Jul 29, 2011

Field Trip


Assalamualaikum :)

Baru semalam aku kena bagitau nama aku termasuk dalam senarai kesembilanan utama untuk lawatan ke Jabatan Penjara. Bila risik betul-betul rupanya untuk lawatan 5S. Well, usah ditanya macamana nama aku magically appear in that list. Cukuplah aku perah santan kononnya aku sangat kreatif dan well-organized.

Actually, orang yang sepatutnya hadir ada 12 orang. Setiap 12 orang ini mewakili ahli jawatankuasa 5S yang tetap dan berpencen (Yeay!! Tahniah..) dan wakil-wakil zone yang rata-rata tidak sedar bila kami apply jadi wakil zone (Musykil aku). Aku secara rasminya mewakili zone PTM 2 yang sangat luas dan aman damai. At least lagi bagus daripada jaga zone yang luas, tapi ramai barang. Sungguhpun rata-rata penduduk zone aku sangat YB'ish dan Tan Sri'ish which selalu hilang bermeeting-meetingan atau berada dalam silent mode yang mana kita nampak dia ada di sana, tapi terlalu kusyuk tengok skrin apa-apa yang ada dalam skrin, tapi aku rasa masih boleh diatur la. Hopefully..

Lawatan kami, disambut mesra oleh si Timbalan Pengarah dan barisan pegawainya. Paling best, of course la makanannya. Boleh-boleh tuan rumah cakap jangan malu-malu, walhal kami siap berdiri-diri lagi ambil lauk. Kalau bukan sebab diorang mau cepat (namapun Jumaat), lama sudah kami top-up pinggan kami tu. Biasalah kan.. Unit Pemusnah.


Jabatan Penjara Malaysia, KK


On the way mau keluar, pegawai pengiring ada jemput kami tengok-tengok produk penjara. Aku assume produk yang dibuat oleh banduan. Dulu-dulu masa aku study, aku pernah buat tour di Penjara Pudu. Siap bergambar di bilik akhir lagi. Untuk makluman, bilik akhir ni bilik terakhir yang diduduki oleh banduan sebelum mereka dihukum gantung. Memang ramai yang tidak mau masuk bilik tu. Tapi sebab aku minta puji, maka aku masuk dan ambil gambar. Ada juga kawan yang pesan suruh aku mandi cepat-cepat. Takut kena badi. Ada aku percaya? Hohoho langsung tidak. Aku siap baca-baca mesej yang tertulis di bilik tersebut. Banyak betul mesej yang meruntun jiwa (ececeh). Pesanan untuk isteri, untuk ibu bapa dan sebagainya. I wonder kalau isteri dan ibubapa diorang sempat baca mesej tu atau tidak.

Ok stop cerita pasal pengalaman di bilik akhir. Dijadikan cerita, disebabkan tour tu, aku ada terbeli satu produk penjara. Actually tidak la cantik sangat. Aku beli pun kononnya untuk memberi sokongan kepada Jabatan Penjara atau para banduan. Kalau tidak silap produk aku beli tu, bunga hiasan yang dibuat dari tempurung. Harga kalau tidak silap dalam RM5. Itu sajalah yang aku mampu sumbangkan. Namapun student.

Maka aku bawalah bunga tempurungku yang cantik tu ke rumah mama aku masa raya. Guess what? Mungkin sebab terlalu bernilai atau mama aku sakit mata tengok tu bunga, dia suruh letak itu bunga di atas tv di dapur. I mean, come on la.. Siapa yang merayau-rayau di dapur masa raya? Paling-paling pun tuan rumah!

Lepas hari raya, bunga tempurungku MIA. Mungkin kena ambil oleh tetamu yang masuk dapur untuk cuci tangan, atau mungkin kena sembunyi mama aku. Either way, aku masih ingat lagi rupa bunga tempurungku itu dengan jelas. Bila difikirkan semula, baru aku rasa bunga aku tu tidak secantik mana. Cuma saja mau tunjuk dengan orang aku pernah lawat penjara. Kekekeke..



Lokasi jualan produk penjara.


Sama ada pengajar kraftangan di Sabah jauh lebih baik atau banduan di Sabah lagi berbakat, most of the products sangat-sangat la halus buatannya. Aku siap terfikir mau beli. Tapi tunggu aku transform dulu rumah aku.


