Dec 2, 2011

Trip to KL 2011 [Part 2]

Assalamualaikum :)


Day 3

Aku sejak dari dulu memang berangan2 mo bawa anak2 aku ni pegi Sunway Lagoon. Sesekali datang KL apa salahnya kan? Kali ni seperti biasa, kami menggunakan pengangkutan2 awam yg disediakan. Haikal paling excited. Dia sudah naik train (LRT), lepas tu untuk ke Sunway Lagoon kami naik bas la pula.

Persiapan awal sudah dibuat. Antaranya menyediakan pakaian mandi untuk budak2. Asalnya mau beli yg 1 piece. Tapi bila fikir2 balik agak merugikan memandangkan kami amat jarang membuat lawatan rasmi ke kolam renang. Al-maklumlah budak2. Tambah lagi yg sedang membesar bagai johan ni. So, kami belikan seluar mandi yg dibeli di Kamdar untuk ketiga2 budak. Kononnya, nnti akan dipakai dengan T-Shirt sekali.


Sampai Sunway kira2 jam 10.00 pagi, kami bercadang untuk tengok2 permainan yg ada. Tapi memandangkan budak2 tidak sabar2 mau main air, maka kami sempat beberapa permainan 'kering' sebelum membasahkan diri.

Masa tukar pakaian, baru perasan Aiman tidak bawa baju T-Shirt untuk basahan. Sebab takut dia rasa malu, maka aku pun arahkan la Haikal buka baju sekali. Pakai seluar saja. Tiba2, Dyana pula nangis meraung2 minta buka baju. Aku siap tunjuk2 budak perempuan lain kononnya perempuan tidak boleh buka baju. Ada dia peduli? Masuk air pun dia masih menangis. Last2 aku buka saja baju dia. Baru dia berhenti menangis. Maka bertempiaranlah anak2 itu di semua permainan yg melibatkan air. Aku? Duduk2 santai saja dengan harapan adik dan adik ipar aku boleh tolong tengok2an bebudak :D.


Hampir jam 1.00pm, kami beredar cari makan. Adalah percubaan berani kalau makan dlm Sunway Lagoon. Berpinar2 mata tengok harga. Maka, kami pergi lokasi seterusnya Sunway Pyramid. Dyana yg asalnya berlari gagah masa di Sunway Lagoon kini berjalan melutut kerana kepenatan. 10 minit kemudian, aku terpaksa menyeret mangsa 'kepenatan' ni sebab aku pun penat mau dukung. Bila naik tangga, balik2 aku dengar Dyana mengeluh "Panat Eh!!" walaupun yg naik tu aku dan dia terpaksa didukung sebab terlalu lidut.


Kalau tidak silap, masa ni la aku terjumpa Dato' Rahim Razali secara live bersama keluarga. Seperti biasa, kalau nampak artis aku buat tidak nampak saja. Tapi lepas tu, mulalah aku excited tanya rombongan lain kalau diorang nampak atau tidak. Hehehe..

Lepas makan, kami terus beransur pulang. Sampai hotel kira2 jam 3 pm. Aku memang tidak berhajat mo pegi mana2 lagi sebab terlalu kepenatan :).


Turun di Pasar Seni untuk menuju ke stesen bas. Gambar di belakang tu menggambarkan kenapa tempat ni dinamakan Pasar Seni.


Pengalaman pertama Haikal naik bas seperti yg diangan2kan setelah sekian lama. Dyana sibuk mau duduk di tengah2 tidak sedar kalau bas berhenti mengejut, confirm dia buat aksi lompat bergalah.


Haikal sibuk mau bergambar dgn patung ni. Jangan tanya kenapa.


Sunway Lagoon. Booth2 di belakang tu, ada cerita di belakang tabir.


Sempat bergambar dengan Terminator.



Di jambatan gantung. Sungguh memenatkan..



The other side of jambatan gantung. Adik aku sangat gayat kekeke..


Di Sunway Pyramid. Perasan patung yg dipegang Dyana? Dia dapat masa main tangkap itik di booth2 tikam yg ada di Sunway Lagoon. Actually bukan dia yg tangkap pun, tapi tukang jaga booth. Tau2 dapat 1st Prize. Rezeki dia..



