Oct 10, 2011

My Weekends


Assalamualaikum :)

Many things happen during my weekend. Boleh dikatakan hujung minggu aku tidaklah se'relaks' yang aku harapkan. Awal2 lagi kami dikejutkan dengan perkhabaran gembira. Gotong-royong 'wajib hadir' yang dijadualkan pada hari Sabtu.

Gotong-royong kali ni pada hemat aku sangat unik dan menimbulkan sedikit kontroversi. Tugas kami adalah menyusun batu bata dalam gaya yang telah ditetapkan untuk laluan pejalan kaki ke ofis kami. Sekurang2nya itu menjawab kenapa kami kena wajibkan hadir. Tuan rumah, of course la mesti hadir. Tapi susun bata?

Seperti yang dijangkakan, susunan bata dibuat ala kadar. Kami bukan pekerja2 mahir dalam bidang ni. Boleh dikatakan orang2 ofis kami ni mahir dalam berfikir dan menekan keyboard, tapi namanya menggunakan muscle2 sedia ada untuk melakukan aktiviti2 fizikal.. susah mau cakap. Kalau orang yang expert buat, siap berpeluh2 lagi. Tapi menghiburkan hati kami yang perasan berseni ni, kami buat ala2 susun puzzle.


Wira-wira negara kunun :)


Ini pula part yang aku tulung sikit2.


Hampir semua gambar ni melibatkan orang2 ofis kecuali jejaka berbaju putih oren itu. Kami susun cantik2, dia buka balik untuk disusun dgn lebih kemas. Kira macam kami punya supervisor tapi bukan jenis pemarah. :)


Sebelah petang my mom and my dad datang bertandang. Pelbagai menu telah disetkan untuk dimasak oleh my mom. Hehehe bukan selalu rasa masakan mama. Oleh sebab 'perkara nan satu' ni mama aku berbesar hati untuk memasak. Kalau tidak, sure dia suruh kita masak sendiri.

Sunday, objektif utama untuk berkunjung ke Gaya Street. Kalau dengan mama aku, tidak sah kalau pegi KK tidak pegi Gaya Street. Tugas aku, jalan2 cuci mata. Tahukah kamu, kebanyakan barang mentah (sayur dan buah) di Gaya Street lebih murah daripada di pasar segar? Well, aku baru tau.

Kebetulan ada event la pula di Gaya Street. Maka, kesesakan lalulintas pejalan2 kaki adalah di luar dari kebiasaan.


Bila aku cakap di luar kebiasaan, Gaya Street normally tidak sepadat ini. Almost, tapi tidak macam ni.


Aku berjaya ambil gambar budak2 gendang ni, tapi tidak sempat tunggu diorang pukul tu gendang.


Itu para remaja pakai baju merah sepatutnya main satu permainan tradisional kaum cina, sayangnya aku tidak berkesempatan untuk menemuramah mereka.


Siap ada perarakan lagi. Unik, tapi sebab terlalu penat tidak sempat tengok secara dekat.


Oct 5, 2011

Haikal and The Clown



Assalamualaikum :)

Last Friday (30th September 2011), kami dapat jemputan majlis hari jadi anak rakan sekantor. Aku punya la excited memandangkan majlis turut diserikan dengan kehadiran badut. Maklumlah, bukan hari2 anak kita tengok badut. Kalau ada pun setakat di shopping complex yang mana turut dikerumuni oleh ratusan anak2 orang lain. Bagi mengelakkan kita terbawa pulang anak orang lain, usually kami setakat jeling dan berlalu pergi.

Kali ni, dengan budget masa yang telah diperuntukkan oleh si suami (sebab dia ada game futsal), aku berkeras mau datang. Di tambah lagi, semua geng2 bas sekolah turut serta memeriahkan majlis. Mengikut perancangan, kami dijangka sampai dalam jam 7.00pm. Oleh sebab game futsal si suami dalam jam 10.00pm, maka kami harus beredar pada jam 9.00pm bagi memberi laluan untuk si suami bersiap sedia.

