Oct 2, 2015

Korea Trip: Day 3 - The Tenacious Do's Went to the Famous Nam's


Mengikut jadual yang telah ditetapkan, kami Do.Do.Do *LOL* ** telah bersiap awal untuk menaiki keretapi menuju ke Nami Island *Yippy!!*. Kami beli tiket lebih awal sebab-kami-takut-tiket-habis sebagai langkah persediaan.

**Do.Do.Do is a different version of Do.Re.Mi the most famous trio in Malaya (now Malaysia) long time ago. Do is the chubby one, Re is the tall one and Mi is the small one. But since we have the genes of Do, I'll just call us Do's.

Disebabkan kami bertolak awal, kami memulakan langkah dengan mencari mangsa-mangsa tempatan untuk berbual-bual kosong *yeah right*. Asalnya, soalan kami lebih berkisar, naik train di mana, turun di mana dan sebagainya. Mungkin sebab terlalu banyak info dan komunikasi yang kurang berkesan kami akhirnya berada di landasan yang betul cuma salah train. Manalah kami sangka rupanya landasan tu digunapakai oleh banyak train *aiyooo*. Keep in mind, kalau tiket tertulis jam 8.59 pagi, jangan pandai-pandai naik train jan 8.57 pagi. 

So, change of plan. Kami bersetuju tukar plan melawat ke Goyang and of course the famous Nam's : Namdaemun market dan Namsan Tower

First, kami pergi ke Goyang. Memandangkan Goyang tidak termasuk dalam kamus must-visit aku maka aku sendiri tertanya-tanya apakah-bendanya-goyang-ni? Bila sampai baru aku perasan rupanya Goyang apa. *eheh*



One of the Do's is standing right at the cat's 'behind'


 Bought the entrance ticket for 7000 won


The most decent picture I manage to take.
If-only-I-could-cut-out-the-model-though *sigh*


Tulip's fans around the world.. Put your hand's up!!


Caught my eyes instantly. Rainbow rose.


*Ehem* Alang-alang sampai.. haruslah dicoba. 
Nasib baik ada saiz. 
More like a servant than a queen kan? *LOL*


Rasanya kalau mama aku ikut trip ni, sehari semalam pun tidak cukup. Bagi kami The Do's ni, tangkap gambar dan kirim sajalah. Bukan boleh bawa pun. Apapun kawasan festival ni tersangatlah luas. Siap ada seksyen lagi. Tapi kami pergi mana yang termampu sajalah. Maklumlah, kaki mau pakai lama. Lagipun hujan turun mencurah-curah la pula. Nasib baik la kami tidak jadi pergi ke Nami Island. Disebabkan dalam festival ni, tiada makanan yang boleh dicuba, kami terus beredar ke lokasi seterusnya. Tapi sebelum tu kami singgah makan di Myeongdong. Itu sajalah tempat yg kami tau dan sedap.

Asalnya kami bercadang untuk singgah di Dongdaemun market. Tapi bila pergi sana, kawasan tu macam hidup segan mati tak mau. Kedai pun banyak tidak buka. Mungkin kami pergi salah timing. So, off to the next location.


Inilah gambar yang aku snap dekat Dongdaemun market


Next stop is Namdaemun market. 1 stop ja kalau naik subway dari Dongdaemun. Paling puas shopping dekat sini. Murah dan malay friendly. Agak ramai juga penjaja yang tau berbahasa melayu. Jadi bila buat rundingan harga tu agak mudah la sikit. Kebanyakan barang yang dijual lebih kepada barang yang selalu kita jumpa di pasar malam. Tapi seriously, this is definitely on my MUST-VISIT list. Kami ada cuba datang untuk buat last minute shopping. Rupanya, gerai-gerai ni tutup sebelah malam dan hanya mula buka di sebelah petang. I personally recommend 4-6 pm.


Namdaemun area


 Kebetulan masa kami sampai kedai baru start buka. 


