Mar 25, 2013

Birthday Present

Assalamualaikum :)

Lately, terlalu banyak perkara berlaku. Malangnya, tidak ada cukup masa untuk ditulis (eh taip)..

Awal Mac aku dapat berita perkara yg aku tunggu-tunggu berlaku di hujung Mac (as in today la kunun) ditangguhkan. T___T

Pertengahan Mac (on my birthday), aku akhirnya berterus terang dengan laki aku, aku prefer buku untuk birthday present aku. Tidak perlulah dia sakit kepala fikir apa mau beli (ended up tidak beli apa2 pun), cuma beli buku saja. Lagipun mesti seronok, everytime anak-anak aku pinjam tu buku, diorang nampak buku tu hadiah birthday bapa diorang kepada si mama pada ulang tahun ke 'tut'. It's not like aku mau berahsia dengan umur aku (I'm 35 by the way), tapi 'tut' tu melambangkan umur-umur yg seterusnya kalau diizinkan Allah.. Amin..


Nice eh? Laki aku suruh aku pilih sendiri buku sebab dia takut aku tidak berkenan. Baiklah. Lepas aku pilih, dia boleh suruh aku tulis pula kata-kata hikmat. Kunun dia tinggal sain saja. Apakah? Sudah la minta buku sebagai present, lepas tu pilih sendiri, lepas tu tulis pun sendiri? Adakah patut? Sangat tidak patut.. Alasan laki aku, tulisan dia sangat buruk.. Yalah tu.

Ada juga orang tertanya-tanya pasal keadaan di Sabah. Berhubung dengan pencerobohan kumpulan Sultan Sulu. Aku tidak tau banyak pasal cerita belakang tabir. Aku dengar banyak khabar angin tapi aku buat keputusan untuk tidak ambil peduli sangat. Menyebarkan berita yang tidak sahih, bukanlah keputusan yg sangat bijak pada aku. Aku percaya saja dengan anggota keselamatan. TITIK.

Cuti sekolah baru saja bermula. Aku pula belum tercuti-cuti lagi. Sibuk yang teramat. Antara sebab kenapa blog ni makin sunyi :(. Hopefully situasi ni tidak berpanjangan..

Dengan situasi aku sekarang ni, aku masih bersungguh-sungguh untuk cuba baca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap bulan. Aku baru habis baca buku Betrayal by Gregg Olsen. Biasa saja bagi aku. Nanti kalau ada masa aku review. Currently aku sedang baca Murder on the Orient Express. Setakat ni nampak macam menarik..

Mar 12, 2013

Kursus First Aid



Ya ampun... punyalah merepek busy aku kebelakangan ni... :(

Anyway..

Assalamualaikum :)

Aku rasa sudah berkurun aku cuba ikut kursus first aid. Malangnya, selalu pula aku ada komitmen lain. Sama ada server aku buat hal atau aku kena hantar kursus di mana-mana.

So, kali ni aku berjaya menghadirkan diri. Sangat teruja ok.. :)

Bagi aku, penting bagi orang ramai ikuti kursus ni. Tidak rugi pun. Dalam kes kami. FREE.. 

Punca aku beria-ia sangat ikut kursus ni? Aku ada 2 pengalaman yg menguji ketahanan jantung aku. Pertama, ketika Dyana berumur 8-10 bulan. Umur yg sedang-sedang elok jadi tukang kutip sampah lepas tu dispose di mulut. Pernah sekali Dyana tercekik kulit tarap. I know nothing, and I can't think of anything. Aku tau panik saja. Akhirnya, Dyana termuntah kulit tarap tersebut. 

Kedua, last year masa Haikal 10 tahun. Dia excited buat milo panas, akhirnya air panas tertumpah dan terkena tangan. Of course aku pun tidak tau mau buat apa melainkan telefon bapa dan adik aku minta bawa ke wad emergency. 

That is the thing. Kita tau bawa ke emergency, tapi tidak terfikir pun apa-apa tindakan yg perlu dilakukan untuk mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku. 




