Oct 24, 2012

Elak Sembelit Lepas Bersalin


Assalamualaikum :)

Hohoho.. anak sudah mau masuk 6 bulan, baru mo share..

Lately, (atau sepanjang tahun ni?) ramai la kawan-kawan yg ada rezeki dapat baby. Di ofis saja, main pass baton. Balik dari cuti bersalin, ada lagi yg pregnant. Sungguh produktif sekali.. hahaha.

Lazimnya, bila sudah ada kelompok ibu-ibu mengandung, mestilah ada persidangan meja bulat. Share cerita dan pengalaman sepanjang mengandung. Tidak kisahlah kalau pun cerita tu sudah berlalu belasan tahun yg lalu. 

Antara topik hangat termasuklah morning sickness (aku tidak boleh masuk forum ni.. tiada pengalaman), di saat bersalin dan sudah tentu masalah-masalah selepas bersalin.

Ada orang, masa pregnant sudah sembelit. Ada sesetengah orang, lepas bersalin baru sembelit. Aku seperti biasa belajar dari pengalaman lalu. Lepas bersalin buat kali pertama, sembelit buat aku rasa takut mau masuk tandas. Padahal lagi ditahan akan jadi lebih teruk.

Pregnant kali kedua, aku google merata tempat untuk elakkan sembelit. Banyaklah jamu-jamu yg hebat-hebat disarankan bagi melancarkan proses pembuangan. Which of course, bagi aku agak mahal. Padahal bukan pun aku makan jamu sangat disebabkan permasalah jaundice anak-anak aku.

Lepas bersalin, aku cuba minum air sebanyak mungkin. Lebih kurang 4 botol besar mineral. Hasilnya, sangatlah memberansangkan. Memang aku tiada masalah sembelitlah konon pada masa dan ketika itu. Hasil tenusu sangatlah meriah.

Aku cuba elakkan minuman manis sepanjang berpantang. Air putih semata-mata. Sup seperti biasa harus diamalkan oleh cik kak- cik kak yg sedang berpantang. Aku suka sangat sup masa berpantang. Kalau setakat semangkuk, macam tiada apa-apa. Tapi mama aku suka bagi sup sawi pahit. Selain memperbanyakkan susu (mama aku cakap), mengurangkan sembelit jua adanya. Ada sesetengah jenis buah bagi orang yg berpantang tidak dibenarkan makan. Seingat aku, aku banyak makan epal. Banyak serat konon. Ngeeeeee...


Setakat ni, selepas kelahiran anak ke-3 aku amalkan apa yg aku amalkan masa kelahiran yg kedua. Kurang sembelit. Tapi pernah sesekali aku terleka untuk minum air putih, menyebabkan sedikit kesukaran untuk aktiviti pembuangan. Cepat-cepat aku beli Bliss Yogurt 4 botol. Minum dengan rakusnya. Lepas tu selongkar peti ais mama aku cari buah-buahan (bapa aku peminat Vit-C asli yg tegar), jumpa la epal, oren dan baby carrot. Semua pun dimakan sebagai snack. Ececeh... :)

Bila difikir-fikirkan balik, maybe (just maybe) next time kena consider cari fiber supplements yang bersesuaian. 




Sungguh kurang sopan gambar ini.. hehehe


Happy Mums



Assalamualaikum :)

Finally!! Aku secara rasminya sudah beralih produk daripada manual kepada letrik. Hoooyeaahhh!!

Lepas saja beli, terus pakai. Hohoho...

Ini kira pertama kali berkunjung ke kedai Happy Mums. Kalau dilihat dari luar, rasa macam tidak percaya. Kedainya kecil saja. Silap-silap, produk yg ada cenonet ja.

WRONG! Masuk kedai saja, aku rasa macam kena berbaris. Terlalu banyak barang dan pengunjung. Pekerja? Aku rasa pekerjanya adalah ownernya. Sementara tunggu aku kena layan, mata aku melilau-lilau tengok apa produk yg ada. Tersangatlah banyak. Aku rasa macam kedai ni serba cukup.

