Feb 27, 2019

Bicara Sukan - Anak dan Ibu

Assalamualaikum,

It's been long. A very long time. The Last update was in November 2017. I really wanted to laugh but, I actually can't. It's nothing to be proud of. Anyways, Salam Tahun Baru everyone!

I won't be updating any entries in regards to My Korean trip. Bak kata orang tua-tua, bangas sudah. Kalau dalam terma IT, outdated sudah. Sorry guys. 

My kids are growing well. Sama juga sama anak orang lain, pandai juga besar. The eldest Haikal will be 15 this year. Tinggi sudah limpas mamanya. The middle one Dyana will be 11. Almost sama tinggi, and the youngest Hakim will be 7. 

Recently (last 2 weeks), Dyana terpilih jadi wakil sekolah untuk sukan olahraga. Which for me is very surprising. Memang selalu dia ikut sukan, tapi tidak pernah lagi wakil sekolah.

Oleh kerana latihan sukan berlangsung sebelah petang setiap hari, terpaksalah aku memaklumkan ustazah kelas KAFA. Risau la sikit si mama. Anak tu mau UPKK tahun ni. 

Latihan sukannya tidak macam latihan sukan aku dulu. Kami turun latihan, cikgu duduk bawah pokok sambil teriak-teriak suruh lari laju-laju. Kau lari pakai kaki ayam ka, lari terbalik ka yang penting sampai juga di garisan penamat.

Latihan sukan budak-budak sekarang lengkap berkasut spike dan berseluar tights, ditemani 4 orang guru (untuk satu acara saja). Setiap hari ada saja teguran, perlu tundukkan badan lebih sikit, turunkan kaki laju sikit (Dyana wakil lari berpagar). Malah dipesan untuk berjogging pada hujung minggu.

It's a good thing. Awal-awal lagi murid-murid sudah dilatih untuk bersikap serius dan bersiap sedia fizikal dan mental. 

Disebabkan latihan ala-ala tentera ni la, setiap kali Dyana balik sekolah dia akan tertidur dengan berpakaian sukan dan hanya akan mandi sebelum makan. Kalau betul-betul penat, lepas mandi dia akan sambung tidur dan tidak makan. 

Baru semalam lepas latihan, Dyana dengan muka serius pun bagitau, "Mama, tahun depan saya tidak mau sudah wakil sekolah. Mula-mula ja seronok, sekarang tidak sudah. Kalau saya mau ikut pun. Lumba lari dengan bola tampar saja."  

Kesimpulannya, dia tidak suka ikut acara yang dia kena suruh ikut. Tapi disebabkan dia tinggi (tinggi dari kebanyakan budak tahun 6), maka dia terpilih. Maka, ketahuilah ibu-ibu semua. Ketinggian anak memainkan peranan penting dalam sukan ya.

So, sebagai ibu yang berpengalaman dalam bidang sukan (boleh la) aku pun berterus terang la dengan Dyana. "Tidak juga boleh buat apa-apa. Kau akan sentiasa terpilih. Kalau cikgu cakap lari, kita lari. Cikgu cakap lompat kita lompat. Melainkan ada wakil Malaysia masuk sekolahmu. Walaupun kau pindah sekolah, rekod pelajar sudah tercatat wakil sukan apa. Mau tidak mau, jadi wakil lagi. So, for now just enjoy it. Enjoy it for the sake of experience. Suatu masa, itu juga la pengalaman yang kau akan ingat bila ada anak nanti. Macam mama."

P/S : Dyana baru habis acara dia. Tidak menang apa-apa. But it's ok. Seems like she enjoy it a bit more than yesterday. Terasa merdeka kali. Hahaha.. But to tell you the truth, seeing kids for the MSSD selection these days, sangatlah tidak macam dulu.


No comments:

Post a Comment