Sangatlah suka dengan almari-almari ni. Huhu.. aku tidak sempat ambil semua gambar sebab aku segan kalau diorang cakap ambil gambar berabis-rabis tapi belinya tidak :D.


Jul 27, 2011

Alkisah Bangau dan Datuknya

Assalamualaikum :)

Di suatu malam yang hening, ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah selepas bersukaria dengan keluarga tersayang tiba-tiba Haikal memulakan perbualan.

Haikal : Mama, Haikal tau macamana mau nyanyi Bangau dan Datuknya.
Babah : Bah. Nyanyilah.
Haikal : Bangau, di mana engkau hilang? (*it sounded more like a narator than a singer)
Aku : Itu bukan menyanyi tu.

Haikal : Ish mama ni.. Dengar dulu bah.

Aku : Ok.
Haikal : Bangau engkau nak pergi mana? (Eh! Tadi cakap hilang..)

Babah : *Sambil menyanyi* Bangau oh bangau kenapa engkau..
Haikal : Babah ni. Dengar dulu la!
Babah : Ok.

Haikal pun mula bercerita.

Bangau, engkau nak pergi mana? Pergi ke rumah datuk. (Abaikan siapa yang cakap apa, I don't dare to interupt). Bangau, macamana engkau hendak ke sana? Saya berjalan kaki. Berhati-hati nanti ada paku. Baiklah.. Bye bye bapa! (Oh! Rupanya perbualan antara anak dan bapa). Lalu bangau pun terbang.

Babah : Eh! Tadi cakap jalan kaki. Kenapa dia terbang?

Haikal : Eh! Salah. Bangau pun terbang. (Jadi apa cerita dengan paku tu?)

Haikal menyambung semula.


Bangau pun sampai ke rumah datuk lalu mencium tangan datuk.

Babah : Bangau pun pandai salamkah?

Haikal : Pandai bah.
Babah : Dia salam pakai apa? Bangau mana ada tangan.

Haikal : Pak
ai kaki lah!

Haikal meneruskan ceritanya.

Bangau pun membunyikan loceng pintu datuknya. (Hmmm.. bukan sudah jumpa datuknya ka tadi?). Bangau ternampak anak sepuku dia. (Mungkinkah yang dimaksudkan sepupu?). Dia pun bermain sembunyi-sembunyi. Datuk dia ternampak mereka. Mainlah anak. (Bukankah sepatutnya cucu?). Tamat.


Dari awal cerita, aku tidak mampu mau menyampuk. Ketawa aku pun bunyi macam orang ada asma saja. Sampukan Babah dia bukan pun membantu untuk aku tarik nafas sekej
ap, tapi lagi bikin sengsara. Sungguh berimaginasi budak ini!

Bangau on the way mau jumpa datuknya.



Jul 25, 2011

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum :)

Hahaha datang sudah penyakit entri bertubi-tubi. I promise you this is the last one for today ;).

Kemarin (ahad), my hubby ada aktiviti bersama anak-anak yatim. So, semua AJK yang terlibat diminta menyediakan potluck. My hubby kononnya kena sediakan kuih muih dan buah-buahan. Of course bukan laki aku yang buat semua tu. Aku berkira-kira mau buat sendiri.

Menu yang aku pilih, karipap dan kek gula hangus. Karipap, aku memang pernah buat. Tapi kek gula hangus kira first time la aku masak. Google punya google, aku jumpa resepi ni. Aku pilih resepi ni sebab aku tiada alat penimbang.

Aku tidak ikut exactly 100% macam resepi dalam ni sebab aku tiada soda bikarbonat plus dia pakai bakar, aku pakai kukus. Mungkin sebab aku tidak confident dengan oven murah aku tu. Hehehe. Tapi hasilnya, boleh tahan juga.

Lain kali aku mo letak dalam pinggan cantik. Baru nampak lebih menyelerakan.



Books : The Scent of Rain and Lightning




Assalamualaikum :)

Kalau buku ini di'movie'kan, aku sure tidak akan tengok. Sebab cerita ni macam ada sedikit ke'cowboy'an. Cowboy is never my genre. Tapi mungkin sebab gaya penulisan Nancy Pickard, buku ni seronok dibaca. Boleh baca sinopsis di sini.

