Mar 11, 2011

Budaya bereksperimen

Kalau time boring, apa la kunun selalunya anak2 kamu buat? Kalau anak aku, diorg suka buat kajian. Tidak kisah la apa pun yang boleh dijadikan bahan eksperimen, yang penting boleh menghiburkan hati diorg.

Sebagai seorang ibu yang ingin menggalakkan anak2nya bereksperimen, selalunya di awal eksperimen aku tidak akan cakap sepatah pun. Aku biar dulu dalam 5-10 minit.. lepas tu baru aku bagi keputusan muktamad suruh berenti.

Seperti biasa, balik dari sekolah dalam jam 5.45pm, kami semua berpecah mo melakukan aktiviti harian kunun. Aku pegi dapur, Haikal siap2 mo mandi. Seperti biasa jugalah, bila si abang mandi, adiknya pun tidak mo tinggal. Ikut jua mo mandi padahal baru sejam lepas dia mandi di nursery.

Tiba2, seorg demi seorg anak aku berlarian keluar dari tandas. Sekali aku tengok.. ada air pancutan di dalam tandas aku. Mo dimarah, aku rasa diorg ni cukup rasa bersalah sudah. Kalau tidak, takkan la diorg bersembunyi di belakang pintu. Last2 aku tepuk dahi ja la..

Tengoklah apa anak aku buat dalam tandas



Bagi seseorg yang ketinggalan ketika mengambil kursus pem'paip'an ni, langkah pertama aku ambil, telefon seseorg yang juga TIDAK tau pasal pem'paip'an. Aduan aku bukan pun pasal paip tapi..

"Tengok apa sudah anak ko buat. Entah apa diorg buat dalam tandas, patah sudah tu paip."

Yup. Tidak lain dan tidak bukan.. penerima aduan adalah laki aku sendiri.. hehehe..

Selepas kejadian, maka aku pun arahkan la adik aku untuk tutup kawasan kejadian termasuk la suis utama air. Lepas tu aku cari anak 2 orang tu untuk buat siasatan lanjutan.

Aku : Haikal. Apa haikal buat sampai paip tu patah?
Haikal : Haikal terhantuk bah tadi...

Aku kurang pasti mo rasa bangga ka atau mo rasa geram. Bangga sebab kepala dia tahan lasak, atau geram sebab dia kasi patah itu paip. Tapi orang cakap, mo marah pun tidak guna. Benda suda jadi.. huhu.

Look at the bright side, rumah aku sudah ada air pancutan. Down side pula, setiap kali mo guna air, setiap kali tu kena keluar untuk buka suis utama. Haiiii la anak...




Mar 7, 2011

Eksperimen : Week 1

Dekat sebulan juga la Haikal sibuk membebel supaya aku tanam pokok di kotak susu subsidi kerajaan. Aku pula asyik cakap iya sajalah untuk menyenangkan hati si jantung hati aku ni. Mati2 aku ingat, cikgu dia suruh pesan macam tu untuk tujuan mengajar murid macamna mo recycle barang. Sehinggalah aku nampak buku teks dan buku kerja Haikal.


Kalau diikutkan, aku cuma perlu beli anak pokok (sayur) lepas tu tanamkan dalam kotak susu. Lepas tu ukurlah ketinggian pokok tu selama 3 minggu.


Tapi sebab aku seorang ibu yang gemarkan cabaran (fuh!! macam berat pula hati aku mo ngaku), maka aku pun ajar la anak aku dari menanam benih lagi. Biar dia paham sikit macamna mo tanam sayur. Maka, ber'karih2' la aku membeli benih sayur di Tamu Putatan. Oklah.. dalam kotak susu cakap sayur, tapi tidak banyak option sayur yang kita boleh pilih kalau mo ada pokok segala. Jadi aku terhadkan pilihan sayur aku kepada sayur yang confirm boleh diukur ketinggiannya. Contohnya sayur bendi. Selain tu, aku tanam juga la pokok betik sebab aku rasa pokok ni tahan lasak sikit. Lepas beli biji benih, aku beli tanah. Kalau tidak jadi tanaman aku ni, sahlah tanah aku tu yang tidak bagus!! Ini adalah kenyataan..

Lepas tu aku ajar la si Haikal. Semua pun aku bagi hands-on supaya senang dia mo ingat kunun..


Mula2 masukkan tanah.
Sepatutnya, aku tanam satu pokok ja. Tapi sebab aku takut outcomenya tidak begitu menjadi, aku buat 6 kotak susu. Kalau itu pun tidak jadi, baru aku pakai plan B - Beli pokok sayur yang sudah besar.