Day 4

Mungkin disebabkan kepenatan yg masih bersisa, walaupun asalnya kami berniat mau pegi Zoo Negara maka perancangan awal terpaksa diubah. Kami pegi Shopping Mall saja. Fikir punya fikir, kami akhirnya membuat keputusan untuk pegi Mid Valley. Mo buat lawatan rasmi ke Carrefour kunun sambil cuci2 mata.

Di Carrefour aku jumpa Dr. Fazley pula. Seperti biasa buat2 dunno, tapi siap maklumkan adik aku kalau dia pun perasan. Adik aku siap tegur lagi. Aku pula sibuk mo kontrol cool. Hahaha..

Tidak ada banyak kejadian aneh masa di Mid Valley, setakat kunjungan santai dari kami saja. Tapi aku ada cerita lucu untuk dikongsikan.

Sampai hotel, kami bercadang untuk beli makan malam. Memandangkan Dyana sedang tidur, maka kami berkira2 untuk meninggalkan anak2 di hotel sebab gerai makanan yg selalu dikunjungi berada betul2 di bawah hotel. Selalunya, kami minta Aiman jadi Chief Security. Setiap kali kami balik dari beli makanan, confirm dia tanya siapa yg ketuk pintu. Selagi tidak menjawab, selagi tu lah kami jadi teman setia si pintu. Entah kenapa, Aiman ada sedikit moody hari tu, so kami menaikkan pangkat Haikal untuk jadi Chief Security.

Aku : Haikal, tolong jaga adik dengan Aiman. Jangan buka pintu. Kalau ada orang ketuk, tanya dulu siapa. Kalau mama, mamit (adik) atau pakcik jam (adik ipar) ketuk baru buka. Kalau nenek dgn pakcik nusi pun boleh buka.

Haikal : Haikal jaga Aiman sama adik? Kalau Haikal hilang macammna?

Aku : Itulah sebab mama cakap jangan buka.

Haikal : Kalau pencuri yg ketuk?

Aku : Jangan kasi masuk la. Nanti dia curi semua barang.

Haikal : Kalau Aiman yg ketuk?

Aku : Apahal pula Aiman mau ketuk. Aiman kan tidur.

Haikal : Kalau Haikal angkat Aiman keluar lepas tu dia ketuk?

Waduh! Kenapa bisa jadi begini. Disuruh jaga pintu saja pun, siap mau angkut orang keluar lagi. Akhirnya adik ipar aku terpaksa stay di hotel menemankan Chief Security yg sedang kebingungan..



Nov 30, 2011

Trip to KL 2011 [Part 1]

Assalamualaikum :)


Day 1


Penerbangan kami seawal 6.05 pagi. Bayangkanlah pukul berapa kami perlu berada di airport. Niat di hati, ambil flight awal dgn tujuan sampai awal ke KL dan boleh continue jalan2. Rancangan awal, mau melawat Aquaria, KLCC.

Nasib baik anak2 tidak meragam dalam kapal. Macam faham2 saja Babah diorg tidak join sekali di awal rombongan. Sampai ke KLIA dalam jam 8.40 am. Masa di KK, aku siap sound adik aku klu boleh tidak payah naik teksi. Konon mau jimat :).

Disebabkan jumlah beg yg banyak (what do expect, 6 hari 5 malam), maka kami membuat keputusan untuk menaiki 2 buah teksi untuk sampai ke hotel. Mungkin juga sebab aku penat sangat, aku follow ja la.

Adik aku sudah booking penginapan di Palace Hotel, Masjid India. Mama aku refuse mau menginap di hotel lain memandangkan hotel ini amatlah bersesuaian dengan jiwa dan raganya. Bagi aku, cukuplah kalau senang mau cari makan.

Mungkin sebab penat dan tidak cukup tidur, kami membuat keputusan untuk lepak di hotel saja. Membiarkan mama aku bershopping sakan secara solo di jalan Masjid India, manakala kami bertiduran secara berkumpulan di bilik masing2.