Aku beli T-shirt Running man sebab anak aku kirim. Siap pesan mau name tag Yoo Jae Suk. Lepas shopping apa-apa yang patut, aku beredar pula ke lokasi seterusnya. Namsan Tower. Perjalanan ke Namsan Tower pada aku sangat mencabar. Mungkin sebab kami sudah penat berjalan, serta jalan-jalan yang mengelirukan.. Kami tanya sana sini, diorang jawab dengan bersungguhnya sana sini (in korean) sambil buat hand gestures gaya-karam-singh-walia. Sebab rasa buang masa mau putus asa, kami jalan ja ikut keberadaan Namsan Tower yg tinggi tu.


Finally the Tenacious Do's arrived at the Namsan Tower. Kena naik tren untuk naik ke atas. Sampai di atas kena berbaris panjang-panjang la pula. Walaupun kami beria-ia untuk ke Namsan Tower, tapi sebab terlalu penat kami tidaklah excited mana. Kami setakat ambil gambar, tengok view dan beli souvenir. Lepas tu, terus bertolak untuk pulang. 




Me + Key Locks = I'm in Namsan Tower
It's simple maths


The bench Kim Jong Kook used to sit while receiving his mission in RM.


It's just unique. 



Before we go. I need to get some souvenirs. 




End of Day 3

Sep 11, 2015

Korea Trip: Day 2 - Anyong Busan Hello Seoul

What changed? Apa yang aku sebokkan sangat sampai entry pun tidak terupdate? Mollayo!

Sebelum memori Seoul aku hilang sepenuhnya, aku update mana yg masih tertinggal sajalah. Remind me next time aku pergi trip ke oversea, aku perlu sediakan buku catatan. Buat ala-ala scrap book lagi bagus.

So, seawal 5.30 pagi kami sudah bertolak dari hostel menuju ke Busan Station. Bayangkan la pukul berapa kami kena bangun untuk bersiap. Walaupun ramai fellow malaysian yang menginap di hostel yang sama, malangnya rakan sebilik kami dari negara China. Ini kerana rakyat dari negara China ni macam agak sensitif dengan bunyi-bunyian. Khususnya kalau waktu tidur diorang terganggu. Maka, kita akan dengar keluhan-keluhan serta pandangan laser dari diorang. Yup, a few of them woke up from their bed and gave you a do-you-have-a-death-wish stare. Buka almari, zip bag malah bernafas pun macam tidak kena. 

Kalau tidak silap kami beli tiket secara online masa di tanah air *ehem!* dan kalau tidak silap lagi, keretapi tu bertolak lebih kurang jam 6 pagi. Tidak seperti di Malaysia, kalau jam 5.30 pagi masih gulap gulita di Busan 5.30 pagi sudah terang benderang. 

Walaupun agak jakun, sebab tidak tau mana train mo naik dan apa nombor yang perlu dilihat, akhirnya kami jumpa juga tempat duduk kami. Bukan sebab kami malu bertanya, tapi sebab tiada orang mo ditanya. Kalau tanya randomly, we somehow ended doing sign language. Bukan sebab kami tidak tau bahasa inggeris, it's the other way around. 

Perjalanan mengambil masa 2 jam. Walaupun selesa dan rakan sebelah aku tidur nyenyak, aku pula beria-ia menengok pemandangan. Tidak banyak benda mau ditengok pun, tapi it's appealing. Tengok negara orang lah katakan. Masalahnya, member depan aku (local korean) hanya berminat mau tidur. So, dia tutup la tingkap yang digunasama bersama pelancong yg first time datang korea macam aku ni. *STRESS!!*

Kalau tengok dalam rancangan variety korea, kita selalu nampak troli yg jual makanan dalam KTX. Kadang-kadang teringin mo beli. Telur rebus pun jadilah. Tapi macam berat pula mau buka mulut. Takut terkeluar pula kemahiran 'sign language' kami yg ternyata berada di levelnya sendiri di asia ini. *sigh* Akhirnya tidak juga terbeli.

