Aug 17, 2010

Speaking Malay vs Speaking Beijing

semenjak 2 menjak ni, aku selalu betul diserang pelajar2 international. aku pun kurang pasti kenapa, mungkin dalam kalendar diorg, time2 macam ni la yang paling sesuai jumpa aku. seperti biasa, nama pun international maka terpaksa la kita berspeaking.

semenjak dahulu kala, speaking aku ni kategori sederhana la.. kalau org yang terer tu, cakap pun macam air ja.. orang tanya serangkap dia jawab satu perenggan. sederhana ni kira cakap juga tapi ada gagap sikit.. orang tanya serangkap dia jawab satu perkataan. kalau lemah tu lebih "aaaaa" daripada perkataan. orang tanya serangkap, dia bagi suku kata.. aaaa, no, yes, ok, oh. jadi aku rasa aku ni tergolong dalam kategori sederhana la..

sudah menjadi tabiat aku la, kalau org tu speaking lebih kurang level aku.. punya la terer aku speaking.. laju ja aku cakap.. macam kereta api!! macam pun apa yg aku cakap tu make sense. tapi kesimpulannya macam pro lah!! wa cakap lu.. tapi kalau la kawan speaking aku ni memang pro dalam bab speaking meaking ni.. automatik ja speaking aku kena disable.. bukan lagi broken english aku hentam.. sudah broken berkecai2 lagi. sampai sekarang aku masih musykil kenapa ia terjadi.. ish ish ish..

memandangkan sekali lagi aku tersasar dari topik asal, mari kita menuju ke jalan yang benar.. mostly student international di tempat kerja aku ni berasal dari china, cara speaking dia ada berbeza sedikit dari cara aku speaking. kalau selalunya level speaking aku sederhana, jumpa dengan org yang speaking beijing ni.. terus lingkup speaking aku!! mungkin cara diorg pronounce ayat tu buat aku balik2 cakap "sorry?" dengan harapan diorg akan ulang ayat yang sama.. lain pula ceritanya, 10 kali aku cakap "sorry?" setiap kali tu pemahaman aku lain. last2 cara yang paling selamat guna bahasa rojak (speaking + bahasa isyarat). contohnya "matric no" sambil tangan menunjuk kertas untuk di tulis. lebih kurang camtu lah... tulis lepas tu tunjuk.. tulis lepas tu tunjuk.. kalau itu pun susah mo paham, terpaksalah buat kelas amali.. tunjuk satu2 apa yang perlu dibuat directly dalam pc.. kalau itu pun masih tidak paham, terpaksa la aku guna kekerasan.. tulis semua detail dalam kertas, kasi sama amoi atau si achong, lepas tu aku blah!! kasi tinggal diorg terkebil2.. pandai2 la kamu hidup..


Aug 10, 2010

Ahli Mesyuarat

Aku rasa sudah banyak kali aku hadir mesyuarat dan banyak kali juga la aku buat pemerhatian. Dari pemerhatian tidak bertauliah aku ni lah aku dapat simpulkan beberapa perkara. Bila bab mesyuarat ni, kita pasti akan jumpa beberapa kategori ahli.

1. Penghulu

Penghulu ni sama juga la macam pengerusi. Kalau tiada penghulu, macam pasar kali mesyuarat. Mesyuarat ni biasanya ikut suka penghulu la mo meeting pasal apa. Kalau dia rasa mo meeting pasal jamuan, jamuan memanjang la isunya. Sudah round table pun, pandai u-turn lagi balik pasal jamuan. Ada penghulu, suka betul abis cepat. Baru start alu-aluan, NEXT!! fuiyooo macam mo ambil giliran bercakap pula ahli lain. Belum pun abis cakap, dia sudah potong cakap kita "itu kita bincang lain kali". Sudahnya, 10 kali mesyuarat 10 kali agendanya sama sebab isunya tidak pernah selesai. Ada pula penghulu, macam mo lawan A. Samad Said. Mukadimahnya, betul2 macam bab pengenalan dalam buku. Itu baru mukadimah, belum lagi penutup. Kalau jumpa penghulu macam ni la aku rajin pegi tandas. Bukan rugi pun. 2 kali pegi tandas, mukadimah pun belum abis lagi.