 Program


 Untuk kes patah tangan menggunakan botol mineral
(Ehem.. hamba lah yg balut..)


Satu lagi maangsa keadaan yg dipaksa berlakon.
Kali ni menggunakan surat khabar lama..
(Ehem.. aku juga yg balut.. Kekekeke)


 Menggunakan stretcher buatan sendiri. 
Mangsa diminta baring untuk menguji kekuatan stretcher berkenaan.
Sesungguhnya, mangsa ini sangat tidak yakin.. hahaha



 Part ni aku paling suka. Terlalu banyak teknikal. 
Kena letak alat sokongan leher dan sebagainya. 
Lepas tu, kena angkat lagi atas meja. (Kononnya ambulance la..)
Kesian abang Aaron Aziz kami.. malu-malu mioowwww..



 Ini cara balutan. Kami kena suruh buat untuk 3 jenis luka. 
Aku buat pakej. 3 in 1..
Nampak benda yg terpacak elok di pinggang itu?
Itulah keris taming sari.. Hahaha



 Teknik buat CPR. 
Tidaklah complicated sangat. 
Lainlah kalau sudah panik.. :D



 Yang ini pun kami buat. 
Bukan pun kami excited mo buat dekat orang lain..
Just in case ianya satu keperluan.



Ini pula, bagi kes-kes tercekik. 
Pun tidak sepayah mana melainkan panik.


Seperti mana fasilitator kami cakap, macam mana hebat pun training tapi kalau panik tiada guna juga. Apa yang penting, sebelum beri bantuan kena tenangkan diri sendiri dulu baru bantu orang lain.


Feb 15, 2013

Kedai Gunting Wahab


Assalamualaikum :)

Zaman laki aku banyak rambut, dia paling suka pergi salon. Kununnya Kedai Gunting Wahab ni tidak mencapai piawaian fesyen. Macam juga adik lelaki aku. Kalau mau gunting rambut ala-ala K-Pop tu, jangan la angan-angan masuk Kedai Gunting Wahab. Baik-baik dapat gelaran Joe Jambul, keluar-keluar kedai ja terus hilang jambul. 

Kedai Gunting Wahab ni mungkin sesuai untuk budak-budak atau para askar atau polis ja. Sebab gaya gunting diorang ni standard. Tapi aku paling suka hantar Haikal pi kedai Wahab ni. Murah dan yang paling penting kurang maintenance. Lepas 2-3 bulan baru panjang balik. Tapi kalau salon, baru sebulan sudah jadi hutan rimba tempat kutu bertapuk (bersembunyi).

Bila suruh gunting ala-ala komando di salon, hasilnya tidak sebaik di Wahab. Caj? Lebih dari RM10. Kalau di Wahab, hasil memang tip top, caj cuma RM3. Coba bagitau ibu mana yg tidak gumbira?

Sejak umur meningkat dan rambut pun makin berkurangan, laki aku gemar pula pergi Wahab. Haikal pun aku hantar sana. Paling best, di KK pun ada Kedai Gunting Wahab di sekitar Putatan. Aku kurang pastilah kalau kedai tu cawangan yang sama dengan Kedai Gunting Wahab yang popular di Labuan.

Tapi yang aku kurang berkenan (ada ja la yg kurang) Kedai Gunting Wahab yang ada di KK ni tidak mesra budak. Kalau budak meraung, geli atau yang sewaktu dengannya, dia sudah surrender. Macam tidak mau continue gunting lagi walaupun rambut anak sudah separuh siap.

Baru-baru ni aku berniat mau gunting rambut Hakim. Kononnya bila balik Labuan baru aku gunting. Sampai Labuan, mama aku bawa kedai gunting ala-ala Wahab di belakang kedai soto Paijan (Hamboi.. aku cakap macam ja semua tau di mana kedai tu kan?). Mengikut mama aku, tukang gunting di sini semua pandai layan budak-budak. 

Tau apa yg menarik? Bukan saja budak yg kena gunting dia pandai layan. Budak yg duduk-duduk tunggu abang adik diorang kena gunting pun diorang kacau. Kalau budak nangis siap pandai pujuk lagi. Tidak payah si mama sibuk-sibuk jadi badut supaya anak duduk diam-diam. Kasi tinggal di sana saja pun diorang ok.


