Apr 11, 2011

Bad Influence


Secara rasminya, aku complete Season 3 punya NCIS series. Siapa yg tidak berminat, sila2 la berlalu pergi. Kepada yang berminat tapi tidak tau apakebende NCIS ni, silalah rajin2kan tangan anda untuk menggoogle apa yang patut. Secara ringkasnya, NCIS - Naval Criminal Investigative Service lebih kurang macam cerita FBI tapi diorang cuma siasat kes berkaitan dengan Navy saja.

Kalau orang tanya seronok ka NCIS ni? Aku akan cakap, bagi aku sangat best. Cukup rempah gitu. Ada komedi, sedih dan serius. Normally sedih part2 season finale ja la.

Sapa yang pernah/gemar tengok, sila skip part yang ini sehinggalah dimaklumkan kelak. Kepada yg tidak pernah tengok, moh aku introduce barisan pelakonnya.


Jethro Leroy Gibbs

Punyala serius ni orang. Mo marah ja kerjanya. Mo cepat memanjang. Tidak kisahla macammna ko buat keja (illegal ka tidak) yang penting dia mo output ja. Team dia kena hafal semua rules yang dia bagi. Hampir semua team dia takut dgn dia. Paling best, belum pun dia bagi arahan baru ja jeling, orang2 dia suda tau mo buat apa. Pantang dia, kalau orang tidak buat apa2. Tapi dia jadi tegas macam tu bersebab. Kalau kamu tengok season 1-2 memang kamu tidak tau kenapa. Abis season 3 baru jelas.


Tony Dinozzo

Ini anak didik yang paling senior si Gibbs. Berangan ja kerjanya. Konon sangat pakar dalam bab menyamar dan mengurat perempuan. Tapi selalu la dia dapat perempuan yang di 'luar dari kebiasaan'. Banyak2 scene dalam NCIS, scene dia yang tidak pernah memboringkan. Sebab dia senior dia suka sangat la membuli teammates dia yang lain. Gurauan dia tu yg kadang2 buat sakit perut ketawa.


Kate Todd

Seingat aku, aku ikuti cerita ni dari Season 1. Tapi bukanlah peminat tegar. Yang biasa2 ja. Kalau tertengok, tengok. Kalau tidak, tidak jua kempunan la. Tapi bila sudah NCIS masuk Season 8 baru aku perasan Kate ni suda tiada. Sekali aku google, wataknya dimatikan dalam Season 2. Berkarih2 la aku mencari semua Season 1-8 untuk ditengok semula. Personally, aku paling suka Season 1-2, time si Kate ni ada. Cerita diorg tidak terlalu banyak konspirasi. Itu yang best. Anyway, sebelum Kate join NCIS dia kununnya adalah Secret Service yang tolong jaga President US. Lepas tu, sebab dia rasa kerja tu tidak memuaskan hati, maka Gibbs offer kerja di NCIS. Sepanjang Season 1-2, aksi sindir menyindir Tony-Kate la yang paling best. Lepas Season 2, Kate akhirnya dibunuh oleh sniper.


Saat menyedihkan.. sob sob sob..



Timothy McGee

Team member yang paling last masuk dalam Team Gibbs. Pakar dalam bidang komputer tapi lambat pickup signal yang kena bagi oleh Gibbs. Puas jua la dia ni kena tempiasnya. Dia ni boleh dikategorikan genius memandangkan dia kelulusan MIT. Ada bakat terpendam selain dari Special Agent, iaitu..... MENULIS. Siap buat buku lagi tu. Gambar di atas tu actually gambar terkini dalam Season 8. Kalau awal2 season si McGee ni agak berisi orangnya.



Abby Sciuto

Pakar Sains yang serba boleh. Walaupun makmal dia tu dia sorg ja yang duduk, tapi equipment yg kena provide kira tip top juga la. Paling tidak suka bekerja dengan orang lain kecuali orang yg dia rapat. Dalam kebanyakan kes, dia selalu kena tolong Mcgee. Dia ni juga la satu2 tidak pernah kena marah oleh Gibbs. Anak emas kunun. Peduli la dia cakap apa pun. Sure tidak kena marah.


