Jun 22, 2010

World Cup Fever

Seperti biasa,awal2 lagi hubby suda booking tv. "klu mo berabis tngok tu tv tngok la skrg.. bulan jun segala kartun dan movie, kena block suda!!". Nasiblah selama ni, hubby selalu mengalah dengan wife n anak2. Ada sport channel pun, macam tiada.. almaklumlah, tv pun satu ja. Lagipun bukan selalu, 4 tahun sekali.

Bila bermulanya World Cup, semua orang kat rumah pun ada fever. Mari kita lihat satu persatu:

Daddy's fever : Simptom bangun lambat
Normally, game ada 3 sesi. 7.30pm, 9.30pm and 2.30am. Hubby selalunya bersemangat nak tengok semua. 7.30pm - segar dan bersemangat sja. 9.30pm - mula menunjukkan simptom2 stress sebab, mummy dah masuk tdo. So, budak2 la peneman setia ayah diorg. Buat kepoh sana sini. 2.30am - sudahnya tv tengok hubby.. hehehe tv juga la yang kena overtime sampai siang.

Mummy's fever : Simptom tido awal
Bila tv dah kena booking, mummy tak ada benda nak buat. Daripada tengok bola berjam2, gol setakat 2 3 biji ja (itu kalau ada gol, kalau takde??!!) baik aku tido. Sudahnya, hampir setiap hari tido awal. Bagus untuk kejelitaan gitu.. hahaha

Haikal's fever : Simptom sembunyi remote
Since tv dah kena blocked oleh abah, dia suka sangat sembunyikan remote control tv. Lepas tu buat2 tak tau remote di mana. Boleh?? Pantang abah dia pegi tandas, atau pegi minum, automatik ja tindakan refleks dia menukar channel sambil sembunyikan remote.

Dyana's fever : Simptom banyak keja
Dyana ni lain skit. Dia bukan suka sangat tengok tv pun, tapi pantang tengok ada sebarang aktiviti, dia mesti nak menyibukkan diri. Contohnya, memanjat kerusi, melompat atas tilam, jalan2, kemas pinggan mangkuk. Kalau lampu dipadamkan, tv pun ditutup, pandai pula dia cari tilam. Disebabkan abah dia tengok tv sampai pagi, dia pun buat la apa2 aktiviti yang boleh meningkatkan stress abah dia.. ahhaaa camtu la anak mak!! hehehe

Sorrylah, kalau entry kali ni tak se'grand' tajuknya. Bukan aku tak suka tengok bola. Suka juga la walau tak minat sangat pun. Tapi World Cup tahun ni tak semeriah tahun tahun sebelumnya. Time bujang2 dulu boleh la, siap ada pasukan kegemaran lagi. Sungguhpun gaya main tak se'terror' mana, tapi yang penting 'sedap mata memandang'.. (tengok yang hensem ja!!). Kalau World Cup yang lalu pasukan pilihan aku adalah England, sekarang aku sokong Argentina. Bukan aku tak tahu Brazil pun boleh tahan juga, cuma Brazil ni dah kebanjiran penyokong. So, GO ARGENTINA!!






Jun 10, 2010

Weight Issues

An ol friend of mine stated in one of her status :
Seriously need to get myself back in shape... fast! this thing that "menggeleber" is really getting out of hand.. help!!

Hahaha funny as it was, but it's a reality. For a women, it's not just an issue.. it's THE ISSUE.. as for me, let's see..

Before married : 49 kg
After having the first child : 52 kg
After having Miscarriage :
66 kg
After having the second child : 62kg

DEFINITELY major issue!! Owh man.. when did I get so big??!! Really need to cut off a few kilos.

Jun 9, 2010

man vs woman

Aku mendapat jemputan untuk menghadiri satu bengkel ni. Tidak melibatkan bidang keja aku. Tapi disebabkan ianya tanggungjawab, ku gagahkan jua...

Disebabkan bengkel ni diadakan di hotel, seperti biasa aku datang awal. Pendaftaran peserta 8.00am - 8.30am. Jam 8.00am (awal la tu konon) aku tawaf satu 1Borneo cari hotel. Rupanya depan mata ja, cuma pintunya kecik sangat. Apa ingat ini cerita Rina and 1Borneoland ka?

Dijadikan cerita, aku daftar bengkel betul2 jam 8.20am. Mula2 duduk di belakang. Biasalah tu, semua bengkel pun macam tu. Penuhkan belakang dulu.. depan khas untuk orang2 yang lambat. Kasi spotlight skit. Apa salahnya!! tapi disebabkan kehadiran peserta yg kurang membanggakan, akak juga la yg jadi mangsa pegi depan.

Di depan aku duduk 3 jejaka idaman malaya. Kawin atau belum, tak tertanya la pula.. Yang duduk betul2 depan aku, belum 8.30am suda sebotol plain water(500ml) dia minum. Jam 9.00am lagi sebotol. Setiap kali dia pegi belakang dewan, aku mesti jeling (manala tau dia pegi tandas) setiap kali tu juga la aku kecewa. Bukan dia pegi tandas, tapi pegi ambil air lagi 2-3 botol. Aku perati.. perati.. perati.. (tu la sebab tak boleh concentrate time kursus!), dari jam 8.00am - 1.00pm, suda 6 botol air (500ml x 6 = 3 liter) dia minum. Tak sekali pun dia pegi tandas. Fuh!!! Magic..