Sampai di Seoul Station yang mega bertingkat-tingkat tu, kami terus cari jalan keluar untuk cari hostel yang dibooking lebih awal. Cari punya cari, tanya sana sini, kena tunjuk sana sini.. akhirnya kami jumpa juga. Hostel untuk peminat K-Pop Star. Hahaha, yang ini aku memang layak tinggal sini. Kali ni, bilik yg kami booking untuk seorang satu. Sungguhpun kecil macam stor, tapi kalau setakat utk tidur dan salin pakaian, kira ok la.


Inilah dia rupanya landmark Seoul Station.
Dari tingkat aku-pun-tidak-sure


Letak beg, terus bertolak pergi Myeongdong untuk tengok Nanta Show. This is the thing. Sebelum bertolak ke Korea, rata-rata rakan yg pernah berkunjung akan recommend untuk pergi tengok Nanta Show. So, I googled. I have no interest in going or whatsoever sebab I'm not really sure show ni pasal apa. But then, since geng yang lain pegi takkan la aku pula sibuk merewang tanpa hala tuju di kawasan yang tidak familiar dan ramai makhluk ni. 


Inilah rupanya Nanta Show. 
Ingatkan rancangan memasak. 


After the show, this is what I thought. Next time I'm going to korea with my husband and little ones, I'll definitely bring them to Nanta Show. Rupanya Nanta Show adalah persembahan musical. Sangat menarik dan sangat lucu. HIGHLY RECOMMENDED! *rasa bersemangat pula*


 The new found fan *go.team.brown*


Lepas persembahan menarik yang hampir 2 jam, kami beli sedikit cenderamata. Lepas tu cari makan. Memang susah cari makan di Korea, tapi kalau pandai cari memang tiada masalah. Dongseang kami memang bersungguh-sungguh cari kedai makan sebelum bertolak ke korea. Kalau la research dia boleh dijadikan Phd, dapat sudah dia gelaran doktor. *ehem*


 I got myself the NEPHEW *YESSS!!* fridge magnet.


Lepas makan kami ambil peluang shopping apa-apa yg kawan-kawan kirim. Myeongdong terkenal dengan deretan kedai kosmetik. Maka pelbagai jenama kosmetik kita akan jumpa. Memandangkan aku bukan pengguna kosmetik tegar, maka aku setakat beli benda yg aku mau cuba. Akhirnya aku beli perfume. Setakat itu sajalah. Langkah penjimatan perlu dilakukan bagi memastikan keperluan selama 9 hari mencukupi.

Selepas penat pusing-pusing Myeongdong, kami bertolak ke Gyeongbokgung Palace pula. Jalan-jalan tengok sejarah orang korea. Mungkin sebab terlalu ramai orang, tidak kira la tourist atau local maka kalau mau meneliti setiap bangunan tu tidaklah. 

Di Myeongdong dan sekitar Gyeongbokgung palace ni kalau perasan orang-orang yang pakai vest merah sila la approach diorang kalau ada sebarang soalan yg terbuku di hati. Diorang ni kira tourist guide sukarela. So, tembaklah diorang dengan soalan-soalan bahasa inggeris. Tiada masalah. The pronunciation is a bit off. But so do we. Jadi kira adil la. 

Kebetulan kami memang plan untuk tengok pertukaran pengawal, so merasa juga la tinggal di zaman purbakala korea dulu. *proud*


Gyeongbokgung Palace Guards. 
Macam sedang tengok penggambaran drama korea pun ada. 


Aku paling kagum dengan cara staf diorang handle orang ramai. Nampak macam kasar kalau tidak dengar arahan, tapi bagi kami good-boy-good-girl ni tiada masalah. Sepanjang tempoh lawatan kami keadaan sangat terkawal walaupun ramainya lah manusia. Entah kenapa aku rasa, jumlah pekerja diorg macam sangat ramai dan nampak bersungguh buat kerja diorg. Walaupun setakat jaga barisan.

