Showing posts with label He says She says. Show all posts
Showing posts with label He says She says. Show all posts

Jan 11, 2012

Sihat vs Sedap


Tajuk entry kali ni tiada kaitan dgn makanan kebaikan makanan sihat atau sedap.

Sekian.


Assalamualaikum :)

Awal pagi lagi, aku sudah buat topik perbualan dgn laki aku yg sedang berbaring di katil.


Aku : Hari ni, aku breakfast makanan sihat. Nasi putih dgn ikan rebus. Punyalah aku rasa bangga.


Setelah tidak mendapat sebarang feedback yg dikehendaki, aku pun menoleh.. Cis!! Tidur rupanya.


Aku : Adeh! Orang bawa bercerita, tidur la pula.
Laki aku : Mana ada aku tidur. Aku tutup mata saja. Aku dengar bah apa kau cakap.
Aku : Apa la aku cakap?
Laki aku : Kau cakap kau masak sedap.
Aku : Apa hal pula aku mau buang tebiat cakap masakan aku sedap pagi2 buta ni?
Laki aku : Yakah? Bukan? Jadi kau cakap apa?
Aku : Aku cakap aku breakfast makanan sihat hari ni lah!


Moral of the story, pilih masa yg sesuai untuk memulakan perbualan dan sekiranya lelaki cakap diorang dengar apa kau cakap, cuba suruh ulang balik. Sure menarik punya!


Dec 13, 2011

Happy 8th Anniversary


Assalamualaikum :)

Kalau ikutkan langsung tidak perasan kemarin anniversary kami. Nasib nurse di klinik kesihatan tu perasan tarikh perkahwinan kami 12/12/2003.


Dearest Hubby,

Happy 8th Anniversary. Mudah2an kita sekeluarga dikurniakan kebahagian, kesihatan dan rezeki dari Allah s.w.t.


Tidak sempat celebrate lagi. Mungkin hujung minggu la kali.. :)



Nov 2, 2011

Do men actually listen?


Assalamualaikum :)

Last week, bapa aku berkunjung ke KK untuk menghadiri seminar. Seperti kebiasaannya aku dan keluarga akan menentukan tempat yang sesuai untuk acara 'makan-makan'. Bila berjumpa, of course la individu2 pertama yg dicari adalah si cucu. Lepas borak2, tiba2 bapa aku serahkan satu item. Masih dalam kotak dan tulisannya semua bahasa cina. Bila aku tanya "Ini apa?", bapa aku jawab "Mama kau yg kasi".

Sebab aku masi konfius, aku tanya balik. "Untuk apa?" Dengan selambanya dia balas, "Dia suruh kau cuba bah tu!"

Aku buka kotak tersebut, di dalamnya terdapat sejenis krim muka (aku rasalah). Bila aku buka krim tu, isinya kosong! Apa yg sebenarnya kena suruh cuba?

Tiba2, aku terbayang. Mungkin masa mama aku buat 'pesanan ringkas' berbunyi.. "Bagi sama si Rina. *blablabla* Jangan lupa!" Dalam kes bapa aku, mungkin dia cuma dengar ayat pertama dan terakhir daripada 'pesanan ringkas' mama aku.

Suatu masa dulu, zaman perdana aku (kunun zaman remaja), aku amat memahami situasi bapa aku. Aku rasa mama aku suka sangat membebel tentang perkara2 yg aku rasa sangat remeh. Bila mama aku start membebel, aku mula on anti-nag mode aku yang mana bertanggungjawab untuk membuat saringan perkataan2 yang penting sahaja.

Itu dulu. Bila kita sudah ada keluarga dan tanggungjawab sendiri, sekarang aku lebih memahami kenapa mama aku suka membebel. Normally, bila perempuan meminta lelaki melakukan sesuatu kerja, mereka gemar memberikan arahan2 yang spesifik atau mungkin kebaikan dan keburukan sekiranya kerja tersebut tidak dilaksanakan dengan segera. Let say, kita cakap "Tolong buang sampah. Penuh sudah. Nanti berulat."

