Aug 7, 2012

Stok EBM di bulan puasa..


Assalamualaikum :)

Kepada bapak-bapak.. entry ini tiada kaitan dgn bapak ya. Melainkan bapak-bapak rasa bapak-bapak perlu menambah pengetahuan dalam bidang keibuan.. silakan..

Seperti mana entry aku sebelum bersalin hari tu, kali ni aku ada sedikit lebih bersemangat utk bf Hakim. Tidak tau sampai bila, tapi harapannya biarlah lama. Apa2 pun tengoklah rezeki Hakim macam mana.

Dalam tempoh 3 bulan aku cuti bersalin, aku terpaksa beli deep freezer. Tidak cukup muatan utk letak stok EBM Hakim. Ruangan memang tidak cukup. Tup tup bila masuk kerja pula kebetulan minggu kedua ramadhan.

Minggu pertama ramadhan memang tiada masalah. Hasil tenusu adalah seperti biasa. Bila masuk minggu kedua, hasil tenusu ada sedikit merundum. Waduh!! Kenapakah? Since, aku tidak makan sebarang milk booster (mau secara semulajadi kunun, padahal malas mau cari) maka aku kena fikirkan sesuatu.

So, I come up with some solution. Mula2 minum air masak sebanyak mungkin (duh.. mcmlah orang tidak tau). In my case, aku beli mineral water 1 kotak sebab aku minum lebih banyak kalau dalam mineral water (hmm.. I wonder why?). Lepas berbuka, aku minum 1.5 liter air dan 1 liter air semasa sahur. Bagi menambah garam galian (khasiat) dalam produk tenusu, aku minum segelas susu sebelum tidur dan semasa sahur. Kurma, aku cuma sempat makan sebelum berbuka.

Hasilnya? Alhamdulillah. Production berjalan seperti biasa. 


Stok susu dalam freezer. Tiba-tiba aku teringat aku tumpang letak EBM dalam peti ais ofis. Perlu dipindahkan segera. :)


Persiapan Raya



Assalamualaikum :)

Lately kalau keluar ke bandar, adalah wajib utk semua orang mengalami kesesakan lalu lintas. Dengan keadaan panas, berpuasa dan bersesak-sesak, kesesakan lalu lintas bukanlah sesuatu yg diminta-minta. Tapi dalam tempoh masa sekarang ni, perkara2 sebegini tidak boleh dielakkan. Nama pun buat persiapan raya. 

Tahun ni, awal2 aku maklumkan dgn hubby utk beli barang2 persiapan raya lebih awal. Berebut2 dan bersesak2 pun penat tau! Tapi hubby cakap, dekat2 raya nanti lagi banyak sale. Ok, fine. Kita tunggu bulan puasa. Confirm bulan puasa sale raya sudah bermula kan?

Awal2 ramadhan lagi aku sudah start beli baju budak2 secara berkala. Susah mau fokus kalau beli sekali harung. Bila sukat baju Dyana, Haikal hilang. Bila pilih baju Haikal, Dyana hilang. Bila tengok2 baju Hakim, Dyana dgn Haikal pula hilang. Stress si mama tau!!

Akhirnya, selesai la sudah urusan baju raya budak. Alhamdulillah. Tinggal baju bapak budak saja lagi. Mama budak, seperti biasa sudah hantar kedai sebelum bersalin hari tu. Paling2 pun projek hujung minggu kali ni, projek cari kasut raya utk budak dan baju raya bapak budak.

Duit raya awal2 sudah standby. Masuk kerja saja, aku angkut geng bas sekolah utk tukar duit raya. Malas mau baris panjang2 kalau last minute. 

Projek buat kuih tahun ni bermula agak perlahan. Barang2 kuih semua sudah dibeli minggu lepas. Klu aku lambat sikit, sure la banyak barang habis. Minggu lepas pun aku pergi 4 buat supermarket utk cari Cornflakes. 4 buah ok!! Sungguh dahsyat sekali. Anyway, nampaknya hujung minggu ni aku kena berkampung la buat kuih raya. Itu saja masa yg ada. 

