Jan 11, 2012

Veggies



Assalamualaikum :)

Tahukah anda betapa susahnya utk memaksa anak2 makan sayur? To some parents yg dikurniakan anak yg tidak memilih makan, sudah pastilah semudah 1, 2, 3.

Haikal sejak kecil tidak suka makan sayur. Ada a few tricks la yg aku cuba buat supaya dia makan sayur.

1) Cuba memasukkan sayur yg 'ceria' contohnya carrot ke dalam bubur kesukaannya.

Hasil - Tidak berjaya sebab dia asingkan carrot tersebut di atas meja.

2) Cuba buat veggies puree dan masukkan ke dalam apa2 makanan kegemaran termasuk bubur, nasi goreng atau mee goreng. (seperti yg dilakukan oleh bini si Seinfield dalam Oprah)

Hasil - Automatically masakan aku jadi tidak sedap dia cakap.


Then I remember. Dulu masa aku budak2, mama aku hidang kubis mentah pun kami adik beradik sapu. Pelik, tapi kami sangat jarang memilih makanan.

Bapa aku selalu psiko kami adik beradik, konon klu kami selalu makan daun sayur saja tidak bagus. Batangnya pun harus di makan sebab di sana ada segala kebaikan dalam sayur. Apa aku buat? Aku terus makan batang sayur. Things we do to impress our parents kan?

One more thing, kalau mau suruh kami makan ikan, bapa aku selalu cakap.. "Bagus makan ikan ni. Ikan no. 1 ni!". Well, siapalah yg tidak mau makan ikan yg no. 1 kan? Kami pun makan la.. When we get a little bit older (and of course wiser la kunun), kami terfikir.. kalau semua ikan no. 1, ikan apa la yg no. 2? Bila tanya bapa, dia cakap semua ikan no. 1. Adeh!! Things you do to make your kids eat their food.

Aku pun cuba buat teknik psiko ni dengan Haikal. Most of the time tidak berjaya. He doesn't even care kalau sayur no. 1 ka, ikan no. 1.. pada dia sama saja. Rasanya tidak sedap! But I notice something.. kadang2 dia cuba makan sayur bila dia cuba untuk impress si mama bahawasanya dia makan sayur walaupun secubit cuma. :)

I have no worries for Dyana. Walaupun dia tidak makan sayur sebab selalu tengok si abang asingkan sayur dari pinggan, at least dia sangat suka makan buah.


Sew Me Happy



Assalamualaikum :)


I know it's not much, but still.. just trying to help my sister to promote her products... (since I have almost all the product for free.. ngehehehe!)


Mine!



Still mine!



Guess what? Yes.. It's Mine!



Hopefully soon.. will be MINE! ihik ihik ihik..



Please do visit her blog
http://penyzam.blogspot.com/

OR

Like our fb page
SewMeHappy


Nope! I have no such talent in sewing. Give me a fabric, it will stay that way sampai reput.. and I'm not joking!


Sihat vs Sedap


Tajuk entry kali ni tiada kaitan dgn makanan kebaikan makanan sihat atau sedap.

Sekian.


Assalamualaikum :)

Awal pagi lagi, aku sudah buat topik perbualan dgn laki aku yg sedang berbaring di katil.


Aku : Hari ni, aku breakfast makanan sihat. Nasi putih dgn ikan rebus. Punyalah aku rasa bangga.


Setelah tidak mendapat sebarang feedback yg dikehendaki, aku pun menoleh.. Cis!! Tidur rupanya.


Aku : Adeh! Orang bawa bercerita, tidur la pula.
Laki aku : Mana ada aku tidur. Aku tutup mata saja. Aku dengar bah apa kau cakap.
Aku : Apa la aku cakap?
Laki aku : Kau cakap kau masak sedap.
Aku : Apa hal pula aku mau buang tebiat cakap masakan aku sedap pagi2 buta ni?
Laki aku : Yakah? Bukan? Jadi kau cakap apa?
Aku : Aku cakap aku breakfast makanan sihat hari ni lah!


Moral of the story, pilih masa yg sesuai untuk memulakan perbualan dan sekiranya lelaki cakap diorang dengar apa kau cakap, cuba suruh ulang balik. Sure menarik punya!