Bila sudah cukup tenaga, barulah kami berjalan2 di Mydin. Kunjungan ke Mydin ni boleh dikategorikan sebagai kunjungan wajib. Setiap kali pegi KL, tidak sah kalau tidak singgah Mydin. Aku setakat beli barang keperluan anak saja sebab aku malas mau angkut dari KK. Untuk aku, aku beli borong pencuci muka susu kambing HR. RM10.50 x 3 buku besar. Memang berbaloi2 lah!


Mengumumkan ketibaan dif2 kehormat..


Hotel kegemaran mama aku


Gedung wajib dilawat


Day 2

Hari ke-2, mama dan abang aku berangkat ke Vietnam. Malangnya, tiket terhad kepada kakitangan MAS serta ibubapa sahaja (kepada yg belum berkahwin). Maka, melepaslah peluang aku dan adik aku bercuti2 di luar Malaysia. Apapun, niat untuk ke Aquaria tetap diteruskan. Bagi menjimatkan kos pengangkutan, adik aku bercadang menaiki LRT dari Masjid India terus ke KLCC. Aman dan damai aku rasa. Sungguhpun kena berdiri, apa sangatlah berdiri tidak sampai 5 minit.

Oleh sebab kekurangan signboard jalan menuju ke Aquaria, maka banyaklah simpang siur yg terpaksa di lalui. Selepas sesi soal jawab dilakukan, maka sampailah kami ke destinasi.


Anak aku ingat tempat letak suratkhabar ni untuk ukur berat dan tinggi. Ish ish ish..


Sesat di KLCC..


Setelah sesat beberapa kali, masa utk bertenang.


Akhirnya.. kami berjaya!


Inilah dia Landmark Aquaria..


DNA pool. Dyana sempat pegang belangkas walaupun tidak lama.


Haikal lebih berminat pegang tapak sulaiman.


Abaikan gambarku yg kurang terang itu. Tengoklah pemandangan di belakang sana. Cantik kan?


Hanya untuk budak2. Kalau dewasa pun mo cuba, silakan.. kalau tidak malu la. :D


Susah betul aku mau dapat gambar yg terang di dalam terowong ni. Ini kira yg terbaiklah ni..


Dyana test drive hampir semua kenderaan yg bergerak 0 km/j di KLCC.

Actually, banyak aktiviti menarik dalam ni. Cuma aku tiada kesempatan untuk ambil gambar atau gambar2 yg aku ambil sangatlah buruk. Mungkin sebab tidak boleh guna flash ka apa, aku kurang pasti. Apapun, cuba datang waktu feeding time. Sangatlah menyeronokkan. Even, aku pun teruja mau tengok. Boleh check di sini untuk tengok harga dan maklumat2 yang berkaitan.


To be continue...


Nov 29, 2011

I'm Back!

Assalamualaikum :)

Setelah dihitung2, aku rupanya telah menghilangkan diri selama 12 hari. Dalam tempoh 12 hari, aku cuma mengadap PC 3 kali tidak sampai 10 minit setiap kali. Adakah aku berbangga? VERY!!

Last week, aku pegi bercuti. Cuti yg pada mulanya dirancang untuk 10 orang (7 dewasa, 3 budak) akhirnya terpaksa meninggal 2 ahli rombongan bg menguruskan hal2 berbangkit.

Tahun ni, aku berniat untuk bercuti di KeHel. Well, sungguhpun kebanyakan orang mgkn suda boring dgn suasana KeHel, tapi bukan kami. Last trip aku ke sana dlm 2 tahun lepas atas urusan rasmi (aiseh!!). Org cakap, berkursus dgn bershopping amatlah jauh berbeza.

Aku sampai KLIA dengan perasaan seperti pelancong. Tapi bila berkerumun di tengah orang ramai, aku rasa macam amah la pula. Style pemakaian aku mungkin terlalu outdated. (Setakat T-shirt dan jeans). Tambahan lagi la si Dyana sibuk minta digendong ke sana sini. Mcm amah professional pun ada. Tapi bagi aku T-shirt dan jeans sudah mencukupi. Yang penting selesa. Lantaklah macamna pun rupanya. :D

Buat sementara waktu, aku masih mengumpulkan material untuk diblogkan. Memandangkan sumber adalah terhad (byk gambar tidak cantik plus tidak sempat ambil gambar sebab penat), maka proses pemilihan mengambil masa yg agak lama.

