Oct 24, 2011

Food Cravings


Assalamualaikum :)

Sejak kebelakangan ni, jadual tidur-bangun aku sangat luar biasa. Tidur dalam jam 8.00pm, bangun dalam 4.00am. Paling menarik, aku langsung tidak payah set alarm untuk bangun jam berapa. Tepat jam 4.00am, sure aku sudah terduduk dan tidak boleh tidur.

Normally, aku tidur dalam jam 9.00pm dan bangun jam 5.00am. Entah macamna, bila tiba hujung minggu, masa bangun tu pandai ter'extend' dengan sendirinya. Tapi tidak kali ini. Aku terbangun jam 4.00am dan seawal 4.00am aku sudah start buat orkestra di dapur. Bukan pun sebab aku rajin, tapi sebab aku lapar.

Last weekends as always, seawal 4.00 pagi aku sudah start membuat nasi goreng cili api. Sebab aku rasa mau makan yg pedas2 ja pagi2 buta. Jam 5.00am, aku sudah duduk2 depan tv sambil makan nasi goreng cili api dengan segelas teh panas sedangkan penduduk lain di rumah aku masih lagi berdengkur/mengigau.

Bila orang ramai sudah bangun, aku makan 2nd round. Kununnya macam orang belum sarapan lagi. Padahal subuh2 lagi aku sudah melantak. Esok paginya aku bangun macam biasa, kali ni aku buat nasi lemak. Ish ish ish.. semangat sungguh aku melayan kelaparan aku ni. Makin macam giant la aku lepas ni.

Hujung minggu, bawa husband jalan2 keliling tamu. Hajat hati mo cari seasonal local fruits kunun. Rambutan, mangga, tarap.. yang peliknya durian macam aku kurang interested. Mungkin melihatkan pada harga durian yang mencecah RM20 satu tapau. Baik2 berselera, terus hilang selera. Hasilnya, aku dapat mangga dengan rambutan ja. Tarap, mgkn mo kena tunggu dalam 2-3 minggu lagi.

Makan tengahari atau malam, balik2 mo makan sup atau ikan goreng. Kalau tidak pun sup ikan dengan sayur tumis. Mungkin sebab aku takut badan membesar dengan jayanya, atau mungkin sebab itu saja masakan yang aku mo makan.

Lihat dari perkembangan berat badan, sangatlah perlu dikontrol bab makan ni. Malangnya, rasa lapar tu macam susah pula mo kontrol.

Picture from Google
Sungguh kurang ahshem oh ini gambar. Bikin berselera ja.. kekeke



Oct 21, 2011

Telur Lemak

Assalamualaikum :)

Balik dari sekolah, kira soalan bonus la kalau aku tanya soalan "Malam ni Haikal mau makan apa?"

Ini menandakan aku telah ketandusan idea mau masak apa. Tiba2..

Haikal : Haikal mau makan telur lemak.
Aku : Macammana lagi telur lemak ni?
Haikal : Telur yang ada sosej tu la.

Selalunya, bila aku masa telur yang ada sosej, aku masak ala2 scramble eggs la kunun ditambah dengan sedikit sosej yang dipotong kecil. Tapi entah kenapa, kali ni aku berniat mau ubah sedikit pendekatan aku. Aku check semua bahan2 di peti ais, semua pun ada.

Mula2, pecahkan 4 biji telur. Masukkan sedikit garam dan lada putih. Kacau macam juga kacau telur dadar. In my special case, aku suruh anak dara aku yg kacau. Sebab aku berniat untuk jadi kreatif, aku kerah anak dara aku untuk potongkan 2 batang sosej, 2 keping meatloaf ayamas dan sekeping cheese. Sebagai ibu yang bertanggungjawab akan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anak, of course pisau yang digunakan ialah pisau sapu butter. Alang2 dia menyemak di dapur, kita gunakan sepenuhnya tenaga dia.


Sungguhpun ada sedikit lidut (lambat), still aku rasa dia banyak membantu.


Gorengkan dulu sosej dan meatloaf dan kemudian toskan. Goreng telur tadi ala dadar style dengan api perlahan. Bagi yang malas, campakkan sosej dan meatloaf tadi. Bagi yang rajin, sila susun cantik2. Last sekali masukkan hirisan cheese.


Telur Lemak si Haikal. Tapi aku lagi prefer, pizza telur.


Biasanya, telur akan diterbalikkan. Dalam kes ini, aku masukkan telur tadi ke dalam loyang. Sebab kalau diterbalikkan sure akan ada sedikit komplikasi (melekat di kuali). Harus ada kepakaran luar biasa memasukkan telur separuh masak ke dalam loyang. Bakar dalam oven, api atas selama 8 minit. Bab berapa kepanasan oven aku tidak tau sebab apa yg aku ada hanyalah sebuah oven murah yg aku dapat free cabutan tiket bertuah kira2 2 tahun lepas.