Akhirnya kami berjaya sampai jam 7.40pm. Punyalah dasyat kesesakan lalu lintas di waktu2 begini. Memandangkan anak2 aku tertidur di dalam kereta, Dyana agak moody sikit. Asyik mau berkepit dengan mama dia saja. Haikal seperti biasa terlalu excited mau tengok badut.


Masing2 muka baru bangun tidur.


Sedang memujuk Dyana untuk 'melepaskan' si mama sebab mama kelaparan. Out of no where muncul la pula si badut. Dyana orang pertama yang dapat belon poodle. Yeay!!


Haikal sedang tunggu turn untuk minta buat pedang.


Lepas dapat pedang, tiba2 dia mau minta buat pistol la pula. Pedang dia kasi si adik. Nasib baik la tidak ramai budak.


The birthday boy - Najmi. Lihatlah betapa Haikal begitu mengkagumi kek Cars idaman hati.


Magic Show. Time ni aku sudah keluar mau pulang. Tiba2 Haikal minta tunggu sekejap sebab mau tengok magic.


Anda terpilih! Si badut sedang memilih assistant untuk buat salah satu magic show.


Masa mula2 aku tengok Haikal ke depan, I'm almost sure he'll collapse anytime soon. Semacam ja aku tengok. But he survived.


Some of the action. Time ni dia sudah mula senyum. Pandai betul tu clown kasi hilang nervous si Haikal. Finally, Haikal dapat RM5 sebagai saguhati daripada clown. :)


*All pictures taken by Malai Sairul


Oct 3, 2011

Tallest vs Smallest

Assalamualaikum :)

Minggu ni, menjadi tanggungjawab aku menghantar dan mengambil Haikal dari sekolah. Apa boleh buat, Babah ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Lepas hantar Haikal, kebetulan pula budak2 tahap 2 (primary 4, 5, 6) baru abis sekolah. Wah wah! Dasyat betul budak2 sekarang. Umur baru 12 tahun (atau mungkin kurang) tingginya hampir2 macam aku sudah. Apa juga yang parents diorang kasi makan? (Memandangkan anak aku bersaiz kecil, aku amat berharap la ada orang yang jawab.. kekeke)

Back in my primary school days, I was the tallest girl in my class. Mungkin juga aku antara yang tertinggi di kebanyakan kelas di sekolah aku dulu. Masa tu, aku kurang gemar betul badan aku tinggi. Antaranya :

1) Bila berbaris, mesti juga di belakang. Mau pergi rehat kah, mo pergi balik kah, mau ambil makanan free kah, baju free kah, barang free kah. Ini termasuklah mau jarum (somehow aku langsung tidak terkilan berdiri paling belakang time ni). Semuanya aku dapat last. Kadang2 orang dapat complete 1 pakej, aku pula dapat pakej yang incomplete. Sebab aku uncit (paling last).

2) Bila main apa2 sukan, sungguhpun kau tidak berbakat besar seperti yang kau sangka, mesti nama kau di kasi masuk. Ini termasuklah lompat tinggi (walaupun lompat getah paras pun payah2 mo lepas), lompat jauh (lari pun tidak selaju mana, mo lompat pun tidak kena pasir) dan paling best menjadi gergasi yang menakut2kan shooter masa main bola jaring. Tidak payah pun kau sibuk2 kira 3-steps, bayang2 kau pun sudah cukup buat bola tu payah2 mau masuk.

3) Confirm dapat watikah perlantikan tetap dan berpencen untuk jadi pengawas atau ketua kelas. Mentang2lah kau besar, kunun semua yang kecik2 tu takut la. Baru masuk pintu sudah rasa kelas macam mendung (sebab kau block cahaya matahari yg masuk melalui pintu).

4) Bila berjalan dgn kawan2 yang bersaiz kecil, terus rasa macam artis. Tertonjol saja walau di mana anda berada. Kalau dalam kelas, tidur 5 saat pun cikgu selalu nampak. Padahal budak yang saiz kecik tu, tidur hampir 1 masa pun dia tidak perasan.