Bak kata Arnold Schwarzenegger "I'll be back!".

Nov 17, 2011

Laporan Adab



Assalamualaikum :)

Laporan adab ni actually laporan kelakuan/adab anak ketika berada dalam kelas. Bagi sesetengah sekolah laporan adab ni kira macam hari penerimaan report card la kunun. Sukatan pembelajaran masa kini umumnya tiada istilah penilaian markah. Tapi, bagi melihat prestasi anak2 ada juga sekolah yang masih mengamalkan penilaian markah.

Seperti yg aku maklumkan sebelum ini, hari ini kira hari menerima laporan adab sekolah Haikal. Seawal jam 7.00 pg, aku sudah terpacak depan sekolah mengalahkan security yg bertugas. Tidak kisahlah apapun prestasi anak, tapi semangat tu mesti ada.

Bila masuk kelas, meja di susun 3 bahagian. Kononnya ala2 3 kaunter. Memandangkan kelas tahun 1 pun 3 saja, so logik juga la. Kebanyakan ibubapa duduk merata2. Bukan tidak kenal guru kelas, cuma kerusi tu macam tidak mencukupi.

Bila turn Haikal kena panggil, kami sekeluarga (means aku, laki aku, Haikal dan Dyana) pun mendengar dengan tekun. Actually Dyana kurang mendengar sebab dia sibuk kacau pen cikgu yg bertugas. Mula2 guru kelas memaklumkan tentang kelakuan Haikal di kelas. Penjelasan cikgu tu membuat aku sedikit kebingungan. Ini sebabnya:

1) Pendiam

Dalam kelas Danish (Haikal) seorang yg pendiam. Dia tidak pernah mau tanya apa2 soalan melainkan kita tanya dia face to face. Hanya akan jawab soalan kalau cikgu tanya soalan directly dengan dia.

Hmmm... kalau di rumah atau di kereta, aku dengan laki aku terpaksa suruh dia diam sebab kami malas mau layan. Kenapa pula di sekolah dia pendiam?

2) Teramat Sensitif

Dia ni sangat sensitif. Kalau kena marah sikit, hujan (menangis). Kalau tidak dapat jawab soalan, hujan.. Tiba2 cikgu meja sebelah menyampuk.. Kalau tegur sikit, hujan lagi. Kira2 dia ni mudah hujan la..

Oklah. Anak aku memang sensitif. Bak kata laki aku terlalu manja. Lepas tu, salahkan lagi si mama sebab terlalu kasi manja. Hehehehe

3) Pemalu

Kalau namanya mo minta volunteer buat apa2, dia memang tidak pernah menawarkan diri. Melainkan dipilih. Jadi sekarang ni, apa2 aktiviti dalam kelas memang cikgu akan pilih dia supaya dia boleh kikis rasa pemalu dia tu.

Pemalu? Anak aku? Kalau keluar dengan kami hilang pula rasa malu dia. Misteri nusantara betul!

All and all, anak aku dalam kategori Band 3. Aku pun terkejut, apakah namanya makhluk Band 3 ni? Rupanya penilaian adab anak2 terbahagi kepada 4 band utama. Band 1, Band 2, Band 3 dan Band 4. Band 1 paling minimum dan Band 4 paling maximum. So, aku rasa kira baguslah tu. Bila aku tanya macamna penilaiannya, cikgu cakap kalau dia boleh memahami, menerima dan mengaplikasi itu Band 3. Kalau Band 4 tu kira paling bagus la tu. Bah baiklah.

Last sekali cikgu tunjukkan slip peperiksaan. Kalau tengok satu2 aku rasa macam mau pengsan time2 tu juga. Tapi bila tengok keseluruhan at least ada peningkatan sedikit. Kedudukan dalam kelas, macam makin menurun. Apa yg penting semua subjek lulus.

