Nov 3, 2017

Korea trip : Day 5 - Jeju Short Trip Day 1


Assalamualaikum,

Walaupun aku tau secara relatifnya kamu akan jeles.. "Pergi Jeju lagi kamu? Wahh!!!", hakikatnya bagi orang-orang yang tidak mau rugi macam kami mengamalkan satu moto sepanjang trip ni. Biar tidak tidur, yang penting berjalan puas. Antara punca kenapa kami tidak memilih hotel sebagai penginapan utama. Biar la tidur tidak selesa, yg penting kami boleh pegi Jeju naik Jeju Air. Kau boleh? 😉

Disebabkan moto kami nan satu tu.. maka, kami telah mengorbankan banyak masa tidur kami. Ewah... Di awal pagi lagi, seperti mana warga korea, kami berhajat untuk beriadah. Tapi riadah kami bukan la di tipikal Hangang River. Kami ke Rail Park. 

Awal pagi lagi kami sudah meredah subway macam ja mo masuk ofis, menuju ke Rail Park. Sila google lokasi di mana ya.. I is forgot! 😁 Biann...

Of course penyumbang idea untuk pergi ke sini? Hakak la.. semata-mata sebab Running man pernah buat penggambaran di sini. 😅

Sampai ke kawasan, lepas beli tiket yg ofkos, aku tidak ingat jumlahnya.. (sila la google) kami terus di bawa ke kawasan taklimat. Jangan la berharap kawasan taklimatnya dalam dewan, ada air-con dan tayangan video.. cukuplah setakat staf yang berusaha keras menerangkan dalam prosedur dalam bahasa korea. Jangan sedih kalau tidak faham, sebaik sahaja kita duduk dalam cart itu, diorang akan explain semula in simple english. Yang penting ko paham main point dia cukup. Segala intro dan rumusan tu.. tidak rugi pun kalau tidak dengar.

Kami ambil cart utk 4 orang. Ada 2 jenis ja pun. Untuk 4 orang dan untuk 2 orang. Disebabkan kami bertiga, adalah logik untuk pilih cart untuk 4 orang. Tidak salah kalau pilih cart 2 orang, yg lone ranger tu.. haruslah lebih gigih, lebih stamina dan lebih fit which of course langsung tidak menggambarkan kami bertiga. 😅

Sepanjang kayuhan kami.. pemandangan memang superb. Tapi kualiti gambar tidaklah seindah mana. Tangan bergegar beb! Kau try la kayuh. Mana lagi mo maintain kelajuan.. maintain nafas.. kalau suda kaki pakai gear 5, mana kan tangan tidak terkesan. 

Perjalanannya sangatlah ohsem. Sepanjang kayuhan, kami nampak sungai sepanjang-panjangnya. Sesekali kami masuk dalam terowong yang dilengkapi feel-feel pub drive-tru. Ada lagu-lagu disko, lampu-lampu lip-lap dan sebagainya. Berhenti is no no ya.. nanti akan berlaku perlanggaran. Kalau pelanggaran membolehkan si Hisyam dapat amoi korea tidak apa la juga. Kalau melibatkan ganti rugi... palis-palis.. hahaha



Bangunannya buku, tapi bila masuk berkayuhlah pula.



Cart di depan. Masa ni tangan masih gagah lagi klik-klik kamera. Maklumlah awal perjalanan. We all tak pandai ber wefie. Generasi X la katakan.. 😀



Sesi taklimat. Berpanas-panas.. berpandang-pandang dengan tourist lain 
(tak paham punya pasal)😉



Sesungguhnya sepanjang perjalanan kami asyik berfikir.. kalau kena berkayuh begini lama, begini jauh tanpa berhenti.. bolehkah kami menempuhi dugaan? Atau perlukah kami berunding dengan orang belakang untuk kayuh dengan lebih perlahan?

Betapa gembiranya kami bila dapat tahu, kami naik pengangkutan lain untuk balik ke pangkalan. Syukur la nak.. 🙆


Kami turun dan naik station ni untuk ke Rail Bike.



Lepas aktiviti 'mengeluarkan peluh' kami berangkat terus ke Jeju. Pengalaman naik airlines Jeju Air ni, memang di luar jangkaan. Buang jauh-jauh kalau kamu expect untuk naik flight yang memboringkan seperti mana flight ke KK-Labuan. Naik flight tidur, bangun kejap, tidur balik. Diorang ada games yo!! Hahaha walaupun setakat games main oo-som (di Sabah panggil choose).. yang penting pemenang akhir dapat hadiah. Kesimpulannya, tidur tu memang tidak la.

Perjalanan tidak lama. Lebih kurang 1 jam atau mungkin kurang. Flight kami memang beli siap-siap secara online. 

Kami sewa kereta sepanjang di Jeju. Segala urusan tempahan dibuat secara online di tanah air nan tercinta. Driver sudah ditetapkan. Hakak jadi main driver, Leyana jadi 2nd driver. Harus diingat driver seat di Korea di sebelah kiri ya.. Disebabkan Jeju tidak banyak kereta dan susah untuk dapat pengangkutan awam, maka.. begitulah kejadiannya.

Lesen antarabangsa yang orang gembar-gemburkan.. bila aku pegi JPJ untuk apply, dengan muka confuse pegawai dia cakap.. lesen antarabangsa ni sebenarnya untuk student ja. Sebab diorang duduk sana lama. Kalau tourist macam kita, pakai lesen kita pun laku. Tapi sebab untuk sewa kereta lesen tu penting untuk insurans.. maka aku apply saja la.

Awal-awal sampai.. bearing ada lari sikit. Biasalah orang tidak biasa. Tapi bagusnya tidak pula kena hon. Kalau tidak bertambah panik la hamba. Hehehe


Kami stay di the Forest. Tempah dari Malaysia lagi. Review bagus.. maka jadi pilihan utama. Tau apa yang lagi best? Owner lancar bertutur dalam bahasa inggeris. Lagi mudah la mo buat pertanyaan pasal trip di Jeju. Bukan owner sahaja, malah isteri dan anak dia pun fasih. So, momantai la kalau mo minta tips apa-apa. Yang tidak best, parking susah. Bagi rakyat manja yang sudah biasa dimanjakan dengan parking besar-besar, tiba-tiba ko kena parking di kawasan sempit dengan kereta yang azalinya ada kelainan dari negara kau.. memang susah la. Tapi disebabkan ownernya budiman, maka.. dia yg tolong park.😀



Lepas check-in, owner suggest kami jalan-jalan di pasar berhampiran. Jalan kaki ja. Takut susah mo dapat parking once sda keluar. Tempat ni pun antara tempat penggambaran Running man. Banyak jenis buah yang menarik. Hallabong orange dan strawberry sangat mencuri tumpuan. Tapi last-last kami beli strawberi yang nampak sangat subur. Hallabong orange tu mahal la pula.

Balik hostel, we all harus tidur. Esok masih ada...💗

No comments:

Post a Comment