Bila aku darjah 6, entah kenapa pertumbuhan aku akhirnya terbantut. Kalau jumpa kawan2 sekolah rendah sure diorang akan cakap "Aku rasa dulu kau lagi tinggi dari aku. Sekarang ni kenapa kau memendek?"

Sungguhpun soalan itu sungguh kurang ajar didengar, but face it! Nama pun bantut. Maka bermulalah episod aku sebagai orang 'kecil'. Mula2, my younger sister menapak lebih maju ke depan dengan membesar bagai johan, diikuti my younger brother yang menapak lebih jauuuuh ke depan dengan membesar bagai the ultimate juara (he's 6' 4 in) dan akhirnya meninggalkan aku dalam posisi tercorot dalam carta tumbesaran keluarga. Even my mom pun lagi tinggi dari aku. Sepanjang hidup aku jadi the smallest member in my family, aku dapati orang bersaiz kecil ni sering diperkotak-katikkan. Antaranya :

1) Bila dalam kereta yang muat untuk 5 orang, tapi sebab malas mau bawa extra kereta maka sebagai penumpang yang ke-6, haruslah dipangku bagi menampakkan yang kau masih budak-budak bawah umur (just in case kena tahan polis). Helloooo.. sungguh tidak cool you know!

2) Time mo panjat bumbung/pokok yang tinggi seharusnya kau adalah calon yang paling afdhal untuk dianjung dan diangkat. Lantaklah kalau suasana di atas tu bersemut, bertikus, berlipan, bercacing dan tidak seindah mana, tapi sebab kau kecil kemungkinan untuk dahan pokok patah atau atap/bumbung bocor adalah 1 : 1000. Begitu juga halnya kalau terlupa bawa kunci rumah di mana kaulah yang menjadi harapan bangsa untuk masuk melalu tingkap ala2 maling (pencuri) dan membuka kunci dari dalam.

3) Sungguhpun aku sering berbangga sebab aku kena cakap paling bungsu sebab saiz aku yang kecil molek ni, ini bermakna seniority ranking aku akan sedikit tergugat. Mau marah adik2 yang lain pun mo pikir 2-3 kali. Baru diorang hentak kaki (konon mau memberontak), sudah rasa macam gempa bumi. Itu dulu2 la, masa rumah kayu. Hehehe..

4) Mentang2lah kau kecil, terus akan dilayan macam orang kurang zat. Makanan2 akan ditambah kuantitinya (macam pun makan banyak kau akan lebih besar kan?). Orang lain 2 ekor udang, maka kau akan dapat 3. Bab yang ini, aku tidak mau komplen lebih sebab aku rasa ini membuatkan aku rasa 'on the top of the world' la dipendekkan cerita!

5) Bila mana aku ikut sebarang sukan, haruslah mendapat senyuman sinis daripada ibubapa tercinta. Konon sebab aku kecil, adalah mustahil aku jadi wakil sekolah segala. Maka banyaklah acara sukan yang aku kira2 lasak untuk diikuti dengan harapan badan akan jadi lebih berketul dan mantaps. Tapi hasilnya, ketinggian aku masih di takuk yang lama. Nasib badan..

Bila sudah berjauhan dari family, baru aku rasa macam normal sikit. Tidak terasa aku terlalu besar dan tidak terasa aku terlalu kecil. Kira sedang2 sajalah kununnya. Mungkin ada sedikit membesar dari segi kelebaran, tapi who cares kan? At least setiap kali ambil gambar untuk Hari Raya tidaklah aku macam tiang tempat diorang bersandar.


Movie : Johnny English Reborn


Assalamualaikum :)

Macam lama sudah aku tidak buat update pasal movie. Ini menunjukkan betapa lamanya sudah aku tidak menonton wayang. Mungkin sebab busy, mungkin sebab tiada masa, atau mungkin sebab malas, aku pun tidak pasti mau jawab yang mana. Buat masa ni, yang ke-3 tu macam menarik sikit jawapannya.