8 minit kemudian, ianya boleh dihidangkan untuk di makan bersama keluarga. Ewah!! Betul2 macam ayat buku teks masakan. ;)

Hampir hari2 Haikal minta menu yg sama. Tapi aku pula yg macam boring mo masak.

Oct 18, 2011

Menu Dewan Makan

Assalamualaikum :)

Sejak akhir2 ni, aku asyik terbayang2 menu dewan makan masa sekolah asrama dulu. Kalau dulu, berpanjangan aku komplen makanan asrama tidak sedap. Itu la sebab musabab kami kurus2 belaka. Umpama kami ni dipelihara untuk jadi new breed supermodel.

Sungguhpun tidak sedap, terdapat 1 hari dalam seminggu di mana kami akan tertunggu2 hari berkenaan menjelang tiba. Of course hari Rabu yang pada masa itu diisytiharkan Hari Ayam Sedunia. Di kala dan ketika ini, tiadalah ayam paling sedap di dunia melainkan Ayam Goreng dewan makan. Bagi aku, ayam KFC pun orang tidak pandang kalau sudah ada ayam ni.

Di awal persekolahan aku (form 1-3) ayam goreng dewan makan adalah menu yg paling popular sekali. Malangnya, mengikut jadual ianya akan dihidangkan sekali dalam seminggu, setiap hari rabu waktu lunch. Maka, setiap hari rabu kami akan lebih rajin dalam menyediakan homework atau menyiapkan kerja-kerja sekolah bagi mengelakkan kami didenda extra 10 minutes lambat balik. Sekiranya perkara ini berlaku, akan berlakulah domestik rumahtangga sehinggalah minggu yang akan datang. Ini kerana, ayam2 sekalian mudah habis dan apa yg tinggal hanyalah telurnya yg digoreng ala dadar.

Dari segi rupa, ayam itu sangatlah tidak hensem. Hitam legam disertai dengan sos cair buatan sendiri. But this is the thing. Itu ayam sangat lazat. Ditambah lagi dengan sos cair yg nampak langsung tidak menyelerakan, hidangan tersebut sampai sekarang aku terbayang2. Suatu masa aku pernah terfikir, kalaulah suatu masa dewan makan dibuka semula hanya untuk pelajar2 lama, sure aku orang pertama yg register dengan syarat, tukang masak ayam perlu di hired semula. Aku ada buat percubaan menu ni based on my memory. Seperti yang dijangka, dari ayam ke sos semuanya menemui jalan buntu.

Sejak aku form 4-5, ayam gorengnya tidak sesedap dulu. Macam biasa2 ja. Klu ada ayam KFC, aku prefer KFC kali. Lagi satu menu yang aku suka, kari daging yang tidak ada rupa kari daging. Lebih macam stew. Pun aku rasa sangat sedap. Masakan yang ini, maintain aku jumpa dari form 1 sampai form 5. Setiap hari khamis kalau tidak silap.

Menu2 lain pun tidak ketinggalan. Sotong/udang janggut (sebab janggut dan kepala tidak dibuang) masak sambal, ikan jaket masak kicap.. punyalah nostalgik.

Next time, kalaulah anak aku masuk asrama dan diorang komplen masakan asrama tidak sedap, aku akan suruh diorang baca entry ni. Somehow I wonder, maybe it's not about the food, may be it's just because I missed being there.


Blessed

Assalamualaikum :)

The other day, sedang aku sibuk membersihkan dapur tiba2 Haikal menangis sekuat hati. He's 7 and it's weird. Aku rasa amatlah jarang untuk budak 7 tahun menangis tanpa sebab. Aku tengok kawasan kejadian dan aku nampak..

Haikal menangis sambil menutup mulutnya. Aku cuba alihkan tangan Haikal dan aku nampak mulut yang bengkak dan sedikit berdarah. Seperti biasa, aku tanya "Macamna boleh jadi macam ni?"

"Adik yang buat! Dia pukul Haikal kuat2.." report si Haikal. Aku pandang si suspek (Dyana) yang sedang terbaring di sebelah abang dia dengan muka 'aku tidak bersalah'.

This is the thing, lately Dyana suka sangat melakukan aksi2 lasak yang akhirnya mengakibatkan kecederaan. Not to her, but to anyone near her. Gigit, tampar, cubit, tendang, baling barang.. everything! And everytime we gave her the look (konon dia bersalah), dia akan menangis dengan sekuat hati tanpa sebarang tanda2 untuk berhenti at anytime soon.

