Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Nov 4, 2013

Petua Dikejar Anjing


Assalamualaikum :)

Seperti biasa, gambar yang kononnya aku mo upload (pasal sukaneka Miss impossible) tidak juga terupload. Ehem... sabar-sabarlah ya! ;)


Selalunya bila laki aku tiba-tiba malas mo bawa kereta manualnya, dia akan minta aku tumpang siapa-siapa yg berkenaan di ofis untuk kasi turun aku dekat kawasan perumahan nursery anak. Lepas tu dia akan kutip aku dgn anak-anak di nursery.

Beberapa bulan lalu, seperti biasa aku tumpang kawan. Dari tempat penurunan (adakah ayat macam ni?) ke nursery, aku perlu berjalan lebih kurang 100 meter.

Aku tidak ada masalah untuk berjalan jauh. Bukan pun menakutkan sangat. Nama pun kawasan perumahan.. itulah yg selalu aku fikir...

Sehinggalah..

Selepas berjalan lebih kurang 30 meter, tiba-tiba aku dikerumuni sekumpulan anjing!

I'm not talking about 2 inches tall terrier. I'm talking about almost-waist tall K-9!

I wont lie saying.. Hak eleh Apa kelas!! 

Mungkin luaran aku nampak 'cool' sambil main-main games dalam smart phone, langkah pun masih steady.. teratur dan tetap. Tidak laju dan tidak lambat.

tapi

Dalam hati ada tsunami. Tangan dan kaki macam pokok kena gempa bumi. Walaupun aku main games, hakikatnya lama sudah GAME OVER! Aku pura-pura ja tenang..

The thing is.. Anjing-anjing itu melompat-lompat sambil menyalak dgn kuat berdekatan dgn telinga hamba yg tidak berdosa ini.

50 meter di hadapan, aku tengok ada seorang bapa sedang ambil anak (nursery yg sama). Lepas masukkan anak dalam kereta, lama dia terpacak dekat pintu kereta dia sambil tengok aku.

Agaknyalah kan..

Mungkin dia berniat mau tolong aku. Jadi dia standby la di sana.

ATAU

Mungkin dia kagum dengan aku sebab aku buat bodoh ja sambil main-main game.

Bila aku sudah dekat 10 meter mo sampai, baru la si bapa tu masuk kereta. Anjing tu pun tiba-tiba malas mo ikut aku.

Aku cerita dengan laki aku. Dia cakap, kalau dia dalam situasi aku.. lama sudah dia lari.

Jadi kenapa aku tidak lari?

Arwah nenek aku dulu, dia selalu bagi petua. Antara petua yg aku ingat sampai bila-bila, petua kalau dikejar anjing..

1. Sentiasa bertenang. Buat macam biasa. 

2. Baca ayat berikut :





Kononnnya kalau kita lari, automatik ja anjing akan kejar.


Petua lagi satu ni, aku kurang pasti dapat dari mana. Tapi aku rasa aku dapat dari bapa aku. Sebab dia ni praktikal orangnya. 

Pura-pura ambil batu atau kayu di lantai atau jalan (walaupun tiada apa-apa sebenarnya), walhal membongkok pun kira ok. Anjing secara automatik akan lari.

Aku pernah buat ujikaji yg ini. Setakat ni, semua percubaan aku berjaya. Cuma kalau anjing sudah melompat-lompat dekat kita tu aku tidak berani la mau tunduk. Ada pula yg kena NGAP nanti. 

Sesuai di aplikasikan bila anjing sedang dalam proses menghampiri..

Apapun, keputusan mungkin berbeza mengikut psikologi anjing. Aku pun kurang pasti. Tapi setakat ni, Alhamdulillah... 


Jul 6, 2011

Cirit-birit



Assalamualaikum :)

Jangan risau, aku tidak akan post sebarang kejadian menyayat hati aku ditimpa cirit-birit. Sangatlah tidak appropriate.