Melihat pada keadaan org ramai yg berbaris panjang di kaunter pembayaran atau mencari parking atau berteriak2 mencari anak, syukurlah persiapan aku 90% sudah siap. Hujung minggu kami sekarang lebih kepada jalan-jalan cuci mata. Kalau ada yg berkenan baru beli. Kalau tiada, tidak apa. Esok masih ada bah.. :)



Setelah disindir oleh mama aku, akhirnya aku menggantikan oven kecil dan lama (itupun aku dapat dari cabutan tiket bertuah) aku tu ke oven yg lebih besar. Kalau oven lama aku tu, paha ayam ja boleh masuk, kali ni satu ekor ayam boleh masuk. Ni kali lah! Harga pula RM290. Murah daripada yg aku jangkakan.. :) Masih dalam kotak sebab projek membakar masih pending.. kekeke


 Tag price baju budak2. Sungguhpun nampak banyak, semuanya dibeli dengan sale 30%-70%. Pembeli bijak kunun si mama.



 Sampul duit raya utk duit raya berwajah baru. Sampul tu aku recycle balik sampul lama. :D



Baucer promosi yg bakal digunakan utk next shopping project. Wehuuuu!!



Aug 6, 2012

Not GOLD.. but already a WINNER



Assalamualaikum :D

Sejak Olimpik 2012 berlangsung, boleh dikira berapa kali saja aku berpeluang menonton channel2 yg berkenaan. Selebihnya, aku tengok Olimpik dalam hati sajalah sebab Dyana berolimpik tengok kartun 24-hours. 

Most of the time aku tunggu result dari FB atau sebarang berita dalam radio utk mengetahui perkembangan atlet2 kita. Tapi semalam Dyana tertidur awal, maka aku berkesempatan tengok game bergu utama badminton negara dan of course penyumbang pingat Malaysia Dato' Lee Chong Wei.

Dulu aku skeptical sikit. Setiap kali laki aku tengok badminton, awal2 lagi aku sudah pesan "Tidak payahlah tengok. Bikin sakit hati ja. Selalu kalah pun.." Itu dulu. Bergu negara kita tewas dalam perebutan pingat gangsa. Pada aku bergu kita nampak kelam-kabut dan cuai. But then diorang kalah dgn bergu No. 1 dunia. Agak-agaklah sikit kan?

Bila LCW beraksi dalam first set, aku sudah nervous semacam. Maka, aku tukar channel athletics. Tengok acara marathon wanita (kurang pasti berapa kilometer). Paling best bila tengok pelari Kenya, Jeptoo berlari macam kejar trak ais krim. Laki aku pula cakap larian dia macam zirafah, boleh? Tapi sungguhpun gaya lariannya mcm kanak2 riang kejar trak ais krim atau zirafah, dia dapat perak. Kau dapat apa? 

Alih2 set pertama sudah dimenangi LCW. Set kedua LCW tewas pula. Set ketiga, akhirnya jadi milik Lin Dan. Baru awal2 set aku sudah cakap dengan laki aku "Kalaupun LCW kalah, aku puas hati. Nampak betul di berhabis-habisan." So, perak utk Malaysia. Rata-rata rakan2 FB aku semua berpuas hati. Pada yg tidak tu, kamu pegilah beli raket. Kita tengok kalau kamu boleh dapat emas 2016! 

LCW sudah buat yg terbaik. Paling sedih, bila tengok LCW nampak betul2 kecewa tidak dapat emas. Siap minta maaf lagi kepada rakyat Malaysia. Adakah patut? Sangat tidak patut. Kalau aku jadi wakil Malaysia pun belum tentu dapat emas. Bagi aku, LCW tidak patut minta maaf. Dia sudah buat yg terbaik. Mungkin sekarang bukan Emas, siapa tahu di masa akan datang kan?






Not GOLD.. not for NOW... but you're already a WINNER to me. I give you GOLD for your effort!!





Aug 3, 2012

XPDC Kinabalu


Assalamualaikum :)

Masa study dulu, setiap kali kawan bawa naik gunung kinabalu, alasan basi aku "Takkan lari gunung dikejar" bila kawan aku balas "Sebab gunung tak lari la orang sabah ramai tak naik!". FYI kawan aku tu orang semenanjung ok. TRUE!! Lepas tu, aku terus daftar nama untuk join naik gunung kinabalu anjuran rakan sekursus. 