Ducky Mallard

Medical Examiner yang sangat berpengetahuan. Orang mo cepat pun, sempat lagi berceramah pasal pengalaman hidupnya. Kadang2 macam related. Kadang2 langsung tidak. Tapi kalau si Gibbs, belum pun dia habis ceramah sudah kena kasi tinggal cakap sorang2.


Jimmy Palmer

Pembantu kepada Dr. Mallard. Sama jua macam si McGee, dia menganggotai kelab 'BLUR' sedunia sebab selalu lost kalau bab2 signal ni. Dia masuk NCIS dalam Season 2 kalau tidak silap, selepas, pembantu Dr. Mallard kena tembak. Jangan risau, dalam cerita ni org tu tidak mati. Cuma injured dan tidak boleh sudah buat kerja2 melibatkan pergerakan tangan.


Ziva David

Masuk team NCIS selepas Agent Kate Todd mati dalam Season 2. Dia ni dilatih untuk jadi perisik, so agak ganas sikit berbanding agent2 yg lain. Bila dia masuk saja, hampir semua episod melibatkan kumpulan pangganas. Sangatlah tidak best! Sungguhpun aku cakap tidak best, akun juga aku tengok.. hehehe


Head Slap

Head slap ni kira trademark Gibbs kalau team dia buat tindakan bodoh. Paling banyak kena si Tony Dinozzo. Tapi bagi aku memang patut. Membuli ja kerjanya. McGee, Kate dan Ziva ada juga kena, tapi jarang2 la. Yang tidak pernah kena sure la Abby dan Ducky.


Rules of Gibbs

Kadang2 aku suka juga dengar Rules dia ni. Tapi selalu terlupa no berapa. Kalau kamu ikuti season 8, kamu tau la kenapa Gibbs suka buat rules dan berapa banyak rules dia ada.

End of Season 3, Gibbs yang tercedera terkena bom akhirnya berhenti menjadi Agent NCIS setelah pihak atasan tidak mau membuat tindakan ke atas maklumat yang dia bagi menyebabkan sebuah kapal navy meletup. Dia serahkan tanggungjawab dia kepada Senior Agent Tony Dinozzo dan berangkat ke Mexico untuk berehat.

Jadi apa la kaitan dengan tajuk entry aku kali ni? Hehehe


Sebab Gibbs sangat suka minum kopi, setiap kali sarapan pagi mesti jua mo minum kopi 'o' secawan. Haiiyyaaaa.. mcm orang tua2 pula..


My 'Curry' Moment

Disebabkan aktiviti outing terpaksa dikurangkan atas sebab kerja2 rumah yang pending memanjang, aku serba sedikit berpeluang bereksperimen dalam 'kemahiran memasak' aku ni.

Eksperimen 1 : Burger Malaysia

Punyala semangat aku mo buat kuih ni. Petang2 sibuk aku menguli tepung. Sekali siap.. alamak!! Tidak jadi! Hahahaha.. Pikir punya pikir, aku pakai teknik whatwhouldmymumdo. Sebab bahan dia lebih kurang ja, aku rasa pakai adunan tepung donut sure boleh punya la. Aku uli lagi satu kali, kali ni menjadi!! Hoorrayyy!! Itu baru rotinya. Sambal bilisnya tidak payah cerita pun tidak apa. Aku expert sudah.. chewah!!! Tapi aku rasa Burger Malaysia aku belum perfect dari segi rupa.. so, aku dengan 'rela hati' tidak sampai hati mo ambil gambar.

Eksperimen 2 : Karipap

Actually ini bukan percubaan pertama aku buat karipap. So, aku agak konpiden sikit la. Buat punya buat, seperti yg aku jangkakan memang menjadi la.


Lepas buat karipap, laki aku pula bersemangat mo makan kari ayam for dinner. Sedang sibuk masak untuk dinner, aku pula bersemangat mo makan maggi kari. Mabuk kari suda kali aku ni. In the end... whola..

Say curry everyone!!

Lepas ni, kalau ada pertandingan Alagapas ka, Baba's ka.. boleh suda aku join bertanding. Kekekeke


Apr 7, 2011

Ping Pong and Me

Aku kalau bab permainan sukan ni boleh dikatakan memilih juga la. Kalau time aku sekolah menengah dulu, ada beberapa games yang aku confirm tidak akan terhegeh2 mo main. Antaranya termasuklah hoki, bola sepak dan ping pong. Agaknya mungkin sebab games ni begitu complicated. I have my own reasons ok!!