 Rambut Hakim agak panjang, tapi sebab nipis maka nampak tidak panjang sangat.


 Itu dia petugas berkaliber sedang menjalankan tugas.
Mungkin sebab mengantuk, Hakim langsung tidak menangis atau meragam.


 Haikal pun tidak melepaskan peluang. 


Selepas bergunting. 
(Tidak terang la pula)


Feb 5, 2013

Pekerjaan Ibu Bapa


Assalamualaikum :)

Suatu masa dulu, masa sekolah rendah sure kita akan sibuk isi borang-borang berkenaan sekolah. Bagi dengan bapa untuk diisi dan lepas tu pulangkan semula dengan cikgu. Bila sudah pandai menulis, mulalah si bapa suruh si anak isi sendiri. Si bapa cuma bagi info saja. Kira-kira macam tu la..

Masa isi borang sendiri, barulah sedar apa pekerjaan bapa. Bertuahlah anak-anak polis, cikgu, jururawat, tentera sebab budak-budak boleh agak apa pekerjaan bapa diorang. Mula-mula aku tanya bapa aku, dia cakap pekerjaan dia Juragan Kelas I. Apakah? Juragan tu apa? Kelas I? Ada berapa kelas semuanya? Asalnya bapa aku malas mau layan. Dia suruh tulis saja. Kununnya cikgu tau. Mungkin sebab aku takut cikgu 'tidak tau' maka aku pun pinjam la pekerjaan kawan aku. Polis. Alasan? Sebab bapa aku selalu pakai uniform putih.

Aku rasa, bila aku dalam tahun 5 atau 6 baru aku tau bapa aku ni macam nakhoda atau kapten kapal. Sebelum kamu terbayang-bayang bapa aku bawa kapal persiaran, sila berhenti sekarang. Bapa aku bawa kapal kecil yang mungkin ada krew 5-8 orang saja. Kapal tu ditugaskan untuk memberi bantuan khas yg melibatkan.. well.. of course la laut.

Bila aku sekolah menengah, bila cikgu tanya itulah juga jawapan aku. Juragan Kelas I. Mungkin sudah masuk kelas lain, tapi aku yg tidak update. Hahahaha...

Masa kami tingkatan 5, seorang guru baru minta kami memperkenalkan diri. Seorang demi seorang kawan bangun memperkenalkan diri. Jawapan pekerjaan pun nampaknya semakin bijak. Ada yg bekerja sendiri, pegawai bank dan bla bla bla. Bila masuk giliran aku, aku jawablah Juragan. Cikgu tu asalnya pelik. Tapi bila aku explain apa kerja bapa aku, baru dia faham. Ok, weird sebab aku seorang saja kena explain kerja bapa aku. 

Tiba giliran kawan aku, boleh-boleh dia cakap bapa dia kerja tukang kasi berhenti kapal terbang?! Of course sebagai remaja yg tidak bertimbang rasa, kami ketawa dengan kuatnya. Bila cikgu suruh explain, baru dia bagitau bapa dia kerja di syarikat penerbangan sebagai org yg pegang ala-ala pemukul ping pong arahkan kapal terbang parking di mana. Well, sekurang-kurangnya aku faham. Kalau kamu tidak faham, aku tidak tau mau explain macamna.

Semalam, aku bercerita dengan Haikal pasal pusat sumber. Kununnya aku bercadang bawa Haikal ke perpustakaan tempat kerja aku untuk tengok apa-apa buku yg menarik. 

Haikal : Bolehkah Haikal pinjam buku tempat mama? Cikgu tidak marah?
Aku : Mana-mana Haikal pinjam buku pun tidak apa bah. Yang penting ada baca buku.
Haikal : Haikal tanya cikgu dulu lah. Kalau boleh pinjam buku selain dari Pusat Sumber sekolah.
Aku : Ok. Haikal tau mama kerja di mana?
Haikal : Tau. 
Aku : Kalau cikgu tanya pekerjaan mama, Haikal jawab apa?
Haikal : Kerja mama duduk-duduk saja main komputer. Lepas tu cerita-cerita, main-main telefon. Kadang-kadang makan sambil kerja.