Adakah ramalanku benar belaka? Mungkin sebab instinct aku sudah semakin tajam, somehow aku sudah boleh agak pembunuh dia siapa. At least, terkena juga la salah satu option yang aku pilih. Aku budget 3 orang suspek. Tapi sebab aku pilih oleh yang least expected, maka aku dapat la pembunuh sebenar. Sungguhpun pembunuh dia senang untuk dikenalpasti, tapi macamana tragedi tu berlaku memang di luar dugaan.

Kesimpulannya,

1) Broken - by Karin Slaughther
2) The Scent of Rain dan Lightning - by Nancy Pickard
3) Death Gets A Time-Out - by Ayelet Waldman


Macaroons Vs Red Velvet Cup Cakes


Assalamualaikum :)

Agaknya sebab sudah menjadi trend masa kini, 2 menu di atas is something I'm looking forward to taste. Macaroons based on the picture, tidak la nampak menyelerakan sangat. Tapi bila tengok harga yang melambung-lambung plus susah untuk dibuat, aku assume mungkin lebih menyelerakan daripada rupanya.

Red Velvet pula, memang aku teringin mau rasa. Selain daripada rupanya yang cantik, rata-rata dari rancangan tv kegemaran aku DC Cupcakes pun suka dengan Red Velvet. So, sure sedap la kan?

Lepas ambil result Haikal, kami bergerak untuk temujanji seterusnya. Jemputan Birthday Party untuk AQ's. Asalnya mau bepergian dengan rakan sekantor, Laurah. Malangnya ngak jadian. Hahaha, si kawan tidak jumpa lokasi. Maka, sampai la kami anak beranak ke rumah yang dituju.

Benda pertama yang aku jumpa, Macaroon. Ambil satu, terus makan. Apa perasaan aku? Aku rasa mau cari air suam, rendam tu Macaroon lama-lama lepas tu minum airnya. Manisnya di luar dugaan. Cakaplah apapun, aku macam orang tua kah apa, tapi taste tu memang tidak sesuai dengan aku.


Gambar hiasan credit to dogsandgoddesses.com


Lepas tu aku nampak Red Velvet Cupcakes. Mungkin juga sebab phobia, aku share 1 cupcakes saiz S dengan seorang lagi rakan sekantor, Kak Lin. Bila makan macam-macam tu aja, rasanya macam ngak enak. Bila diletakin cheese, maka jadi enak sih. Hahaha.. anyway, still not as I expected.


DC Red Velvet Cupcakes credit to funtvshow.com



The birthday cakes. Dyana sedang berkawal untuk memastikan meja tidak bergerak atau kedudukan dia tidak terancam. Haikal pula musykil dengan architecture castle. Aku difahamkan kek dibuat oleh makcik tuan rumah.


Sangatlah kuwang-hajo kalau tidak masukkan gambar Birthday Boy and Girl.
Happy Birthday AQ's!



The Result

Assalamualaikum :)

Last saturday, kami para ibubapa diwajibkan untuk hadir bersama anak masing-masing untuk mengambil LAB (Laporan Aktiviti Belajar kalau tidak silap). Seperti mana yang aku baca dalam surat tersebut, LAB ini mungkin laporan sikap anak-anak kita sepanjang pembelajaran. Aku cakap macam ni, sebab aku rasa aku pernah terdengar (atau perasaan aku saja?) budak-budak KSSR tidak ada exam sudah melainkan LINUS.

Bila masuk tempat yang ditetapkan, aku tengok barisan kaunter kelas anak aku agak panjang berbanding dengan kelas-kelas lain. Last-last cikgu kelas lain take-over barisan kami. Berdasarkan pengamatan bekas guru kelas Haikal, Cikgu Hashimah, si Haikal ni masih takut-takut dalam kelas dan kurang keyakinan diri. Haish!!! Ini kira gen bapa dia la ni. Kalau ikut gen mama dia, bab keyakinan diri tu macam melimpah-limpah. Hehehe..

