Nov 4, 2013

Petua Dikejar Anjing


Assalamualaikum :)

Seperti biasa, gambar yang kononnya aku mo upload (pasal sukaneka Miss impossible) tidak juga terupload. Ehem... sabar-sabarlah ya! ;)


Selalunya bila laki aku tiba-tiba malas mo bawa kereta manualnya, dia akan minta aku tumpang siapa-siapa yg berkenaan di ofis untuk kasi turun aku dekat kawasan perumahan nursery anak. Lepas tu dia akan kutip aku dgn anak-anak di nursery.

Beberapa bulan lalu, seperti biasa aku tumpang kawan. Dari tempat penurunan (adakah ayat macam ni?) ke nursery, aku perlu berjalan lebih kurang 100 meter.

Aku tidak ada masalah untuk berjalan jauh. Bukan pun menakutkan sangat. Nama pun kawasan perumahan.. itulah yg selalu aku fikir...

Sehinggalah..

Selepas berjalan lebih kurang 30 meter, tiba-tiba aku dikerumuni sekumpulan anjing!

I'm not talking about 2 inches tall terrier. I'm talking about almost-waist tall K-9!

I wont lie saying.. Hak eleh Apa kelas!! 

Mungkin luaran aku nampak 'cool' sambil main-main games dalam smart phone, langkah pun masih steady.. teratur dan tetap. Tidak laju dan tidak lambat.

tapi

Dalam hati ada tsunami. Tangan dan kaki macam pokok kena gempa bumi. Walaupun aku main games, hakikatnya lama sudah GAME OVER! Aku pura-pura ja tenang..

The thing is.. Anjing-anjing itu melompat-lompat sambil menyalak dgn kuat berdekatan dgn telinga hamba yg tidak berdosa ini.

50 meter di hadapan, aku tengok ada seorang bapa sedang ambil anak (nursery yg sama). Lepas masukkan anak dalam kereta, lama dia terpacak dekat pintu kereta dia sambil tengok aku.

Agaknyalah kan..

Mungkin dia berniat mau tolong aku. Jadi dia standby la di sana.

ATAU

Mungkin dia kagum dengan aku sebab aku buat bodoh ja sambil main-main game.

Bila aku sudah dekat 10 meter mo sampai, baru la si bapa tu masuk kereta. Anjing tu pun tiba-tiba malas mo ikut aku.

Aku cerita dengan laki aku. Dia cakap, kalau dia dalam situasi aku.. lama sudah dia lari.

Jadi kenapa aku tidak lari?

Arwah nenek aku dulu, dia selalu bagi petua. Antara petua yg aku ingat sampai bila-bila, petua kalau dikejar anjing..

1. Sentiasa bertenang. Buat macam biasa. 

2. Baca ayat berikut :





Kononnnya kalau kita lari, automatik ja anjing akan kejar.


Petua lagi satu ni, aku kurang pasti dapat dari mana. Tapi aku rasa aku dapat dari bapa aku. Sebab dia ni praktikal orangnya. 

Pura-pura ambil batu atau kayu di lantai atau jalan (walaupun tiada apa-apa sebenarnya), walhal membongkok pun kira ok. Anjing secara automatik akan lari.

Aku pernah buat ujikaji yg ini. Setakat ni, semua percubaan aku berjaya. Cuma kalau anjing sudah melompat-lompat dekat kita tu aku tidak berani la mau tunduk. Ada pula yg kena NGAP nanti. 

Sesuai di aplikasikan bila anjing sedang dalam proses menghampiri..

Apapun, keputusan mungkin berbeza mengikut psikologi anjing. Aku pun kurang pasti. Tapi setakat ni, Alhamdulillah... 


No comments:

Post a Comment