Jan 14, 2013

Milk Booster II


Assalamualaikum,

Disebabkan aku diserang panik atas sebab produksi susu yang semakin berkurangan, akhirnya aku pun cubalah pelbagai cara yang terdapat dalam internet.

1. Nursing Tea jenama Joy Angel
Sebelum ni ada cuba Nursing Tea jenama Joy Angel. Bagi aku boleh tahan. Peningkatan sebanyak 1-2 oz setiap kali pam. Kira ok la tu. Cuma bagi aku macam tidak cukup. Lagipun rasanya membuatkan aku rasa macam loya-loya la pula..

2. Longan Kering dan Kurma Merah
Seorang kawan bagi tips ni dalam comment hari tu. Maka beria-ialah aku mencari kedua-dua produk ni di kedai cina. Rebus ikut suka (sebab tiada kadar spesifik) dan aku tambah sedikit gula. Bagi aku longan kering dan kurma merah ni sangat berkesan. Mungkin juga sebab rasanya sedap, jadi aku kerap minum. Hasilnya? Dalam satu hari aku pam 2 kali. Lebih kurang ada peningkatan sebanyak 40%. Hehehe kira banyaklah tu.


Kurma Merah

 Longan Kering




3. Minum Sup
Berbalik pada zaman berpantang dulu, minum sup untuk menambah produksi susu. Jadi sekarang ni kerja aku buat sup ja. Sup sayur, sup ikan, sup fish ball. Yang penting sup la kunun. Cuma yg belum aku cuba amalkan semula sup sayur sawi pahit. Mama aku cakap sawi pahit bagus utk banyakkan air susu.

4. Makan Kacang
Apa kaitan? Aku makan kacang tujuan cuma satu saja. Supaya aku banyak minum air. Makan kacang ni selalu buat aku dahaga. Maka, jumlah air yg diteguk pun haruslah banyak. Pada aku, apa-apa milk booster yg kita cuba amalkan, air lah yg paling penting. Kurang minum air, kuranglah pengeluaran. 

5. Minum Milo dan Holicks
Orang cakap minum milo suam bagus untuk perbanyakkan air susu. Kurang pasti apa yang berkesan. Milonya kah, atau suamnya kah.. Anyway, ianya membantu jugalah. Holicks pun bagus untuk proses memperbanyak sebab ada kandungan malt. Tapi sebab aku kurang berminat minum holicks sebab rasanya yang berlemak berkrim tu, maka hanya pada masa-masa terpilih sajalah. Hehehehe

Bagi aku setakat ni, itu sajalah yang aku amalkan buat masa ni. Hasil pun boleh tahan Alhamdulillah... :)


Bersenam



Assalamualaikum,

Dalam usaha aku utk memperbanyakkan aktiviti bersenam, aku telah menetapkan setiap Isnin dan Jumaat aku jogging dekat Stadium Likas. Daripada aku stress menunggu Haikal pulang dari sekolah, bagus aku jogging dulu supaya jantung ini dapat bertahan lebih lama. Bak kata laki aku..

"Yang penting jantung tu MERAH!!!"

Aku pun tidak pasti lah apa poin dia. Mungkinkah lebih sihat sebab banyak pam darah? Entahlah..

Tujuan aku bersenam bukan sebab mau kurus atau apa. Aku rasa fasa mau kurus tu sudah berlalu bila sudah mau mencapai 35 tahun ni. Buat pening ja fikir mau kurus. Yang penting stamina.

Bila aku tengok movie, atau apa-apa cerita orang putih.. aku paling semangatlah kalau nampak orang jogging. Kalau orang putih jogging.. memang mantap. Lari pun kencang ja. 






Jadi aku berkira-kira mo ada stamina macam tu. Kalau dapat lari satu round saja pun tapi lari macam atlit olimpik, syukur Alhamdulillah..

Maka, aku pun belilah MP3 untuk persediaan. Kononnya untuk fokus lari. Dalam tempoh 15 minit, aku cuma sempat lari satu round. Tapi itupun sudah cukup berpeluh. Lagu-lagu yg terpilih haruslah up tempo. Kalau terlampau lemah gemalai pun payah juga. Takut tidak sampai-sampai ke garisan penamat.

Setakat ni, dekat 2 minggu sudah aku bersenam. Stamina? Masih lagi awal. Lari pun masih lagi bising. Dengan bunyi tapak kasut yg melampau, diikuti dengan bunyi nafas naga yg amat menakutkan pengunjung lainnya. Tapi sekurang-kurangnya aku langsung tidak berhenti. Kira ok lah pada perkiraan aku ni.

Berapa lama aku bertahan? Harapnya lama la. Kalau tidak pun effort tu sudah ada. :D

Jan 7, 2013

Movie & Books : Jack Reacher


Assalamualaikum :)

This is the FIRST!