2-3 hari sebelum bertolak, adalah mamat 2 org ni bising2. Kononnya rombongan ni ada 16 orang, tapi lelaki ada 4 ketul ja. Maka, kami disarankan utk buat exercise. Supaya  lebih berstamina kunun. Bukan calang2 gunung mo dipanjat ni. Gunung tertinggi di Asia tenggara tau!

Setelah training secara ekstreem selama 2 hari berturut2, akhirnya sehari sebelum naik gunung badan sakit2. Bertuah sungguh mamat 2 org tu kan?! Orang buat training 2-3 bulan sebelum dan bukan 2-3 hari sebelum.

Apapun, akhirnya kami berjaya juga sampai. Alhamdulillah..

Penat juga la aku menggodek segala album utk tengok kalau gambar2 pendakian tu masih ada. Syukurlah laki aku pandai simpan. Hehehe..


Gunting Lagadan Hut. Kira macam hostel la tempat bermalam sebelum naik ke puncak.


Inilah gambar bukti aku sampai ke puncak. Itu scene matahari terbit ja aku ada sebab lepas tu aku kena suruh turun balik utk bagi laluan org lain. Maklumlah keluasan puncak tidaklah sebesar mana. Lain kali aku naik slow2, supaya aku dpt gambar cun punya.


Dalam perjalanann turun dari puncak. Pemandangan tu yg paling mahal tu. Tapi sayang kamera tidak semahal mana.. maka kurang terang.

Pandaikan aku bergambar. Mentanglah batu tu condong, aku pun tercondong la juga.. hehehe

Telinga Keldai. Tempat ni dulu, kalau naik gunung kinabalu mesti mo tangkap gambar. Oleh itu, tangan pun perlu Peace No War. :)
 

Baru2 ni, abang aku sibuk2 cakap mo naik gunung kinabalu. Tapi belum kesampaian. Kebetulan pula kelab ofis buat xpdc utk tahun depan. Awal2 lagi aku daftar nama. Nama aku, laki aku sekali dgn abang aku.

Persoalannya.. mampukah aku? Dulu masih muda, sihat dan cergas. Sekarang dukung anak pun sudah sakit pinggang. Bab umur tidak payah cerita la. Anak2 aku terpaksa la pos tempat nenek di Labuan. Kalau tidak pun pos nenek ke Kota Kinabalu. Dulu budget naik gunung RM100. Sekarang RM300. Fuiyoooo!! Perlu menabung A.S.A.P.

Aug 2, 2012

Patutkah kesesakan lalu lintas dijadikan alasan?


Assalamualaikum :)

Pagi ni dengan tekad dan semangat yg kuat utk masuk kerja on time, seawal jam 6.30 pagi aku sudah bertolak dari rumah. 3 kali aku berulang alik dari rumah ke kereta mengangkat anak2 dan barang2 (hohoho banyak tuuu..).

Anyway, perjalanan nampak lancar dan aku dijangka tiba ke ofis (mengikut perkiraan aku laa) lebih kurang 7.20 pagi. Lepas hantar anak2 ke nursery, aku meneruskan perjalanan utk ke pejabat.

Sepatutnya, perjalanan ke ofis tidaklah melalui kesesakan lalu lintas yg teruk. Maklumlah org lain sibuk ke pusat bandar, kami pula pegi ke luar bandar. Orang kata, kalau orang kaki rempit tu, memang clear lah. 

Apa yg berlaku, nun di sudut sana.. dgn pakaian putih, spek mata hitam ala2 terminator serta boot hitam paras lutut tiba2 menahan perjalanan kami (bkn aku sorang ja) bagi memberi laluan kepada jalan yg lebih sesak atau bergerak perlahan terutamanya ke pusat bandar. Bukan seminit dua.. 5 minit!! Sempat lagi melepas hajat kecil kalau ada tandas dkt tepi2 jalan tu. 

Lepas melalui situasi yg tidak menyenangkan itu, aku tiba di satu roundabout lain dan kejadian yg sama berlaku. Hasilnya kelewatan selama 10 minit secara total! Bukanlah aku mo pentingkan diri sendiri (atau mungkin mmg aku pentingkan diri sendiri tapi on denial kunun) tapi macam tidak adil la pula bg pengguna2 jalan raya yg sepatutnya tidak mengalami kesesakan lalu lintas macam kami ni. 

