Showing posts with label My style. Show all posts
Showing posts with label My style. Show all posts

Jul 26, 2013

Baju Raya


Finally it's here!!

Assalamualaikum..

Aku hantar kain baju raya aku untuk dijahit dalam bulan Mac 2013. Dengan harapan awal ramadhan sudah boleh siap.

Tunggu punya tunggu, telefon tidak diangkat, mesej pun tidak dibalas. I was worried ok.

Disebabkan aku risau, aku hantar a few kain lagi di tempat lain. That was my plan B. Not confident in my plan B, aku hantar kain di kedai lain lagi.. and that my friend is my plan C.

This is the fact. 

Plan A ~ 4 (mine) + 2 (Dyana) = Total 6 baju raya.
Plan B ~ 6 (all mine)
Plan C ~ 1 (mine) + 1 (Dyana) = Total 2 baju raya 

Wow! I put so much effort for this coming raya kan? Not knowing that our trip to London is on the 4th raya. Jadi persoalannya ialah.. Bilakah masanya aku mau pakai kesebelasan baju raya aku? In London? TET!!! Tidak sesuai.

Luckily, aku tidak jadi ke London. :)

Plan A aku macam ada sedikit kesukaran. Syukurlah plan B aku berjalan lancar. Manakala plan C aku, baru siap kemarin.

Nampak aku banyak berbelanja tahun ni kan? Not really. I'll explain later.

Dijadikan cerita, tadi aku terjah plan A aku. Agaknya memang nasib aku, atau tukang jahit tu betul-betul malas mau tengok muka aku yg setebal tembok besar cina, plan A siap juga.


 Baju Dyana. Kain ni aku beli beberapa tahun dulu. Baru tahun ni berjaya jadi baju.


 Kes yg sama. Baju Dyana yg baru jadi baju. Kalau tidak silap aku beli RM15, 4 meter tapi pakai 2 meter saja. 


 Mine. My mom yg kasi. Lupa dia beli di mana. 


 Ngauuuummmmm!! Hahaha... mine. My sis yg belikan. Did not remember where. 


Mine again. My super generous mom yg kasi. Don't really care dia beli di mana.  


 Of course mine. My mom belikan on her trip to Vietnam.  Nice Eh?


(Pandangan belakang) 
Erkkkk!!! Apakah?? Is this a new trend?
As if I'm making a statement 'not to forget your behind need some flowers too!' 
Aiyyyaaaaa!!!
Alasan tukang jahit, tidak cukup kain...  T______T


Jul 24, 2013

Demam Korea

Assalamualaikum :)

Amboi.. balas dendam nampak.. hahaha..

Aku "streessssssss" bak kata Gary sshi.. 

Sejak akhir-akhir ni, aku diserang demam korea. Ini semua disebabkan RUNNING MAN.


Let see..

Minat
Dulu, setiap kali orang cerita pasal drama korea, aku senyum saja. Tidak berminat dan tidak mau tau. Paling-paling pun aku tengok cerita Winter Sonata. Itu pun sebab ada geng beli CD original. Sekarang, pantang running man buat showcase pasal drama itu ini, semua pun aku bantai tengok. Ish ish ish..

Makanan
Dulu, abang aku makan kimchi aku langsung tidak minat mau rasa. Thanks to running man, aku bersungguh-sungguh betul cari kimchi di pasaraya semata-mata mau tau rasanya macam mana.

Fesyen
Dulu, anak-anak aku pakaian bukan main sempoi lagi. Sekarang, beli seluar anak pun mau bright color. Siap pilih skinny jeans ala-ala Jae Suk sshi lagi. Malangnya Haikal tidak berkenan dengan color yg terang belaka ni. Nasib saja anak dara aku tu ok.

Gelaran
Dulu, setiap kali aku geram dengan Hakim mesti aku teriak HAKIM! Sekarang, aku teriak Kim Jong Kook. Apa kes?

Holiday
Dulu, kalau sebut luar negara memang aku tidak minat mau pergi. Sekarang, bila sebut pasal holiday semua pun Korea. Adui...