Sejak tengok iklan wayang Johnny English Reborn ni, aku macam tertarik sikit untuk mengajak my other half dan 2 orang anak bulan tu tengok wayang. Tapi timing macam ada yang tidak kena. Tangguh punya tangguh, aku anggap mungkin JE tiada sudah ditayangkan dipanggung. Untuk makluman, aku sangat malas untuk melihat jadual GSC secara online.

Last2 sebab laki aku buhsan duduk2 di rumah saja, bagi aku tiada masalah sebab aku makan ubat batuk. Hasilnya all the time aku macam orang palau (mabuk). Dia bawa tengok wayang. Kononnya apa2 wayang pun jadilah. Kebetulan la pula ada JE. Kami datang panggung around 7.50pm, wayang start 7.55pm. Punyalah rezeki tu :D.

Personally, aku rasa dari segi jalan cerita macam aku susah sikit mau paham. Mungkinkah sebab ubat batuk, atau cerita tu memang susah mau paham aku pun kurang kepastian. Tapi lawaknya memang kaw-kaw gila. Bagi aku cerita ni sesuai la kalau bawa budak-budak tengok. Even Dyana pun ketawa sakan (walaupun aku yakin dia tidak paham pun apa yang terjadi). Part yang paling aku suka, part JE main2 kerusi. Berabis aku ketawa sampai terbatuk2 lagi.

Walaupun aku rasa aku kurang paham cerita ni, aku cuba ulas based on aku punya sinopsis sajalah. Johnny English, seorang bekas ejen MI7 yang telah dilucutkan/digantung (aku kurang pasti) telah dipanggil semula untuk bertugas apabila saksi penting dalam satu kes hanya mau bekerjasama dengan JE saja. Sepanjang waktu 'rehat', JE kununnya telah menetap di sebuah shaolin temple (aku agaklah). Banyaklah kunun ilmu2 yang dipelajari. JE menyiasat kes yang melibatkan 3 organisasi utama CIA, KGB dan MI7. Terdapat sejenis senjata rahsia yang bakal digunakan untuk membunuh Perdana Menteri China. Senjata tersebut hanya boleh dibuka dengan menggabungkan 3 kunci yang masing2 dipegang oleh CIA, KGB dan MI7. Lebih kurang macam tu la ceritanya. Sungguhpun cerita ni ada unsur2 kemengarutan luar biasa, tapi bagus untuk makanan jiwa. Lagipun kalau sudah pelakonnya macam tu, tidak la aku expect cerita yang serius2 belaka. :D


Haikal Turns 7

Assalamualaikum :)

Hari ni Haikal is officially 7 years old. Wah!! Sungguh besar anak aku sekarang ni. Memandangkan tahun ni kesihatan tidak mengizinkan, maka kali ni majlis hari jadi Haikal di sambut ala kadar saja. Apa yang penting harus ada kek dan present.

Kebetulan sejak kebelakangan ni, Haikal kerap meninggalkan pesanan ringkas tapi padat tentang kereta mainan idaman qalbu :

1) Kereta Sports yang warna merah dan mesti ada spoiler. Lepas tu mesti ada gambar kilat di tepi kereta.

2) Kereta polis yang ada tayar di belakang.

Well, sungguhpun berhabis2an si mama pusing2 seluruh kedai tapi tidak jumpa yang exactly macam tu, kira adil lah kalau jumpa yang hampir2 sama kan? Si mama jumpa :

1) Kereta Sports warna merah (Ferrari kunun). Ada spoiler, tapi tiada kilat. Nanti2 la mama kasi beli sticker kilat letak di tepi. Bila suruh Haikal sebut Ferarri, dia cakap 'Felari'.

2) Aku tidak jumpa kereta polis, tapi aku jumpa 4wD yang ada tayar belakang. Alah... sap sap sui. Boleh la tu.

3) Sebagai tambahan, aku belikan Haikal kereta ala2 Hilux bagi menutup permintaan yang tidak berapa complete sebab mama malas mo cari.