Dapat sms dari Laurah, bagi tau anak dia kena cirit birit. Ohooo.. sangatlah kesian. Kalau orang tua, aku kesian juga, tapi kalau budak-budak lagi dasyat kesiannya. Tambah lagi la budak yang belum pun sampai 2 tahun.

Masa anak-anak aku kena cirit-birit suatu ketika dulu, aku lah orang yang paling sibuk. Mengalahkan mak bidan. Kalau sudah ter'cirit' tu memang tidak kira masa dan tempat. Paling tidak boleh terima, kalau anak meraung malam-malam buta tapi kita tidak tau mau buat apa. Paling-paling gosok minyak di perut sambil urut-urut apa-apa yang patut. Itu kalau kamu dapat cirit-birit regular. Kalau dapat yang super, siap muntah-muntah lagi. Ini laaaaaaggggiiiiiiii kesian.

Memandangkan hidup berjauhan dengan keluarga, bab anak umumnya memang kena jaga sendiri. Tiada bantuan ibubapa, mentua, mahupun adik-beradik lainnya. Kadang-kadang kita kena pandai-pandai sendiri. Kadang-kadang tu, ada juga buat talian hayat 24 jam bagi mendapatkan khidmat nasihat ibu tercinta, tapi paling-paling dia suruh bawa pegi klinik.

Balik dari klinik, banyaklah buah tangan yang dibawa. Air garam, ubat tahan muntah dan sebagainya, tetapi tiadalah juga tanda-tanda untuk sembuh. Bila call my mom balik "Bawa klinik pakar kanak-kanak bah!" dia cakap.

Maka, aku pun pergi la ke klinik pakar kanak-kanak. Untuk makluman, lawatan ke klinik pakar tidak boleh dijadikan aktiviti mingguan. Sangatlah tidak budget-friendly :)

Setelah melepasi berjenis-jenis penyakit cirit-birit yang dihidapi anak-anak aku, turut disertakan adalah beberapa tips yang boleh diusahakan oleh si ibubapa yang panik.


1) Stop minum susu atau menyusu serta merta

Mengikut doktor pakar, susu boleh membuatkan cirit-birit bertambah teruk. Bagi anak yang di bawah 1 tahun, dicadangkan menggantikan susu dengan susu formula berasaskan soya (sepanjang musim cirit-birit sahaja). Manakala bagi anak-anak yang sudah sedia maklum rasa susu dia semacam, bolehlah gunakan susu asal dengan sukatan yang dikurangkan. Banyakkan minum air untuk membuang toksik dalam perut. Bagi anak yang menyusu badan, teruskan dengan penyusuan badan :). Susu ibu tidak pernah mendatangkan mudarat kepada si anak.

Inilah jenis brand yang biasanya aku pakai. Ada mahal sikit. Itupun sebab ini saja yang senang mau cari.


2) Makan bubur

Say no to greasy food. Apa-apa makanan yang mengandungi minyak adalah tidak sesuai diberikan kepada pengidap cirit-birit. Sekiranya anak sudah mula makan makanan pejal, adalah lebih baik jika anak diberikan makanan seperti bubur dan sup. Ini kira petua orang-orang tua. Kalau sakit saja, mesti mau kasi hidang bubur atau sup. Cirit-birit, demam malah patah kaki pun dapat hidangan yang sama.



3) Makan ubat

Sungguhpun ubat yang diberikan tidak semujarab mana, adalah lebih baik meneruskannya sahaja. Jangan menjadi ibu pesakit yang durhaka. Mungkin ubat itu mengambil masa yang lama untuk mujarab. Sekiranya sakit semakin teruk dan berlarutan, jangan malu dan segan untuk berkunjung semula ke klinik berkenaan atau ke klinik lain (mana tau lain klinik lain penyakit), tetapi jangan patah hati kalau ubatnya sama. Nama pun berusaha. Tapi bagi aku, bila ianya berlarutan ini adalah petanda untuk jumpa doktor pakar.