And probably most men only listen to "Tolong buang sampah *bila2 masa kau free*". My hubby for example, bila aku suruh beli barang "Tolong beli susu budak. Jenama X 1+ punya, perisa madu, saiz kecil". Balik dari kedai, dia beli susu jenama Y, 3+, perisa coklat dan bersaiz besar. May be, just may be laki aku cuma dengar aku cakap beli susu budak. The rest of the sentences, he probably hear me singing I love you like a love song by Selena Gomez.

Sometimes, I really want to dive into men's mind and see where does our so called messages went to. Primary memory? Secondary memory? or is it cache memory waiting to be flush?

Yes I know, women tend to talk too much. Macam mau bagi ceramah. Cukup dengan introduction, isi kandungan and finally, kesimpulan/rumusan. Tapi sayangnya, berapa banyak pun patah perkataan yang digunakan, lelaki hanya dengar sedikit dari introduction dan part sekian terima kasih (if any).

Memandangkan perempuan is a creature with many words, perhaps kalau kita guna less words mungkin men will somehow listen. I asked my brother to clean-up his bed. Dia cakap nanti. Which is not the answer I hope to hear. Then, I started my ceramah. Mungkin sebab dia malas mau dengar aku membebel, he suddenly marched to his room and clean up his bed. Orang cakap sukur2 saja, tapi bagi aku at least dia buat.

So, the experiment failed. Yesterday balik dari sekolah, Haikal was so thoughtful dia angkat beg sendiri, beg si adik dan pegang tangan si adik while I was busy mengangkut barang lain dari kereta. Magically, I used 3 words rather than hundreds. "Thank you Haikal".

Mungkinkah agaknya, the reason why women nag all the time because we're constantly trying to remind men what to do. But when men actually listen rather than pretending to listen, women will be happier and nag-free. In marriage this is what we called World Peace!




Sep 14, 2011

Sedap, Boleh Tahan, Bolehlah..

Assalamualaikum :)


Selalunya bila kita tanya orang di mana tempat makan yang sedap, kita akan dapat macam-macam feedback. Highly recommended, sedap, boleh tahan, bolehlah, biasa-biasa saja dan last sekali tidak sedap.


Last Sunday on the way pergi ke tamu Tuaran, laki aku mencadangkan untuk sarapan + makan tengahari sebelum sampai ke pekan Tuaran. Baru saja aku mau angkat tangan untuk mencadangkan cari makan di pekan Tuaran, tiba-tiba laki aku memecah keheningan pagi dengan soalan berikut.


“Boy, di mana tempat makan yang sedap di kawasan ni?”


Since my younger brother tiba-tiba pula mau ikut kami jalan-jalan last Sunday, maka dia dengan penuh semangatnya mencadangkan satu tempat. Tinggallah aku menahan perasaan. It’s not that I’ve already have a place in my mind. Cuma I don’t really trust my brother’s palate. Everytime bila kita tanya, “Sedapkah?”


The answer will be and always be “Sedap!”


Kadang-kadang jawapan dia menjadi bahan gurauan kami. "Kau kalau buaya masak kicap pun sedap". Sampai di tempat makan yang sedap ni, kononnya dia recommend soto di sini is the best. Bila aku order (which aku sangat menyesal), tidak la melawan soto Hj. Paijan (hanya orang Labuan saja yang kenal). My hubby order tom yam seafood, my brother nasi goreng paprik dan Haikal mee goreng ayam. Tom yam seafood (macam terlalu manis), paprik macam biasa-biasa ja tapi mee goreng dia boleh tahan. Akhirnya, soto tidak habis, tom yam tidak habis, maka tinggallah bapa buaya sama mama buaya menunggu kalau-kalau mee goreng tu tidak termampu dihabiskan oleh si Haikal. Tapi hampa, mungkin sebab sedap habis la pula sepinggan.