Disebabkan effort dia yg tak putus2 untuk minum plain water, aku pun dengki juga. Minum la air mineral yg kena letak depan aku. Aku minum jam 11.00am, dalam tempoh 3 jam, aku pegi tandas lebih 6 kali. Gila!! mesti org ingat aku pregnant! Itu pun tak habis 1 botol.

Kesimpulannya, dalam tempoh 8am - 1pm (petang, bahan kajian aku dah tak masuk):

man : Agak kurus, middle age, sihat tubuh badan
: 6 bottle of plain water
: 0 washroom

woman : Sederhana besar, middle age, sihat tubuh badan
: 1 bottle of plain water
: lost count!!

Jun 6, 2010

Lawak Minyak Kayu Putih

Hajat hati mo beli minyak kayu putih memandangkan bekalan d rumah tidak mencukupi. Pegi kedai tut (bkn nama sebenar). Berikut adalah perbualan lanjut di antara pembeli (me) dan cashier guy (pun bkn nama sebenar) ..

Me : Dik, ada jual minyak kayu putih kah?

Cashier Guy : Ada. Ni... (sambil tunjuk minyak cap kapak)

Me : Minyak kayu putih bah.. (manala tau dia nda dengar)

Cashier Guy : Inilah.. (Tangan masih lagi menunjuk minyak kapak)

Me : Owh!! Cap kapak pn suda ada minyak kayu putih kah? (manala tau aku punya memori belum kena upgrade..)

Cashier Guy : Ini MINYAK KAYU KAPAK!! (Confident lagi tu..)

Me : Kalau camtu tidak payah la dik.. :)

Jun 5, 2010

Gayang Seafood Restaurant


Awal pg lagi me n my sister buat plan mau pegi mana. 1Borneo, Jackal Silk House, Gayang Seafood Restaurant and finally Centre Point.

1B - semata2 nak pegi Kamdar temankan my sis beli kain tudung
Jakel - sekadar berangan2 nak beli kain apa utk raya + langsir raya
Gayang - My sis nak belanja seafood
CP - on a mission impossible..

Daripada 4 plan, 2 kira success.. yg lain anggap sajalah tidak berjaya. So, dijadikan cerita di Gayang kami order 1 ekor ikan putih (masak 3 rasa), 1 kg softshell crab (goreng pn sodap!!) and 1 kg udang (masak butter basah.. bleh?). 4 1/2 org makan, kira bleh tahan juga la nak perabiskan.. yg 1/2 tu pun bkn bleh percaya.. asyik main chopstick memanjang..
Pemandangan dia bleh tahan. Kira bijak juga la owner ni pilih lokasi.. mantap gitu.. wah!!
Sori la.. hidangan lepas makan ja bleh tunjuk.. kebulur pnya pasal.. tgkp gambar pn nda larat..
Me and my little 1/2 hehehe

Jun 3, 2010

Banjir

Disebabkan hujan yang sangat lebat kemarin, belum pun jam 5.00pm ramai sudah geng ofis tunggu depan 'mesin perakam waktu'. Kunun tidak mau tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Aku sebagai penanti setia mesin ni, tidak kira hujan atau tidak confirm terpacak sebelum jam 5.00pm.

Lepas punch out ja, terus pecut. Jalan memang clear. Mungkin sebab ramai yang sudah agak akan ada banjir kilat (atau aku ada tertinggal apa2 berita??). Ambil anak, terus ikut jalan Inanam. Punya lah teruk. Tapi alang-alang sudah tersekat di jalan raya, aku teruskan saja la niat murni aku untuk pulang. Banjir merata2. Nasib aku baik sikit sebab sampai rumah sebelum 6.30pm. Tapi kesian laki aku, jam 8.00pm baru sampai rumah. Banyak laluan kena tutup sebab banjir.. ish ish ish..

Inanam


Inanam juga


Jalan alternatif ke rumah

Jun 2, 2010

Holiday Part 5 - Manikar Resort 31/05/2010

Awal pagi lagi ajak hubby keluar nak minum cincau dkt warung stesen bas. Dekat 20 thn juga aku tak pegi sana. Last time aku pegi, masa darjah 6. Kalau dulu, sederet kedai (dalam 10 warung), sekarang dah tinggal 4 warung. Aku order Ais cincau. Lepas minum, terus balik rumah.




Petang dalam jam 4.00pm, adik aku ajak mandi di swimming pool Manikar Resort. Asalnya macam malas nak pegi. Tapi anak2 punya pasal, pegi juga la. RM10 untuk adult, RM5 untuk budak2 per entry. Lama juga tidak pegi berenang. Abis tido muscle2 kaki and tangan. Kuak lentang, bebas, semua style renang aku cuba. Nasib baik skill masih ada, cuma rusty skit. Baru dua tiga depa, semput semacam.. Nampak gaya, nak kena pegi swimming slalu ni..