4) Minum kelapa

Bagi anak yang menyusu badan, tidak payah pakai air kelapa segala. Teruskan dengan apa yang ada. Lagipun doktor normally tidak akan bagi sebarang ubat makan pada anak yang masih breastfeed. Kalau ubat sapu-sapu, doktor kasi la. Bagi anak yang sudah biasa minum milo, sirap dan sebagainya, bolehlah cuba minum air kelapa. Aku pernah kasi minum anak aku air kelapa masa dia umur 1 tahun sebab cirit-birit dia teruk. Bagi aku yang bukan doktor ni, mungkin tidaklah mendatangkan bahaya memandangkan buah kelapa ni sumber semulajadi. Aku kasi minum dalam 2 oz lebih kurang. Dalam 3 kali sehari. Wah! terasa macam doktor yang kempunan pula aku ni.


5) Makan roti

Ini aku tidak pasti betul atau tidak. Tapi aku pernah terdengar dalam radio yang roti ni boleh membantu dalam mengeraskan 'output'. So, tiada salahnya untuk mencuba. Kalau nurse kerajaan pun boleh sarankan roti untuk makanan budak, rasanya tidaklah memudaratkan kan?


6) Minyak dan urut

Bila anak sudah meragam tengah malam mengganggu lena si ibubapa, mengikut mama aku mungkin sebab dia sakit perut. Mengikut petua, untuk mengetahui anak sakit perut atau tidak, kita bolehlah memegang betis anak. Sekiranya muscle betis anak (budak ada muscle meh?) keras, itu bermakna ianya positif sakit perut. Kalau tidak keras, itu bermaksud anak mungkin kurang kasih sayang atau terlebih kasih sayang. Either way, ubatnya sama saja. Sapu minyak di bahagian perut dan urut. Jangan urut ala-ala melenggang perut. Urut ringan-ringan saja. Kalau aku normally aku urut dari bawah ke atas dalam 2-3 minit. Kalau lama sangat nanti, pandai kempis pula perut anak. Lepas tu, letak minyak dan urut pula la muscle betis si anak tadi. Kali ini, gaya urutan adalah gaya bebas. Dari atas ke bawah, bawak ke atas, kanan ke kiri tidak kisahlah. Jangan di karate sudah. Bertambah meraung anak tu nanti. Mengikut mama aku, urut sampai muscle betis tu tidak keras aka normal.

Aku normally pakai minyak Poh. Tapi susah pula mo cari gambar dia. Minyak Poh ni pun macam minyak pakar. Tidak budget-friendly langsung. 1 botol kecil sudah mencapai RM14.00. Ayoooo!!


*All pictures from Google Images.


Jul 1, 2011

Pitutan




Mengikut kamus Brunei, pitutan adalah penyakit bisul pada kelopak mata. Do visit here.

Sepanjang 6 bulan ni, aku asyik mengira berapa hari cuti sakit aku sudah 'terpakai'. Entah kenapa, tahun ni macam tiap-tiap bulan aku diserang sakit. Paling kerap batuk dan selsema. Adakah kerana aku semakin TUWA, or is it because of the weather? Ya ya.. blame it on the weather. Apa-apapun masih juga faktor persekitaran yang salah kan? Hehehe

Recently, aku sekali lagi diserang batuk dan selsema. Kali ni bersama bonus pitutan. Weehuuu!! Kali ni, aku tidak diserang berseorangan. Seorang rakan turut di'ambush' oleh si pitutan.

Persoalan pertama yang keluar dari mulut si kawan "Macamna bah boleh kena ni?"

Most say - sebab kau suka skodeng orang. Orang mandi, membuang, atau sebagainya. *Apa relevannya?
Some say - sebab sekarang ni musim panas. Kalau musim panas memang penyakit ni senang mau kena. *Aku suka jawapan ni, ada unsur-unsur realistik sikit. Again cuaca juga yang salah :)
Some might say - Kena kencing lipas. *What?!! Mengarutlah. Dongeng semata-mata.