2. Editor

Macamna pula editor masuk dalam mesyuarat? Itu la kamu tidak tau.. Setiausaha a.k.a Editor ni paling besar kerjanya. Walaupun kerjanya diam2 (macam sopan la kunun), siapa pernah jadi editor ni memang tau la cabarannya menjadi pencatat minit. Syarat untuk menjadi editor ni mesti tip top Bahasa Melayu. Kalau boleh A1 la (kata org dulu2). Ahli mesyuarat ni kalau meeting diorg tau cakap ja. Diorang bukan perasan tu diorg cakap apa. Kalau tidak percaya, cuba rakam. Lepas tu kasi dengar balik. Sah2 diorg cakap "Aku yang cakap tu?". Abis tu takkan la kita mo buat alih suara diorg pula.. macam teda keja lain pula kita ni kan? So, bila ayat macam rojak, jadi keja editor la buat ayat kasi cantik. Kalau ikut ayat diorg, silap haribulan kena suruh ambil kursus bahasa melayu si tukang catat ni. ish ish kesian.. Kalau editornya tip top sastera satu hal lagi. Bagus2 dibagi ayat direct, mo jua buat ala2 Usman Awang. Maka, jumpa la kamu ayat: Demi masa depan, Sesungguhnya, Ketika ini. Pesanan aku, kalau kamu jumpa editor macam ni, suruh dia sain awal2 minit yang dia bagi. Penting tu kalau dia sudah jadi org besar sastera di masa akan datang. Tidak payah sudah kamu berbaris2 mo minta autograf.

3. Ahli Aktif

Setiap kali aku jumpa org macam ni selalu aku terfikir dot matrix printer. Bercakap saja tidak pandai berenti. Dia berenti pun sebab mo ambil nafas ja. Orang macam ni isu dia banyak sikit. Yang kecil pun bagi dia isu. Aku siap ada teori lagi. Kalau kamu jumpa orang macam ni, kira ada berapa ramai. Kalau 3 orang, maka 3 jam la meeting tu akan berlangsung. Tapi selalunya, kalau makin ramai mo tambah lagi extra 30 minit. Kadang2 siap melipat lengan baju lagi tu. Macam mo bertumbuk. Jika anda ingin selamat, kekalkan jarak anda dari ahli aktif sejauh yang mungkin. Kalau bukan pun kena tumbuk, takut org balik2 cucuk kamu suruh pesan sama jiran kamu tu berenti bercakap.

4. Badan Berkecuali

Ini ahli paling ramai aku pernah jumpa. Semua sekali aku kategorikan kepada 3 bahagian:

a) Badan Berkecuali Aktif

Ini bukan aktif sebarang aktif. Mereka bergerak secara berkumpulan (fuh!! ayat tu bah..). Selalunya niat diorg ni bagus. Mau menyelamatkan diri sendiri dari terjebak dari isu yang tidak ada penghujung, so diorg buat la mini mesyuarat sendiri. Borak pasal apa2 yang patut, padahal topik langsung tidak related dengan mesyuarat. Sejujurnya, selalunya aku jatuh dalam kategori ni. Bukan sebab tidak mo participate, tapi kalau kita ni ayam, diorg cerita pasal kambing.. manakan ngam kita mo sampuk pasal telur ayam. Panjang lagi ceritanya tu nanti.

b) Badan Berkecuali Maya

Individu ni macam meeting di alam maya. Kadang2 kita tengok dari jauh, macam diorg ni menumpukan perhatian betul la time meeting. Orang angguk dia pun angguk. Orang geleng dia geleng. Orang angkat tangan pun tumpang sekaki angkat tangan. Pasal kenapa tu belakang kira. Ikut saja orang lain buat apa. Kalau menulis tu macam banyak betul la dia tulis. Sekali tengok kertas, macam zoo sudah ni.. gajah, monyet, harimau, kucing. Ada pula yang sibuk tekan notebook. Macam semua ayat pun dicatat. Padahal berchatting.. sekali penghulu tanya, terbeliak2 biji mata mo menjawab. Kadang2 aku masuk dalam kategori ni kalau aku tiada geng mo buat mini mesyuarat.

c) Ahli Lelap

Spesis ni paling susah mo jumpa. Lagi susah mo jumpa kalau bilangan ahli mesyuaratnya macam hidup segan mati tak mau.. seketul 2 ja ni.. penghulu pandang dia, dia pandang penghulu. Kalau mo cari ni spesis kena pegi meeting sebelah petang. Cari orang yang duduk belakang2 tu, dekat2 sana la ia boleh dijumpai. Lagilah kalau kawasan tu padat dengan penduduk. Cara untuk kenal pasti spesis ni, yang duduk diam sambil angguk2 tu dia lah tu!! spesis ni memang tidak pandai menggeleng sebab ia sudah diciptakan khas untuk mengangguk ja..