Oklah, anggap sajalah aku ni jenis cerewet kalau bab makanan. So does my mom and my younger sister. In my case, I complaint a lot but when it comes to my cooking, I complaint too. Kira fair and square la kan? Boleh dikatakan, I have the passion to cook but somehow I have ciput talent. Kira rajin masak, tapi masakan tidak juga sedap-sedap. Aku masih berharap teori "Practise makes perfect" tu akan menjadi kenyataan sebelum aku tua.


Dalam filosofi adik lelaki aku, cuma ada 2 teori. Samada masakan itu sedap, atau boleh tahan. But never biasa-biasa saja atau tidak sedap. Sama ada dia ni orang yang optimis dan jujur, atau dia memang tiada deria rasa. Based on saiz badan, mungkin pilihan satu lebih tepat.


My younger sister in the other hand, is in another level. Bab merasa masakan, normally dia failed. Especially kalau kena tanya apa bahan yang kurang. But, bila kena tanya sedap atau tidak usually jawapan dia menepati citarasa aku. Either sedap, boleh tahan, biasa-biasa ja atau alum ku nyanyat bebalik ke mari (sure aku tidak datang balik).


My big brother boleh dikategorikan dalam pihak berkecuali. Compare to my younger brother, I prefer my big brother punya taste. Even though anytime kita tanya soalan sedap atau tidak, he usually says ok but somehow his motion akan menjelaskan lagi jawapan ok tersebut. Kalau dia cakap ok sambil kepala dia mengangguk means “sedap”, kalau dia cakap ok sambil ketawa-ketawa means “kau rasa la dulu”, kalau dia cakap ok sambil hesitate mau angguk atau geleng sambil buat-buat muka means “nope”.


My mom, selalunya jadi bahan rujukan aku kalau sedap atau tidak. She got the passion and the talent for cooking. That’s why la kami semua jarang makan di luar. Somehow, we already have the best cook in the world. Bapa aku pula, macam tradisi dia tidak pernah mention masakan tu sedap atau tidak melainkan dia rasa macam mau kipas-kipas mama aku. Tapi that’s it! Pujian ‘kipas’ is just for family, which kita tau hanya untuk mengembangkan hati si tukang masak supaya lebih rajin memasak :).


Aug 15, 2011

Kren Terbalik..


Assalamualaikum :)

Dalam perjalanan pulang dari membeli persediaan berbuka. Laki aku memulakan cerita.

Hubby : Ada kren terbalik kali semalam.
Aku : Di mana?
Hubby : Di sekitar sini.
Aku : Di sini. (Sambil membuat tinjauan style orang tidak pernah tengok kemalangan)
Hubby : Mungkin terbalik lepas terkena kabel letrik.
Aku : Macamana pula terbalik kalau terkena kabel? (Bukankah sepatutnya tersangkut?)
Hubby : Mungkin la.. itu la sebab karan (letrik) kita tidak kuat semalam.

Para hadirin sekalian,
Pada malam kejadian, bekalan letrik di kawasan perumahan kami tiba-tiba berkurang. Yang mana, hanya sebahagian barangan letrik sahaja yang dapat dibuka. Ini termasuklah kipas, yang kami pusing sampai no. 5, tapi kelajuannya setakat no. 1 saja. Lampu, langsung tidak boleh buka. Mungkin sebab rasa bersalah mengurangkan bekalan elektrik, kami akhirnya dapat membuka TV untuk seketika. Yang mana akhirnya malap jua.

Actually laki aku berniat untuk membuat ulasan kejadian ini dengan kemungkinan insiden kren terbalik. Untuk makluman, actually tiada pun kren terbalik. Aku saja yang terlebih excited. Maklumlah, intro tiada tiba-tiba cakap pasal kren terbalik. Well, what to do. He's a man of a few words.


