Aug 20, 2013

Daris Hakim @ 1 tahun 4 bulan


Assalamualaikum :)

Setiap kali orang tanya berapa umur Hakim, aku cuma cakap 1 tahun lebih. Bila orang tanya berapa bulan, aku main suka hati saja cakap 1 tahun 4 bulan.

Hakikatnya bila aku kira balik, Hakim belum pun officially 1 tahun 4 bulan. Tapi almost.

Apapun, bagi aku Hakim ni macam lucu orangnya. But, so does my Miss Impossible. Haikal pun tidak kurang juga. Kalau dibaca dari entri yang lalu la.. :)

Hakim sudah mula berjalan pada usia 11 bulan. Macam ayat biografi la pula..


 Aku rasa gigi Hakim tumbuh pada usia 9 bulan. 
Seperti yg boleh kita lihat, ada 2 batang gigi di bawah.


Tidak lama kemudian, 4 gigi kapak tumbuh sebelah atas.
Oleh itu, kerja-kerja bf agak 'memeritkan' sedikit.
Setiap kali kita sebut gigi, beginilah rupanya. 



 Kerana giginya yg 6 batang itu, dia berangan makan macam org besar.



 Pantang nampak bakul atau kotak, sibuk mau masuk.
Kurang pasti apa signifikannya masuk dalam bakul. 
Terutamanya di pasaraya.






No comments:

Post a Comment