Last week, I bought another 2 books. Bengongkan? Ini bermakna I have 14 books to read plus another 2 yg aku pinjam since forever daripada some of my colleagues and another 3 yg aku cekup dari almari buku adik aku. Umumnya, aku memang bercita-cita tinggi. Hahahaha..

So, aku beli buku Jack Reacher : One Shot sebab POPULAR kata it's worth reading. And to tell you the truth, it was. The best book ever. This is the story about a hero who doesn't even think he is cool. Cara dia bercakap, bertindak dan berfikir di luar jangkaan pembaca.

Jack Reacher merupakan polis tentera (more like NCIS perhaps) yang sukar dikesan. Tiada alamat, kereta, rumah malah tiada luggage pun. Satu kejadian tembak menembak telah berlaku di sebuah plaza menyebabkan 5 kematian. Dalam tempoh 6 jam, penembak (sniper) telah diberkas. Sepanjang tempoh soal siasat, suspek tidak langsung berkata apa-apa melainkan "Get me Jack Reacher".

Walaupun Reacher sukar untuk dikesan, tiba-tiba out of no where Reacher muncul di pejabat DA. Paling pelik, Reacher tidak bermaksud pun untuk membantu James Barr (suspek) seorang veteran tentera sebaliknya cuba memastikan hukuman dijalankan.
 
Turn out, semasa berkhidmat dalam tentera, Barr pernah melakukan kesalahan yg sama mengakibatkan 4 kematian. Reacher merupakan penyiasat yg berjaya menangkap Barr. Setelah ditangkap, Barr mengaku bersalah dan berjanji dengan Reacher tidak akan melakukan kesalahan yg sama atau Reacher akan datang semula untuk memastikan hukuman dijalankan.  

Dari semasa ke semasa, Reacher mendapati bukti yg ada terhadap Barr terlalu 'perfect'. Terlalu banyak bukti yg ditinggalkan sedangkan suatu ketika dulu Barr hampir terlepas kerana tiada bukti. 

Atas bantuan Helen Rodin (peguambela) dan Rosemary Barr (adik suspek), Reacher cuba mencari pembunuh sebenar bagi membebaskan Barr.

Umumnya, buku ni is definitely by far the best book I've ever read. Ada banyak buku Siri Jack Reacher lagi, but luckily mengikut review ini yg terbaik dari Lee Child.




Ok, since I've read the book.. tiba-tiba a friend of mine bagitau the movie is actually showing in the cinema. Apakah ini takdir?

Of course I'm excited. It's like reading notes before going to lecture! Belum pun lecturer habis tanya soalan, I'm already on my feet raising my both hands just to make a point 'I know the answer!'. 

There I was sitting in the cinema with my 3 kids and Mr. Hubby while my mouth keep saying 'shhhh' to my kids (this not a cartoon of course). I bought popcorn but did not manage to finish it because my mouth is to busy and my two hands was fully occupied menidurkan Hakim.

FYI, this is my first time reading the book before the actual movie. Usually, kalau sudah main di movie, aku tidak terfikir pun mau baca bukunya. Just because I already know.

Di awal movie, I was like.. Owh.. I know this one.

The next 10 minutes, I was like.. Ok, they combine 3 characters into one. I can put up with that..

The next 20 minutes, I was like.. What happen? Did I missed 10 chapters?

The rest of the movie I feel exactly like someone who read the wrong book but with the same title. More confused..

Totally different dan sangat kecewa. For one, Jack Reacher is suppose to be 6' 5", blond and not good looking. Now, look at Tom Cruise.. exactly the opposite. Somewhere in the book, Jack Reacher mentioned Vladimir (the crook) is big as a house. Somehow the crook thought Reacher almost has the same size as Vladimir. Which means, Reacher also big as a house. Tom Cruise? Doesn't even look like a house. More like a window or maybe a door? But who cares. He produces the movie. 




All and all, I might having a problem understanding the movie kalau aku tidak baca tu buku. But somehow reading the book doesn't help either. :)


Jan 2, 2013

Jadual simpanan susu



Assalamualaikum,


Dulu aku langsung tidak  confident mau  simpan susu yang diperah. Rasanya itu salah satu punca kenapa effort aku mau fully breastfeed selalu terbantut.

Kali ni aku ada bantuan. Actually aku tau melambak info dalam google, tapi sebab aku malas mo refer balik-balik dalam net (bak kata pengerusiku.. hahaha).

Memperkenalkan, buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak 0-6 tahun. Aku rasa buku ni baru diperkenalkan. 
 


 Sedikit tebal tapi lebih info dalam penjagaan bayi dan kanak-kanak. Sangat suka!