Kami singgah sekejap beli ole-ole utk diri sendiri, lepas tu bertolak ke Insadong. Kononnya Insadong terkenal dengan barangan kraftangan. Setiba di sana, kami nampak kaunter untuk tourist. Paling afdhal untuk dapatkan map. Khususnya kawasan-kawasan yang bakal di lawat serta tanya soalan-soalan cepu emas.


I collect bookmarks. 
This one looks classic and very expensive. 
For a bookmark of course.


Sepanjang perjalanan ke Insadong, banyak deretan kedai jual souvenir. Kami singgah beli ole-ole untuk rakan sekerja. Kira kami combine bajet la. Al-maklumlah, rakan-rakan sekerja kami sama saja. Cuma aku ada lebih sikit since aku ada 2 office.


A few memento for myself. *Eheh*

Di Insadong, kami hanya terpana tengok lukisan di merata-rata tempat. Dinding pun ada lukisan-lukisan menarik. Kalau penat, ada bekalan air disediakan secara percuma. Paling pelik aku jumpa 'poop bread'. Mau beli pun macam tiada selera. 


One of the highlight in Insadong. 
At least to me.


Tidak banyak yang kami lawat di sini. Asalnya macam mau makan patbingsoo (shave ice) tapi terlalu ramai orang sampai tiada ruang duduk. Maka, kami KIV dulu la patbingsoo. 

Kami sampai ke hostel hampir jam 11 malam. Hebat aku di korea ni. Kalau di KK, belum pun pukul 9.00 malam, aku 'sleep' sudah. Itu yang laki aku cakap la. *rasa-luar-biasa*

Seperti biasa, sebelum balik hostel harus singgah beli nasi segera di kedai runcit berdekatan. Lepas mandi, kumpul ramai-ramai dengan makanan tin yg ada. Hampir setiap malam begitulah rutin kami. Makan makanan tin, terdapat penjimatan kos dan masa di situ. 


Anyway, that's the end of day-2. 
See you in the next entry. 

Jul 8, 2015

Vietnam - Busan, Seoul

Assalamualaikum,

Baiklah. Di bulan baik ni, aku minta maaf la banyak-banyak. Entah kenapa sejak bertukar seksyen ni kerja aku macam tidak pandai habis. Atau aku sajakah yang berperasaan begitu? Apa pun sebab lambat betul mau sambung my korean trip.. bianhe..

Kami bertolak ke KL (duh!!) dan tiba KLIA 2. Sempat juga aku dengan uri maknae (our youngest member) round-round KLIA 2 (maklumlah tak pernah sampai) sementara seorang lagi chinggoo baik hati tolong tengokkan beg. Lepas tu naik KLIA express pegi KLIA. Bukan lama pun, satu perhentian ja.

Disebabkan kami tiba di KL jam 1.15 pm sedangkan flight kami ke Hanoi, Vietnam jam 7.15 pm, ditambah lagi aku lupa bawa sebarang bahan bacaan, maka hampir sepanjang masa kami duduk-duduk saja sambil tengok-tengok handphone. Lepas tu baru aku sibuk beli Reader's Digest. Macam nda tahan pula duduk-duduk tanpa buat apa-apa. Luggage kami pos terus ke Busan sebab flight kami memang menuju ke sana. Cuma kena stop di Hanoi.

Kami tiba di Hanoi jam 9.20 pm. Next flight ke Busan jam 12.30 am. Apa yang mengkagumkan, Hanoi airport (tidak pasti nama sebenarnya) sangat besar dan bersih tapi tidak sesibuk dan secanggih KLIA. Beli air mineral di convenience store bukan sebab dahaga, tapi sebab mau guna botol sebagai gayung. Hahaha.. Jangan risau pasal mo tukar mata wang dong, pakai ja US dollar. Diorang terima juga.