Jun 20, 2011

Father's Day

Assalamualaikum,

Sambutan hari bapa kami tidaklah semeriah mana. Setakat dihujani ucapan2 mesra dari isteri tercinta pun cukuplah. Hajat hati mo bawa hubby makan luar. On me la kunun. Last2 yg dirai pula yg membelanja. Hehehe

Lepas tu, Haikal bawa jalan2 pegi Toy'r'us. Mo beli kereta 'Car'. Aku guna voucher RM10 aku tu, yg lain babah dia yg top up. Once again, babah yang belanja. Ish ish ish..

Sampai rumah, Haikal siap bisik2 dengan aku..

Haikal : Mama, mari kita kasi hadiah sama babah.
Aku : Haikal mo kasi hadiah apa?
Haikal : Bola bowling lah..
Aku : Babah ada juga sudah.
Haikal : Apa2 lah..

Atas rasa mo sambut juga hari bapa, aku tanya laki aku. Macam penat pula main hiding behind the bush ni. Mula2 aku offer cake. Dia cakap tidak payah. Bikin gemuk. Last2 aku tanya dia mo apa? Dia cakap iPhone4. Hamboi2 laki aku.. pantang ditanya..

Anyway, Happy Father's Day!


May 20, 2011

He says She says

Hari ni aku merasmikan topik (label) baru dalam blog aku He says She says. Topik ni bertujuan mengupas isu2 semasa masyarakat masa kini. Fuiyooo.. boleh suda aku sign up jadi protege Karam Singh Walia. Perasan sungguh!

Actually tidak la seserius itu. Hubby and I suka main2 teori. Bila ada sesuatu kejadian pelik berlaku khususnya surrounding area, kami suka membuat sebarang teori yg mungkin. Saja ja untuk hiburan. Itu sebab dalam kebanyakan kes, aku tidak akan dedahkan sebarang nama bagi memastikan identiti individu tidak tercemar. Aiseh!! Padahal sebab mmg kami tidak kenal pun.. hehehe..


Situasi :
Seorang gadis remaja membeli ikan ketika aku sdg sibuk memilih saikon wing (chicken wing). Sebab aku malas mo peduli, aku pun tidak la pandang sangat. Bila sesi timbang menimbang berlaku..

Tukang timbang : Ini saja?
Awek : Iya.

So, si mamat tukang timbang pun mula la menjalankan tanggungjawab menimbang dan menampal sticker harga. Lepas tu dia bagi si awek.

Awek : 76 sen ja?
Tukang timbang : Iyalah. Itu saja kan?

Aku yg tadi buat dunno terus toleh. Mo juga tau apa yg murah sangat tu. Rupanya ikan basung. 2 ekor ja. Yang paling kecil lagi.. Dia pun cari la kawan dia. Aku tengok kawan dia sedang pegang2 Maggi.

Apa yg disaksikan oleh aku (aiseh), turut sama disaksikan laki aku. Masuk dalam kereta, kami mulakan main2 teori:


She says (aku)
Mungkin sebab awek2 tu mo memancing. Jadi dia beli umpan la. Bukan pakai banyak sangat pun kalau mo buat umpan. Atau mungkin sebab dia mo jadikan ikan basung tu sapak* maggi dia kali.

*Sapak - Macam kita masukkan telur dalam Maggi. Tapi kali ni masuk ikan.


He says (laki aku)
Mungkin diorg mo berjimat bah tu. Ujung bulan kan.. itu ikan potong 5, boleh makan sampai 5 hari.


Verdict
Winner : He says..
Tapi ayat pertama saja diterima pakai. Ayat seterusnya kira merapu suda..


Additional Info
Sebab aku tidak confident nama ikan basung dlm bahasa melayu (ada yg cakap sardin), maka aku tunjukkan gambar. Siapa yg tidak kenal ikan.. ini lah masanya kamu kenal si ikan basung.