Apapun terpulang pada kita la mo jadi yang mana waktu meeting. Asalkan kita bahagia..



Aug 9, 2010

Menjelang Puasa

Belum pun puasa.. aku siap buat plan itu dan ini. laki aku geleng2 kucapi ja la tengok aku punya plan. Contohnya hujung minggu lepas, aku sudah plan mo buat beli barang2 sahur. Normally makanan2 tin sajalah.. sardin, kari daging (yeos), kari ayam (yeos lagi), kurma.. nama pun puasa.. kalau nasib baik aku bangun jam 2 pagi boleh la ketuk2 kuali sikit.. kalau bangun jam 4 pagi terpaksalah ketuk2 gelas ja..

Sedang shopping2 barang sahur, melambak pula aku tengok barang kuih raya.. terus2 ja aku budget berapa jenis kuih aku buat tahun ni.. tahun lepas aku buat 2 jenis ja. cukup la untuk mentua. mama aku? ohoooo... tidak perlu. tangan dia macam mesin buat kuih sudah.. kasi malu diri sendiri ja mo buatkan dia. tahun ni aku mo buat 5 jenis kuih.. wah!!! upgrade sudah rupanya aku ni..

Sepanjang pagi ni aku cari la 5 resepi kuih yang paling simple aku boleh jumpa. kalau mo cari time puasa, sangatlah tidak sesuai.. basah ja tekak meneguk air liur.. cari punya cari last2 aku yang mabuk.. nama kuih pun macam nama anak.. nur kasih la, seri pelangi la.. sekali tengok rupa macam kuih makmur saja pun.. bagus letak nama kuih makmur ja. belum lagi masuk nama tempat.. mongolia la, paris la, seri andalas la.. adushhh!!! buat kuih lagi cepat kali dari pilih nama..

Aku tau la, diorg kasi nama kuih ni sebab mo buat trademark hasil ciptaan sendiri.. daripada menjana nama2 yang bukan2 untuk kuih yang sekecil ibu jari tu, baik letak saja nama kuih tu + nama sendiri.. contohnya:

Biskut Makmur Si Polan binti Si Polan

lagi senang.. semua pun kenal.. objektifnya sampai, ringkas dan padat.. tidak payah sudah mo letak by si polan binti si polan lagi.. ini tidak, mo juga letak nama2 yang tiada kaitan dengan rupa bentuk kuih dia.. nama kuih seri pelangi, sekali tengok kuih.. putih ja.. tidak signifikan langsung..

Emosional pula cik puan sorang ni.. macam la aku pula yang tukang buat kuih.. hehehe..

Aug 8, 2010

Nico and I


I had a thing with Nicolas Cage. Wah!! macam ada affair pula.. padahal jumpa pun tidak pernah.. beginilah, biar aku cerita detik perkenalan aku dengan si Nico ni.. (siap ada gelaran lagi!!).

Aku pun tidak ingat bila first time aku nampak dia. so, bukan kategori "cinta pandang pertama" lah.. aku start minat si Nico ni lepas dia berlakon "Face Off" dengan John Travolta. Terbayang2 aku si JT (John Travolta, bukan Justin Timberlake) dalam cerita "Greese".. tarian dia yang mahal tu!!!

Ni la ni.. selalu sangat aku lari dari topik.. anyhow, followed by "Con Air".. memang tidak dapat disangkal lagi, aku terus register diri aku sebagai peminat no. 1 dia. Apa saja wayang dia yang keluar, mesti aku tengok.

