Assalamualaikum :)
Seperti tahun-tahun yg sudah, aku memilih utk berpantang di Labuan. Kenapa? Mungkin lebih mudah untuk berpantang. Kalau aku berpantang sorang-sorang di KK, sure la pantang aku entah ke mana-mana.
Sebelum balik ke Labuan, seperti mana juga anak-anak aku yg sebelumnya anak aku yg ke-3 diserang jaundice (kuning). Malah lebih teruk daripada yg sebelumnya. Tapi tidak la sampai kena masuk wad. Hampir-hampir ja. Tapi Alhamdulillah, selepas hari ke-12 aku tidak perlu lagi ke klinik sebab jaundice Hakim sudah mula menurun. Tapi kena ambil langkah berjaga-jaga kalau-kalau jaundice naik semula.
Bab makanan, mama aku tidak menghadkan aku makan apa. Semua makanan pun ok, cuma bab makanan berbisa mama aku memang tengok betul-betul. So, kira 'saya yang menurut perintah' saja la.
Bila masuk bab berpantang, perkara yg menjadi isu bagi aku adalah kelapangan. Bila terlalu lapang plus kita ni jenis tidak boleh duduk diam, mula la aku terfikir-fikir mo buat kerja dari rumah. Balas-balas email dari user contohnya. Tapi sebab aku takut terjebak, maka aku tahan-tahankan la diri aku. Tidak pasal-pasal aku pula yg stress nanti. Anggapan aku, kalau ada masalah besar pandailah diorang telefon aku.
Bagi mengisi segala masa lapang yg akan berlangsung selama 3 bulan (aku rasa lain kali mungkin aku pilih 2 bulan.. tapi adakah lain kali? Hehehe), selain membuat operasi mengumpul stok perahan susu, aku kuatkan semangat utk belajar menjahit seperti mana yg aku uwar-uwarkan kpd mereka-mereka yg terdekat. Memandangkan aku masih berpantang (plus adik aku 'berkeras'), aku belajar dari adik aku saja.
Hasilnya, Alhamdulilah ada perkembangan. Nanti aku post dalam next entry :). Tersangatlah bangganya aku..
wah... *LIKE* jangan lupa update aa.. btw, jangan sekali2 membuat kerja dari rumah.. ada yg mengambil kesempatan pulak nnt :-)
ReplyDelete