Bila turn aku (which tidak sampai pun 5 minit), owner tanya aku cari apa. Bila aku mention breast pump, terus dia tunjuk produk yang ada. Sangat banyak ok. Pelbagai brand. Aku pilih Spectra 3 sebab aku mau cepat. Dia tunjuk macamna mau pasang pam, test ok atau tidak lepas tu siap bagi a few tips pasal breastfeeding. It doesn't matter kalau dia cakap dia tiada anak, aku percaya dengan dia 100% sebab dia nampak sangat yakin dan berpengalaman. 

Aku beli beberapa produk lain sambil-sambil survey milk booster. FYI, produksi susu tidak semeriah dulu. Dulu aku boleh hasilkan 20-25 oz a day masa di ofis. Sekarang, paling-paling pun dalam 10-15 oz a day. Aku kurang pasti adakah ini normal atau tidak, sebab ini kira first time aku cuba simpan stok susu. Dulu, bila mo pakai, baru pam. Terbaekk dari ladang kunun.. hahahaha..

Aku keluar dari Happy Mums.. HAPPY. Bersesuaian dengan nama kedai. Semua yg aku cari ada. Benda yg aku tidak cari pun ada. :)

Aku beli Spectra 3 without the milk booster. Aku mau cuba minum banyak air dan makan kurma (ada orang cakap kurma tu macam milk booster). Sejak aku pakai Spectra 3, produksi susu meningkat sedikit. Nampak sangat la aku malas mengepam pakai manual kan? Hahahaha...

Apa pendapat aku tentang Spectra 3? Lebih baik dari manual (duh!!). Jimat masa, tenaga dan lebih efektif. Berbanding dengan pam jenama lain? I have no say. Sebab aku tidak pernah pakai pam letrik lain. 



 Happy Mums, dekat KK Specialist, Damai KK.
Dengar-dengar sudah buka cawangan di King Fisher, KK



 Kedai comel yg cukup padat. Orang yg di atas tangga atau berhelmet kuning itu tidak termasuk dalam hiasan kedai. :)



 Owner bagi aku Gift Voucher yg aku mo pakai utk beli milk booster (kalau perlu) dan baby lotion.


Macamna dulu aku tidak pernah tau pasal kedai ni. Kedai ni bukan saja jual barang utk breastfeeding, barangan maternity pun dia jual. Including maternity jeans (yg aku cari seluruh pelusuk KK dan akhirnya aku beli di KL). Barangan baby macam cloth diaper pun diorang jual. Aku rasa ada banyak lagi produk. Cuma mau kena rajin pusing. 


Oct 22, 2012

The King of All Kings


Assalamualaikum :)

Jumaat lepas, ambil budak-budak dari nursery. Tiba-tiba penjaga tu cakap..

"Dia ni (Hakim), kami panggil Raja Golek. Letak 5 minit, ampai-ampai sudah dia atas lantai. Padahal kami sudah sambung 2 tilam. Dia paling kecik, tapi dia la yg paling pandai bergolek-golek. Dulu masa diorang Haikal dengan Dyana, tidaklah sampai macamtu."

Hahaha.. untuk makluman, penjaga yg menjaga Haikal dari umur 6 bulan dulu adalah orang yg sama jaga Hakim sekarang. 

Hakim memang kuat bergolek. Letak tilam atas lantai, tinggalkan untuk masak nasi. Tup tup ampai-ampai atas lantai tanpa dipedulikan si abang dan si kakak. 

Masa tidur, katil akan diletakkan di penjuru bilik, sambil aku buat shape L untuk cover supaya dia tidak jatuh. Kalau aku mo buat kerja, aku letak bantal tinggi-tinggi macam buat kubu perang supaya si Hakim tidak terjatuh. Katil baby, kami sudah kemas. Hahahaha


 Raja Golek


 Sudah tergolek, diam-diam buat muka minta kesian..


Tidur.. Raja Golek Style!


  

Security Guard


Assalamualaikum :)

Dalam misi mencari Spectra 3, aku singgah ke KK Times Square. Tiba-tiba Dyana cakap dia mo buang air besar la pula. Disebabkan itu kira kunjungan pertama aku ke KK Times Square, aku seperti orang lain yg pertama kali sampai harus bersegera untuk mencari lokasi tandas. It's not easy.