Cakap pasal peminat no.1, dulu aku selalu confuse kenapa la wujud orang2 macam ni.. bukan dia kenal kita pun, kenapa juga kita mo minta puji mo minat2 dia.. siap semua majalah yang ada gambar artis kesayangan pun di beli.. semua show yang ada tunjuk dia pun mo tengok.. padahal di hujung2 program sudah ni.. buat konsert amal pun, dihujung stage saja pun..

Kenapa la aku mo minat2 si Nico ni? mo cakap hensem.. common la realistik sikit.. sampai mana saja pun hensemnya. time muda boleh la.. suda keluar kedut2, masih juga cakap hensem.. kira buta sudah tu..

Kalau pasal lakonan, dia ni ada up and down sikit.. kalau sudah bagus tu bagus betul.. kalau sudah buruk tu.. malas la aku mo cakap.. karang kena cakap pula aku ni ada affair lain.. disebabkan semua wayang dia aku tengok, aku rasa lakonan terbaik dia dalam "Con Air" ja. "Face Off" tu mungkin sebab ada si JT.. cinta lama aku.. wah!!! perasan gila rupanya aku ni..

Lepas tu aku tengok cerita dia yang biasa2.. terlalu banyak aku sendiri ingat tajuknya.. lepas tu dalam tahun 2006 aku tengok cerita "Next". Aku siap bawa kawan aku (kepada suamiku yg tercinta.. kawan perempuan ah..) tengok cerita ni.. time masuk panggung punya la excited.. lepas abis wayang.. macam lost pula aku? apakah maksud cerita tersebut?? adakah aku tertidur seperti mana kawan aku sepanjang tayangan?? hmmm... dari awal sampai abis wayang memanjang aku confuse.. bukan pun aku pegi tandas atau sibuk bercerita, memandangkan kawan aku sudah ada wayang sendiri (tidur)..

lepas dari tengok movie tu, aku sudah mula melupakan si Nico. dengan kesibukan kerja lagi.. ada anak baru lagi.. jadi NO MORE NICO.. fuh!!! ayat tu bah.. suka hati aku ja ni.. tapi baru2 ni aku tengok cerita terkini dia.."The Sorcerer's Apprentice". biasalah kalau sudah tua tu, terpaksa la jadi side kick ja.. kira OK sikit dari "Next" tapi masih kurang berkesan..

Aku rasa, si Nico ni perlu ambil aku jadi ejen dia la.. mengarut2 betul skrip yang dia pilih.. dalam "Next" dia jadi magician.. dalam "The Sorcerer's Apprentice" dia jadi sorcerer.. apa jadi dengan banduan kesayangan beta?? dari realistik hero pigi... uhuk uhuk.. macam tidak tercakap aku.. aku sedih!!!

Aug 5, 2010

His 3 Wishes

selama 3 hari berturut2, aku kerap betul dengar haikal buat wish.

Day 1 :

Haikal : mama, bila haikal sudah besar, bila haikal sudah 10 tahun.. haikal mo belikan mama kereta 3 kerusi. mama tunggu la dulu, sekarang haikal baru 5 tahun..

ok la.. mungkin anda terfikir2 apa yang dimaksudkan dengan kereta 3 kerusi. yang dimaksudkan oleh si haikal ni adalah kereta jenis MPV.. konon2 kereta yang ada 3 baris kerusi.. macam mini van la senang. setiap kali nampak kereta jenis macam ni, setiap kali tu la dia tanya aku bila aku mo beli kereta 3 kerusi. kalau la kereta tu setakat 2-3 ringgit, jangan kan untuk aku, aku siap kasi setiap sorang anak2 aku. kalau rosak, tidak payah baiki pun tidak apa. aku beli lagi yg baru. kamu tinggal pikir mo beli color apa ja.

mungkin sebab mama dia lambat betul beli kereta 3 kerusi ni, dia pun pasang niat mo belikan aku.. yang peliknya, haikal wish mo beli kereta ni bila dia sudah 10 tahun.. besar betul cita2 anak aku sorang ni.. 10 thn sudah boleh belikan MPV untuk aku. masa aku 10thn, aku sibuk garu kelemumur atuk aku untuk dapat upah 50 sen. itu pun buat beli keropok dan gula2.. tiada niat pula aku mo belikan mama aku kereta.. kalau pun aku beli kereta, mana kan ada installment 50 sen.. kalau kereta sorong boleh la.. tapi sampai mati la apek tu tunggu installment aku abis..