Dalam 3 jam, pusing-pusing airport beli sikit souvenir untuk diri sendiri. Bukan selalu pegi negara orang ni. Walau setakat duduk-duduk saja di airport pun, kalau airport tu letaknya di Vietnam, mustahil la aku tidak mau beli. Memento tu geng!


 Kalau ada bookmark, memang itulah yg aku pilih dulu. Maklumlah, peminat buku. Lepas tu cari yang unik (dan murah)  dan ada perkataan Hanoi. 




Ewah! Gambar passport berlatarbelakangkan "Welcome to Vietnam". 



Bila berada di negara orang, telinga haruslah peka. Dekat 2 jam kami tunggu di gate yang salah. Rupa-rupanya ada announcement pindah gate. Kami ja tidak perasan. Maklumlah, malam sudah kan.. Bila pindah gate baru kami rasa macam betul. Baru la kami nampak pelancong-pelancong dari korea. 

Tiba di Gimhae International Airport, Busan jam 6.10 am, 1 May 2015. Berbaris panjang-panjang di imigresen. Punyalah canggih teknologi diorang pakai. Aku pun tidak pandai mo explain. Kena datang sendiri. Hahaha

Sementara maknae mencari T-Money, para noona sibuk cari bilik persalinan. Lepas cuti muka dan berus gigi di tandas, kami jumpa bilik persalinan di airport. Khas untuk salin baju. Maka, selesalah sikit mo letak-letak bedak di muka. 


Gambar passport berlatarbelakangkan tulisan Gimhae International Airport.

Kami naik metro (subway) cari hostel yang sudah ditempah lebih awal. Letak bag. Lepas tu, sambung jalan-jalan. Check-in jam 3.00 pm. Mandi? Well, kita tunda dulu.

First, kami pergi Gamcheon Cultural Village. Running man ada buat beberapa penggambaran di sini. Sayangnya, aku tidak jumpa bookmark di sini. Rasa menyesal pula aku tidak beli key chain atau fridge magnet. Gambar pun lebih kurang macam tu ja. Gigih kami memanjat tangga. Mo ambil gambar pun macam tidak sanggup. 


 Kali ni gambar korporat. Senget sikit. Hehehe

Lepas tu kami pergi cari makan di Jagalchi Market. Di Jagalchi market, tidak sempat ambil gambar. Sibuk tengok ikan. Last-last menu pilihan hati ikan grill. Puas hati jugalah. 5 ekor untuk 3 orang makan. Mungkin sebab kami lapar betul, licin berkilat ting ting..

Dari Jagalchi market kami jalan kaki ke lokasi seberang jalan. Kami pun tidak tau apa. Lebih kurang macam Gaya Street. Ramainya lah manusia. Rupa-rupanya, BIFF Square. Itu pun kami main jalan-jalan ja. Tidak sempat ambil gambar segala. Jumpa juga fellow Malaysian di sana. 

Bila tiba masa untuk check-in, masuk hostel lepas tu mandi puas-puas. Lepas mandi, tidur dulu kasi hilang penat. Lepas tu makan malam dengan makanan tin dan nasi yang dibeli di convenience store. Belajar dari warden (warden la konon) macamana mo kasi panas nasi pakai microwave. Lepas tu sambung tidur balik. Awal pagi esok mo bertolak ke Seoul pula.


May 27, 2015

Persediaan Percutian

1) Tiket Penerbangan

Pencarian tiket penerbangan bermula duluan sebelum jawatankuasa ditubuhkan. Walaupun ahlinya 4 orang, setiap seorang perlu memberi sumbangan bakti (Ehem!). Last-last, orang yang sama buat itinerary, booking penginapan dan urus transportation. Aku tumpang melukut di tepi gantang ja la. Biannata dongsaeng ah!!