Aku nampak seorang security guard sedang berdiri-diri di lobi. Aku terus pergi tempat dia tanya.

Aku : Tumpang tanya.. Tandas di mana ah?
Pak Security : Cuba tanya security. Di sana. (Sambil tunjuk satu arah lain..)

Hanya tuhan saja yg tahu betapa confuse aku pada ketika itu. Adakah orang yg aku tanya ni sebenarnya orang awam yg berpakaian security guard untuk suka-suka? Suruh tanya security di sebelah sana, walaupun dia security? 

Akhirnya, aku tanyalah security guard yg dia tunjukkan. Dengan penuh hormat dan kesopanan, Encik security pun tunjuk la arah..

Mak aihhh!! Complicated betul cari tandas ni. Kena turun tangga untuk ke basement car park. Pusing-pusing sikit, baru jumpa tandas yg macam tiada rupa tandas. At least tandas di sana bersih. Maklumlah susah dicari. Surelah bersih kan? 


Lump


Assalamualaikum :),

Bersedialah dengan entri berlipat ganda dari aku.. muahahahaha..

Last saturday, di kala aku sedang sibuk membuat aktiviti pemerahan, aku terperasan something. Macam ada sedikit ketulan. Apakah ini?

Of course la aku panik! Kenapa tidak?

So, just to be sure (sebelum aku admit diri aku masuk hospital atas sebab yg tidak munasabah) aku pun buatlah aktiviti pemerahan dengan begitu bersemangat sekali. Finally, the so called lump akhirnya hilang. Syukur... Teori aku, mungkin kantung susu tidak kosong sepenuhnya menyebabkan ketulan itu muncul out of nowhere.

Disebabkan itu, aku membuat keputusan untuk tukar pam susu. Sekarang, aku tengah pakai pam manual Avent. Almost 6 months, banyak juga la sumbangan yg diberikan oleh si Avent. Tapi aku kena bertukar pam. Harus cari pam yg boleh mengosongkan kantung susu (what's wit the 'kantung susu'?). Tiba-tiba aku teringat, Spectra 3.

Baiklah. Perncarian bermula..

The rest of the saturday, aku round satu KK for Spectra 3. Satu KK! Kecuali kawasan-kawasan yg sesak. Langsung tiada. Kalau beli online, kena tunggu lagi. Tiba-tiba teringat kawan ada pakai pam Spectra 3 baru-baru ni. Risik punya risik, ada jual dekat kedai Happy Mums dekat KK Specialist. Kira-kira mo beli hari ni. :)


Oct 16, 2012

Tips Memilih Sekolah


Assalamualaikum :)

Hamboi.. hamboi.. siap bagi tips konon. Hahaha..

Percaya atau tidak, Dyana akan mula bersekolah tahun hadapan. Bagi ibubapa yang masih 'baru' dalam bidang menyekolahkan anak, sure perkara ini akan terbawa-bawa ke setiap perbualan atau paling teruk pun termimpi-mimpi.

Luckily, ini kira second batch aku. So, aku seharusnya sudah boleh menangani tensi 'sekolah anak'.

Dari apa yg aku perasan, terdapat 3 perkara yang selalu diambil berat oleh ibubapa bila memilih sekolah anak.

1. Terbaik

Sekolah terbaik atau terkemuka ni biasanya menyediakan pendidikan yg terbaik dengan barisan guru yg hebat-hebat belaka. Kalau sudah yg terbaik, of course la pulusnya pun mesti yg terbaik. Yuran, buku dan sebagainya mestilah mencukupi dan terbaik dalam pasaran. Bagi ibubapa yg cukup serba-serbi tidak salah bagi pendidikan terbaik untuk anak. Yang penting mampu.