Hoki - aku tidak mau main hoki sebab aku rasa macam orang buduh ja pegi kejar2 bola pakai kayu. Jolok sana jolok sini. Bagus kalau bola hoki tu besar. Ini sebesar penumbuk ja pun. Padang bukan main besar. Lari pun terbongkok2. Sungguhpun aku kata aku tidak mo main ini hoki, atas sebab2 yg tidak dielakkan (tidak ada pemain untuk wakil sekolah) maka aku pun termain juga la. Jutaan terima kasih kpd guru hoki kesayangan aku, Cikgu Ismail 'Rock' (where ever you are) dan Cikgu Hashim. Kalau bukan 2 orang cikgu ni yang paksa kami turun padang bawa kayu hoki masa PJ, aku tidak tau macammna la rasanya main hoki ni. Hakikatnya, lepas form 5 aku tidak sudah pegang kayu hoki. Bukan sebab tidak mo main, tapi sebab tiada peluang. Lagipun, hoki bukan la permainan popular masa kini..

Bola Sepak - ini lagi satu, kejar bola satu padang. Siap boleh tolak2 tapi tidak boleh tarik2 baju. Sungguhpun sekali lagi aku cakap aku tidak mo main ini game, end up aku termain juga masa sukan staf. Bukan exactly bola sepak la. Actually futsal, tapi lebih kurang juga la tu. Alasannya sama tiada pemain untuk wakil kontinjen. I guest bola sepak is never my 'thing'. Technically speaking, apa2 game yang main pakai kaki memang di luar kepakaran aku. Aiseh!! pakar kunun.

Ping Pong - Bolanya sebesar biji mata orang ja. Pemukulnya sebesar telapak tangan. Tidak boleh tanduk pakai kepala, tidak boleh juga tendang pakai kaki. Apatah lagi cover pakai perut. Kalau bola tampar, kira boleh ampun lagi. Aku ada segala macam alasan untuk tidak bermain ping pong. Anyway, entah semenjak dua menjak ni aku berminat betul mo belajar main ping pong. Mungkin sebab meja ping pong ada di kafetaria ofis kami atau mungkin sebab aku suda penat jadi tukang kutip bola time org lain main, maka aku kuatkan semangat aku mo belajar main. Akhirnya, pada 6 April 2011 aku secara rasminya bermain ping pong. Walaupun bola aku kebanyakannya ter'out' disebabkan tenaga yang luar biasa banyaknya terutama sekali lepas lunch. Sungguhpun peraturannya simple daripada bola jaring, aku berjaya melanggar semua rules dengan jayanya. Bravooo!! Apapun, aku rasa next time aku mo main ping pong, aku kena main sebelum makan. Sebab aku belum pandai budget tenaga yang perlu dikeluarkan untuk pukul bola. Nasib baik la yg main dgn aku ni penyabar. Lepas dia hilang sabar, diganti pula dgn Ah Chai yg tidak penyabar. Sekali aku servis, terus dia smash! Taikebo punya Ah Chai! Hahaha lepas tu aku pun balik la. Tidak kuasa aku main dgn org yg terlebih semangat ni. Tunggu la aku terrer... ewah!! kekeke..

Sekadar gambar hiasan.
Tidak la aku main mcm org mo berkuntau ni.
Kalau suatu masa nanti aku main macam ni, nnti aku upload gambar aku. :)


Apr 5, 2011

Movie : Setan Budeg [2008]

credit to id.wikipedia.org

Mula2 aku tengok cerita ni, aku ingatkan cerita pasal budak nakal. Budeg untuk budak, Setan pula untuk budak setan. Alah.. macam Ali Setan versi Indonesia la kunun. Lama juga aku tengok, tiada pula cerita ala2 kolej ka sekolah ka apa. Setakat cerita pasal penjaga rumah mayat ja. Rupanya lain pula maksudnya. Nasib ja aku tidak dengan konpidennya buat ulasan ni awal2.