Bright color - Skinny jeans - flower shirt??


Aug 27, 2012

Shopping baju anak


Assalamualaikum :)

Selalunya, bila beli baju anak mesti si mama yang kecoh. Peranan si bapa, setakat beri cadangan color saja. Itupun kalau diterima si mama. Hehehe

Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, aku beli baju anak bila dekat raya. Masa-masa lain.. macam tidak sesuai orang bilang. 

Orang macam kami, yang mempunyai perbelanjaan terhad dan sudah tentu banyak tanggungan sudah semestinya cara perbelanjaannya tidak sama dengan orang yg ambil barang main campak-campak saja. Banyak faktor perlu dipertimbangkan.

Ada sesetengah orang, sanggup berhabis-habisan beli barang berjenama walaupun pada hakikatnya tidak mampu. Entah kenapa, bagi aku pendapatan terhad membolehkan aku untuk berbelanja lebih bijak dan sudah semestinya memandang jauh kehadapan. Nun jauh di sana, tidak kelihatan lagi.. Hohoho

Tidak salah rasanya kalau berpendapatan besar pun mengamalkan perbelanjaan bijak. Maka kuranglah pembaziran.. :). 

Anyway, seperti anak-anak orang lain, anak aku pun pandai membesar dengan jayanya. Oleh sebab itu, anak-anak tidak perlu dibelikan pakaian mahal berjenama London, tapi cuma boleh pakai tidak sampai setahun pun. Begitu juga kasut. 

Terdapat beberapa perkara perlu dititikberatkan bila beli baju anak. Bagi anak yang berusia 5 tahun ke atas, adalah penting untuk beli baju atau seluar satu saiz lebih daripada saiz sebenar. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, bila aku beli baju atau seluar mengikut saiz asal, baju tu cuma boleh dipakai setahun sahaja. Tapi kalau kita lebihkan lagi satu saiz, contohnya sekarang pakai saiz M, cuba beli saiz L. Pakaian mungkin masih boleh muat dalam tempoh 2-3 tahun lagi. Bergantung kepada tumbesaran anak anda. 

Lepas tu bila beli baju, si mama tidak boleh syok sendiri. Perasan baju yg dipilih tu habis lawa sudah.. rupa-rupanya anak tidak berkenan. Nah.. kalau sudah anak tidak mo pakai, siapa kau mo suruh pakai? Kau? Perlu ambil kira pendapat anak. Kalau aku, aku suka tanya color apa diorang suka. Biarlah kalau pun satu almari baju dia warna merah.. yg penting dia pakai. Just make sure, baju-baju tu tidak seragam macam team bola sepak. 

Kalaupun sudah terbeli baju yg extra 1 saiz tu, jgnlah pula di alter panjang pendeknya. Kalau boleh lipat saja. Nama pun mo ekonomi. Seburuk mana pun pakai, kalau budak-budak sure cute punya. Lainlah kalau mama sama bapa budak. 

Lagi satu, bila beli pakaian terutama seluar jeans, aku selalu pilih seluar yg boleh diubah saiz pinggangnya. Lecehlah mau suruh anak pakai tali pinggang segala. Lagipun anak aku kan slim, maka harus cari seluar yg boleh diubah ukuran pinggangnya.




Bab jenama aku tidak memilih sangat. Memang betul kadang-kadang baju murah ni kualiti kurang baik. Bah, janganlah beli yg tiada kualiti. Carilah barangan berjenama tapi tengah sale besar-besaran punya. Kita pun bukan mo beli sampai 10 pasang. Cari harga 50-70 % less. 

Apapun, kena selalu ingat. Baju anak boleh pakai 1-2 tahun saja. Tidak perlu bermewah. Bagus simpan duit masuk tabung anak. Esok bila dia sudah kerja, biar dia sendiri beli baju mahal-mahal. Kita sebagai ibu bapa setakat provide keperluan cukuplah. Bukan kehendak. Bila beli jangan la pula beli macam mau buat kedai baju. Secukupnya. Seluar dalam 3-4 helai, tapi baju biar banyak. Janganlah pula sampai almari tidak muat. 

