Assalamualaikum,
Di kala sibuk main tenung-tenung dengan pc depan mata, tiba-tiba terdengar pula rakan-rakan seofis kepoh cari speaker untuk Seminar ICT. Masing-masing sibuk buat panggilan hayat sebagai usaha untuk memberi bantuan.
Aku pula masih dalam proses mengenalpasti mangsa. Kalau ada pun aku tidak yakin 100% calon tersebut berkebolehan membuatkan peserta yang hadir sentiasa dalam keadaan berjaga dan waras.
Hakikatnya, sama ada kita terima atau tidak, orang-orang IT bila bercakap tidaklah sebanyak coding yang dibuat dan tidaklah semenarik output yang dihasilkan. Bosan dan sangat teknikal. Adakalanya, lawak orang IT hanya akan difahami oleh orang- orang sejenis sahaja. Most of them. Not all of them.
Tiba-tiba seorang rakan terfikir satu calon yg ada Phd dlm IT. Kebetulan pula orang yang kenal dengan Dr. CKO ni, aku. Dr. CKO ni, aku kenal masa study dulu. Kira ketua kelas zaman awal milenium aku dulu.
Lepas tu aku jumpa dia balik masa dia study Phd. Masa tu aku jadi RA. Mungkin sebab aku excited, aku tegur dia dulu. Tanya kalau dia masih kenal aku kah tidak. Reaksi muka dia pada masa dan ketika itu, membuatkan kita sedar.
Mulut cakap ingat, tapi muka dia macam sedang reboot. Of course dia tidak akan sekali-kali sebut nama aku sebab aku sangat yakin nama yg akan keluar dari mulut dia langsung tidak ada kena mengena dengan aku.
Oleh itu, aku terpaksa menolak permohonan rakan untuk buat panggilan sebab aku 200% yakin dia tidak ingat aku siapa.
Baiklah. Mari kita lihat segala kemungkinan kenapa orang sukar untuk mengingati diri ini.
1. Kita tidak meninggalkan kesan yg mendalam kepada individu tersebut. Bayangkanlah kalau kamu ada pengalaman memalukan atau pernah beradu tenaga (bertumbuk/bertampar) dengan dia, kamu ingat dia akan lupa?
2. Perubahan geografi. Oklah.. perubahan fizikal. Kalau la fizikal kita sma macam 15 tahun dulu, rasanya cabarannya kuranglah sikit. Lainlah kalau si kawan ada masalah ingatan yang serius.
3. Insiden lama. Adakalanya, terjadi insiden yang tidak dapat dielakkan dan menyebabkan rasa malu setiap kali bertentang mata (ewah). Adalah normal kalau si kawan buat-buat tidak kenal.
4. Ingatan separa. Kalau tiba-tiba ada sapaan atau senyuman dari seseorang yang kita tidak kenal, ini bermaksud orang tersebut mungkin kenal kita atau tersalah orang. Adakalanya kita ingat rupa tapi tidak pasti. Maka mulalah aktiviti scanning maklumat dalam memori sedia ada. Di mana kita pernah nampak. Bila sudah ingat, tup tup si kawan sudah beredar.
5. Tiada keperluan. Sungguhpun kejam bunyinya, tapi itulah kenyataan. Bukan setiap hari kita ada masa belek-belek album lama sambil ingat-ingat ini siapa. Kita ingat apa dan siapa yang perlu.
Kesimpulannya, kalau sapaan dan senyuman tidak berbalas janganlah ambil kerusi dan baling pada si kawan. Actually, that might work. Sampai bila-bila pun dia akan ingat. But not in a good term.