Setelah dikenalpasti (melalui subtitle yang telah disediakan oleh pihak panggung), rupanya Setan tu untuk Hantu. Budeg tu pula untuk Bisu. Setengah cerita baru aku paham apa maksud tajuk.

Cerita ni mengisahkan tentang 3 orang lelaki yang bekerja sebagai pemburu mayat (itu la yg diorg gelar diri dorang). Kerja dorang, kalau ada saja kemalangan yang melibatkan kematian diorg akan dipanggil untuk mengambil mayat dan disimpan di rumah mayat. Lepas tu aku tidak pasti la apa yang diorg buat sebab lepas beberapa hari mayat tu akan dihantar semula kepada keluarga yg dikenalpasti. Yang peliknya sungguhpun kemalangan yang berlaku adalah ngeri, bila mayatnya kena bawa ke rumah mayat tersebut, terus jadi bersih dan di tag. Tidak dapat dipastikan siapakah yang ditugaskan untuk membuat bedah siasat atau membersihkan mayat memandangkan pekerja di rumah mayat ada 5 orang saja. 3 tukang ambil mayat, 1 kerani beruniform nurse yang seksi dan 1 lagi si bos yang luar biasa rabunnya (walaupun suda pakai spec). Manakan tidak rabun, pakai spec tapi tidak boleh kasi beza hantu sma staff sendiri.

Mungkin sebab diorg kerja di rumah mayat, maka banyak la hantu yang berkeliaran. Tapi semuanya tidak melibatkan kemalangan jiwa. Siap boleh lagi pekerja dia kasi shooh shooh sama hantu. Bukan pun manusia yang lari, hantu pula yang disuruh main jauh2.

Berbalik kepada sinopsis, si 3 org ni kena suruh ambil mayat org yg kemalangan di landasan keretapi. Mayat orang bisu sebenarnya. Tapi disebabkan ada nenek tua (aku masi konpius siapa bah nenek tua ni) membuat sedikit jampi pada darah mangsa, maka roh si mangsa pun berkeliaran untuk membalas dendam.

Aku rasa aku tidak mampu mo cerita pasal storyline movie ni. Sangat la tidak seronok. Kalau aku mo cerita balik pun boring, bayangkan la masa aku tengok cerita ni. Tapi aku suka komedi dalam movie ni. Terutama sekali pasal 3 org pemburu mayat tu. Tidak la typical teriak-lari/pengsan-mati. Hantunya pun tidak la typical terbang-mengilai-bunuh (kecuali watak utamanya la - Setan Budeg). Refreshing juga la. Pakej terbaik untuk aktiviti lipat kain. Tidak terlalu boring sampai mengantuk, tidak juga terlalu best sampai kain tidak terlipat.

By the way, aku tertengok cerita ni dalam Astro. Aku kurang pasti channel apa.. sorry..

Apr 1, 2011

April Fool Joke

I got this from a friend of mine through FB messages..

A SPANISH Teacher was explaining to her class that in Spanish, unlike English, nouns are designated as either masculine or feminine..

'House' for instance, is feminine: 'la casa.'
'Pencil,' however, is masculine: 'el lapiz.'

A student asked, 'What gender is 'computer'?'

Instead of giving the answer, the teacher split the class into two groups, male and female, and asked them to decide for themselves whether computer' should be a masculine or a feminine noun. Each group was asked to give four reasons for its recommendation.

The men's group decided that 'computer' should definitely be of the feminine gender ('la computadora'), because:

1. No one but their creator understands their internal logic;

2 The native language they use to communicate with other computers is incomprehensible to everyone else;

3. Even the smallest mistakes are stored in long term memory for possible later retrieval; and

4. As soon as you make a commitment to one, you find yourself spending half your paycheck on accessories for it..

(THIS GETS BETTER!)

The women's group, however, concluded that computers should be Masculine ('el computador'), because:

1. In order to do anything with them, you have to turn them on;

2. They have a lot of data but still can't think for themselves;

3. They are supposed to help you solve problems, but half the time they ARE the problem; and

4. As soon as you commit to one, you realize that if you had waited a little longer, you could have gotten a better model.

SO, WHO IS THE WINNER?