Inilah natijahnya bawa anak ke tempat kerja. Mau explain apa kerja kita buat dgn orang dewasa pun rasa susah, inikan lagi budak-budak. Agaknya kalau aku kerja jaga kaunter pertanyaan, mesti dia cakap mama kerja bercakap saja 24 jam.

Untuk sementara waktu aku cakap dengan Haikal. 

"Lain kali, kalau cikgu tanya mama sama babah kerja apa, Haikal cakap saja orang komputer".

Try explain programmer to kids.. T____T




Feb 1, 2013

Iktibar : Penyeluk Saku


Assalamualaikum,

Last few days, aku dilanda musibah. Aku dirampok tanpa aku sedari ketika sedang berjalan-jalan di pasar filipino baru. Dalam ertikata lain, mungkin aku telah diperdaya 'penyeluk saku'.

Mestilah aku panik. Belum pernah lagi aku mengalami situasi macam ni. Dalam otak aku, aku cuma fikir kerja-kerja leceh yg melibatkan laporan ke balai polis, membatalkan segala kad bank dan sudah pasti kerja-kerja membuat semula segala kad pengenalan, lesen memandu, kad nikah dan yang sewaktu dengannya.

Tapi mungkin atas rasa untuk menyedapkan hati, aku cuba untuk melalui semula laluan-laluan yg aku lalui manalah tau aku tercicir atau apa. Setelah puas hati baru aku sibuk cancel segala kad bank yang ada.

Sampai rumah, aku sibuk cari surat beranak. Kononnya keesokan hari mau pergi ke balai polis dan terus ke pejabat pendaftaran. Dalam hati runsing, tapi bila fikir-fikir semula.. aku redho sajalah. Agaknya bukan rezeki aku.

Tiba-tiba aku dapat call dari seorang wanita (aku ada beli barang online dengan dia dulu). Dia memaklumkan ada seorang lelaki call dia (mungkin dari business card dia yg aku simpan dalam wallet), tanya kalau wanita ni ada no telefon aku. Tidak lama lepas tu lelaki tu telefon aku pula. Lelaki berkenaan telah menemui sebuah dompet di tepi jalan. Dia siap offer untuk datang rumah pulangkan dompet berkenaan. 

Kami jumpa di pagar sajalah. Siap bawa laki kunun (just in case kan..). Semua kad pengenalan, lesen memandu, kad nikah dan kad-kad bank masih terletak cantik dalam dompet. Syukur Alhamdulillah...

Of course aku kehilangan sedikit tunai dan paling penting gelang emas pemberian ibu mertuaku! Whooaaaa.. macamna gelang masuk dalam wallet? Kan kami baru habis bersukan. Bola jaring dan bola tampar tidak dibenarkan pakai sebarang perhiasan. Lepas tu, aku lupa pakai balik. Ayoyoyo..

Let's not talk about it anymore. Mari kita buat check list tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan sekiranya perkara ini berlaku kepada anda.

1. Once kita sedar dompet kita hilang. Segera batalkan kad anda terlebih dahulu. Kita tidak mau berputih mata. Kalau pun tercicir, sekurang-kurangnya kad bank kita boleh buat semula.

2. Cuba lalui semula laluan anda. Mungkin ada orang akan ingat (sekiranya tercicir) anda dan sudi memulangkannya semula.

3. Kalau boleh tengok akaun bank anda secara online, sila berbuat demikian. Untuk pastikan tidak ada sebarang pengeluaran atau penggunaan kredit sepanjang tempoh kad anda hilang. Sekiranya ada, pastikan anda telefon hotline bank dan pastikan details transaksi-transaksi berkenaan untuk tujuan laporan polis.