Pernah dengar pepatah "Kalau dicari tiada, bila tidak dicari ampai-ampai pula dia di sana?". Begitu jugalah kesnya dengan proses pembelian tiket kapal terbang. Bila dicari bersungguh-sungguh, susahlah mau jumpa yang murah. Tapi bila sudah beli, melambak pula offer. Tutup mata ja lah. Buat tidak nampak.. yang penting sampai.

Setelah berbulan-bulan menunggu offer, akhirnya kami memilih naik Vietnam Air dari Kuala Lumpur. Memandangkan kami menaiki Vietnam Air, haruslah sedar bahawasanya akan transfer di Vietnam. Molek jugalah kan.. merasa la juga jejak kaki di Vietnam.

Bagi aku yang menariknya trip kami yang pertama kalinya umpama buat airport hopping. Biar aku explain kenapa.

KKIA - KLIA - KLIA2 - Vietnam (Hanoi) - Busan (Gimhae International Airport) - Seoul (Gimpo International Airport) - Jeju (Jeju International Airport) - Seoul (Gimpo International Airport) - Seoul (Incheon International Airport) - Vietnam (Ho Chi Minh City) - KLIA2 - KLIA - KKIA.

Hampir semua airport pun kami pergi. Daebak!! Sebelum terlupa, kepada yang muslim.. jangan lupa minta 'Muslim meal' di Vietnam Air. Kalau tidak silap, our dongsaeng sudah inform Vietnam Air awal-awal. 


2) Penginapan

Semua penginapan kami diuruskan melalui online. Biar bertolak dengan hati yang lapang orang cakap. 


3) Entrance Fee

Mana yang boleh dibeli secara online. Sila lah berbuat demikian. Ada diskaun, hati lapang, perbelanjaan pun senang dijangka.


4) Transportation

Sama juga. KTX dari Busan ke Seoul kami beli secara online. Kereta sewa di Jeju pula kena bayar pakai kad kredit. Ya, kami memandu di Jeju. Umumnya mengikut pegawai JPJ, lesen memandu Malaysia boleh diguna pakai di mana-mana. Masalahnya, untuk tujuan kereta sewa, permit memandu antarabangsa adalah PERLU. RM150 untuk buat di JPJ dan sah digunakan untuk setahun. Oh ya sebelum terlupa, kedudukan pemandu di Korea adalah sebelah kiri. Study la apa-apa yang patut.

Rata-rata pengangkutan kami di Busan dan Seoul adalah subway. Mudah dan efektif. Lebih mudah kalau download apps subway. Semudah 1 2 3..


5) Makanan

Ramai yang pernah pergi Korea akan pesan, bawalah bekalan makanan tin dan maggi banyak sikit. Maka, kami pun bersetuju bawa makanan tin (3 tin seorang) dan maggi (5 bungkus seorang). In my opinion, perbanyakkan makanan tin. 

Sila buat sedikit kajian tentang lokasi makan yang halal serta restoran seafood yang berdekatan dengan lokasi lawatan anda. 


6) Lain-lain

Bawa keperluan perubatan asas. Ubat sakit kepala/demam, selsema, batuk dan sedikit plaster. Jangan lupa bawa juga sedikit minyak angin. 

Insurans.. jangan dilupa ya!


******************************************


Apa pun, tidak banyak persediaan yang aku personally buat. Thanks to our hardworking dongsaeng! Tercalit juga la sedikit rasa bersalah. May be next trip..

Dari segi pakaian, disebabkan spring season.. baju yang dibawa pun baju ala-ala malaysia ja. Hakikatnya.. sila la bawa sekali jaket tebal. 

Disebabkan trip ni adalah backpacking trip, dengan perasaan yang dipenuhi rasa perasan tourist dari barat.. haruslah pakai backpack. Sampai di Seoul, omputih pun pakai beg tarik. Kami pula berpeluh-peluh angkat beg. Hampeh!! 

Berat beg aku dari KK 9++ kg. Balik dari Korea 13++ kg. Bila shopping saja, asyik terfikir kalau beg muat atau terlebih kilo. Sorry lah kawan-kawan atau sepupu sepapat yang tidak dapat ole-ole. Fahamilah hati nurani tourist perasan barat ni.. 