I would say..
el computador. Because I like the girls answer better and I can relate to it somehow.. hehehe. Yalah bah.. klu kamu mo ckp aku bias, bias la bah.. asalkan aku bahagia.. hahahaha

Books : Dark Of The Night


Riley O'Brien is the perfect political daughter; she is an invaluable asset to her father Senator Carter O'Brien as he makes his bid for the White House. Desolate after the deaths of her sister and mother, Riley has given her entire life over to her father's political career. Riley is just the kind of woman that investigative reporter Jake Mahoney can't stand -- an ice princess, just like his ex-wife. So he is anything but happy when he's forced to cover a campaign rally where Riley is the featured speaker. When a car bomb goes off, Jake ends up saving Riley's life, and suddenly he's not so sure that Riley is anything like his scheming ex-wife. As he gets to know Riley, he realizes that a murder investigation he's working on may be tied to the Senator's past -- a past that could destroy Riley and her entire family. (credit to http://www.readersread.com)

Boleh tahan juga la buku ni. Carter O'Brien dalam buku ni dikategorikan sbg org yg hensem dan tidak dimamah usia konon. Judging from the line of United States punya presidents, I don't actually blamed the writer untuk berangan2 dalam buku dia.

Si Riley, typical first daughter punya material. Dalam hati ckp tidak mau.. tapi kepala angguk2 juga. Dia kira sidekick bapa dia la. Kerja dia tukang buat kebajikan untuk kebaikan kempen bapa dia.

Jake Mahoney tukang kacau daun dlm buku ni. Itu ja yg aku boleh cakap. hehehe

All and all, awal2 cerita macam boring sikit. Masuk pertengahan buku baru make sense sikit. Tapi ending dia memang yang diluar jangkaan la. No worries.. it's a good ending.

A trip to library

Punya la nerd tajuk. Once upon a time, aku ni mmg suka la baca buku cerita. Bapa aku siap janji kunun kalau aku dpt no. 3 dalam kelas aku dpt buku. No. 2 dpt jam. No. 1 dpt beskal. Setakat yg aku ingat, aku dapat 1 kali no. 1, bbrp kali no. 2 dan byk kali no. 3 (time sekolah rendah la). Setakat yg aku dpt? 1 jam tgn (padahal adik aku yg tiada no. pun dpt ni..). Well, ckp pun tidak guna. Long time ago. Sekarang puas la aku beli jam tgn n beskal sendiri kalau mo. hahahaha..

Disebabkan janji tinggal janji bapa aku, aku suka betul pegi library. Pinjam buku berhabis2an. Kadang2 sanggup lagi duduk sna membaca. Bila sudah masuk U, baru kerap sikit membeli buku. Mungkin sebab aku suka baca buku, buku rujukan pun aku baca mcm buku cerita. Langsung tidak bleh skip topik. Macam mudah lost aku kalau baca main lompat2 ni. Padahal masuk exam 2-3 topik ja, tapi aku berkarih2 (sanggup) baca satu buku.

Sejak beranak pinak ni, aku tiada masa pula mo baca buku. Tapi aku bertekad cemerlang mo memurnikan balik minat lama aku ni. Di samping mengurangkan stress, sekurang2nya jadi contoh yg baik untuk anak2 aku la kunun.

Mesti kamu tertanya2 buku apa la aku suka baca. Mostly pasal misteri la. Aku rasa cerita misteri ni boleh melatih otak kita untuk berfikir sambil membaca. Jadi cerita pilihan aku normally penyiasatan, pembunuhan dan yg sewaktu dgnnya.

Setelah hampir 3 tahun bertugas di tempat aku kerja sekarang, baru sekarang aku terbuka hati berkunjung ke library kami. Akhirnya aku manage utk pinjam 3 buku. Actually kami boleh pinjam 5 dlm sebulan. Tapi kalau mo kasi abis 5 buku, terpaksa la aku cuti 1 bulan. Baca buku ja.


Kesian kan buku Stephen White tu. Tajuk pun tidak nampak. Biasalah library..

Buku2 ni aku pinjam bulan Jan. Bulan Feb aku renew lagi. Last2 bulan Mac aku let go 2 buku. 1 suda habis baca (Dark of The Night), 1 lagi aku tiada upaya mo baca (Urus Masa Terus Jaya). Aku baca buku ni pun sebab aku terover stress. Suda abis stress, jadi la tiada upaya. Kekeke.