Day 2 :

Haikal : mama, kalau haikal sudah besar, sudah 10 thn, haikal mo beli kucing la. haikal tau mama tidak suka kucing, tapi haikal sayang kucing. mama cakap kucing tu bau, tapi haikal boleh tahan sebab haikal suka kucing. tapi nanti dulu la.. tunggu haikal 10 thn. skrg haikal baru 5 thn.

syukur lah nak!! tapi kalau setakat kucing tidak payah tunggu 10 thn.. sekarang pun boleh.. tidak payah la beli2.. melambak kucing yang berpeleseran di pasar.. ko tinggal pilih ja mana yang berkenan.. tapi disebabkan mama kau ni peminat kucing yang 'utama' dan 'unggul'.. terpaksa la kau tangguh lagi 10 tahun tu sampai kau kawin dan ada rumah sendiri.. aku tidak rela duduk serumah dengan kucingmu itu!!

Day 3 :

Haikal : mama, nanti bila haikal 10 thn, haikal mo beli rumah anjing.. lepas tu haikal mo beli anjing..

Apahal la pula anak aku mo beli anjing?? siap beli rumah segala lagi.. kenapa tidak minta furniture dia sekali?? baju ka? seluar ka? kasut ka? ish ish

lagi satu, kalau semua mo beli masa 10 thn.. tidak jadi la beli MPV aku ni??


Aug 2, 2010

Horror / Thriller Movies

Aku ada isu besar dengan movie genre ni.. bukan aku tidak suka, sebab normally ni juga la aku tengok.. selalunya bila aku tengok movie genre ni, aku selalu dalam status GERAM.. luar biasa betul kekarutannya..

Ini adalah beberapa sebab musababnya:

1. Barisan pelakon

Oklah.. aku tau director mo nampak happening sikit.. so, dia upahlah heroin yg mempunyai mutu vocal yang luar biasa.. hero dia cukup la mempunyai berat badan yang ideal (kalau terlampau berat susah pula la murderer a.k.a si kawan ni mo membaling/mengheret mangsa).. so, dalam genre ni agak susah la org yang berbadan besar untuk jadi hero/heroin.. tapi mungkin akan dipertimbangkan kalau org tu mati di awal2 tayangan.

2. Teriak

Ahhhaaaa!! kalau tidak ada part ni.. bukan horror namanya.. jadi syarat wajib movie genre ni, mesti ada 70% teriak.. 30% lagi bercakap.. lagi banyak teriak lagi bagus.. itu sebab kita tidak pernah tau kenapa la si kawan ni membunuh suka2 hati dia ja.. macam dia saja yang mo jadi jahat. part yang paling aku suka, bila si kawan sedang memburu si heroin. suka betul berteriak. tukul jatuh pun mo teriak.. kira bagus sudah kedudukan dia tidak diketahui si kawan, mo juga la si heroin ni teriak2 macam alarm.. walhal nampak bayang2 saja. last2 kena tangkap la si heroin ni oleh si kawan disebabkan teriakan dia menyayat hati.

3. Sembunyi

Part ni la yang paling aku suka.. bila kena kejar oleh si kawan ni, si heroin ni suka sangat lari ke tempat yang kecil2.. ke bangsal la, kedai la, bilik la.. apa la salahnya lari ke halaman yang luas sikit.. padang bola ka, padang golf ka.. yang penting luaslah!! sekurang2nya dapat la bawa si kawan ni lari dalam seround dua.. biar sama2 penat, kalau mo teriak2 pun, silakan... ini tidak.. mau juga lari tempat sempit.. tempat yang boleh bergesel bahu dengan si kawan.. mo manja2 la tu konon!! kalau cicak melintas pun mo berteriak.. tempat lagi kecil.. sekali tangkap.. baru kau rasa..