Soalan seterusnya dari si kawan "Macamna mau kasi ubat?"

Ada dua jenis rawatan yang biasanya orang pakai. First, bagi orang-orang yang tidak percaya benda-benda tahyul ni diorang akan pegi klinik/farmasi. *Good for you!

Secondly, bagi mereka yang malas mau pegi klinik atau sedang berjimat, bolehlah gunakan rawatan tradisional seperti berikut.

1) Sapukan ibu jari kaki kamu di kelopak mata yang terkena pitutan. Of course kamu kena berakrobatik sedikit, nama pun mau baik kan? Pinjam ibu jari kaki orang adalah tidak dibenarkan. *Hmmm.. ada bahan kimia ka ibu jari kaki tu?

2) Sapukan air kencing kamu di kelopak mata yang terkena jangkitan. Seperti juga ibu jari kaki, bab isu meminjam air kencing adalah dilarang sama sekali. *Euwww! Biar betul?

"Berkesankah?"

Aku pernah try rawatan tradisional yang no. 1 saja. Itupun masa aku budak-budak dulu. Kalau dari segi keberkesanannya, aku tidak berani jamin. Secara logiknya, langsung macam tidak berkaitan. Mungkin memang sudah masanya mau sembuh. Rawatan ke-2, aku tidak berani cuba. Tapi kalau ada siapa-siapa pernah cuba, feel free to inform me ok?

Setiap kali aku kena pitutan, aku selalunya biarkan saja ia baik sendiri. Pitutan ni tidak mengambil masa yang lama untuk sembuh. Paling-paling pun 2-3 hari.


Jun 28, 2011

Abdominal Pain and My Many Theories

Minggu lepas, aku diserang sakit di bahagian perut. Bukan sakit perut, more likely macam cramp di bahagian abdomen. Pakar saintis mengatakan itu kira sakit perut. Tapi sebab aku yang rasa sakit, aku cakap itu bukan sakit perut.

Sepanjang hari, aku akan rasa sakit kalau aku berada dalam postur badan 'ala-ala model' tegak tanpa terbongkok-bongkok. Akan lebih sakit setiap kali bangun dari kerusi. Mula-mula aku agak mungkin aku kena gastrik. Memandangkan sebelum tu, kawan aku diserang gastrik. Tapi macam pelik pula simptom-simptomnya langsung tidak sama. Kecuali kesukaran untuk duduk tegak.

Next thing, aku rasa aku kena cirit birit. Mungkin sebab anak kawan aku kena cirit birit. Sebabnya, 'output' aku macam ada sedikit cair berbanding biasa. Tapi waktu 'melawat' aku tidaklah sekerap mana. Macam normal saja.

Then, aku rujuk pada kawan-kawan. Aku siap mention yang aku ada rasa sakit di bahagian kanan abdomen. Someone maklumkan aku, mungkin sebab appendiks bengkak. Mengikut pengalaman beliau, ianya mengambil masa sebulan untuk sembuh dengan sendirinya. Mula la aku rasa nervous. Sebulan mo tahan sakit?! Oh Tidak!!

Lepas tu, aku fikir mungkin juga aku kena urine infection. Tapi, simptom yang aku alami mungkin setakat 10% daripada simptom yang di'fakta'kan dalam wiki.

Last sekali, aku rasa aku kena food poisoning. Aku pernah kena sakit macam ni dulu. Bezanya, sakitnya macam kurang sedikit daripada dulu. Tapi simptomnya hampir sama.

Sepanjang 2 hari, aku rasa aku qualify untuk dapat gelaran Rina M.D. Ala-ala House M.D. lah kunun. Macam-macam teori sudah aku pakai. Tolak rawatan ja aku tidak berani buat.

Kebetulan makan di luar, aku ternampak kelapa muda. Mengikut sesetengah teori, minum air kelapa muda ni bagus untuk penyakit-penyakit seperti urine infection, food poisoning dan of course chicken pox. Aku try minum sebiji memandangkan 2 daripada 3 penyakit di atas adalah a few of my many theories. Hasilnya, tidak sampai 24 jam keadaan kembali pulih seperti biasa. Amin...


