Jul 8, 2015

Vietnam - Busan, Seoul

Assalamualaikum,

Baiklah. Di bulan baik ni, aku minta maaf la banyak-banyak. Entah kenapa sejak bertukar seksyen ni kerja aku macam tidak pandai habis. Atau aku sajakah yang berperasaan begitu? Apa pun sebab lambat betul mau sambung my korean trip.. bianhe..

Kami bertolak ke KL (duh!!) dan tiba KLIA 2. Sempat juga aku dengan uri maknae (our youngest member) round-round KLIA 2 (maklumlah tak pernah sampai) sementara seorang lagi chinggoo baik hati tolong tengokkan beg. Lepas tu naik KLIA express pegi KLIA. Bukan lama pun, satu perhentian ja.

Disebabkan kami tiba di KL jam 1.15 pm sedangkan flight kami ke Hanoi, Vietnam jam 7.15 pm, ditambah lagi aku lupa bawa sebarang bahan bacaan, maka hampir sepanjang masa kami duduk-duduk saja sambil tengok-tengok handphone. Lepas tu baru aku sibuk beli Reader's Digest. Macam nda tahan pula duduk-duduk tanpa buat apa-apa. Luggage kami pos terus ke Busan sebab flight kami memang menuju ke sana. Cuma kena stop di Hanoi.

Kami tiba di Hanoi jam 9.20 pm. Next flight ke Busan jam 12.30 am. Apa yang mengkagumkan, Hanoi airport (tidak pasti nama sebenarnya) sangat besar dan bersih tapi tidak sesibuk dan secanggih KLIA. Beli air mineral di convenience store bukan sebab dahaga, tapi sebab mau guna botol sebagai gayung. Hahaha.. Jangan risau pasal mo tukar mata wang dong, pakai ja US dollar. Diorang terima juga.

Dalam 3 jam, pusing-pusing airport beli sikit souvenir untuk diri sendiri. Bukan selalu pegi negara orang ni. Walau setakat duduk-duduk saja di airport pun, kalau airport tu letaknya di Vietnam, mustahil la aku tidak mau beli. Memento tu geng!


 Kalau ada bookmark, memang itulah yg aku pilih dulu. Maklumlah, peminat buku. Lepas tu cari yang unik (dan murah)  dan ada perkataan Hanoi. 




Ewah! Gambar passport berlatarbelakangkan "Welcome to Vietnam". 



Bila berada di negara orang, telinga haruslah peka. Dekat 2 jam kami tunggu di gate yang salah. Rupa-rupanya ada announcement pindah gate. Kami ja tidak perasan. Maklumlah, malam sudah kan.. Bila pindah gate baru kami rasa macam betul. Baru la kami nampak pelancong-pelancong dari korea. 

Tiba di Gimhae International Airport, Busan jam 6.10 am, 1 May 2015. Berbaris panjang-panjang di imigresen. Punyalah canggih teknologi diorang pakai. Aku pun tidak pandai mo explain. Kena datang sendiri. Hahaha

Sementara maknae mencari T-Money, para noona sibuk cari bilik persalinan. Lepas cuti muka dan berus gigi di tandas, kami jumpa bilik persalinan di airport. Khas untuk salin baju. Maka, selesalah sikit mo letak-letak bedak di muka. 


Gambar passport berlatarbelakangkan tulisan Gimhae International Airport.

Kami naik metro (subway) cari hostel yang sudah ditempah lebih awal. Letak bag. Lepas tu, sambung jalan-jalan. Check-in jam 3.00 pm. Mandi? Well, kita tunda dulu.

First, kami pergi Gamcheon Cultural Village. Running man ada buat beberapa penggambaran di sini. Sayangnya, aku tidak jumpa bookmark di sini. Rasa menyesal pula aku tidak beli key chain atau fridge magnet. Gambar pun lebih kurang macam tu ja. Gigih kami memanjat tangga. Mo ambil gambar pun macam tidak sanggup. 


 Kali ni gambar korporat. Senget sikit. Hehehe

Lepas tu kami pergi cari makan di Jagalchi Market. Di Jagalchi market, tidak sempat ambil gambar. Sibuk tengok ikan. Last-last menu pilihan hati ikan grill. Puas hati jugalah. 5 ekor untuk 3 orang makan. Mungkin sebab kami lapar betul, licin berkilat ting ting..

Dari Jagalchi market kami jalan kaki ke lokasi seberang jalan. Kami pun tidak tau apa. Lebih kurang macam Gaya Street. Ramainya lah manusia. Rupa-rupanya, BIFF Square. Itu pun kami main jalan-jalan ja. Tidak sempat ambil gambar segala. Jumpa juga fellow Malaysian di sana. 