Kesimpulannya, berbelanja ikut kemampuan. Di masa akan datang anak pun kena belajar. Belum tentu lagi belanjawan pendidikan masa akan datang setakat 2-3 ringgit. Pinjaman pendidikan memang banyak, tapi bagi aku kalau boleh aku mo kurangkan anak aku berhutang dan mula menabung untuk masa depan. Kita pun belum tentu hidup lama :). 

Fuhhhhh... jauh betul pandangan aku.. ;)


Aug 9, 2012

Kasut


Assalamualaikum :)

Sungguhpun projek membeli kasut raya hanya akan berlangsung pada hujung minggu ni, tapi aku sibuk juga mo share ciri-ciri kasut impian aku. Just in case klu ada manusia-manusia yg beminat mau belikan kasut, diorang hanya perlu refer pada post ini. However, ciri-ciri kasut impian ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.

I'm a very practical  and low profile person. Kalau boleh apa-apa yg aku pakai atau guna haruslah mempunyai ciri-ciri yg munasabah dan tidak terlalu menonjol. I'm definitely not a Fashion Icon. I mean, come on.. I wear t-shirt and jeans almost all the time except to work. Not a lady like t-shirt, just plain t-shirt macam t-shirt2 free yg kau dapat kalau ikut apa2 program memancing, marathon and etc. Not exactly yg ada gambar ikan atau orang lari2.. but you know what I mean. 

Menjelang hari raya, usually aku suka beli kasut yg a bit updated daripada yg usually aku pakai. I usually wear selipar jepun (bah kutuklah aku.. hehe). Since I'm not that good wearing high-heels tapi tetap juga aku minta puji tidak mau kalah malu sama cousin mousin yg muda belia. So, aku perlu cari kasut yg lawa tapi selamat. That's why I prefer wedges. :) Tapak haruslah rata tapi sedikit bertumit. Tidak mau yg terlalu tinggi sebab kita pun tidak mau bergaya sakan, tapi baru 2-3 langkah sudah terpelecok dekat tepi longkang (Ok I'm exaggerating a bit but it might happen kan?). Sudahnya, konon mo bergaya alih-alih landing bergaya la pula. Lagi-lagilah raya tahun ni. Jangan aku, dengan anak sekali terjelepok dan terhumban. Jauh-jauh palis.. 

There many type of wedges. Aku prefer yg tidak leceh dipakai. Kalau boleh, sarung tanpa perlu memudaratkan pinggangku yg nyata tidak lagi 'tulang besi' seperti suatu ketika dulu. Lagipun, aku tidak mau jadi penyumbang utama kelewatan rombongan cek kiah beraya. Tidak best!

I'm interested dgn wedges yg ada air-con semula jadi. Ada air-circulation kunun. Kaki pun mo bernafas tau!

Bab color pula, aku suka beige. Hitam macam tidak sesuai aku rasa. Tidak tau kenapa. Mungkin beige lebih menyerlahkan kejelitaan kaki yg tidak berapa jelita ni. 

Kira-kira itulah saja ciri-ciri kasut impian aku (buat masa ni). Jumpa atau tidak, wallahua'lam.. 


Kira2 beginilah rupanya. Cuma perlu kurangkan keincian dan tiada strap. Hamboi.. mo macam2 lagi. Kalau tidak jumpa juga laki aku mencadangkan..







Itu dia.. macam2 color ada. Pilih ja mana satu. Jangan lupa kasi matching dgn baju kurung yg mahal-mahal tu.. :)



Kalau si mama bukan fashion icon, tapi bukan anaknya.. Presenting Dyana with TECHNOLIMPIC!! Mana boleh cari apa yg tergantung dilehernya tu. Belum lagi baju yg di tuck-in kemas ke dalam seluar. Paling mahal, senyuman yg kaya dgn keikhlasan tapi miskin gigi. Hahahaha




Jul 8, 2011

Fashion upgrade


Assalamualaikum :)

Semenjak sehari dua ni, aku beria-ia betul mencari shawl. Asalnya, niat mau membeli tudung express, tapi disebabkan hati yang tidak keruan (terlalu banyak pilihan) plus harga yang kadang-kadang macam tidak logik. Maka aku berkira-kira untuk mengupgrade style tudung aku. Setelah bersungguh-sungguh membuat research tentang macammana mau pakai shawl, finally I decided to give it a try.