4. Setelah pasti wallet anda hilang, terus laporkan ke balai polis berdekatan. Kalau tiada kaunter yg buka, kita buat besok pagi saja. Details barang-barang yg hilang sebaik-baiknya disenaraikan terlebih dahulu sebelum buat report. Details kejadian harus diingat khususnya masa dan tempat.

4. Lepas tu baru ke bank semula untuk dapatkan kad baru menggunakan laporan polis yg anda buat tadi. Sekiranya ada transaksi yg melibatkan kredit, anda boleh mendapatkan borang dispute on credit card bagi membolehkan bank menjalankan siasatan.

5. Akhir sekali, sentiasa berlapang dada. Kalau sudah rezeki anda, in sha allah ia akan kembali. Kalau bukan, apa boleh buatlah kan?

Tau apa yg menarik? Dalam tempoh 2-3 hari ni aku dapat berita yg menggembirakan walaupun baru dilanda musibah. Yang pertama, sudah pasti la wallet aku ditemui semula. Adik yg memulangkan tu pun nampak sangat jujur dan genuinely concerned. Lepas tu, aku dapat berita yg lebih menarik. Which aku akan bagitau bila sudah confirm nanti. :) 

For now kita cerita benda yg sudah berlaku sajalah kan?


Jan 28, 2013

It's Finally Over


Assalamualaikum :)

It's officially over. No more sakit kaki, sakit badan, sakit leher atau 'dayang senandong'! Horraaaayyyyyy..

Tiada sebarang pingat dimenangi tahun ni. Agaknya mungkin sebab tahun ni aku tidak begitu competitive seperti tahun-tahun sebelumnya. Less stress... :)

So, mari kita tengok pengalaman game yg aku join tahun ni..

Bola Tampar
Tahun ni, saingan lebih hebat dari tahun-tahun lalu. Dulu kebanyakan kontinjen hantar jaguh kampung saja pergi bertanding. Tahun ni, macam melambak pula star-star player. Servis bola pun macam mau bunuh orang. Hahahaha.. Jadi most of the time, aku lebih prefer jadi pemain reserve harapan. Tapi sayangnya, itu tidak pernah berlaku. Sepanjang masa aku asyik berdebar-debar sambil berusaha sedaya upaya cover muka supaya tidak kena spike. Keputusannya, kami kalah dalam liga kumpulan.

Olahraga
Aku ikut lempar cakera. Tapi mungkin sebab kepenatan (tidak cukup rehat walaupun cuti) atau mungkin sebab aku gerun tengok pemain-pemain bola tampar yg turut turun padang macam ready mo keroyok orang, balingan aku tidaklah di tahap yg membanggakan.

Badminton
Lepas bertegang leher dengan urusetia, akhirnya kami kalah jua di peringkat kumpulan. Buat masa ni, aku tidak terfikir pun mau ikut lagi tahun depan. Terlalu mengambil masa yg lama. Lagipun aku bukan jenis orang yg sabar. Aku rasa orang yg bermain badminton ni haruslah dari kalangan orang-orang yg sabar. Definitely antara sports yg aku mau continue main di masa-masa akan datang tapi bukan untuk pertandingan.

Bola Jaring
Disebabkan badminton ambil masa yang lama untuk selesai, aku terlepas bola jaring tahun ni. Huhuhu..

Kayak
Definitely antara games yg aku akan ikut lagi di masa akan datang. Sangat seronok tapi menakutkan. Sungguhpun aku pandai berenang, tapi bila berkayak jauh dari daratan macam panic pula aku. Walaupun kami kalah saringan, tapi acara ni cepat habis. 

All and all.. tahun ni walaupun tidak menang pingat, aku macam kurang stress. Lebih kepada enjoy-enjoy saja. Except for badminton. Tapi yang penting tahun ni macam lebih seronok. Kurang pasti kenapa.


Ewah!! Macam gaya gimrama pun ada.. This is one of the picture yg aku nampak macam menari walaupun sedang bersukan. The other one masa aku ikut lontar peluru (a few years back). Sukan yg gagah perkasa tu pun aku nampak macam menari. Walhal, hakikatnya aku ni umpama kayu balak. Kamu tolak pun tidak gerak. Hahahaha...