Di kesempatan itu, aku sempat buat pengakuan terbuka dengan si cikgu. Aku cakap aku ada masalah mau paham silibus budak2 sekarang. Punya excited cikgu tu bagi aku beberapa alternatif lain termasuk membeli buku2 rujukan berkaitan serta tempat membeli buku.

Tahun depan aku mau all out bagi Haikal personal lesson. Mau beli whiteboard dan meja study untuk Haikal supaya dia lebih bersemangat. Hujung tahun ni, aku mau belajar guna sempua. Ni kali lah! Aku inda mau sudah pakai kalkulator. Aku pakai sampua ja.. hahahaha Berapa heran orang aku bawa sampua dalam beg untuk kira discount masa shopping..


Keperluan sekolah (yuran) tahun depan. Siapa cakap yuran sekolah tahun 2012 free?


Bapa aku janji bagi hadiah Cars x3 klu Haikal dapat 1st place. Nampaknya kempunan la si Haikal..


Nov 16, 2011

Dilanda Kebimbangan



Assalamualaikum :)

Minggu ni kira minggu terakhir persekolahan. Untuk sesetengah sekolah khususnya sekolah menengah, bagi memberikan sedikit ketenteraman kepada calon SPM dan STPM menjawab soalan, maka mereka dicutikan dgn lebih awal.

Last week, Haikal sudah dapat almost semua result exam. Aku tidaklah mengharap setinggi gunung anak aku jadi pelajar cemerlang sekolah, cukuplah lebih baik daripada semester lepas. Topik ni, aku akan maklumkan besok sebab Haikal akan terima buku adab (atau report card) esok hari.

Memandangkan ini minggu terakhir persekolahan, aku teramatlah excited. Kira cuti sekejap untuk menyediakan bekal, menghantar ke sekolah dan of course membelek homework2 yg aku sendiri terkial2 mau buat. Last monday, laki aku telefon di waktu tengahari memaklumkan sekolah Haikal bercuti. Agak mengkagumkan, sekolah bercuti tapi ibubapa tidak maklum. Surat tidak diberikan dan tentulah anak aku tidak tau. Pelik bin ajaib pula, bila memikirkan macamna pula budak2 lain tau hari isnin cuti? So, aku agak anak aku mungkin tidak dengar apa yg guru dia sampaikan di sekolah.

Selasa sekolah macam biasa. Rabu, memandangkan laki aku berseminar, aku diminta menghantar Haikal ke sekolah. Dalam kereta Haikal mula membebel memaklumkan "Makanan sama minuman tidak payah bawa. Semuanya disediakan."

Sebab aku ni jenis kurang percaya, aku pun masuk kawasan sekolah untuk membuat tinjauan. Tiba2, aku disapa mesra (bagi aku kira mesra la) oleh pak security memaklumkan "Tiada sesi petang ni ari."

So, apalah yg aku mau buat dgn anak aku yg sedang bertungkus lumus mengangkut beg dan bekal untuk bersekolah di sesi petang ni? Rupa2nya, bermula hari ini sekolah bertukar ke sesi pagi. Sekali lagi tiada surat dibekalkan. Huraaaaaaayyyyyyy!!!

Bagi menjawab kekonfiusan aku, aku terus pegi bilik guru. Tanya tentatif untuk 1 minggu ni supaya aku tidak tertinggal apa2. Seperti biasa, si guru menyatakan surat sudah diserahkan. Mungkin ada toyol pengambil surat di rumah aku atau Haikal suka2 letak surat di beg orang lain. Apa2 pun, part yang itu tidaklah membimbangkan sangat.

Apa yg aku bimbangkan adalah melihat rakan2 sekelas Haikal yg lain seolah2 maklum dgn sebarang perubahan jadual kecuali anak aku. Aku tau anak aku kurang fokus dalam kelas, tapi ini sudah mencapai tahap yg membimbangkan..


Inilah rupanya surat yg aku tunggu2..

Telefon tidak penting?

