Jan 20, 2012

Muka Baru

Assalamualaikum :)

Nah!! Apa kau rasa? Damai? Hehehe memandangkan kemarin talian internet ada sedikit kelembapan, maka selera utk membuat kerja ada sedikit menurun. Last2 aku ubah la rupa si belog ini.

Klu dulu aku Go Green.. kali ni aku Go Peace. Kih kih kih.. tema kedamaian kunun.. yang penting kurang semak dan nampak tenang. Ada sikit lagi mo ubah. Tapi kurang menjadi. Nantilah pelan2..



Jan 18, 2012

What If ..



Assalamualaikum :)

Aku selalu terfikir benda ni. Terutamanya bila aku rasa sangat sibuk dan stress. Khasnya bila aku rasa aku la satu2nya manusia paling sibuk di dunia dan orang yg sepatutnya membantu nampak begitu tenang dan selalu memikirkan " Oh! tidak apa. Dia boleh buat bah tu.."

Kadang2 aku terjumpa dgn orang yg menghadapi masalah yg sama dgn aku. Awal pagi bangun dalam jam 5 pagi, menyediakan pakaian isi rumah serta sarapan/bekal anak di samping menyediakan anak2 utk dihantar ke nursery.

Dalam kesibukan pagi yg berpanjangan, aku akan hantar anak2 ke nursery walaupun risikonya aku akan lambat masuk ofis (aku dan suami ada kereta sendiri). Tengahari, kalau laki aku sibuk bermeeting aku kena bergegas ke nursery utk mengambil dan menghantar Haikal ke sekolah.

Petang, aku kena pulang tepat pada waktunya utk memastikan aku tidak terlambat ambil Haikal di sekolah dan sebeblum tu singgah ke nursery utk ambil Dyana.

Sampai rumah, di samping mengangkut barangan yg setimbun (beg2 anak, barang dapur, barang sendiri dan kadang2 anak yg tidur) dari kereta ke rumah, aku kena bersiap pula utk memasak. Sebab laki aku selalu lambat balik, dalam tempoh masa ni berserah sajalah apa yg anak2 aku buat. Sebab aku tidak mampu tengok diorg sambil memasak. Sekiranya, something happen contohnya ada kecederaan pada anak2 dlm tempoh aku memasak.. masa tu la aku akan terfikir..

Kalau la aku ditakdirkan tidak panjang umur, macam mna la laki aku mo handle semua ni?

Bila semua kerja harian dibuat dari pagi sampai malam oleh si isteri, si suami pula pergi kerja dan balik dari kerja tanpa memikirkan sebarang masalah yg timbul di rumah. Kalau tiba2 si isteri 'tiada', macamna lah?

Aku akan sedaya upaya belajar apa2 urusan yg laki aku buat, bayar bil, urusan kereta dan sebagainya dgn harapan bila ditakdirkan si suami 'tiada', aku mampu berdikari tanpa bantuan orang lain.

Tapi kenapa agaknya kalau lelaki, diorang tidak berminat belajar berdikari (dalam hal rumah dan anak2) dan meletakkan semua hal2 tersebut bisa ditanggung beres oleh si isteri tanpa memikirkan si isteri tidaklah sekuat yg disangka? Mungkin sebab bagi lelaki, solution 'kawin baru' adalah langkah terbaik/terdesak so, tidak perlu risau kalau bab mencari pengganti isteri.

Aku kadang2 terfikir utk suruh laki aku buat kerja yg aku buat selama seminggu utk 'merasai' sendiri apa yg aku 'stresskan'. Tapi baru suruh masukkan pakaian anak ke dalam beg nursery pun sudah terkial2. Kalau kasi pakai baju, selalu tidak matching atau terbalik (dan of course rambut anak tidak disikat rapi), inikan lagi mau suruh masak..

Akhirnya aku membuat kesimpulan. Aku rasa bukan sebab suami tidak mau tolong, cuma bila diorang tolong aku rasa lagi bikin stress sebab semua pun perlu dibetulkan balik. Dalam erti kata lain, aku tidak harap laki aku urus hal rumah dan anak2. Tidak se'perfect' yg aku harapkan.

Maka, adakah aku yg menyebabkan diri aku terbeban? Atau laki aku pura2 tidak pandai buat kerja supaya aku take-over balik? Buat masa ni, aku rasa..