Aku pun tidak tau macamana mau tengok markah LAB tu. Aku main angguk sajalah. Aku tengok banyak markah 20+. Kalau per 100, itu kira dasyat. Kalau per 50, macam masih tidak cukup. Kalau per 30 kira ok lah. Aku dengar-dengar kaunter sebelah (atau mungkin suara cikgu tu kuat, maka aku terdengar), ada juga cikgu mention pasal kehadiran. Nasib baik Haikal belum sampai tahap macam tu.

Lepas tu, cikgu dia kasih satu slip. "Ini keputusan peperiksaan", cikgu tu cakap. For sure, aku expect Haikal mungkin dapat nombor belas-belas. Memandangkan jari-jemarinya nampak begitu aktif di atas keyboard berbanding buku. Bila main komputer tidak payah suruh, bila buat homework macam-macam la alasannya. Sakit tangan, sakit kepala, pening, sakit perut, lapar dan etc.

Apa yang Haikal dapat? Jeng jeng jeng...


Hampir semua pelajar pakai uniform sekolah. Anak aku sorang ja pakai baju biasa. Nampak sangat kurang fokus dalam kelas kan? Satu yang aku perasan, Haikal ni kalau mama dia ada, dia buat-buat tidak nampak saja kawan-kawan dia yang lain (walaupun diorang selalu tegur-tegur). Kalau aku dulu, nampak kawan, kena kasi tinggal pun tidak apa :)


Actually guru kelas Haikal Cikgu Nadhirah *yang sibuk main polis trafik tu la :). Haikal pula macam paham kunun tengok result sendiri. Aku seperti biasa sibuk fikir formula apa yang kena pakai untuk untuk markah LAB.


Result Haikal.

Perasan markah Bahasa Malaysia 1? Itulah yang paling bersinar dan bercahaya yang memaksa aku merenung lama tu slip. 13? Serius? Tiba-tiba aku teringat Haikal ada mention benda ni dulu. Hehe patutlah 13. Bahasa Inggeris dia dapat 91. Hmmm... bukan pun aku cakap english di rumah. Mungkinkah penangan computer game dan tv? Bab Pendidikan Jasmani, aku tidak heran dia dapat 97. Kalau hari-hari asyik tengok buku PJ *actually tengok gambar, surelah dia boleh jawab. Silap-silap kalau aku suruh Dyana ambil exam pun dia boleh dapat A. Sebab diorang suka tengok gambar PJ sama-sama. Hahaha..

Anyway, lepas aku puas menjeling Haikal sambil cuit-cuit dan bisik "Lepas ni tidak boleh sudah main game masa sekolah. Sunday saja", baru la aku terperasan kedudukan dia dalam kelas. Mungkinkah ada nombor yang tertinggal sebelum 3 itu? Paling best No. 3 tapi G (aku assume gagal la tu). Siap tanya cikgu lagi. Last-last cikgu cakap, sistem tu sistem lama. KBSR, kalau gagal teras kira Gagal. Tapi kalau KSSR tidak sudah macam tu. Kesimpulannya, Haikal Lulus la konon. Memanjang Babah dia senyum hari tu.. Good job Haikal!


Jul 21, 2011

Books : Broken



Assalamualaikum :)

Buku ini mengisahkan tentang pembunuhan yang berlaku di Grand County. Atas sebab Sara Linton (bekas medical examiner Grand County) tidak percaya akan keupayaan Lena Adams (polis yang menyiasat kes) dia akhirnya membuat panggilan ke GBI untuk menghantar seorang ejen. Will Trent dipanggil untuk menyiasat kes tersebut. Namun begitu, Will Trent menghadapi masalah untuk mendapat kerjasama dari local police force.

Magically, I manage to finish reading this book in 5 days. Macam bangga pun ada. Anyway, pembacaan aku selama 5 hari ni membuktikan buku ini is worth reading.

Adakah ramalan aku benar belaka? (tentang suspect of course!). Jauh tersasar. Terbabas masuk gaung. Hahaha.. Even motif pembunuhan pun aku baru tau dalam 3 chapter yang terakhir. Bagi aku, this is by far the best book I've ever read. Nama pun The No. 1 Bestseller :).

For now, this is my favorite books rank look like. (Hamboi.. siap ada ranking segala) :

1) Broken - by Karin Slaughther
2) Death Gets A Time-Out - by Ayelet Waldman