Feb 7, 2012

Ikan Rebus dan Kerabu Peria



Assalamualaikum :)

Menjelang ujian BSP aku pada hari ni, menu makan malam harus lebih.. well SIHAT.



Menu 1 : Ikan Rebus

Kalau mengikut orang kedayan, kalau tidak pandai masak ikan rebus, bagus terjun laut sajalah. Kononnya, masakan ni adalah mandatori utk dipelajari. So, resepinya.

5 ekor ikan kerisi (saiz sederhana)
1 biji tomato
1/2 inci halia
2 batang serai
1 biji lada hidup
6 keping asam (aku punya asam saiz xs)
Garam dan serbuk perasa

Cara :

Tumbuk apa yg boleh ditumbuk serta campakkan semua bahan yg ada. Tunggu sampai mendidih dan siap untuk dihidang.


Menu 2 : Kerabu Peria

Entah kenapa, sungguhpun aku suka makan ini kira first attempt aku utk buat sendiri. Aku cuma ingat2 bahan yg mama aku sebutkan suatu masa dulu.

1/2 biji peria (dihiris dan diramas dgn garam)
Sedikit udang kering (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (dihiris)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
Sedikit cili api (dihiris)
Sebiji limau
Sos ikan

Cara :

Masukkan semua bahan. Perahkan limau dan masukkan sos ikan mengikut selera. Siap utk dihidang.


Gambar menu yg ke-3 tu actually bukan utk aku. Hubby kena cirit-birit beberapa hari yg lalu dan asyik mau makan bubur nasi kosong sja. Utk kasi up sedikit selera si kawan, maka aku masakkan Sambal Ubi Kentang dgn Ikan Bilis. Selesai juga 2 mangkuk.. hahahaha.


Rearrange




Assalamualaikum :)

After a while *about a month after new year*, my work station look like this!





Apakah yg telah berlaku??

Aku perlu susun atur semula jadual dan work station aku.

Clearly, it's not helping dalam meningkatkan produktiviti kerja.
Not helping AT ALL.

And it's FEBRUARY.
Definitely NOT a good sign.


Feb 3, 2012

Books : Dark Harbour



Assalamualaikum :)

Siapa sangkakan? Buku ni mmg aku sudah baca niat mo kasi pulang pegi library Isnin lalu. Sibuk punya pasal, perjalanan ke library pun rasa mcm berliku2 walaupun hanya sekangkang kera *mgkn byk kera la mo pakai*.

Disebabkan masa aku banyak dihabiskan menunggu giliran di klinik, akhirnya buku ni la jadi peneman aku di kala boring.

Mula2 asal baca ja, last2 abis juga aku baca semalam. Kira rekod la tu, habis baca dalam 3 hari. Al-maksood? Buku ini sangat best!

Since dalam buku ni tidak ada sebarang sinopsis di cover, maka pembacaan kita agak misteri la. Rupanya dalam buku tu ada sinopsis. Aku saja yg buat2 tidak nampak.

Stone Barrington hasn't heard from his cousin Dick Stone in years. Then an otherwise pleasant meal at Elaine's is interrupted by the CIA with news of Dick's death - Apparently by his own hand. It seems that Dick Stone, a quiet family man who doubled as a CIA agent, methodically executed his wife, daughter, and himself - or did he? Appointed executor of Dick's will, Stone must settle the estate and - with the help of his ex-partner Dino and friend Holly Barker - piece together the elusive facts of his cousin's life and death as a CIA operative. At every step, Stone knows he is being watched by Dick's family - and one of them just may be the killer...

Walaupun cerita ni agak best, dalam erti kata lain "A page-turner", tapi ada beberapa part yg aku kurang berkenan. Antaranya,

1) Tidak dinyatakan dengan jelas kenapa si pembunuh perlu membunuh Dick dan seorang lagi bekas ejen Don Brown.

2) Ending cerita ni agak biasa saja. Aku pun sudah boleh agak siapa pembunuh di tengah2 pembacaan. Terlalu obvious. Tapi still bersemangat juga mo baca sampai di abis sebab mau tau motif. Tapi apa yg kau dapat? Hampeh!! Hehe


1) Dark Harbour - by Stuart Woods
2) Broken - by Karin Slaughther
3) The Scent of Rain dan Lightning - by Nancy Pickard
4) Death Gets A Time-Out - by Ayelet Waldman


Sup Ayam

Assalamualaikum :)

Hohoho.. gambar makanan saja mo kasi tunjuk.

Semalam, aku tiba2 teringin mo makan sup ayam. Laki aku pun laju ja angguk bila aku cakap mo masak sup ayam.

Cara masaknya simple sebab aku suka masak express. Anak2 aku tiada kesabaran mo tunggu masakan yg fancy2, tapi punyalah lama mo masak.