All and all, Haikal langsung tidak complaint present aku. Happy dan bersemangat dia dengan kereta pilihan si mama yang mandarilas (malas tahap gaban) ni. Phewwww!! Leganya aku!


The Birthday Boy


The cake : American Chocolate. Beli di Mark's something-something. The taste was, so so la. *Ayat bersopan*


The main course : Yalah!! I know. Not healthy. But what to do la kan?


Sep 29, 2011

Open House Universiti


Assalamualaikum :)

Ewah2.. lama betul aku tidak menghapdate. Kalau telur, boleh jadi anak ayam sudah ni. Bukan tiada idea mo post entry apa, masa tu memang jeles kaw2 betul dengan aku.

Anyway, aku recap dulu beberapa peristiwa 'Hari ini dalam sejarah" sebelum aku masuk topik utama hari ni. Mula2 sekali, bagi menyahut seruan seorang makhluk tuhan yang perasan seksi, kami (geng2 bas sekolah) sebulat hati mo buat open house tahun ni. Kiranya bergilir-gilir la. 8 tahun aku hidup di KK ni, tidak pernah sekalipun aku terniat mau buat open house. Bukan tidak sudi menjemput. Cuma kurang konpiden saja mau masak. Maklumlah hidup di perantauan. Maka dengan itu, aku dengan besar hatinya cuma menjemput geng2 bas sekolah ke open houseku yg tidak berapa mau open tu. Tiba-tiba, ada pula geng-geng sekolah dulu mau datang beraya. Makanya, aku suruh ja diorang datang masa open house. Takut kuciwa pula diorang tiada makanan. Adik aku pun ikut serta jemput beberapa kawan-kawan dia. Bab menu, mula-mula aku niat mo masak mee goreng + ayam goreng + sosej + nuget ja. Tapi nampak terlampau malas la pula. Last2 aku, aku masak coto makasar (my first attempt okay!), nasi, ayam goreng, sayur campur, kari daging dan kuih jala (mo praktis kunun). Harap maaf, tiada sebarang gambar diambil memandangkan aku memasak secara solo di dapurku yg serba kekurangan itu. Mula-mula coto makasar tu, aku niat mau google. Sekalinya semua resepi dalam bahasa indonesia. Walaupun sebahagian bahan tu aku tau, tapi disebabkan kekangan bahasa dan masa, maka terpaksa la aku merefer dengan pelampung aku (my mom). Nasib baik menjadi walaupun sukatannya main suka hati saja. All and all kira ok jugalah. Cuma kari daging tu terlalu pedas la pula. Nota untuk diri sendiri, Alagapas tu pedas rupanya :). Selebihnya kira spot on. Tiada sebarang pembaziran berlaku di sini.

Next, pegi open house Malai (inilah makhluk tuhan perasan seksi tu). Very like rumah baru dia. Macam tenteram yg teramat. Mungkin sebab jauh dari bandar. Tiada pencemaran bunyi, udara maupun pandangan. Paling best banyak kuih muih. Pulun habis.

Next agenda, agenda yang membuatkan aku rasa kepenatan sampai sekarang. Open house universiti. Setiap jabatan kena buat gerai sendiri. Asalnya aku kena panggil meeting pun sebab aku terkebetulan terkeluar dari tandas masa diorang perbincangan. Bincang punya bincang, tugas aku cuma beli paper plate. Ewah!! Lebar betul senyuman aku masa tu. Kira ok apa beli paper plate. 5 minit kemudian, aku jadi tukang beli pinggan VIP (harus yg kaca) dan tukang beli kain. Sebab sudah beli kain, secara automatik jadi AJK decoration. Nama pun decoration, persembahan makanan pun aku kena sapu. Menu utama kami sate ayam, daging dan mbek-mbek.

