kunun..

Apa yg membuatkan aku tertarik mo ikut :

1. Acara dibuat di tempat aku kerja - perasan kunun ada advantage la. 
2. Hadiah wang tunai RM5000 - macam ada hati mo menang gitu. 
3. Dapat goodies barangan Nestle pada semua peserta - sebab munasabah untuk aku join.
4. Semua ahli kumpulan perempuan - Sungguh terasa keseronokannya..

Honestly, aku tiada la hati mo menang RM5000. Dalam otak aku, dapat goodies pun kira bagus. Selebihnya, masa untuk bersuka-ria ja dengan kawan seofis. Kira macam, this is my ME time la. Kasi can laki berbonding-bondingan dengan si baby. Hohoho..

Pendaftaran perserta/kumpulan dimulakan pada jam 6.00 pagi di pagi ahad yang indah dan ceria. Sedang perut aku bergambus keriangan, kami dihidangkan dengan bau-bauan maggi goreng, milo dan nescafe panas. 



Dapat gelang 'hospital' warna oren.. 



dan nombor 'banduan'.. hahaha

Peserta hanya diberikan sarapan jam 7.10 minit. Kami beratur 2 kali sebab mangkuk maggi goreng tersangatlah comel dan irama gambus itu masih kedengaran walaupun kami sudah makan maggi goreng dan milo cereal. 

Nampak itu khemah? Itulah booth breakfast. Hahaha.. tengok barisan, terus lemah semangat. Tapi kami terus kental mengharungi cabaran dan dugaan..


 Sesi taklimat. Macam ada harapan dapat 5K owh kan?


 
 Keadaan sebenar.. 270++ kumpulan (max 5 members), about 1700++ peserta. 
Mak aihhhh.. punah harapan 5K aku..


Jam 7.55 pagi acara dimulakan. Paling menarik, me and the gang berada di depan-depan garisan permulaan. Agaknya, kalau kena ambil gambar, sure gambar aku masuk. Bila hon dibunyikan, semua berkeliaran cari harta karun. Pelik tapi benar, tidak sorang pun tahu rupanya macamna. Main lari suka hati tanpa GPS. Hahahaha... termasuk kami. Ihik ihik ihik... Sampai la pengacara majlis announce ada clue dekat-dekat tempat dia barulah ada rupa pencarian harta karun yang sebenar. Mungkinkah penganjur lupa bagi arahan pertama?


 Jam 7.55 pagi acara dimulakan.


 Inilah antara rupa clue bahagian pertama. Betul-betul dibelakang garisan permulaan. 
Walhal, semua peserta larinya ke depan.

 
 Satu-satunya clue yg kami tidak boleh jawab.


 Clue bahagian kedua. Bergantungan di pokok-pokok. 


 Inilah goodies para peserta. Yeay!! Mission accomplished.


Out of 270++ team yg turut serta, kami antara pemenang 10 hamper saguhati.
Rasa-rasanya macam kami saja team bukan student yg dapat hadiah.


Walaupun kami tidak dapat RM5K..
Yang penting kami tidak pulang dengan tangan kosong!
:)


Aug 6, 2012

Not GOLD.. but already a WINNER



Assalamualaikum :D

Sejak Olimpik 2012 berlangsung, boleh dikira berapa kali saja aku berpeluang menonton channel2 yg berkenaan. Selebihnya, aku tengok Olimpik dalam hati sajalah sebab Dyana berolimpik tengok kartun 24-hours. 

Most of the time aku tunggu result dari FB atau sebarang berita dalam radio utk mengetahui perkembangan atlet2 kita. Tapi semalam Dyana tertidur awal, maka aku berkesempatan tengok game bergu utama badminton negara dan of course penyumbang pingat Malaysia Dato' Lee Chong Wei.

Dulu aku skeptical sikit. Setiap kali laki aku tengok badminton, awal2 lagi aku sudah pesan "Tidak payahlah tengok. Bikin sakit hati ja. Selalu kalah pun.." Itu dulu. Bergu negara kita tewas dalam perebutan pingat gangsa. Pada aku bergu kita nampak kelam-kabut dan cuai. But then diorang kalah dgn bergu No. 1 dunia. Agak-agaklah sikit kan?

Bila LCW beraksi dalam first set, aku sudah nervous semacam. Maka, aku tukar channel athletics. Tengok acara marathon wanita (kurang pasti berapa kilometer). Paling best bila tengok pelari Kenya, Jeptoo berlari macam kejar trak ais krim. Laki aku pula cakap larian dia macam zirafah, boleh? Tapi sungguhpun gaya lariannya mcm kanak2 riang kejar trak ais krim atau zirafah, dia dapat perak. Kau dapat apa? 

Alih2 set pertama sudah dimenangi LCW. Set kedua LCW tewas pula. Set ketiga, akhirnya jadi milik Lin Dan. Baru awal2 set aku sudah cakap dengan laki aku "Kalaupun LCW kalah, aku puas hati. Nampak betul di berhabis-habisan." So, perak utk Malaysia. Rata-rata rakan2 FB aku semua berpuas hati. Pada yg tidak tu, kamu pegilah beli raket. Kita tengok kalau kamu boleh dapat emas 2016! 

LCW sudah buat yg terbaik. Paling sedih, bila tengok LCW nampak betul2 kecewa tidak dapat emas. Siap minta maaf lagi kepada rakyat Malaysia. Adakah patut? Sangat tidak patut. Kalau aku jadi wakil Malaysia pun belum tentu dapat emas. Bagi aku, LCW tidak patut minta maaf. Dia sudah buat yg terbaik. Mungkin sekarang bukan Emas, siapa tahu di masa akan datang kan?






Not GOLD.. not for NOW... but you're already a WINNER to me. I give you GOLD for your effort!!