Bahan2nya:

Isi ayam [potong kecil]
Kentang [potong kecil]
Tomato [potong kecil]
Halia [hiris]
Bawang besar [hiris kasar]
Bawang putih [tumbuk]
Bawang merah [tumbuk]
Lada putih
Garam
Serbuk perasa
Minyak [utk menumis]

Cara2nya :

1) Tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
2) Masukkan air.
3) Masukkan kentang dan bawang besar.
4) Bila kentang sudah empuk, masukkan ayam dan tomato.
5) Masukkan garam, serbuk perasa dan lada putih.
6) Tunggu sampai mendidih.

Sedia utk dihidang!


Saja ja aku letak resepi2 ni. Just in case nnti berpantang, boleh la laki aku belajar masak.. hahahaha..


*kasi hias sama daun bawang klu rajin*




Sup Sayur Bebola Ikan

Assalamualaikum :)

Sejak aku kena 'jaga makan' ni, menu makan malam di rumah harus dikawal. Tapi menu haruslah bersesuaian dgn si kecil sebab kita pun tidak mau diorg jadi kurus sebab si mama kena kawal makan.

Memandangkan Haikal dan Dyana suka makan fishball, maka aku bercadang utk buat sup fishball. Bagi memudahkan kerja aku, maka aku campak sayur sekali dalam sup tu. Hehehe kunun2 menu 2 in 1. Satu menu tapi complete.. :)

Resepi aku tidak se'fancy' mana sebab aku tiada masa utk beli pelbagai ingredients atau tidak punya ruang utk letak semua bahan2 mentah yg hanya dipakai sekali sekala.

Fishball
Sawi
Tomato
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Lada putih
Garam
Serbuk perasa
Minyak utk menumis

Perasan aku tidak letak sukatan? Aku assume kamu tau la mo letak berapa banyak yg kamu suka. Hehehe *style mama aku bagi resepi, semua main agak*

1) Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai wangi.
2) Masukkan air.
3) Masukkan fishball, sawi dan tomato. Tunggu hingga mendidih.
4) Masukkan lada putih, garam dan serbuk perasa.

Siap utk dihidang!





Pelanggan Tetap Koperasi


Assalamualaikum :)

Usually, aku akan sediakan bekalan makanan dan minuman utk waktu persekolahan *konon senangla tak payah runsing dia pandai guna duit atau tidak*. Sampailah satu ketika, terjadi satu insiden. Si mama yg pandai ni, lupa masukkan buku latihan Bahasa Melayu ke dalam beg.

Dijadikan cerita, balik dari sekolah Haikal mula membebel. Kononnya, cikgu kasi dia duit RM1 utk dia beli buku latihan di koperasi. Atas rasa bersalah *atau malu*, esoknya aku bagi Haikal duit RM1 utk dibagi kepada si Cikgu *tapi Haikal cakap cikgu tidak mau*.

Bermula dari insiden itu, sebelum ke sekolah aku akan cuba selitkan RM1 utk tujuan 'emergency'. Tapi herannya, setiap kali tu la duit tu akan lesap konon sebab dia shopping di koperasi utk beli pemadam. Penuh pencil box dia dgn pemadam.

Sebagai seorg ibu, atas rasa tanggungjawab aku pun selalu la membebel kononnya tindakannya akan menjadikan si penjual koperasi lebih kaya.

Pagi ni, aku tanya Haikal..

Aku : Haikal mo mama bagi duit ka hari ni?
Haikal : Tidak payahlah..
Aku : Kenapa?
Haikal : Nanti klu mama kasi duit Haikal kasi belanja sampai habis.
Aku : Betul ni? Kalau mau mama kasi.
Haikal : Tidak payahlah. Mama simpan la itu duit..


*Betapa BANGGAnya aku di saat ini!*

Feb 1, 2012

I'm declaring WAR


..against SUGAR!

Assalamualaikum :)

Last Friday, aku ambil ujian kencing manis. Telah termaktub dalam latar belakang keluarga aku, ada pengidap kencing manis tidak kisahla sebelah ibu mahupun sebelah bapa. Memandangkan aku terselamat dari ujian ni tahun 2008 (aku pun kurang pasti macamna aku boleh terskip ujian kencing manis tu), tahun ni nampaknya aku kurang bernasib baik.

Seperti biasa, upacara puasa dijalankan bermula dari jam 10 mlm sebelum ujian diambil esok hari. Tepat jam 8.00 pg, aku kena suruh bagi urine dan blood sample. Tidak lama kemudian, aku kena suruh minum air gula. Utk makluman air bawa sendiri ahh.. jgn bawa air oren, sirap, sarsi segala. Sukuplah dgn air kusung.