Assalamualaikum :)

Seorang kawan bertanyakan satu soalan yg bagi aku langsung tidak payah untuk dijawab.

"Betulkah kalau perempuan yg sudah ada anak, telefon tidak penting lagi?"

Jawapan aku? "Ya!".

Kenapa? Bila sudah berkahwin, normally aku rasa adalah tidak perlu membuat sebarang laporan terkini dengan suami. Cukuplah buat laporan yg telah dikumpulkan sepanjang sehari dan disampaikan pada waktu malam bila suami sudah pulang dari kantor. Tidak romantik? Well, ada banyak cara untuk jadi romantik. Tidak semestinya, dinner di luar atau bergayut di telefon 2-3 jam :D.

Antara panggilan lain yg selalu aku dapat selain dari laki aku, of course dari my parents and my sister. Kalau diorang call tapi aku tidak angkat, normally diorg akan pakai alternatif lain. Call laki aku, atau adik aku. So, another reason kenapa telefon tidak penting bagi aku. Hehehe

Panggilan lain yg selalu aku ignore, sure la dari ofis. Khususnya kalau aku sudah sampai rumah. Confirm tidak pandang punya. Kadang2 telefon tu 3 hari tidak pernah dijenguk. Tau2, sudah habis bateri. Alasan aku mudah sahaja, kadang2 telefon aku dekat 1 minggu tidak pernah berbunyi. Bukan sebab rosak, tapi sebab tiada sebarang kesudian untuk orang menelefon aku.

Si kawan menambah. "Kalau laki kau mau beli sayur ka, macam mana?"

Hohoho.. laki aku bukanlah orang yg mempunyai semangat berkobar2 mau pegi pasar. Mengelilingi pasar sayur sambil mengamati jenis2 sayur pelik yg dijual umpama macam jalan2 di taman. Mau tanya malu, tidak tanya tidak tau. 3 jenis sayur yg laki aku kenal hanyalah sawi putih, kacang panjang dan pucuk merunggai. Lain daripada itu, dia akan mengalami dilema yg luar biasa. Umumnya, kami sudah bersetuju bila pegi pasar mama beli barang, bapa tunggu dalam kereta.

Kesimpulannya, bagi aku telefon hanya penting bila aku yg mau menelefon..


Nov 15, 2011

The Potret



Assalamualaikum :)

Minggu lepas, Haikal sibuk minta bilik sendiri. Sekarang ni, dia tidur merata tempat. Kadang2 di ruang tamu, kadang2 di bilik kami. Ikut kapasiti ruang tidur. Actually, kami sudah plan sedia bilik utk Haikal beberapa tahun dulu. Tapi atas sebab adik aku mula tinggal dengan kami, maka kami let go bilik Haikal. Konon2, bilik tetamu harus dikekalkan kosong sebab mentua aku rajin buat lawatan mengejut.

Memandangkan Haikal sudah buat request, laki aku pun benarkanlah Haikal berkampung di bilik tetamu. Sebagai meraikan perpindahannya, Haikal mula menampalkan karya2 seni dia di world of fame (pintu bilik).


Karya Seni Haikal


Karya untuk Diri Sendiri
Pendapat laki aku, Rani mungkin bermaksud Rina yang tersalah eja. Pendapat aku? Memang dia mo letak Rani memandangkan Rani nama paling common dalam buku teks sekolah. Kata Haikal? Mama betul!


Karya untuk Adik
Sebab adik pemarah macam Angry Bird!


Karya untuk Babah
Kurang pasti apa significantnya gambar ni dengan karakter si bapa. Apapun, aku bangga sebab Haikal sudah tau nama bapa dia siapa :).


Karya untuk Mama
Dari mula2 laki aku nampak sampai setiap kali dia nampak lukisan ni, mesti ketawa kaw-kaw punya. Benda pertama yg menarik perhatian aku, of course la gigi aku yg putih dan besar tu. Begitukah gigi aku? Hmm... *konfius*. Abaikan la tangan aku yg macam robot atau kaki aku yg mcm bata tu. Check out my shoulder! Apakah itu? Pangkat? Apapun nasib baik lukisan aku kurus.. hehehe