 
Sangat sangat sangat membantu!


 

First day at school


Assalamualaikum :)

It's Dyana's first day at school! 

Seawal 5.45 pagi aku sudah bangunkan Dyana untuk mandi. Tidak seperti Haikal yang diam-diam ketika dimandikan, Dyana meraung sekuat hati.

Memandangkan uniform belum kena bagi, aku pakaikan Dyana dengan baju kurung yg aku buat :), lepas tu pakaikan kasut sekolah. Punyalah semangat anak aku yg satu ni.

Sampai sekolah..

Dyana : Ini sekolah adi ka mama?
Aku : Iya.
Dyana : Wah! Seronoknya..
Aku : Mama kerja dulu ok?
Dyana : Ok!

Terus ikut cikgu pegi tempat duduk. Memandangkan tiada tanda-tanda 'mau hujan', aku assumed dia suka la tu walaupun tiada seorang pun kawan yg dia kenal. Mudah sungguh anak seorang ni. Kecuali part dia meraung masa di kasi mandi.

Aku tidak sempat ambil gambar. Lagipun belum ada uniform. Mungkin lain kali.

Sekarang kita tukar topik.
Dyana ni, memandangkan anak perempuan satu-satunya, kadang-kadang aku beria-ia cuba pakaikan baju yg ala-ala lady-like atau yg sedap mata memandang. 

Entah kenapa, macamna cantik pun kau rasa dia akan cuba tambah satu eksesori dan menjadikannya lebih.... GANJIL!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Contohnya..

 Telinga arnab


 Kasut sekolah

Kadang-kadang kami rasa macam malu pula mau keluar. Takut orang cakap mamanya yg kasi pakai macam tu. Tapi sebab kami menyokong pendapat pendirian dan pendapat anak, maka kami buat dunno ja dengan jelingan orang. 

Kurang pasti sama ada Dyana ni mewarisi fashion sense mamanya which is horrible, atau bakal meneraju dunia fesyen di masa akan datang. Who knows kan?




Review : 8 Months


Assalamualaikum :)

Officially, Hakim kini berumur 8 bulan. Syukur alhamdulillah, masih lagi fully breastfeed dan sedang berusaha keras untuk maintain.

Setakat ni, Hakim sudah mula pandai merangkak. Ini bermakna, harus lebih perhatian. Kalau setakat baby walker tu, dia siap boleh berlari-lari lagi.. (lebih kuranglah.. hehehe)

Masa bawa Hakim pergi review, berat Hakim 8.15 kg. Tinggi pula aku lupa sudah. Berat tidaklah naik mendadak macam selalu. Kebelakangan ni Hakim selalu tidak sihat. Demam, cirit-birit dan demam lagi. Orang tua-tua cakap, baby dalam proses mau kasi ringan badan, mau pandai sesuatu la kunun. Dalam kes ni, Hakim mau pandai merangkak.

Nurse : Berapa banyak sudah gigi dia?
Aku : Belum ada lagi ni..
Nurse : Belum?!! Satu pun tiada?
Aku : Belum..
Nurse : Lambat juga. Tapi selalu sudah dia gigit-gigit barang bah kan?
Aku : Iya. (Dari umur 4 bulan lagi.. belum pun tumbuh-tumbuh..)
Nurse : Nda lama lagi tu.

Seingat aku, Haikal dulu tumbuh gigi umur 10 bulan. Dyana 8 bulan. Jadi aku macam tidak hairan kalau Hakim lambat tumbuh gigi. Memang jenis keturunan lambat tumbuh gigi kali diorang ni. 

Selainnya, semuanya normal. Bab makan, Hakim ni macam kurang berkenan makan nestum. Paling dia suka makan bubur ikan bilis. Licin berkilat. Hahahaha


 8 bulan masa review


 Sibuk mo pegang kamera juga..



Boleh jadi potret owh ni gambar.. :)




Happy New Year 2013


Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. masih lagi dapat bernafas dan diberi peluang untuk bersyukur. Amin..

Aku rasa aku tiada spesific goal untuk 2012. Hanya mengharapkan meningkatan kualiti hidup, which I must say (in my opinion la..) TERCAPAI!

Aku rasa sebab aku ni bukanlah kategori orang yg bercita-cita tinggi, maka senanglah tercapai. :)

Tahun ni ada beberapa matlamat.

1) Cuba menyusukan Hakim sekurang-kurangnya sehingga Hakim berusia 1 tahun. 
2) Menghabiskan 12 buku yg aku beli dengan bersungguh-sungguh.
3) Mencapai sekurang-kurangnya 90% sasaran kerja.
4) Bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. 

Harapan aku agar dipermudahkan segalanya. Aminn...