May 11, 2011

Tips Memujuk Anak Manja


Laki aku cakap aku ni suka betul manjakan anak. Aku rasa kadang2 mungkin juga, kadang2 tu tidak juga. Ikut monsun khatulistiwa aku la.

Sebelum ni kami sekeluarga meraikan festival sakit mata peringkat negeri. Kenapa aku cakap peringkat negeri, sebab hampir semua kawan2 yg hntar anak di nursery yg sama confirm akan kena the famous 'red eye'. Semua pun diraikan secara berperingkat. Mula2 sekali yg paling kecik. Lepas tu, si abang, lepas tu baru si mama dan si bapa. Tempoh sembuh pula tidak sama. Mula2 yg kecik, lepas tu si mama dan seterusnya si bapa. Si abang? Sampai sekarang masih tidak sihat2 lagi. Anggap sajalah rawatan susu ibu itu betul2 berjaya.

Mangsa keadaan

Bab si Haikal ni aku kurang pasti. Sejak sakit mata ni, perangai mengalahkan budak2. Atas alasan dia sakit mata,

1) Kalau jalan mesti mo pegang tangan sebab dia tidak nampak. Jadi kerja aku pula la mo cakap lompat atau langkah. Macam cerita si apek dalam Ali baba bujang lapok.

2) Sampai rumah tidak boleh buka lampu sebab mata dia sakit. Adik aku balik kerja ingat rumah tiada letrik. Makan pun ala2 'candle light dinner' kunun, tapi ramai2.. aparah.

3) Bangun pagi/mo tidur mesti mo merengek dulu berhabis2an. Tidak boleh bangun la, tidak boleh nampak sinar la (sinar kunun.. cahaya bah tu).

Tapi apa yg aku perasan mata dia kurang merah, shit eyes (mengikut google translate ah.. hahaha) pun sudah kurang, cuma bengkak ja masih ada. Jadi pada firasat aku si Haikal mungkin ada sindrom manja-yg-melampau.

Aku sdg usahakan pelbagai metodologi..

1) Cuba pujuk cara baik --> Akhirnya dia menangis teresak2.. mo manja2 la tu konon.

2) Aku dgn hubby buat komplot (berbincang dlm max volume) mo hantar Haikal pegi klinik inject mata --> End up dia nangis semakin kuat plus kita pun tidak mo kasi takut budak jumpa doktor kan?

3) Aku puji2 adik dia kuat, itu sebab Dyana cepat sihat --> Aku pula yg sedih tengok Haikal diam2 melayan perasaan manjalara dia tu.

4) Aku cakap mo pegi taman weekends ni. Tapi org sakit mata tidak boleh join sebab nnti tidak boleh nampak playground --> mula menunjukkan reaksi yg positif sebab dia suda mula mo buka mata.

Aku rasa la, Haikal ni mgkn terlalu seronok sebab tidak payah pegi sekolah. Tapi sebagai ibubapa, tidak boleh juga ketepikan kemungkinan dia betul2 sakit. So, kita tunggu dan lihat..

May 4, 2011

Festival Sakit Mata (Part II)

Akhirnya, aku terjebak juga. Huhuhu kesian aku. Time2 sibuk, time2 susah mo cuti, time2 aku tidak teringin mo sick leave ni la aku kena juga sakit mata. Biarpun banyak langkah berjaga2 aku buat, nampaknya masih tidak mencukupi.

Baru aku bercadang2 mo pegi klinik, tiba ada orang ofis aku cakap ubat terbaik untuk sakit mata adalah susu ibu. Balik2 aku tanya, untuk confirmation la kunun. Dia cakap, titikkan susu tersebut di mata dan lap2 kan di kelopak mata.