May 11, 2015

Trip to South Korea

Anyeonghaesayoo..

Trip yang asalnya berbaur unsur-unsur gurauan khasnya kepada peminat-peminat drama korea di ofis akhirnya menjadi realiti. Setelah melihat kepada aspek-aspek lain dalam kehidupan (kononnya), kami bercadang untuk buat backpacking trip bersama rakan-rakan sekerja. Permohonan cuti kami buat secara sistematik (hahaha takut bos tidak kasi lulus punya pasal), dan akhirnya semuanya diluluskan. Dalam perancangan, trip ni untuk 4 orang. Minit terakhir, seorang tarik diri. Tinggallah 3 orang.

Punyalah gigih 3 orang ni buat perancangan. Si A mo pi sana, Si B mo pi sini, Si C pun sibuk mo pi sinun.. nasib baik 3 orang. Kalau sedozen?

Kebanyakan tempat aku mo pergi, semuanya tempat penggambaran Running man. Ehem! Peminat la katakan..

Memandangkan aku ni jenis yang sangat-sangat jarang bercuti ke luar negara, sekali-sekala pergi tu kalau boleh biar la lama sikit kan? Akhirnya, kami sebulat suara bersetuju pergi 9 hari. Ini barulah cuti.. hahahaha mana ada orang cuti 2-3 hari pergi luar negara. Lainlah kalau pergi tengok orang kawin di negara jiran.

Dijadikan cerita, plan dibuat dengan teliti bagi memastikan kami memanfaatkan kesemua hari-hari cuti kami. Selama 9 hari, perjalanan kami meliputi Busan, Seoul dan Jeju.

Keseluruhannya, bagi aku trip ni sangat mencabar (in a good way), bermanfaat (did not expect it though) and memorable (definitely!). Important tips : Bagi yang bercadang untuk travel bersama rakan-rakan, harus cari rakan yang sama kepala dan penyabar. For me, my chinggoos' is definitely chaeguk!!

My day 1 trip will start on my next post. Kamsahamida...




Jan 29, 2015

Tahun 2015

Amboi.. aku ni mengalahkan orang yang merajuk. Satu patah ayat pun tidak mampu dikeluarkan. Apa pun, selamat tahun baru semua. Semoga tahun ni akan menjadi tahun yang lebih bahagia, membawa rezeki dan lebih bermakna untuk kita semua.

Apa sebenarnya yang menjadi punca kesunyian ini? Hahaha aku baru kena pindah tempat kerja. Tempat kerja masih sama, cuma penempatan saja yang berubah. Pada pendapat aku, sudah tiba masanya. Suasana baru, rakan kerja baru, azam pun tiba-tiba jadi baru. Bila sampai tempat baru, tiba-tiba dapat bilik. Rasa terharu ada, rasa janggal pun ada. Di tambah lagi kehadiran 2 orang kerani yang akan memberi bantuan 911 sekiranya perlu. 2 kali ganda janggal. Lelaki pula tu. Upgrade 3 kali janggal. Hahaha kalau tempat kerja dulu, semua pun buat sendiri. Tamat cerita tempat kerja.

Tahun 2015, Dyana masuk tahun 1. Baru 1 minggu sekolah, terpaksa pula cuti 1 minggu. Kena chicken pox untuk kali kedua. Terjangkit dari Hakim. Berbeza dengan Haikal, Dyana aku daftarkan masuk sekolah agama. Haikal pun aku masukkan kelas KAFA di tempat kerja aku. Nasiblah diorang masih terima pelajar tua ni.

Tahun ni aku merancang cuti keluar negara. Nekad kali ni mesti pergi. Tiket sudah beli, Tempat penginapan pun sudah ditempah. Insha Allah kalau tiada apa-apa, laporannya akan menyusul mei nanti.