Si isteri perlu lebih relaks dan si suami perlu lebih memahami. Utk si isteri relaks, cukuplah setakat menemankan si isteri bangun awal pagi sambil minum kopi, atau balik awal ke rumah lepas kerja utk tolong tengok anak2. Supaya si isteri tidak rasa sendirian bersusah payah mengurus rumah dan anak2. Tidak perlu amah, tidak perlu sumbangan tenaga. Just be there when needed. Nama pun suami isteri kan?

Kepada para suami.. http://kursusperkahwinan.com/urusan-rumahtangga-adalah-tanggungjawab-suami-bukan-isteri/



Jan 17, 2012

Kesian Dyana..



Assalamualaikum :)


Kemarin, aku dapat panggilan kecemasan dari nursery Dyana yg meminta aku ke sana segera. Di samping suara si penjaga yg nampak begitu panik, turut kedengaran tangisan Dyana.

Dalam 10 minit, aku suda sampai nursery. Selalunya, aku ambil masa 20 minit (aku pemandu berhemah tau..). Sampai nursery, aku terus cari Dyana. Tengok keadaan dia macamna. Baru aku perasan, ibu jari kaki Dyana masih berdarah dan pihak nursery cuba utk berhentikan darah. Bila aku tanya kenapa, pengasuh kata "Meja jatuh dan terkena ibu jari kaki Dyana".

Mungkin ada byk lagi info yg diorg sampaikan, tapi aku cuma dengar tangisan Dyana sja. Membayangkan betapa sakitnya kesakitan yg dia tanggung pada masa tu buat aku trauma sekejap. Aku terus angkat Dyana mo bawa pegi klinik. Penjaga pun ikut sama..

Sampai klinik, aku masih lagi tidak mampu mo tengok luka Dyana. I was busy panicking I forgot to take photos of her injury. Gila!! Mo tengok pun aku nervous, inikan pula mo ambil gambar.

Dalam fikiran aku, silap2 mungkin kena jahit atau kena cabut kuku. Tapi syukur alhamdulillah, doktor tidak berhajat mau berbuat demikian pun. So, dia balut saja.

Lepas kena balut, Dyana macam ok. Siap tertidur2 lagi dalam kereta. Cuma manjanya semakin berlebihan. Biasalah kalau sakit. Call mama aku, maklumkan dia akan kejadian dgn harapan esok lusa kami balik kampung dia sudah bersedia physically and mentally. Hehe aku pun mo kena sedia ni, mana tau kena marah..

Persoalannya. Adakah aku mau marah penjaga nursery atas kecuaian mereka? Tidak terfikir langsung. Mungkin sebab aku rasa memang sudah suratannya macam tu. Kalau suda ditakdirkan cedera, tak kisahlah kau di rumah ka, di nursery ka.. mmg akan kena juga. Lagipun, aku hantar anak2 aku di nursery ni dekat 8 tahun. Belum pernah lagi ada kejadian macam ni. Redha sajalah. Yang penting selamat. :)


Kaki yg dibalut rapi oleh si nurse..


Inila sebabnya aku suka dgn ni doktor. Di samping menginterview si pengasuh akan kejadian, dia buat x-tray utk make sure tidak ada sebarang tulang yg patah-mematah akibat insiden tersebut.


Harus menimbulkan suasana romantik bagi memastikan pesakit berada dalam keadaan relaks (padahal utk memastikan dia tidur awal.. hehe)


Jan 16, 2012

It's all about YOYO!


Assalamualaikum :)

Sekarang ni, jadi kerja laki aku pula menemankan aku setiap hujung minggu ke Tamu Putatan untuk membeli buah cempedak di luar pagar serta rakan sebuahnya si tarap dan si rambutan. Ish ish ish...

Tapi dalam 2 minggu ni, destinasi bertambah lagi. Kali ni, mesti mau pegi YOYO. Ayoyo!! pantang nampak org pegang yoyo terus rasa mo minum.

Bagi yg tidak mengenali yoyo (bkn yoyo permainan), memang rugilah. Mau explain pun aku inda pandai.. hehehe. Aku tunjuk gambar ja lah..