Pembeli Bijak



Assalamualaikum :)


Last week, seperti biasa aktiviti rasmi adalah turun padang (tamu putatan). Jangan tanya kenapa, tapi suatu masa nanti kalau anak dalam perut aku ni nda pandai makan cempedak aku pun tidak tau la mau cakap apa.

Lepas OPS cempedak, aku lalu kawasan orang jual sayur.

Penjual : Sayur! Sayur! Jualan penghabisan stok! Beli 5, 3 ringgit!
Pembeli : Yang mana satu beli 5, 3 ringgit ni?
Penjual : Semua kak! Pilih saja yg mana satu. Saya pun kakak boleh pilih kalau mau.. (sambil tunjuk muka serius)
Pembeli : Kalau aku beli kau, sayur kau ikut sekali kah? Kalau begitu bagus aku beli kau ja.. (pun tunjuk muka serius)
Penjual : Hehehe (sambil tersipu2 malu)

Sepanjang perbualan aku sibuk tengok2 sayur. Walhal aku cuma mo dengar perbualan diorang ja. Lepas ja si penjual 'kalah malu', baru aku ketawa2 beredar. Bijak sungguh pembeli itu! :)


Jan 10, 2012

Review 23 weeks

Assalamualaikum :)

Kemarin, aku minta cuti mengejut. Hari jumaat, terus minta cuti utk hari isnin. Dalam konteks aku, kira cuti mengejut la tu.

Kedua2 mentua aku plus adik ipar datang KK lepas buat temujanji di SMC. Sejak beberapa bulan kebelakangan ni, FIL aku selalu betul kena tahan di hospital. Tapi tiada masalah. So, atas desakan beberapa pihak (mostly my parents), akhirnya dia bersetuju utk dapatkan second opinion.

Laki aku memang merancang untuk cuti. Instead of cuti, dia kena arahkan pergi kursus la pula. Akhirnya, aku la yg cuti.

Isnin pagi, baru aku perasan aku ada klinik. Tengahari kena bergegas ke airport utk ambil rombongan mentua. Selepas menunggu lebih 2 jam utk mendapatkan keputusan makmal, akhirnya tibalah masa aku berklinik. Entah apalah nasib aku pagi tu, sepanjang masa tu ada pula la nurse yg meroyan marah2 budak praktikal. Kalau la tekanan darah aku naik, cepat2 aku tunjuk nurse tu. Hehehe

Antara nasihat percuma yg aku dapat di pagi yg indah itu..

1) Umur yg sesuai utk mengandung adalah 35 thn ke bawah. Kalau lebih tu memang ada banyak risiko la. Kalau tengok umur kamu (aku la tu), sekarang boleh sudah fikir2 untuk kasi stop production.

Ihik ihik.. aku rasa 3 tu macam belum cukup. Apa boleh buat, sudah rezeki tuhan bagi aku pregnant 4 tahun sekali. Pelik tapi benar, betapa pun aku rancang mo pregnant tahun lepas, tahun ni juga la baru ada rezeki.


2) Kalau tengok berat badan, mau kena awasi ni tau. Macam ada lebih sikit daripada kadar normal. Kurangkan makan manis, masin dan berminyak.

Lepas ja beberapa jam aku dapat nasihat tu, time tu juga aku rasa mau makan ais krim. Sudahnya, aku pun makan ais krim satu ketul. Salah siapa? Aku kah? ;)

Lepas review, aku dapat bonus suntikan tetanus. Ayoyoyo... sampai sekarang tangan aku rasa sakit. Huhuhu


Jan 3, 2012

Movie : Mission Impossible - Ghost Protocol








Assalamualaikum :)

Walaupun Mission Impossible ni sudah masuk MI4, sesungguhnya aku langsung tidak pernah ambil tahu MI1, MI2 dan MI3. Due to some good review from a dear friend of mine, akhirnya aku pun ajaklah laki aku tengok semalam. Usually, kalau mau tengok cerita yg bersequence ni aku mesti tanya kalau2 MI4 tu ada kaitan dgn MI3. Kalau related, penat pula aku terpinga2 di panggung nanti. Mau tanya laki, aku rasa pengetahuan dia mungkin lebih kurang aku ja pun..