Luckily, I have Haikal. Sangat penyabar dan penyayang. Tidak pernah pukul Dyana macamna kasar pun Dyana towards him. Give her his toys, tidak kira macamna sayang pun dia dengan toys tu (akhirnya dia menangis sendiri di satu sudut kecil without any sound), always trying to help his mom (me) taking care of his sister especially ketika si mama berada dalam status 'tidak keruan' because the mom doesn't have enough help or enough time doing things.


Mulut Haikal yang senget setelah ditumbuk oleh si Dyana


She single handedly cut her brother's lip with just her little fist. Should I be proud or should I be worried?


The mom is speechless! Thank you Haikal!


Oct 14, 2011

Can you find it?





Assalamualaikum :)


I got this from my FB just now. Shared it with my geng bas sekolah. Since it's Friday (TGIF), I decided to slow down a little bit (padahal baru start enjin hari rabu). Konon mo enjoy2, sekali bikin stress. Aku baca dalam 4 kali. Kali ke-4, aku terus spot apa yg salah. My first and second attempt sama ja macam org lain. 3rd attempt aku guna teknik lain.. still tidak jumpa jawapan. 4th attempt, aku guna teknik lain tapi lebih teliti. I found it! Weeehuuuu!!

Since ini orang suruh reblog kalau jumpa jawapan, so I did. The answer? I'm not gonna tell you! Hint? Don't THINK, just READ it! It's not that complicated.. *ewah!! Berlagak betul aku ni kan*


Oct 12, 2011

Look Alike



Assalamualaikum :)

Bila bawa anak2 jalan jumpa kawan2 dan keluarga, sure akan timbul persoalan "Anak kau yg ini mcm muka kau. Yang satu ni mcm bapa dia."

Sungguhpun anak baru 2 orang, kadang2 orang cakap Haikal macam si mama, kadang2 macam si bapa. Bergantung kepada mata yang melihat.

Hasilnya, mulalah si mama dan si bapa perasan bahawasanya semua anak2nya adalah mirip dengan diri sendiri. Sungguh tidak professional langsung. Akhirnya aku jumpa satu aplikasi online. Oklah! Aku lah yang ketinggalan zaman. Orang sudah pakai berpuluh tahun yang lalu, aku baru terkedek2 mau tengok muka anak2 aku macam siapa.


Well.. walaupun 8%. I'll take it!


Kembang semangkuk la laki aku kalau dia tengok ni.. Hehehe

Mau guna application ni kena Sign Up la pula. Tidak la lama sangat. Kurang dari seminit bergantung pada kecekapan kamu menggunakan keyboard.


Telefon Polis

Assalamualaikum :)

Lately, aku selalu terlambat jemput Haikal dari sekolah. Alasan? Sebab aku terleka dengan kerja-kerja ofis. Tau2, aku sudah tersekat dalam kesesakan lalulintas. Oleh sebab aku rasa kesian tengok Haikal duduk termenung sambil memandang rakan2nya bermain kejar2 (aku pun pelik kenapa dia tidak join sekali), maka aku nekad untuk jemput Haikal lebih awal.

Sungguhpun aku nekad, entah kenapa semalam tidak begitu menyebelahi aku. Lampu isyarat mati la pula. Maka kesesakan lalu lintas amat memenatkan dan memanaskan. Tambahan lagi la kereta2 depan yang langsung tidak pandai ambil kesempatan untuk keluar daripada simpang. Terpaku sambil kira berapa kereta sudah yang melimpas (which is forever).

Bila sampai sekolah Haikal, aku sudah 20 minit lambat. Seperti biasa, Mat Menung aku tu duduk ala2 baik punya sambil tengok kawan2 main. Masuk kereta,

Haikal : Kenapa mama lambat lagi?
Aku : Tadi jalan jam teruk. Tiada karan (letrik) bah. Jadi tiadalah lampu isyarat. (Punyalah jujur jawapan aku utk budak 7 thn ni)
Haikal : Mama keluar la awal.
Aku : Mama keluar awal sudah. Tapi sudah banyak kereta.
Haikal : Esok, mama mesti ambil Haikal cepat2. Telefon la polis. Tanya ada karankah tidak. Dail saja 999.
Aku : (Sambil ketawa yang tidak boleh ditahan) 999 tu untuk kecemasan saja la. Bukan untuk tanya karan.
Haikal : Mau ambil Haikal tu kecemasan juga tu. Cakap saja sama polis, mama mau ambil Haikal cepat2.
Aku : Bah. Baiklah! (Sambung ketawa lagi)