Dulu yg introduce benda alah ni sama aku, orang semenanjung. Bukan org Sabah tapi semenanjung. Macam juga, org yg naik Gunung Kinabalu sampai 2-3 kali, org semenanjung. Aku? Well, takkan lari gunung dikejar kan? Tapi kalau tidak naik sama juga tidak sampai.. Last2 aku naik jugalah. Jangan kempunan.

Apa cerita yoyo sama gunung kinabalu? Tiada kaitan. Paling2 pun kedua2nya aku cuma jumpa di Sabah ja. Walaupun sudah setimbunan minuman jenis mcm ni aku jumpa, still aku rasa YOYO adalah yg terbaik! Macam juga Gunung Kinabalu. Aii!!?? Patriotik nampak.. hahahaha.



Susu

Assalamualaikum :)

Bila mengandung, ibu2 adalah digalakkan utk meminum susu bagi menambah zat kalsium dalam badan. Bagi wanita2 yg ada alahan dgn susu, maka terpaksalah cari supplement dalam bentuk pil. Bagi org yg tiada masalah alah-susu mcm aku ni, terpaksa lah minum susu sehabis baik.

Masa aku pregnant si Haikal dulu, kakak sepupu aku suggest aku minum susu soya. Aku pun kurang pasti berapa banyak sangatlah kalsium dalam soya, tapi sebab semua anak2 dia putih maka aku pun minum la banyak2. Kadang2 1 kotak besar boleh habis dalam sehari. Gara2 mau anak putih (maklumlah si mama dan si bapa tidak begitu putih gebu.. ihik ihik) punya pasal.

Bila Haikal lahir, alhamdulillah. Kategori putih la juga. Cuma bila sudah masuk sekolah ni, pandai pula menggelap. Penat ja aku pesan jangan main panas, nanti berdarah hidung (padahal maksud tersirat nanti kau hitam.. hehehe).

Bila aku pregnant Dyana, aku rasa macam kurang berkenan dgn susu soya. Mungkin terlalu manis. Maka, aku selalu minum susu Dutch Lady kotak punya. Kononnya, pada pendapat aku nama pun susu, sure anak putih juga. Lagipun, lebih banyak kalsium dan lebih enak gitu. Kuantiti susu yg aku minum lebih kurang mcm minum soya dulu. Cuma aku rasa macam lebih sikit.

Bila Dyana lahir, alhamdulillah. Hitam2 si tampuk manggis gitu. Hahaha.. mama aku cakap, soya atau cendawan ja yg sesuai utk kasi putih anak. Apa boleh buat la kan.. lahir sudah pun. Siap dapat panggilan minachi lagi (sampai sekarang). Entah kenapa, lama kelamaan, si manggis bertukar menjadi langsat. Tiba2 si Dyana 'memutih' dgn sendirinya. So, rasanya mama aku akan ubah teori ka tidak?

Sekarang ni, aku lebih suka minum susu segar. Terbaik dari ladang kunun. Apa hasilnya? Kita lihat ja nanti..

Kesimpulannya..


Minum soya


Dapat..


Minum Susu Dutch Lady (Full Cream dan Fresh seja)

Dapat..


Minum Susu Segar Desa


Dapat..

???


Sebarang teori masih belum dapat dibuktikan secara saintifiknya lagi. Ini teori aku ja. Teori laki aku, sebab DIA YANG PUTIH! tu lah anak semua putih. Ciss!!


Fishing Trip


Assalamualaikum :)

Jangan risau, tiada maknanya aku mau pegi memancing dalam keadaan sekarang ni. Bila hormon tidak stabil, kesabaran tu agak kureng sikit.

Suatu ketika dulu (ewah!), beberapa org rakan sebaya (kwn masa di asrama dulu) mengajak laki aku pegi memancing. Masa tu, aku buat2 cool saja la. Tidak terfikir pun laki aku berminat mau pegi. Maklumlah, mengikut pantang larang org kedayan (my hubby pure kedayan you know!), bila si isteri mengandung si suami adalah tidak dibenarkan utk pergi memancing kerana dikhuatiri hilang di lautan. Well, not applicable kepada para nelayan (takkan la diorg duduk lepak selama 9 bln makan batu cicah pasir kan?).