4. Jatuh

Selalunya part ni kena bagi dengan heroin.. sampai sekarang aku tidak tau motif sebenar kenapa heroin ni suka sangat jatuh. padahal kalau kena kejar boyfriend.. cantik ja larian.. laju lagi tu.. tapi sekali kena kejar si kawan, sikit2 mo jatuh.. terpaksa la si hero tu menarik si heroin yang selalu sangat jatuh ni.. paling luar biasa, jatuh di tempat yang tidak patut2 org jatuh.. di hallway la, di jalan raya la, di tangga la.. paling best sekali, si kawan punya part.. confirm tidak ada jatuh.. jalan pun steady ja ala2 model gitu.. bayangkan scene si heroin lari lintang pukang macam mau habis nafas, tapi si kawan jalan lenggang kangkung ja.. tup tup TARRRAAA.. sudah ada depan mata.. macam magic pula..

5. Susah mati

Rasanya part ni bukan hanya didapati dalam genre ini, tapi disebabkan part ni luar biasa.. aku cerita sajalah.. selalunya sebab si kawan sudah dipengaruhi dengan 'evil n revenge' dia agak kebal sikit.. tikam la sampai 10 kali pun.. kalau tidak puas hati, tembak lagi sampai abis peluru.. kalau masih tidak puas hati, langgar lagi pakai sebesar2 kenderaan yang ada.. (tapi kalau setakat motor mohon aksi ini tidak payah dibuat langsung..) kadang2 kalau nasib si kawan baik, hidup lagi dia untuk meneruskan sequel yg ke-2 atau ke-3 atau ke-4.. atau kita tidak akan tau sampai sequal berapa.. itu belum masuk keturunan si kawan yang balas dendam.. abang dia, adik dia, anak dia, tunang dia.. macam2 ada..

6. Kurang daya fikir

Orang kata ayat penyedapnya, cuai la.. tapi kalau aku kurang daya fikir tu paling tepat. paling common la kalau genre ni, ada ciri2 artistik sikit.. terutama sekali bila si hero/heroin mo bunuh si kawan.. mo jua buat putaran ninja 180 darjah.. atau mungkin mo buat ala2 wushu sikit.. tapi sekali tikam.. tidak juga mati.. buang tenaga saja!! disebabkan ciri artistik tu la si kawan sempat buat serangan balas yang tidak disangka2.. paling best kalau time ni juga la si kawan dengan si hero/heroin berchatting pasal cerita dulu2.. kenapa la si kawan ni mo bunuh si hero/heroin. Naahhhh... kalau kamu mo tengok aksi bercakap 30% tu, 20% di sini la.. time mo membunuh tu time tu la mo buka story mory in the morning glory.. lepas tu baru bunuh.. kalau aku la.. time dia mo cerita tu, time tu la aku lari.. bagi aku kira dramatik sudah.. dramatik dan realistik. walaupun tidak cool.. tapi come on la.. mau cool apa lagi kalau suda kena kejar si kawan??

Jul 30, 2010

Haikal The 'R' Boy

kalau tengok tajuk, macam misteri betul. begitu juga la misterinya perasaan mama si haikal ni masa terima surat dari sekolah hari rabu lepas. kononnya, hari sabtu ni (31/07/2010) hari sukan sekolah haikal. seperti biasalah, kalau budak yang bersukan selalunya mama budak yang lebih. itu memang tidak boleh dinafikan. sukan tahun lepas, haikal ikut 2 acara. perbarisan dan susun tin. walaupun tidak menang apa2 tapi boleh lah.. nama pun budak2.. takkan mo harap ada catatan rekod kebangsaan pula??

peliknya, kalau dulu 2 minggu sebelum hari sukan, sibuk betul la si haikal ni training.. mo jalan pegi kereta pun siap kiri kanan kiri. tidak pasal2 aku pun kena ikut. waktu malam siap lari2 sambil susun gelas lagi. nasib saja la aku tidak ambil timing dia. kalau tidak melampau la pula.

rabu lepas, aku dapat surat pemberitahuan hari sukan dengan senarai acara yang haikal ikut. sekali aku tengok, 1 acara saja dia kena highlight.. perbarisan. boleh la tu daripada tiada. lepas tu, si cikgu siap bagi tau lagi haikal jadi RESERVE untuk perbarisan..

aisehmen!! perbarisan pun ada reserve?? kesian anak aku.. sudah la satu acara, jadi reserve lagi tu.. hehehe tapi aku tidak lah kisah sangat.. bukan pun aku pernah jadi wakil apa2 acara pun waktu tadika dulu.. si haikal pun nampak ok saja.. so ok lah tu..