Memandangkan susu ibu tidak mengandungi bahan kimia, maka aku minta dari sepupu aku (yg kebetulan masih bfkan anak dia), Hanaz. Aku minta lebih sikit, untuk kami anak beranak. Hehehehe..


Well, kita tunggu dan lihat la. Berkesan ka tidak. Secara teorinya aku rasa macam ada harapan.. Nantila aku update perkembangan rawatan ini.


Mar 29, 2011

Nama Pendek

Topik ini tiada kaitan langsung dgn org yg namanya si Pendek. Kepada sesiapa yg namanya pendek (literally), please move on.. there is nothing to see here.

When I named my first born Muhammad Danish Haikal, mama aku cakap nama anak aku macam nama anak raja. Bukan nama dia betul2 macam anak raja pun. Aku rasa mama aku cakap sebab nama dia panjang sangat. Macam nama anak raja gitu.

Mentua aku pula cakap, budak yg namanya panjang sangat ni bila besar sure jenis degil. Terus dia kasi example la laki aku yg namanya beberapa ketul jak tu. Baik dan mendengar kata kunun. I have no comment about that particular part (betul la kali). Mengikut firasat org dulu2 khususnya kaum kedayan, nama anak tidak boleh panjang dari nama bapanya supaya anak tu nanti mendengar cakap.

Tapi... Yes!! ada tapi2nya. Kalau la nama laki aku sekurang2nya panjang sejengkal, I raise my case. Masalahnya, nama laki aku pendek sangat. EDI.. come on.. takkan la aku mo letak nama anak aku ED, MA, BO?? Bila aku tanya laki aku senang ka kalau nama pendek sangat? Dia cakap..

"Senang bah!! Isi borang OMR time exam pun cepat, isi borang pun cepat, ruangan pun tidak banyak pakai buat jersi pun murah.."

Oklah.. betul la tu. Tapi paling best baru tadi pagi laki aku cerita. Masa dia jadi fasilitator baru2 ni, ada la pengerusi majlis introduce dia.

"Ini dia fasilitator kita. Encik 3di 4bdu1 Majid Bin Abdul Awang."

What!!!! Mungkinkah pengerusi majlis tidak sempat buat research? Atau mungkin sebab nama tu terlalu pendek maka dia tambah la 'gelaran' di belakang. Kekekeke by the way yg aku highlight tu, itu la saja nama laki aku. Yg ekor di belakang tu bukan ah.. ada juga bahananya nama terlalu pendek ni.

Mar 11, 2011

My New Pet

Jangan risau.. tajuk tu memang betul. Untuk sementara waktu ni aku ada pet baru. Bukan pun aku mo pelihara sangat, tapi sebab aku teringat petua mama aku.

Ini semua sebab sepupu aku, Anas suruh keluarkan satu serangga ni dari bilik pejabat dia. Setahu aku yang tidak berapa tahu ni, serangga ni bukanlah jenis yang merbahaya. Macamna aku tau? My mom pernah kasi tau kononnya serangga ni boleh dijadikan ubat. Cuma aku tidak berapa ingat ubat untuk apa.

Tiba2 datanglah Dr. Jurin menerangkan khasiat serangga tersebut. TING!!! Barulah aku teringat.. Mengikut Dr. Jurin, serangga ni perlu dibiarkan mati terlebih dahulu untuk jangkamasa tertentu sehinggalah ianya kering. Setelah itu, apabila digosokkan di pusat budak yang selalu kencing malam (hanya bagi budak yang melepasi tahap umur tertentu sahaja), dia akan automatically berhenti.

Memandangkan anak aku masih kencing malam (tidak setiap malam, tapi kalau terus berhenti kan bagus) walaupun sudah Darjah 1, maka aku berniat mo menyahut cabaran untuk melihat keberkesanan rawatan tradisional ini. Sama2lah kita lihat hasilnya nanti..

Oppss lupa. Nah!! ini la serangga yang aku maksudkan..


Kalau dari sudut ini nampak macam nyamuk gergasi la pula..


Ini baru la betul...