Aug 19, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013


Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Entri Hari Raya yang telah dipostponed sekian lama sebab empunya blog sibuk berehat. Bukan beraya tapi BEREHAT. Macam lama benar aku tidak bercuti panjang.. :)

Tahun ni, kuih muih aku surrender tidak mau buat memandangkan selalunya susah mau abis. Rumah mertua pula, selalu cukup bekalan sebab diorang rajin membeli. Jadi umumnya, tahun ni aku cuti buat kuih.

Tapi bila sampai Labuan, macam tidak best pula pegi rumah mertua lenggang kangkung. So, aku plan mau buat kek. Mudah dan cepat.

Dalam setengah hari siap 3 biji. Aku main bedal ja labuh semua bahan. Tiada pantang larang. Hahaha.. 



 Moist chocolate cake.. 
kononnya mengikut resepi (dari pak google) kek ni ambil masa 1 jam untuk masak. 
Aku tunggu dekat 4 jam!
Hasilnya? Sangat berbaloi.


 Keluar dari oven, mama aku gelak sakan. 
Dia cakap macam kek orang malas.
Aku cakap, "yang penting niat.."
ihik ihik ihik


Sebab mama aku cakap mcm kek orang malas, ni kali aku lapis cantik-cantik.
Boleh tahan.. :D

Aku buat kek sehari sebelum raya. Lepas tu angkut pegi rumah mertua, buat gotong royong kemas rumah dan susun kuih.

Malam raya, adik-adik aku bawa anak-anak aku pasang cucul (orang cakap pelita).

 My lil bro (yg tidak berapa little) sedang bergotong royong pasang cucul dengan Miss Impossible. 


 Tidak pernah tengok shovel kecil, terus excited mau pakai walaupun tiada keperluan.


 Aktiviti pasang kem sebab mau buat kenduri arwah nenek di pagi raya.


 Ketibaan bantuan tambahan..


 Pemandangan di malam raya



Aktiviti main bunga api



Di pagi raya.. kononnya laki mau gambar berdua. 
Tapi Miss Impossible tu tetap berjaya menyelit di setiap gambar. 


 Me and the kids. 
Laki aku tidak join sebab dia tukang ambil gambar. 
Mau suruh orang lain semua menghilangkan diri.
Kekekeke


No comments:

Post a Comment