Masukkan biji benih.
Kalau mengikut petua mama aku, kalau orang yang tangannya sejuk, apa saja yang ditanam confirm jadi. Walaupun setakat main buang2 saja. Kalau tangan panas, macamna banyak pun baja dia letak confirm pokok tu tidak menjadi. Setelah mendapat pengesahan dari mama aku, aku ni kononnya bertangan sejuk (walaupun aku tidak suka tanam bunga), dan inilah masanya untuk aku tengok kalau anak jantan aku ni bertangan sejuk atau panas. Eksperimen serampang 2 mata.



Siram air.
Jangan terlalu banyak. Aku siap tanda mana satu bakal jadi betik, mana satu bakal jadi bendi. Kalau tiba2 jadi pokok kacang, itu confirm salah tukang jual biji benih!! Tiada warranty lagi tu..



Simpan di tempat yang sesuai
dan mestilah ada cahaya matahari. Nasiblah kalau kena kacau budak2 lain aku tawakal ja la..


Lepas saja aktiviti tanam menanam, sepatutnya kita tunggu la dalam seminggu 2. Tapi tidak sampai 5 minit letak di tepi tingkap, Haikal sudah tanya..

"Besar sudah ka pokok Haikal?"


ish ish ish.. tiada kesabaran betul budak ini..

Mar 4, 2011

Meletup??

Itu dia.. pembalasan si pitung setelah berminggu2 berpenat jerih mencari ruang memasukkan entry.. Akhirnya!! 4 entry aku kasi masuk.. hahaha

Ceritanya bermula ketika kami sekeluarga berkeluaran untuk melihat burung2 nan berkicauan di langit nan biru... kih kih kih.. menemberang ja keja aku ni.

Pendek cerita buat lawatan sambil belajar di kedai Grace One la. Bapanya buat lawatan, mamanya tukang ajar, anak2nya tukang belajar.

Seperti biasa, masuk kedai kerja si mama jadi tukang tegur anak2nya supaya behave. Entah kenapa, ada la pula display cermin di sana. Di permukaannya di letakkan satu notis putih sebesar kertas A4 dengan tulisan highlight hijau si pucuk pisang.

Taulah budak2, bila kita cakap jangan main dekat cermin.. di situ la kebanyakan aktivitinya dibuat. Jadi sebab lawatan ni lawatan sambil belajar, aku baca la kuat2 apa yang tertulis atas cermin..

Aku : Haikal, cuba tengok ni.. dia cakap..




Aku : Meletup??!!

Lepas tu kedengaran sayup2, muda mudi ber'ketawa'an.. ces!!!

Brotherly Love

Sedang aku sibuk2 buat finger exercises depan notebook tercinta.. tiba2 menangis2 la pula anak dara aku. Seperti biasa, aku assume mungkin sebab abang dia sengaja cari pasal. Sebab takut 'tangisan' si anak dara mengganggu jiran tetangga, maka aku marah la si abang.

Aku : Haikal ni kenapa? Jangan kacau adik. Kasi saja apa yang dia mau..
Haikal : Adik ni bah.. kacau Haikal saja. (Sambil berlari2 mengelakkan diri sambil tangan di masukkan ke dalam baju)
Aku : Kasi la adik apa yang dia mau (sebab aku ingat si abang kasi sembunyi mainan)
Haikal : Ish!! Adik ni!! (Sambil kasi jari dia..)
Aku : ???

Rupanya si adik cuma mo pegang tangan abang dia. Abang dia tengok TV pun pegang tangan, duduk kerusi pun mo pegang tangan, pegi dapur pun pegang tangan.. nasib saja abang dia tidak pegi tandas..

Walaupun di shopping complex..

Si adik sibuk mencari jari abang dia untuk dipegang.. Kalau tidak jumpa, ada la yang berguling2 buat show di shopping complex


Si abang cuba memberontak dengan berjalan laju.. hasilnya??
Dia pula kena marah tidak pasal2..


Turun tangga pun mo pegang tangan..


Kalau ada si abang, si bapa pun tidak laku!! Hahaha

Auditee

Apa akan terjadi bila yang diaudit tidak tau pun dia akan diaudit? Apa yang aku tau, kami dimaklumkan untuk jaga sistem undi sahaja dan bukan auditor. Tiba2.. datang lah auditor bertanyakan soalan yang kami sendiri tidak pasti di mana hujung dan di mana pangkal. Alaaa... sama la macam kena pop kuiz zaman kita belajar dulu..