Tugasan pertama adalah bershopping. Sesetengah orang, memang suka bershopping. Entah kenapa shopping kali ni sangat tidak menyeronokkan. Kami bertiga (wanita semua) ke hulu ke hilir cari barang. Penatnya ya ampun!! Next year, aku sanggup jadi tukang makan saja. Tidak kisahlah apa orang cakap. The next day kena decorate khemah. Sungguhpun kami sudah plan idea2 yg berkenaan, macam tidak menjadi la pula. Last2, masing2 sumbang idea. Boleh tahan la juga. Tema khemah kami, tema "tidak harap mau menang pun..". Kami menjalankan tugas dengan dedikasi dan semangat sekali. Kami sampai ke khemah dalam jam 3.30 pm. Tapi tapak pun kami tidak tau di mana. Selepas di tendang ke sana ke sini, ehsan dari Leyana yang nampak sudah mula berputus asa, akhirnya dia membuat panggilan khas. Akhirnya, bos turun padang. Maka dapatlah kami tapak muktamat hasil perbincangan bos dengan pegawai yg mula2 malas mau layan kami. Kami bertahan sampai jam 8.40 pm.

The next morning, 30 syawal (28 September 2011) tibalah acara yang dinanti2. Sebab kami penat buat decoration, awal2 lagi aku sudah buat muka official aku. Muka Tapai. Langsung tiada mood. Mungkin sebab batuk dan selsema. Beraya juga ke gerai orang lain, tapi tidak semua. Kami sudah kekenyangan makan sate.


Aiiyaa.. gambar tala talang woo.. Anyway some of our deco team.


Ini dia pujangga2 kesepian di Jabatan kami. Sungguhpun ramai lelaki, entah kenapa sama ada memang tiada atau diorang tidak mengaku diorang ada bakat 'Handy Manny'.


Orang kuat deco.


Lihatlah dunia!! Inilah hasil gerai kami yang tidak harap mo menang.


Jemputan VIP. Pegawai-pegawai utama berserta Datuk NC. Paling best tengok Datuk NC share pinggan dengan wife makan sate :). Perhatikan di belakang VIP. Sangat ramai manusia menunggu hidangan sate dari kami.


Ini la kunun persembahan hidangan ala2 Masterchef kami. Kira abis lawa sudah ni. Lepas VIP sampai terus lesap itu hidangan. Picture taken by Nura.


Sekali tengok persembahan hidangan dari gerai ni.. Punah segala harapan. Hidangan ini dikawal rapi oleh 2 wanita. Cuma boleh ambil gambar saja. Bukan untuk dipetik apatah lagi untuk di makan.



Ini khemah paling unik antara semua. Mungkin sebab aku rasa macam beraya di kawasan perang la pula. Paling best, sebab rupanya macam tu tidak begitu ramai yang menyerbu. Takut kena suruh pumping kali. Hehehe..


Ini dia mandur2 deco. Tau makan saja. Hohoho.. Picture taken by Nura.


Sep 19, 2011

Trip to Sipitang from Tenom

Assalamualaikum :)

Memandangkan program hampir tamat, kami masing-masing merancangkan untuk berpecah haluan. Leyana and family balik Tambunan, Laurah and family balik Beaufort, Malai and family balik KK dan aku and family balik Sipitang. Laki aku begitu bersemangat mau menggunakan laluan Tenom - Sipitang. Kononnya tiada apa yang perlu ditakutkan. Since, Laurah on the way mau pergi Beaufort, kami bercadang mau berkonvoi guna jalan Sipitang - Tenom. Malai pun tidak mau ketinggalan.

Sebelum bertolak sempat lagi kami tengok keretapi melintas. Jambatan untuk laluan keluar dari Tenom menuju ke Sipitang. Itu pemandangan sengaja aku letak. Bajet talented ambil gambar la kunun.