Sungguhpun laki aku bkn nelayan atau yg sewaktu dgnnya (sejak dia keluar memancing 8 thn lalu, aku blum pernah rasa ikan hasil tangkapan dia), memandangkan dia jarang memancing di laut dalam agak pelik la pula kalau dia hilang di lautan kan? Hilang di tebingan tu mungkin la.. :)

Sehinggalah dia dapat panggilan dari geng asrama hari sabtu yg lalu utk keluar memancing pukul 7.00 mlm. Dalam tempoh 24 jam, jam 7.00 pm juga la diorang pilih. Agaknya ikan2 ni ada waktu makan kali kan? Pergilah laki aku memancing sambil meninggalkan pesan.. "Kejap ja ni. Klu teda ikan, silap2 jam 10 atau 11 pm balik suda kami".

Asalnya, aku akun juga la. Apa mau takut, jiran2 aku semua org2 kecemasan. Doktor ada, ahli bomba ada, nurse ada.. cuma pemandu ambulans ja belum ada. All and all, kira boleh diharap la juga. Bila aku terbangun jam 3.00 am tapi laki aku belum pulang dari trip memancing.. aku sudah mula rasa risau. Rupanya2 dia ada sms bagitau diorg tukar port memancing dari Tuaran ke Papar. Apa?!!!! Diorang tiada kerja ka apa?!!

Malas mau peduli, aku sambung tidur. Bangun pagi sampai tengah hari si suami belum timbul2. Aku mula sudah berkira2 mau kosongkan peti ais. Manalah tau, klu hasil tangkapan mencapai 30 kilo manalah muat kan? Selepas hampir 18 jam menunggu (beginilah rupanya perasaan bini nelayan kan? Risau keselamatan, risau ada rezeki ka tiada.. dalam kes aku, bab rezeki tu aku sudah berhenti berharap long time ago), akhirnya pulang juga laki aku.

Bila aku tanya berapa kilo ikan dapat? Dia hanya tersengih2. 9 tahun aku kawin dgn dia, itu bermaksud "Tiada rezeki". Mengikut ceritanya, dia cakap dia dapat 2 ekor ikan. Tapi terlepas.. Dulu pun dia cakap macam tu juga. Walaupun tiada bukti, kita percaya sajalah.. Hehehe. Dalam hati kita, hanya tuhan yg tau.

Bagi menebus segala kerisauan aku, laki aku ajak keluar cari makan. Konon dia belanja. Aku terus pilih Pizza. Ada satu menu menarik perhatian aku. Aku pun kurang pasti berapa lama suda menu tu bertapa di sana, tapi kali ni baru aku terperasan. Cheesy Char Grilled Chicken Baked Rice.. Punya la sedap!! Si Haikal yg mulanya jual mahal, licin juga la mangkuk..


Next time aku berkunjung ke sini, definitely aku akan order yg ini.. :D

Jan 12, 2012

Is it a boy or a girl?



Assalamualaikum :)

Masa aku pregnant Dyana dulu, ramai la kawan2 tanya kalau aku sudah tau jantina anak. Jawapan aku mudah tapi amatlah tidak memuaskan beberapa pihak. "Doktor cakap belum nampak lagi, so tidak confirm lelaki atau perempuan".

Bagi aku anak lelaki atau perempuan sama saja. Kalau dapat sepasang alhamdulillah. Kalau tidak pun tidak la sampai kecewa sangat.

Disebabkan itu, seorang kawan mencadangkan aku merujuk kepada kalendar cina. Dari tarikh kita conceive, kita boleh menduga (menduga saja bukan menetapkan aah) apakah jantina anak yg bakal dilahirkan.

Sesetengah orang menggunakan kalendar ni utk mendapatkan jantina anak yg dikehendaki. Bagi aku, kalendar ni aku guna utk buat persediaan apa2 yg patut.




Boleh dipercayaikah? Aku pun kurang pasti. Setakat ni, kedua2 anak aku macam betul.

Haikal - Conceive dlm bulan Januari masa aku berumur 26 thn. Tengok dlm jadual, 'terbetul' pula.

Dyana - Conceive dlm bulan Mac masa aku berumur 30 thn. Tengok dlm jadual, adakah itu satu kebetulan?

Kalau ikutkan, yg ketiga ni conceive dlm bln Ogos masa aku berumur 33 thn. Mungkinkah?



Hmmm.. kita tunggu dan lihat sajalah.