Masuk dalam satu bilik khas, 5 paket bersusun cantik mcm dalam iklan. Memandangkan air gula tu kena bancuh sendiri, aku mula tertanya2.. takkan la mo minum semua sekali. Ada jg yg ampai2 nanti mabuk minum gula. Nasib baik ada encik abang sedang borak2 di sana. Terus tanya mo minum berapa paket. Sambil senyum2 dia cakap "satu ja".. manalah aku tau. Hehehe

Lepas minum gula, kena suruh rehat tapi tidak boleh makan. Kena tunggu jam 10 pg utk ambil urine & blood sample semula. Minum air kosong ja la liau.. Lepas bagi segala sample yg diperlukan, aku boleh balik. Keputusan diorg akan maklumkan kemudian.

Isnin baru2 ni aku dapat call dari klinik. Kandungan gula dalam darah macam ada sedikit tinggi. Dalam erti kata lain.. kira kencing manis la tu. DAMN!! Sangatlah tidak best. So, diorang suggest supaya aku datang secepat mungkin utk menjalani satu ujian khas. Aku cakap esok baru aku datang.

Kemarin aku datang mencari nurse yg call aku tu utk ambil borang. Terus pergi lab. Kali ni tiada istilah kencing dalam cawan. Main cucuk2 ja. Puasa seperti biasa, jam 10 mlm sebelum tu (sudah kena maklumkan nurse yg call). Jam 8.30 pg ambil sampel darah. Lepas tu boleh sarapan. Jam 9.30 pg puasa lagi, jam 11.30 pagi ambil darah lagi. Lepas tu makan lagi. Jam 3.30 ptg puasa lagi, jam 5.30 ptg ambil darah lagi. Lepas tu aku makan lagi. Jam 6.30 ptg puasa lagi, jam 8.30 mlm ambil darah lagi. Terasa diri ini macam bahan kajian.. huhu

Segala keputusan ujian perlu diserahkan kepada doktor pada keesokan hari. Ertinya, aku ada temujanji dgn doktor hari ini. Mula2 doktor cakap, aku kena jumpa dia setiap minggu. Sehari sebelum jumpa dia, aku kena ambil test seperti mana yg aku ambil kemarin. Maka si doktor pun explain la dgn lebih jelas.

Ibu mengandung yg ada kencing manis ni perlu kontrol cara pemakanan. Tapi itu, boleh aturkan dgn pakar diet nanti. Tujuan jumpa doktor 1 minggu sekali, supaya diorg boleh monitor keadaan baby. Normally, klu si ibu ada kencing manis saiz si baby akan lebih besar. Terutama bahagian bahu. Diorang takut nanti beranak kepala keluar, tapi bahu terpaksa diPATAHkan sebab terlalu besar.

Ok, sungguhpun aku ni bukan peminat diet yg tegar tapi klu sampai mo patahkan bahu baby yg baru lahir... bah baiklah.. BRING IT ON. Klu ko suruh aku makan sup sayur 24 jam pun aku sanggup. *Aku actually masih pelik, kenapa mo patahkan bahu baby? Kenapa tidak operate saja?*

Since tarikh aku jumpa perunding diet pada 22/2/2012, maka si doktor menasihatkan..

1) Kurangkan makan karbohidrat atau minuman manis.
- Done! Aku minum air kosong saja lepas ni. Perlu bawa bekalan dlm handbag sentiasa just in case tempat makan tiada jual air kosong.

2) Jangan makan biskut manis.
- Done! Lepas ni aku stok banyak2 roti mayat. *tidak la byk sgt tp cukup utk cover lapar*

3) Jangan minum 3 in 1.
- Done! Lepas ni, aku tapuk (sembunyi) semua 3 in 1 di opis. Kalau tidak pun aku buat lelong.. *banyak woo aku punya stok 3 in 1*.

4) Jangan makan buah.
- Ala doc.. jangan la mcm ni. Sekarang kan musim buah.. huhuhu tapi sebab aku masih mendapat vision bahu baby terpaksa dipatahkan.. maka aku bersetuju sajalah. Abisla anak aku kali ni berliur2.. *dgn mamanya sekali*.

Tidak cukup dgn jumpa doktor seminggu sekali *klu result ujian ada bagus bleh jd 2 minggu sekali*, plus berklinik seperti biasa.. aku kena jumpa pakar diet pula. Paling best, aku terus kena suruh cek mata. Apakah maksud? Klu dlm keadaan sekarang ni, hampir hari2 aku ampai2 di klinik bagus aku sewa quarters klinik ja.

Maklumat lain, aku mmg kena beranak tepat pd masanya. Klu blum rasa mo beranak pun, terpaksa kena induce. Klu terberanak awal, kira bagus la.

Kesimpulannya, dalam tempoh mengandung ni kena la aku mengalah. Klu mo melantak berabis, terpaksa tunggu abis beranak..