3 buah kereta melalui laluan Tenom-Sipitang. Sungguhpun ramai yang mengatakan laluan ini tidak sesuai bagi orang yang sayangkan kereta, bagi aku personally, laluan kira ok juga. Perjalanan mengambil masa 1 jam sebab kami pakai Kelisa. Aku rasa, bab orang kata ada satu bukit tinggi yang sukar dilalui kereta kecil tu macam kurang tepat sikit. Actually bukitnya tidaklah tinggi sangat. Cuma bukit tu panjang perjalanannya. At least laluan tu tidak banyak kereta. The rest kira ok juga walaupun ada sedikit lubang sana dan sini. Sedikit saja ok. All and all, kereta kancil 850 pun boleh naik. Apa yang penting kesabaran.


Sepanjang laluan ke Sipitang dari Tenom. Lihat gambar gasing itu, cantikkan? Aku baru perasan benda alah ni ada. Lama sungguh aku tidak balik kampung.


Sampai Sipitang, kami berkonvoi untuk ke kampung halamanku di Sindumin. Kononnya, mau melawat buah durian yang dikatakan sedang atau mungkin sudah habis gugur buahnya. Sampai kebun, sekali lagi hampa. Kalau ada pun durian, tinggal beberapa biji buah saja di pokok. Kebanyakan yang jatuh, buruk begitu sahaja :(. Bukan rezeki kami. Tapi aku perasan kebanyakan pokok durian sedang berbunga.


Nampak itu buah durian? Mahal sungguh dia mau jatuh. Huhuhu


Bunga-bunga durian sedang muncul dengan suka hatinya.


Sebab tiada sebarang hasil untuk dikutip, maka kami semua beredar mengikut haluan masing-masing. Kami pula meneruskan perjalanan untuk beraya di kampung. Dapat beraya ke 2 buah rumah kira macam kejayaan besar. Hehehe.


Jumpa lagi Sipitang!


Dalam jam 1, kami bergerak untuk pulang semula ke KK. Memandangkan hari tu baru hari Sabtu, kami bergerak ala-ala sempoi gitu. Langsung tiada rush. Rupanya seronok kalau balik tidak kelam kabut. Singgah bandar Beaufort untuk cari makan tengah hari setelah aku dengan bijaknya menolak untuk makan di rumah saudara. Hehehe segan gitu. Cari-cari kedai makan, aku tiba-tiba ternampak kedai makan Nasi Ayam Sedap. Terus aku cakap dengan laki mau makan sana. Well, people don't usually put the word sedap for no reason you know. Kalau letak tu, memang 100% sedap la tu. Masuk kedai tu agak tenang sebab tidak ramai orang. Aku sudah mula tidak sedap hati. Tapi selepas makan, aku berani cakap nasi ayam dia memang sedap. Mungkin portion ayam agak sedikit (bukan pun dia tulis Nasi Ayam Sedap dan Banyak kan?), tapi bagi aku cukup-cukup la. Sup dia pun marvelous. Next time aku berkunjung ke Beaufort, harus singgah untuk makan nasi ayam sedap.


Nasi Ayam Sedap yang sedap.


Suasana yang tenang dan damai.


Sebab hubby sudah mengantuk yang teramat, aku pula ambil alih jadi driver. All the way ke Pekan Membakut, terjumpa pula gerai jual durian. Wooo sungguh terliur sekali. Malangnya sebab terlalu laju, tidak sempat untuk singgah. Aku cakap dengan hubby, kalau jumpa lagi orang jual durian, kena singgah. Belum pun ayat habis, jumpa lagi satu gerai. RM12 sekilo you know!! Betul-betul jual kulit owh! Hahaha. Anyway, since anak-anak aku berteriak-teriak suruh beli durian plus aku takut kempunan maka kami beli 2 biji. RM38 bayar tutup mata. Apapun, durian tersebut tidak rugi dibeli dan sangat marvelous rasanya. Still aku rasa orang tu jual kulit.


Aku dengan perasan hebat pilih durian di Membakut. Padahal...


Sampai rumah dalam jam 5.00 pm. Balik rumah mata pula tidak mau tidur. Pelik betul. Aku tidur exactly jam 8.00 pm. Tidak sedar sampai esok pagi :). Maka dengan ini satu lagi azam baru aku telah tercapai - Holiday trip (other than Labuan).