2. Convenient

Oh.. sesungguhnya aku sangat jatuh cinta dengan perkataan ini. Hahaha.. Anyway, sesetengah ibubapa yang berpendapatan sederhana selalunya memilih sekolah jenis ini (termasuklah aku). Bagi aku, aku akan cuba sedaya upaya mencari sekolah yang memudahkan rutin harian aku. Contohnya : Aku prefer sekolahkan Haikal di taska berhampiran bagi memudahkan aku mengambil dan menghantar 'combo style' (sekali harung dgn adik-adik dia). Bila masuk sekolah rendah pula, memandangkan taska terletak berhampiran sederet sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, adalah kurang bijak kalau aku tidak memilih salah sebuah sekolah dari deretan yg ada. Baiklah.. nampaknya aku kurang bijak. Hahaha instead of sekolahkan Haikal di kawasan berhampiran, aku hantar Haikal sekolah dekat kawasan rumah. Kenapa? Well, harus tanya kementerian pendidikan. Sekolah yg berderet itu hanya menerima pelajar yg tinggal berhampiran sekolah. Lagi bijak, aku tidak cuba minta alamat atau bil letrik taska masa cuba mendaftar hari tu. Apapun, dari hari ke hari, aku rasa bersyukur pula. Sebabnya aku tidak tersekat dalam kesesakan lalu lintas masa ambil anak pulang. Bayangkan.. sederet sekolah kiri dan kanan. Mau berjam juga tersekat kalau Haikal sekolah sana. Lagipun kalau Haikal sudah tukar sesi pagi, aku keluar kerja terus hantar. Senang cerita.

3. Murah

Bagi sesetengah ibubapa yang kurang mampu, diorang akan memilih tadika kemas dan sekolah kerajaan. Mungkin hasilnya tidak seperti sekolah swasta, tapi kalau difikirkan.. dulu anak tukang kebun pun sudah jadi pensyarah. Nothing is impossible kan? Yang penting kemahuan. Kalau ikutkan, aku berkenan mau hantar anak-anak aku ke tadika kemas. Tapi tidak convenient la pula. So, aku hantar ke tadika ABIM. Sekolah rendah Haikal setakat ni, agak baik juga. Aku plan mo hantar Dyana ke sekolah yg sama. 


All and all, sekolah zaman sekarang mahal atau murah bergantung kepada ibubapa untuk bagi kerjasama ketika di rumah. Bukan bergantung pada guru. :)


Dyana utk pertama kalinya ambil gambar ukuran password. Paling kelakar bila dia angkat tangan 'peace' sehinggalah mama dia tegur baru dia duduk diam-diam.


Oct 15, 2012

Pom pom girl


Assalamualaikum :)


Sejak kebelakangan ni, setiap sabtu aku sibuk jadi pom pom girl. Mentanglah laki aku jadi pengurus sukan jabatan dia, kami pun terangkut sekali. Paling tidak boleh diterima, satu acara setiap sabtu. Kalau 8 acara? 2 bulan baru tau siapa pemenang keseluruhan! Terseksa jiwa dan raga you know..

Apapun, aku sempat ikut beberapa acara saja. Itu pun aku bergantung harap pada anak-anak supaya buat hal. Budak-budak kalau buat hal, cepat saja si bapa suruh masuk kereta balik. Hehehehe..

Setakat ni aku sempat ikut 2 acara. Acara pertama badminton di Kompleks Sukan Likas. Singgah sekejap saja sebab aku kena bekerja la pula. On the way ke dewan, aku nampak..





 Ada a few la yg aku kenal Alex Lim dan Alvin Chia. Termasuk no. 4 dari kiri atas, arwah Ramli Ahmad. Aku kenal pun sebab dulu aku sempat buat projek sejarah TOKOH. Aku pilih dia, semata-mata sebab aku kenal anak dia. :)



Acara seterusnya, aku jadi penyokong kuat acara bowling. Hahaha tiada kena mengena ni. 


 Itu bapa budak berbaju biru yg sedang kutip bola, kawan sekolah rendah aku, sekolah menengah dan masih melepak sama-sama sampai sekarang. Itu la aku over-excited. Kalau orang lain, kau ingat aku tidak malu? Ironinya gambar ni.. gambar paling atas adalah gambar arwah bapanya. Yang ini pula gambar anaknya main bowling. :)



 Syabas anak-anakku. Kamu menjalankan tugas dengan cemerlang sekali!
Bila si bapa tengok apa yg anak dia buat, terus bapa tidak sabar-sabar mau pulang. Hehehe