Kepada sesiapa kenal aku, aku ni kategori orang yang selalu (sangat selalu) ketinggalan keretapi. Bukan setakat ketinggalan segerabak dua, tapi ketinggalan sezaman dua. Hahaha.. Agaknya mungkin sebab aku suka yang 'familiar' saja.

For example, I married my husband which actually my classmate many years ago. Aku pakai t-shirt everywhere kecuali ke majlis kawin atau kerja. I also comfortable wearing selipar jipun everywhere I go (kira satu pakej dengan t-shirt la). And I used to wear tudung bawal hitam all the time! (but not anymore.. hehehe).

Kadang-kadang tu, ada terfikir juga untuk upgrade a few things. Of course, laki aku is definitely not one of it! To my hubby, if you read this.. TIDAK TERLINTAS OK.. hohoho. Pasal t-shirt, aku memang prefer benda-benda yang tidak menyusahkan. Tidak perlu iron of course adalah satu kelebihan dan yang paling penting tidak membebankan. Manalah tau, tiba-tiba terdapat situasi yang memerlukan aku berlari macam Watson Nyambek (ohooo.. nampak betul ketinggalan zaman), aku tidak maulah harapan orang ramai berkecai selepas tengok aku tergolek setelah melangkah lebih kurang 2 meter jauhnya hanya disebabkan aku terlalu sarat dengan lebihan-lebihan kain yang tidak sepatutnya. Kenapa aku yang kena lari? Sebab aku rasa aku lagi laju dari orang lain, terutama sekali bila berada dalam situasi bahaya. Boleh?

Satu lagi, aku kategori orang yang tidak suka berbelanja ala-ala 'shop till you drop'. Kalau aku ni macam kereta, bolehlah aku ni dikategorikan sebagai low-maintenance punya kereta. T-shirt aku, sungguh pun ada a few (dalam 5-6 helai) akan ku pakai sehingga koyak. Bila koyak pula, akan ku jahit sebaiknya dan pakai semula. Mungkin sebab aku sudah terbiasa. Hehehe. T-shirt tersebut hanya akan dibuang atau disedekah hanya bila ianya tidak dapat diselamatkan atau tidak muat :D. Mungkin juga sebab aku suka feel yang familiar bila pakai baju tu ;).

Bab tudung, aku ada sedikit perkembangan. Sungguh pun ketinggalan, tapi at least ada pergerakkan. Even though aku start pakai tudung express after my hubby accidentally merosakkan tudung bawal hitam kesayangan aku dengan mengironnya pada suhu yang sangat luar biasa, umumnya aku jarang beli sendiri. Most of it, aku recycle dari my mom yang jauh updated dari aku. Bila aku try beli sendiri, mulalah aku terfikir harga tudung-tudung express ni macam tidak boleh diterima akal. Tambahan lagi, penjagaannya (cara cucian dan lipatan) amatlah leceh. So, takkan la aku mau pakai tudung bawal balik? Tudung bawal sekarang ni pun mau capai atau mencapai RM100.. ohooo macam bukan polisi aku pula.

Melihatkan harga shawl agak reasonable, maka aku berkira-kira untuk mencuba. Mencuba shawl di masa-masa sekarang ni, aku rasa tidaklah pelik sangat. Kira sedang-sedang gitu. Bagi aku pemakaian shawl mungkin ada sedikit leceh berbanding tudung express but much better than tudung bawal memandangkan aku masih menggunakan tudung bawal untuk bekerja. Hehehe degil kan? Bertemankan geng BS, aku akhirnya berjaya membeli 3 shawl plus 1 inner neck hari ni. Well done!