Auditor : Saya mau tengok pendrive.
Auditee1 : Pendrive? (sambil menyiku2 Laurah - rakan seangkatan yang sama2 lost dalam kes ini)
Auditor : Ya. Pendrive.
Auditee2 : Saya mana ada pendrive.
Auditee1 : Aku mana ada. External hard disk ada la.. boleh pakai ka tu?
Auditor : Tidak, saya mo tengok pendrive.
Auditee1 : Lan (juruteknik), pinjam dulu pendrive kau!

Aku pun bagi la pendrive yang penuh dengan kunci segala peti besi atau pintu yang ada di KK ni.

Auditor : Tidak. Saya mau yang kosong.
Auditee1 : Jadi, mo di format lagi ka ni?
Auditor : Tidak.. Pendrive kosong yang belum dibuka lagi.
Auditee1 & 2 : Hah???

Aku pun suruh la call orang2 yang bertanggungjawab berkenaan dengan hal ini. Rupanya.. setiap zone perlu ada 2 pendrive yang masih di dalam bungkusannya untuk ditunjukkan pada auditor. Kalau aku jadi auditor, terbahak2 sudah aku ketawa. Nasib ja auditor tu serius semacam.. dalam hati aku tidak tau la pula..


Suasana zone yang kami jaga..


Ejen calon dan calon2 bersiap sedia untuk memancing undi..


Rakan yang sama2 lost bila kena audit.. termasuk la 2 orang yang nampak sibuk tu.. hehehe

Maulidur Rasul

Sungguhpun Maulidur Rasul sudah agak lama berlalu, baru kelmarin kami berarak untuk peringkat universiti. 3/3/2011 to be exact.

Perarakan kami seperti juga tahun yang lalu2, bilangan perempuan confirm yang paling pendek. Untuk jabatan kami saja 40 orang, lelaki (35 orang) perempuan (5 orang).

Seperti tahun2 lalu juga la kami tidak pernah menang pertandingan sepanduk/kain rentang ataupun kontijen terbaik. So, tidak la aku heran sangat. Hehehe.. tapi kalau menang tu memang aku heran sangat2 la..

Tema jabatan kami kali ni warna biru. Sekali tengok punyalah ramai yang pakai baju biru.. lebih kurang pula tu. Kalau biru cair ka, biru tua ka, biru terang ka tidak apa la juga. Ini semua pun hampir sama.. ish ish ish.. 1 Malaysia, 1 Thought kali kan?


Barisan jabatan kami yang degil bila kena suruh berbaris.. hehehe


Itu dia gambar ibu2 dengan baju perarakan yang disediakan..


Buah tangan daripada penganjur.. risalah paling atas tu actually sirah Nabi. I LIKE sangat2..


Aku rasa time ni diorg buat gimik perasmian


Part yang paling aku suka kali ni adalah ceramah daripada Ustaz Badli Shah Alaudin. Ceramah yang sangat best dan sangat tidak memboringkan. Alangkah bagusnya kalau ceramah tu dapat aku share di sini. Tapi apa kan daya.. aku rasa belum kena edit lagi video tu.. huhu

Persembahan kali ni pula persembahan dari Mu'adz (sorry la kalau salah eja). Aku sangat2 lah tidak kenal siapakah penyanyi ini.. sori sekali lagi.. heheh apa pun, persembahan dia lain daripada yang lain.

Mar 2, 2011

Urgent

Ini perkataan sangatlah aku tidak suka kalau tidak kena pada tempatnya. Entah kenapa semenjak 2 menjak ni, setiap surat atau mesej yang aku dapat mesti ada perkataan ni di ujung. Macam syntax pula. Walaupun surat tu mula2 penuh dengan pujuk rayu, mohon pertimbangan, besarlah harapan, kerjasama puan amatlah dihargai la... tapi di ujung ujung.. TATAP jua mo letak tu URGENT.

Hasilnya, tertunggang terbaliklah kita menyiapkan kerja2 URGENT yang dimaksudkan. Aku rasa kalau perkara macam ni berlarutan, aku kena start cari pakar psikologi bertauliah untuk buat temujanji. Almaklumlah kan, orang yang namanya AKU ni tiada warranty. Stok pun ada satu ja. Kalau SOT.. SOT la tu.. tiada suda di pasaran..

Tapi bila minta cuti, tidak la pula boleh tulis URGENT di bawah. Cuba la kamu try buat, ada jua yang kena lasing bos tidak pasal2. Apapun kita stay optimis saja la kan.. selagi mampu, BUAT. Kalau rasa tidak mampu, REHAT.. abis cerita.

Kalau masih jua mo letak tu URGENT dalam semua mesej/surat, sila ambil nombor giliran..