Kecemasan


Assalamualaikum,

Hujung minggu aku baru-baru ni sangat luar biasa. 

Memandangkan adik aku ada kursus di KK, mama aku ambil kesempatan untuk berkirim bermacam-macam benda untuk aku beli dan dikirimkan terus kepada adik aku. Kebanyakkan benda yg mama aku kirim tidaklah susah sangat dicari. 

Barang terakhir yang mama aku kirim cuma boleh jumpa di pasar. Memandangkan aku sangat sibuk luar biasa, aku cuma berpeluang ke pasar di subuh hari.

Awal pagi, aku bertolak ke pasar secara solo. Tidak lama kemudian, aku jumpa sebuah motor terdampar ditengah jalan. Aku beranggapan, agaknya mesti semalam ada kemalangan jadi motor tu ditinggalkan di sana secara sengaja.

Sebagai rakyat Malaysia yg prihatin, aku pun perlahankan kereta sambil menjeling keadaan motor berkenaan. Suddenly, I feel exactly like Dorothy in The Wizard of Oz!

Di bawah motor berkenaan, ada sepasang kaki. Lengkap berkasut sukan, berseluar pendek dan berhelmet putih. So, what did I do?

Aku tengok keadaan sekeliling. Tiada sebarang kelibat manusia (of course except for me and the one under the motorcycle) atau pun sebarang kereta. Aku tempted untuk berhenti di tepi jalan, tapi aku rasa untuk keselamatan diri (sebab aku seorang dan perempuan) aku rasa aku patut terus bergerak. Aku call my hubby tanya kalau aku perlu call ambulans atau apa-apa yg sewaktu dengannya, tapi hubby cakap biarkan saja. Takut nanti bila bantuan sampai, si mangsa pula tiada.

Sepanjang perjalanan aku ke pasar, aku rasa tidak sedap hati. Manalah tau, atas tindakan aku meninggalkan si mangsa tiba-tiba dia 'kong' la pula. Kalau pun dia sedar tapi patah leher atau whatsoever puaslah aku kena sumpah sebab tidak turun bagi bantuan. Aku terfikir juga mo ambil gambar, tapi nampak macam rude pula ambil gambar orang dilanda musibah. Sudah la tidak tolong, mo ambil gambar pula.

Kalau dulu, sure aku tidak akan rasa ragu-ragu bagi bantuan. Tapi nowadays, dengan kejadian jenayah yg melibatkan kes-kes begini, orang tidak boleh salahkan kita untuk berhati-hati. Tambah lagi kalau seorang diri. 

Balik ke rumah, aku perasan si mangsa sudah tiada. Including la motor dia. Yang ada cuma dedaunan yg diletakkan secara sengaja ditempat kejadian. Hubby pula sibuk jadi reporter. Tanya macam-macam soalan. Tapi soalan dia buat aku berfikir..

Hubby : Teruk kecederaan dia?
Aku : Macam tiada cedera. Tiada sebarang luka yg jelas melainkan dia dihimpit motor sendiri.
Hubby : Itu lagi pelik.. Macamna boleh terhimpit motor sendiri? Selalunya mesti penunggang sempat lompat ke tepi. Ada pergerakan?
Aku : Langsung tiada. Mungkin pengsan.
Hubby : Motor dia rosak teruk?
Aku : Macam ada sedikit cermin pecah la..
Hubby : Masa balik serpihan tu masih ada?
Aku : Tiada. Mungkin kena bersihkan sudah..
Hubby : Nasib kau tidak turun. Macam ada yg tidak kena. Takkan dalam tempoh 30 minit kau pigi pasar, ada orang offer bawa dia pegi hospital sekali dengan motor-motornya..

*Betul juga kan? Kalau aku, orangnya aku boleh bawa pergi hospital. Motornya aku kasi tinggal ja sana. Bukan aku boleh bawa pun..


Inilah rujukan aku kalau ada kecemasan.
 Penting bagi ibubapa atau setiap orang ada rujukan kecemasan. 
We never know when we might need it kan?