Bila tiba masa untuk check-in, masuk hostel lepas tu mandi puas-puas. Lepas mandi, tidur dulu kasi hilang penat. Lepas tu makan malam dengan makanan tin dan nasi yang dibeli di convenience store. Belajar dari warden (warden la konon) macamana mo kasi panas nasi pakai microwave. Lepas tu sambung tidur balik. Awal pagi esok mo bertolak ke Seoul pula.


May 27, 2015

Persediaan Percutian

1) Tiket Penerbangan

Pencarian tiket penerbangan bermula duluan sebelum jawatankuasa ditubuhkan. Walaupun ahlinya 4 orang, setiap seorang perlu memberi sumbangan bakti (Ehem!). Last-last, orang yang sama buat itinerary, booking penginapan dan urus transportation. Aku tumpang melukut di tepi gantang ja la. Biannata dongsaeng ah!!

Pernah dengar pepatah "Kalau dicari tiada, bila tidak dicari ampai-ampai pula dia di sana?". Begitu jugalah kesnya dengan proses pembelian tiket kapal terbang. Bila dicari bersungguh-sungguh, susahlah mau jumpa yang murah. Tapi bila sudah beli, melambak pula offer. Tutup mata ja lah. Buat tidak nampak.. yang penting sampai.

Setelah berbulan-bulan menunggu offer, akhirnya kami memilih naik Vietnam Air dari Kuala Lumpur. Memandangkan kami menaiki Vietnam Air, haruslah sedar bahawasanya akan transfer di Vietnam. Molek jugalah kan.. merasa la juga jejak kaki di Vietnam.

Bagi aku yang menariknya trip kami yang pertama kalinya umpama buat airport hopping. Biar aku explain kenapa.

KKIA - KLIA - KLIA2 - Vietnam (Hanoi) - Busan (Gimhae International Airport) - Seoul (Gimpo International Airport) - Jeju (Jeju International Airport) - Seoul (Gimpo International Airport) - Seoul (Incheon International Airport) - Vietnam (Ho Chi Minh City) - KLIA2 - KLIA - KKIA.

Hampir semua airport pun kami pergi. Daebak!! Sebelum terlupa, kepada yang muslim.. jangan lupa minta 'Muslim meal' di Vietnam Air. Kalau tidak silap, our dongsaeng sudah inform Vietnam Air awal-awal. 


2) Penginapan

Semua penginapan kami diuruskan melalui online. Biar bertolak dengan hati yang lapang orang cakap. 


3) Entrance Fee

Mana yang boleh dibeli secara online. Sila lah berbuat demikian. Ada diskaun, hati lapang, perbelanjaan pun senang dijangka.


4) Transportation

Sama juga. KTX dari Busan ke Seoul kami beli secara online. Kereta sewa di Jeju pula kena bayar pakai kad kredit. Ya, kami memandu di Jeju. Umumnya mengikut pegawai JPJ, lesen memandu Malaysia boleh diguna pakai di mana-mana. Masalahnya, untuk tujuan kereta sewa, permit memandu antarabangsa adalah PERLU. RM150 untuk buat di JPJ dan sah digunakan untuk setahun. Oh ya sebelum terlupa, kedudukan pemandu di Korea adalah sebelah kiri. Study la apa-apa yang patut.

Rata-rata pengangkutan kami di Busan dan Seoul adalah subway. Mudah dan efektif. Lebih mudah kalau download apps subway. Semudah 1 2 3..


5) Makanan

Ramai yang pernah pergi Korea akan pesan, bawalah bekalan makanan tin dan maggi banyak sikit. Maka, kami pun bersetuju bawa makanan tin (3 tin seorang) dan maggi (5 bungkus seorang). In my opinion, perbanyakkan makanan tin. 

Sila buat sedikit kajian tentang lokasi makan yang halal serta restoran seafood yang berdekatan dengan lokasi lawatan anda. 


6) Lain-lain

Bawa keperluan perubatan asas. Ubat sakit kepala/demam, selsema, batuk dan sedikit plaster. Jangan lupa bawa juga sedikit minyak angin. 

Insurans.. jangan dilupa ya!


******************************************


Apa pun, tidak banyak persediaan yang aku personally buat. Thanks to our hardworking dongsaeng! Tercalit juga la sedikit rasa bersalah. May be next trip..

Dari segi pakaian, disebabkan spring season.. baju yang dibawa pun baju ala-ala malaysia ja. Hakikatnya.. sila la bawa sekali jaket tebal. 