So, kalau masuk office lambat, kena key in dalam sistem sebab musabab kelambatan itu berlaku. Apa yg selalu menjadi pilihan adalah kesesakan lalu lintas. Pada aku, mungkin lain kali kena tambah sebab lain. "Pak Polisinya bertabiat!" bg yg memang bertabiat la..

Anyway, hari ni aku sempat sampai on time. Sungguhpun dugaan kesabaran melanda pagi2 buta lagi. Sabar ja lah..


Aug 1, 2012

Hasil karya Dyana


Assalamualaikum :)

Lately, aku perasan Dyana selalu bawa pulang hasil karya terulung beliau (aiseh.. hasil karya kunun). Since, dia kerap mengoyak segala jenis kertas yg dia nampak (mungkin tanda2 protes seorang seniman kali ahh..), aku dapat juga snap beberapa hasil karya dia. 

Kalau dulu aku ada pamerkan hasil karya Haikal, kali ni Dyana pula. 


  Bila aku tanya "Ini apa?", Dyana explain dgn panjang lebar. Tapi sayang.. semuanya dalam bahasa Jerman dan satu patah pun aku tidak paham. First time aku tengok mcm enbrio, lepas tu macam arnab la pula.. hehehe

 Yang ini, lebih kepada kerja2 mewarna. Pengasuh Dyana siap bagitau dia selalu menangis kalau kerja dia belum siap. Sudah siap sibuk pula di pi tayang2 sama orang.

 The latest art. Kurang pasti kenapa, tapi aku rasa Dyana punya color palette lebih baik dari abang dia. Mungkin bakat semula jadi ini diwarisi dari si mama. Hahahaha!!


What to expect after 90 days leave


Assalamualaikum :)

What do I expect :
After 90 days leave, aku ingatkan semuanya akan berjalan lancar. Masuk kerja right on time (yalah org sudah cuti 90 hari, sure semangat sedang berkobar2 mo masuk kerja). Lepas tu masuk kerja, duduk dan terus buat kerja. Menyambung kerja yg ditinggalkan sebelum aku bersalin. Then, there was the boss. Orang yg memberikan tugas2 dengan gigih tanpa penat lelah. Sampai kadang2, setiap kali jumpa bos rasa macam mo main sembunyi2 pun ada. Setiap kali jumpa ada surprise. Definitely aku expect banyak to-do-list yg perlu dibuat atau diselesaikan. Akhir sekali I expect ramai la peminat2 lama (user yg berkaitan) akan calling2 atau main2 miss call atau email atau buat face time (jumpa face to face cari pasal) dgn aku.

What really happened :
Today is the 3rd day aku lambat masuk ofis. Walhal waktu bertolak dari rumah sama macam 3 bulan lalu. Apa yg berubah? Kesesakan lalu lintas yg melampau. Adakah sebab bulan puasa, atau lately ada promosi hebat jualan kereta di mana2 yg aku tidak tau? Bila masuk kerja pula, I was lost. Really really lost. Tidak pasti mo mula di mana. Apa yg aku ingat, sebelum aku beranak berbaris2 kerja menunggu minta diselesaikan. Jadi ke manakah kerja2 itu melarikan diri? Bila masa jumpa pegawai aku utk melaporkan diri, lain pula ceritanya. Semua projek yg sedang berjalan sudah berubah hala. Maka, aku kena start semula. Ish ish ish.. Bab peminat pula, selepas 3 hari satu user pun langsung tidak call aku. Merajukkah mereka? Email aku ada 800++ unread messages. It took me few hours utk delete yg mna tidak berkaitan dan baca mana yg berkaitan. Paling best, in 3 months our NC sudah bertukar. Lepas tu pengarah unit kami pun bertukar. Some colleagues pun sudah pindah tempat operasi. Adush!! 

What I need to do :
Don't panic. Bab lalu lintas tu, terpaksa la aku bertolak lebih awal esok. Less hours with the kids huhu.. Bab kerja pula, aku sedang reorganize balik kerja2 dulu supaya aku tidak 'lost'. Tapi sebelum tu aku kena jumpa pegawai aku utk pastikan projek mana yg perlu diselesaikan dan projek mana yg perlu dihentikan serta merta. Bab peminat tu, aku suka!! Hehehe kurang sikit stress masa buat kerja. Lagipun sekarang cuti semester. Tiada sebab diorang call aku utk ucap selamat berpuasa atau selamat hari raya kan? :)