Selepas di'confirm'kan tidak begitu related, aku dgn hati berbunga2 mula melangkah ke panggung bertemankan laki dan 2 org pelakon extra (Dyana dan Haikal). Masuk dalam panggung, Dyana sudah mula melakonkan babaknya sambil baring di anak tangga panggung. Memandangkan dia baring diam2 si bapa pun biarkan la dia melayan perasaan. Si Haikal pula, hanya memulakan aksi di 1 jam terakhir dengan soalan2 bonus, "Lama lagi kah ni mama?" dan hanya dijawab dengan anggukan letih si mama.

Apa pendapat aku dgn MI4? 15 minit pertama aku sudah kebingungan. Mana team asal si Ejen Hunt? Rata2 yg keluar sama ada tidak dikenali oleh Ejen Hunt atau baru lulus dari ujian. So, yg lain sudah gol (mati) atau apa? Sepanjang wayang, 2 kali aku nampak Ejen Hunt terhantuk secara dasyat (I don't think terhantuk is actually the right word) yg secara logiknya boleh menyebabkan at least 1 batang giginya tercabut. Oklah.. let's face it. Mana ada org mau tengok starring yg hensem begitu hilang sebatang gigi kan? But at least, kasi la sedikit bengkak atau secalit luka yg membolehkan kejadian tu macam boleh dipercayai. Ini macam tengok cerita hindustan pula. Tumbuk siap ada sound effect macam kena langgar lori, alih2 starring dia maintain sengih2 lagi kunun tidak sakit. Dalam MI4, si Ejen Hunt langsung tidak ada calar. Punyalah hebat.

Tup tup, sekali lawan si penjahat, siap patah2 kaki lagi si starring. Oklah, bagi yg tidak pernah menonton mungkin beranggapan mgkn Ejen Hunt berhadapan dgn penjenayah ala2 Jet Li atau Jackie Chan. Hakikatnya, lawan si starring adalah seorang bekas professor yg berumur dalam 50-60 tahun dan tidak pernah masuk mana2 akademi spy atau yg sewaktu dengannya. Nerd + old + no martial arts knowledge is definitely bukan calon yg sesuai utk mengalahkan the best agent you know.

Bagi aku cerita ni so so la. Mungkin pelakon perempuan kurang memberansangkan, atau jalan ceritanya yg kurang menarik aku pun tidak pasti.


Happy New Year 2012


Assalamualaikum :)

I guess it's never too late to wish all of you a HAPPY NEW YEAR!! Apa yg aktiviti yg aku buat sempena menunggu kedatangan 2012? Well... NOTHING! Since, geng2 asrama dulu tidak ada sebarang plan untuk buat persidangan maka I was planning to masak yg simple2. Nuggets, sosej sambil menekan2 remote control utk diteroka. Early morning on 31 December 2011, aku sibuk cari cempedak di tamu Putatan utk jadi pewangi kereta sepanjang hari. Lepas tu, bawa budak2 around KK utk beli keperluan sekolah. Beli kasut, stokin dan alat tulis. Baju seragam telah disubsidi oleh kerajaan negeri sebanyak 2 pasang. Good quality I must say.

Kami sampai rumah almost 7.00 pm dgn perut yg kenyang dan tenaga yg almost zero. Mandi dan lepak depan tv ramai2. Klu ikut hati, jam 8.00 pm aku sudah mo exercise mata. Tapi atas permintaan husband utk temankan dia sampai jam 12.00 tgh malam, aku cuba bertahan. Sudahnya aku tertidur depan tv dan laki aku suruh pindah bilik. Tengok jam sudah 11.45 pm. Kesimpulannya, new year aku sambut dalam mimpi saja.

Apa yg aku capai dalam 2011? Hmmm...

1) Another child

Well, almost. I'm 5 months pregnant, have to wait for another 4 months to have an actual child. InsyaAllah.

2) Digital camera and mattress

Aku ada beli digital camera, tapi mattress.. belum lagi. Due to some perbelanjaan diluar jangka, terpaksa ditangguhkan. May be next time.

3) Holiday trip and technical skills

Bab holiday trip tu memang tercapai. A few times lagi :). Technical skills? Ada kemajuan dan boleh diasah lagi di masa akan datang.

Kira2 hampir semua azam tahun 2011 hampir tercapai. Kira boleh berbangga la sikit. Tahun 2012 :

1) Mewujudkan cara kerja yg lebih sistematik (you know la.. because of the SBPA)
2) Menyusun atur dan menceriakan keadaan rumah


This year is more about to improve my quality of life :).