Disebabkan trip ni adalah backpacking trip, dengan perasaan yang dipenuhi rasa perasan tourist dari barat.. haruslah pakai backpack. Sampai di Seoul, omputih pun pakai beg tarik. Kami pula berpeluh-peluh angkat beg. Hampeh!! 

Berat beg aku dari KK 9++ kg. Balik dari Korea 13++ kg. Bila shopping saja, asyik terfikir kalau beg muat atau terlebih kilo. Sorry lah kawan-kawan atau sepupu sepapat yang tidak dapat ole-ole. Fahamilah hati nurani tourist perasan barat ni.. 


May 11, 2015

Trip to South Korea

Anyeonghaesayoo..

Trip yang asalnya berbaur unsur-unsur gurauan khasnya kepada peminat-peminat drama korea di ofis akhirnya menjadi realiti. Setelah melihat kepada aspek-aspek lain dalam kehidupan (kononnya), kami bercadang untuk buat backpacking trip bersama rakan-rakan sekerja. Permohonan cuti kami buat secara sistematik (hahaha takut bos tidak kasi lulus punya pasal), dan akhirnya semuanya diluluskan. Dalam perancangan, trip ni untuk 4 orang. Minit terakhir, seorang tarik diri. Tinggallah 3 orang.

Punyalah gigih 3 orang ni buat perancangan. Si A mo pi sana, Si B mo pi sini, Si C pun sibuk mo pi sinun.. nasib baik 3 orang. Kalau sedozen?

Kebanyakan tempat aku mo pergi, semuanya tempat penggambaran Running man. Ehem! Peminat la katakan..

Memandangkan aku ni jenis yang sangat-sangat jarang bercuti ke luar negara, sekali-sekala pergi tu kalau boleh biar la lama sikit kan? Akhirnya, kami sebulat suara bersetuju pergi 9 hari. Ini barulah cuti.. hahahaha mana ada orang cuti 2-3 hari pergi luar negara. Lainlah kalau pergi tengok orang kawin di negara jiran.

Dijadikan cerita, plan dibuat dengan teliti bagi memastikan kami memanfaatkan kesemua hari-hari cuti kami. Selama 9 hari, perjalanan kami meliputi Busan, Seoul dan Jeju.

Keseluruhannya, bagi aku trip ni sangat mencabar (in a good way), bermanfaat (did not expect it though) and memorable (definitely!). Important tips : Bagi yang bercadang untuk travel bersama rakan-rakan, harus cari rakan yang sama kepala dan penyabar. For me, my chinggoos' is definitely chaeguk!!

My day 1 trip will start on my next post. Kamsahamida...




Jan 29, 2015

Tahun 2015

Amboi.. aku ni mengalahkan orang yang merajuk. Satu patah ayat pun tidak mampu dikeluarkan. Apa pun, selamat tahun baru semua. Semoga tahun ni akan menjadi tahun yang lebih bahagia, membawa rezeki dan lebih bermakna untuk kita semua.

Apa sebenarnya yang menjadi punca kesunyian ini? Hahaha aku baru kena pindah tempat kerja. Tempat kerja masih sama, cuma penempatan saja yang berubah. Pada pendapat aku, sudah tiba masanya. Suasana baru, rakan kerja baru, azam pun tiba-tiba jadi baru. Bila sampai tempat baru, tiba-tiba dapat bilik. Rasa terharu ada, rasa janggal pun ada. Di tambah lagi kehadiran 2 orang kerani yang akan memberi bantuan 911 sekiranya perlu. 2 kali ganda janggal. Lelaki pula tu. Upgrade 3 kali janggal. Hahaha kalau tempat kerja dulu, semua pun buat sendiri. Tamat cerita tempat kerja.

Tahun 2015, Dyana masuk tahun 1. Baru 1 minggu sekolah, terpaksa pula cuti 1 minggu. Kena chicken pox untuk kali kedua. Terjangkit dari Hakim. Berbeza dengan Haikal, Dyana aku daftarkan masuk sekolah agama. Haikal pun aku masukkan kelas KAFA di tempat kerja aku. Nasiblah diorang masih terima pelajar tua ni.

Tahun ni aku merancang cuti keluar negara. Nekad kali ni mesti pergi. Tiket sudah beli, Tempat penginapan pun sudah ditempah. Insha Allah kalau tiada apa-apa, laporannya akan menyusul mei nanti.


Nov 20, 2014

Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Sepatutnya pada saat dan ketika ini, aku sibuk mengetik-ngetik papan kekunci. Motif? DOKUMENTASI.

Masuk minggu ni, 3 minggu sudah aku berbengkel. Termaktub sudah dalam sejarah hidup aku bengkel paling lama aku pernah attend sampai 3 minggu. Kalau lah dalam bucket list aku ada kursus 3 minggu, boleh sudah aku eleminate. Tapi malangnya tiada. 

Kursus apa juga sampai 3 minggu? Minggu pertama, lead auditor untuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Siap ada exam lagi. Sama ada lulus atau tidak.. wallahua'lam. Minggu kedua, buat risk analisis. Patutnya tidak perlu ikut pun sebab mengikut senarai jabatan aku tiada dalam skop. Tapi sebab aku rasa aku perlu belajar untuk keperluan masa akan datang, maka aku dengan sukacitanya datang lah juga. Minggu ke 3, aku kira aku malas mau masuk sebab kali ni pembangunan dokumen. 

Tup tup tiba-tiba aku rasa mau datang tengok apa-apa yang patut. Alih-alih, setelah ditilik-tilik oleh perunding, rupanya jabatan aku masuk dalam skop. Punah harapan, hancur berkecai dan berderai-derai harapan aku mau beristirehat selepas berkursus 2 minggu.

Entah kenapa, semenjak 2 menjak ni aku asyik pegi kursus audit ja. Terus macam expert sudah aku bab mengaudit ni. Penangan kursus 3 minggu..




Oct 21, 2014

Kawan Lama

Assalamualaikum,

Di kala sibuk main tenung-tenung dengan pc depan mata, tiba-tiba terdengar pula rakan-rakan seofis kepoh cari speaker untuk Seminar ICT. Masing-masing sibuk buat panggilan hayat sebagai usaha untuk memberi bantuan.

Aku pula masih dalam proses mengenalpasti mangsa. Kalau ada pun aku tidak yakin 100% calon tersebut berkebolehan membuatkan peserta yang hadir sentiasa dalam keadaan berjaga dan waras.

Hakikatnya, sama ada kita terima atau tidak, orang-orang IT bila bercakap tidaklah sebanyak coding yang dibuat dan tidaklah semenarik output yang dihasilkan. Bosan dan sangat teknikal. Adakalanya, lawak orang IT hanya akan difahami oleh orang- orang sejenis sahaja. Most of them. Not all of them.

Tiba-tiba seorang rakan terfikir satu calon yg ada Phd dlm IT. Kebetulan pula orang yang kenal dengan Dr. CKO ni, aku. Dr. CKO ni, aku kenal masa study dulu. Kira ketua kelas zaman awal milenium aku dulu.

Lepas tu aku jumpa dia balik masa dia study Phd. Masa tu aku jadi RA. Mungkin sebab aku excited, aku tegur dia dulu. Tanya kalau dia masih kenal aku kah tidak. Reaksi muka dia pada masa dan ketika itu, membuatkan kita sedar.

Mulut cakap ingat, tapi muka dia macam sedang reboot. Of course dia tidak akan sekali-kali sebut nama aku sebab aku sangat yakin nama yg akan keluar dari mulut dia langsung tidak ada kena mengena dengan aku.

Oleh itu, aku terpaksa menolak permohonan rakan untuk buat panggilan sebab aku 200% yakin dia tidak ingat aku siapa.

Baiklah. Mari kita lihat segala kemungkinan kenapa orang sukar untuk mengingati diri ini.

1. Kita tidak meninggalkan kesan yg mendalam kepada individu tersebut. Bayangkanlah kalau kamu ada pengalaman memalukan atau pernah beradu tenaga (bertumbuk/bertampar) dengan dia, kamu ingat dia akan lupa?

2. Perubahan geografi. Oklah.. perubahan fizikal. Kalau la fizikal kita sma macam 15 tahun dulu, rasanya cabarannya kuranglah sikit. Lainlah kalau si kawan ada masalah ingatan yang serius.

3. Insiden lama. Adakalanya, terjadi insiden yang tidak dapat dielakkan dan menyebabkan rasa malu setiap kali bertentang mata (ewah). Adalah normal kalau si kawan buat-buat tidak kenal.

4. Ingatan separa. Kalau tiba-tiba ada sapaan atau senyuman dari seseorang yang kita tidak kenal, ini bermaksud orang tersebut mungkin kenal kita atau tersalah orang. Adakalanya kita ingat rupa tapi tidak pasti. Maka mulalah aktiviti scanning maklumat dalam memori sedia ada. Di mana kita pernah nampak. Bila sudah ingat, tup tup si kawan sudah beredar. 

5. Tiada keperluan. Sungguhpun kejam bunyinya, tapi itulah kenyataan. Bukan setiap hari kita ada masa belek-belek album lama sambil ingat-ingat ini siapa. Kita ingat apa dan siapa yang perlu.

Kesimpulannya, kalau sapaan dan senyuman tidak berbalas janganlah ambil kerusi dan baling pada si kawan. Actually, that might work. Sampai bila-bila pun dia akan ingat. But not in a good term.

Oct 10, 2014

Mangsa Banjir

Assalamualaikum,

Agaknya mungkin sebab rasa penat dan 'sedikit' stress, aku merancang untuk ambil cuti panjang sikit sempena Hari Raya Haji. Plan untuk balik kampung memang sudah lama dilupakan memandangkan si suami sudah jadi jawatankuasa korban 'tetap dan berpencen' untuk jabatan dia.

Apapun, melepak di rumah bersama anak-anak pun bukanlah aktiviti yang membosankan. Macam juga bersenam secara fizikal dan mental.

Memandangkan Hakim ada temujanji klinik pada 7/10/2014, aku pun plan la cuti. Ini termasuklah aktiviti bertemujanji bersama si suami. Plan aku sangat la simple. Lepas hantar si abang dan si kakak ke sekolah, terus pergi klinik. Balik dari klinik, hantar si kecil ke nursery dan teruskan program jalan-jalan cari makan. Kali ni memang tidak ada plan mau tengok wayang. 

Seperti biasa, walaupun temujanjinya pukul 8.00 pagi, proses pemeriksaan oleh pelatih jururawat (yang kebanyakannya lelaki dan masih menggigil bila menulis :)) selesai pada pukul 10.30 pagi. Tiba-tiba ada nurse yang buat liputan langsung. "Macamana la kita mau pulang ni? Banjir sudah". Eh? Tadi macam masih ok, tiba-tiba banjir?

Keluar dari klinik, aku nampak ramai betul mangsa banjir lepak di luar (kebetulan klinik ni atas bukit). Aku tinjau la sikit kalau-kalau banjir ni seburuk yang dilaporkan.

Paras air sampai dada. Ok, ini memang teruk. Nasib baik si suami sudah tapau sarapan pagi. Jadi tidaklah kebulur sangat. Tapi sayangnya air hanya surut ke paras paha jam 4.30 petang. Masih belum membolehkan kereta-kereta kecil dan pendek untuk berenang-renang ke kuala. 

Satu perkara yang menjadi kerisauan, dengan jumlah mangsa banjir yang menumpang kasih di klinik ni, rasanya bekalan makanan memang tidak akan mencukupi. Sedangkan makan tengah hari pun berebut-rebut (agaknya semua orang pun takut kebulur di musim banjir ni), inikan pula makan malam. Kami cuma sempat beli sepinggan mee goreng kosong. Itupun sebab anak kelaparan. Rasanya di saat-saat macam ini, keutamaan perlu diberikan pada kanak-kanak, ibu-ibu mengandung dan warga emas. Yang pastinya ia meliputi 80% mangsa banjir di klinik. Nama pun klinik kan? Jadi mana-mana yang tidak dinyatakan di atas, agak-agaklah kan?

Tepat jam 4.30 petang, sekumpulan sukarelawan 4x4 Penampang safari sedia untuk mengangkut mangsa banjir ke kawasan yang lebih selamat. Di klinik pun selamat juga, tapi kalau mati kebulur pun tidak guna juga. Si suami bercadang, tinggalkan kereta dan tumpang sukarelawan berkenaan. 

Agaknya, beginilah rasa mangsa banjir ketika kena rescue. Aku pun tidak tahu macamana mau describe. Aku pun kesian dengan diri aku, apatah lagi dengan mangsa lain macam warga emas dan kanak-kanak.

So, kami ditempatkan di blok-blok kedai berhampiran. Yang penting senang cari makan. Baiklah, kita pun faham para sukarelawan kena beri bantuan kepada yang lain. Takkan la minta hantar sampai depan rumah pula kan?

Dari blok kedai, kena cari pengangkutan untuk balik rumah. Cari teksi tidak jumpa. Akhirnya kena juga naik bas beramai-ramai. 

Rasa macam menyesal pula aku bercuti di masa-masa begini. Agaknya, di masa-masa akan datang kalau bercuti pun kena buat kajian cuaca. Manalah tau kan?


Inilah suasana sebenar di hari berkenaan



Di saat-saat nurse yang terlebih panik dari pesakit/pengunjung


Manakala pengunjung hanya termenung panjang memikirkan..
Berenang ka atau naik bot?


 Ketibaan bantuan para sukarelawan..
I've said it before and I'll say it again:

THANK YOU!